Friday, October 17, 2014

DSLR for Beginner ^_^



Some people think back nostalgically to the days of film. The hours spent in the darkroom, the smell of the chemicals, the anticipation of the images that magically appear on paper, hanging them to dry. Others have fully re-embraced the medium again, forsaking their DSLRs. People love shooting film for numerous reasons and some still ascertain that the best way to learn the technical aspect of photography is to do so manually.

For those of us who have learned photography with our automatic settings (‘P’ mode anyone?), learning how to shoot analog can be daunting. This handy infographic made by Zippi.co.uk is a great place to start if you’re ready to venture into the world of film (or even manual mode on your DSLR). The guide is pretty comprehensive, covering what film to choose, choosing your ISO, adjusting you aperture, shutter speed and exposure, setting up your composition and more.

[REWIND: WHERE TO START CHART: AN INTERACTIVE FLOWCHART FOR BEGINNING PHOTOGRAPHERS]

This little cheat sheet is a great resource for any photographer’s toolkit – for beginners, a wealth of information you must know, and for seasoned pros, nice to have on hand to pass on to your friends that may be interested in checking out what the film hype is about.

Thursday, September 25, 2014

Resepi Popia Basah | Resepi Pemanggang Ajaib

resepi popia basah | resepi pemanggang ajaib

Resepi Popia Basah, masak kulit popia guna Pemanggang Ajaib

** untuk buat sambal **

1) 20 tangkai cili kering
2) 4 ulas bawang putih (x guna bawang merah ye. nanti sambal x tahan lama)
3) 1 cwn sos tomato
4) 1 ketul gula melaka
5) sedikit air asam jawa
6) 1 senduk gula pasir
7) 100 gram udang kering
semua bahan ni ditumis ye. pastikan betul2 masak dan pekat macam merah kehitam2an. perasakan dengan sedikit garam.

** untuk inti **

1 batang carot – disagat
5 batang kacang panjang – dipotong 1 cm
sekeping, dua tauhu – potong dadu 1cm
1/4 biji sengkuang – disagat
ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
bawang merah
panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang. masak denagn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat – ketepikan.

** untuk kulit popia **

bahan-bahannya..
1) 1/2 kg tepung gandum
2) 1 biji kuning telur
3) 1 sd garam
4) 1 sd cuka masakan
5) air yg secukupnya.
1) bancuh semua bahan, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2.
perap 3,4 jam.
2) setelah diperap, panaskan kuali non stick dgn api perlahan (boleh guna Pemanggang Ajaib)
3) sapu minyak dengan nipis atas kuali tu. guna tuala kecil @ tisu. jangan buh minyak banyak nanti adunan x nak lekat.
4) angkat kuali dari api, letak atas meja. dengan tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis. bawa/tarik adunan serata kuali. (benda ni kena praktis la..hehe.. tapi sebenarnya senang je..)
5) adunan yangg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk bersama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.
6) lepas tu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau. biar beberapa minit, lalu boleh lah diangkat. buat sampai habis
7) ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya. jangan banyak2. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..
- See more at: http://pemanggang-ajaib.com/resepi-popia-basah-resepi-pemanggang-ajaib/#sthash.izXMXkp8.dpuf

Wednesday, August 6, 2014

Printable Journal for Kids

Printable Journal for Kids (Get Your Child to Communicate with You) 

IMG 3777 300x450 Printable Journal for Kids (Get Your Child to Communicate with You)
decorate it with watercolors

IMG 3778 Printable Journal for Kids (Get Your Child to Communicate with You)
 Let the cover dry and then put it in the front of a 1/2″ binder.
IMG 3776 Printable Journal for Kids (Get Your Child to Communicate with You)


IMG 3779 300x450 Printable Journal for Kids (Get Your Child to Communicate with You)


IMG 3780 300x450 Printable Journal for Kids (Get Your Child to Communicate with You)

Download your pages here:
--> Cover--

Tuesday, July 22, 2014

15 Perkara Yang Usahawan Berjaya Lakukan Setiap Hari

15 Perkara Yang Usahawan Berjaya Lakukan Setiap Hari
by Azizan Osman

Artikel dari Entrepreneur.com ini diterjemahkan dari penulisan Jacqueline Whitmore, seorang Penulis, Pakar Etika dan Pengasas Protokol di Sekolah Palm Beach.

Usahawan yang paling berkesan tahu bahawa mereka perlu melabur dalam diri mereka sendiri jika mereka mahu mengembangkan perniagaan mereka. Berikut adalah beberapa tabiat untuk diteladani.
Usahawan yang paling berjaya melihat diri mereka sebagai aset. Mereka setiap masa melabur pada diri mereka dan pada masa akan datang melalui pendidikan yang berterusan untuk peningkatan diri sendiri.

Jika anda ingin menjadi usahawan yang lebih baik dan berjaya mengembangkan perniagaan anda, anda perlu mendedikasikan masa dan tenaga untuk memperbaiki tabiat harian anda.
Berikut adalah 15 perkara yang usahawan berjaya utamakan setiap hari walaupun jadual mereka sangat padat.

1. Makan Sarapan. Untuk bekerja pada tahap prestasi yang kemuncak, tubuh anda memerlukan tenaga. Anda bukan hanya sekadar minum secawan kopi dalam perjalanan ke pejabat, tetapi anda mengambil masa beberapa minit untuk makan makanan sihat atau minum jus berprotein, tidak kira di mana sahaja anda berada.

2. Merancang Hari Anda. Perkara pertama pada waktu pagi, lihat kalendar anda dan aturkan jadual anda mengikut kepentingan. Jika anda mempunyai masa-masa tertentu yang terbaik untuk bekerja dalam sehari, gunakan masa itu dengan sebaiknya untuk lakukan kerja-kerja yang memerlukan ketenangan. Saya membuat kerja terbaik saya pada waktu pagi, jadi saya cuba untuk jadualkan sekurang-kurangnya 90 minit untuk kerja-kerja penulisan saya setiap hari sebelum saya menguruskan aktiviti harian lain. Demi menjaga tenaga anda supaya konsisten sepanjang hari, jadualkan waktu rehat yang kerap dan singkat untuk anda makan makanan ringan yang sihat.

3. Jangan Semak Emel Dengan Segera. Perkara pertama yang ramai orang biasa lakukan adalah menyemak handphone pada waktu pagi untuk melihat siapa yang telah menghantar emel dan tabiat ini memang sukar untuk dielakkan. Selalunya, menyemak emel merupakan satu gangguan kepada tumpuan pada kerja yang anda mahu selesaikan di awal hari. Cuba tunggu sehingga jam 9 atau 10 pagi untuk menyemak emel, sekurang-kurangnya selepas anda telah menyelesaikan salah satu kerja kritikal dalam senarai tugasan anda. Jika anda sedang menumpukan kerja pada projek yang penting, cuba untuk tidak menyemak emel anda lebih daripada tiga kali sehari.

4. Ingat Tujuan Anda. Ambil sedikit masa pada permulaan setiap hari kerja untuk mengingatkan diri anda tentang matlamat syarikat anda. Fikirkan tentang pelanggan utama anda dan bidang perniagaan anda yang paling menguntungkan. Kita sering kali terjebak tumpuan dalam mengerjakan tugasan harian kita sehingga kita lupa apa yang membuat kita bahagia dan apa yang membawa keuntungan sebenarnya.

5. Tugasan Tunggal. Kita hidup dalam dunia yang menggalakkan kepelbagaian tugasan pada suatu masa. Malangnya, apabila anda ada terlalu banyak tugasan sekaligus, anda mungkin boleh terganggu tumpuan dengan gangguan-gangguan yang tidak penting. Untuk menjadi lebih produktif dan berkesan, beri keutamaan kepada tugasan yang penting dan agihkan tugasan lain untuk memberi tumpuan sepenuhnya.

6. Bayangkan (Visualisasi). Ia mungkin aneh, tetapi cuba tutup mata anda dan bayangkan kejayaan anda. Bayangkan apa yang anda akan rasa apabila anda mencapai matlamat anda. Visualisasi adalah alat yang berkuasa dan boleh membantu untuk sentiasa mengekalkan aspirasi ini di fikiran anda. Salah satu perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan memperoleh gambar impian untuk membantu anda mencapai matlamat. Sebagai contoh, jika anda berminat untuk bercuti di Paris, letakkan gambar Menara Eiffel di atas meja anda.

7. Mengatakan Tidak. Usahawan terutamanya sering rasa tertekan untuk menerima setiap peluang yang datang pada mereka. Walau bagaimanapun, bukan setiap peluang yang datang akan memberi manfaat kepada anda atau perniagaan anda. Masa adalah komoditi yang paling berharga. Beri keutamaan pada apa yang anda telah setuju untuk lakukan.

8. Hargai Masa Anda. Tidak seperti wang, masa adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Tiada cara lain untuk mendapatkan lebih masa. Jaga masa anda dan gunakannya untuk melakukan perkara yang paling penting untuk diri sendiri dan syarikat anda. Elakkan gangguan sebaik yang boleh. Sama ada anda mengetuai atau menghadiri mesyuarat, secara online atau secara peribadi, dapatkan kepastian tentang masa permulaan dan masa berakhirnya mesyuarat itu. Apabila seseorang meminta masa anda untuk konsultasi atau bermesyuarat, cuba minta soalan-soalan terlebih dahulu supaya anda boleh menyelidik sesuatu perkara itu lebih awal. Ini akan membolehkan anda menumpukan perhatian pada masa dan tugasan anda.

9. Mengagihkan Tugasan. Pada awal perniagaan saya, saya fikir saya boleh menyimpan wang lebih dengan melakukan segala-galanya sendiri. Kemudian saya sedari, tugasan-tugasan kecil dan biasa telah mengambil banyak masa saya dari menghasilkan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan untuk perniagaan saya. Saya pada masa itu sudah kusut mengerjakan tugasan. Apabila anda tersogok dengan kerja, anda tidak akan dapat memikirkan penyelesaian. Upah seseorang untuk membantu anda.

10. Dengar. Apabila anda bercakap dengan rakan sekerja atau pekerja, dengar dengan sepenuhnya. Ambil masa untuk memahami sepenuhnya apa yang orang lain katakan. Pemimpin yang mendengar dengan berkesan dapat mengelakkan salah faham dan akan kurang cenderung untuk meminta penjelasan kemudian.

11. Tunjukkan Rasa Terima Kasih. Jadikan ia satu tabiat harian untuk duduk dan selalu bersyukur atas peluang yang diberikan kepada anda dan untuk semua perkara yang anda telah capai setakat ini. Ingatkan diri anda tentang kejayaan masa lalu anda untuk membantu anda fokus, sentiasa berada di masa sekarang dan produktif.

12. Berdiri Dan Bergerak. Tahukah anda perlakuan duduk adalah seperti rokok pada masa ini? Perjalanan dengan kereta dan gaya hidup yang terikat pada meja boleh membahayakan kesihatan anda. Kajian menunjukkan ia meningkatkan risiko hilang upaya, kencing manis, penyakit jantung, beberapa jenis kanser dan obesiti. Tidak kira bila, anda boleh mengambil masa beberapa minit untuk berdiri dan melakukan beberapa aktiviti singkat yang merehatkan setiap satu atau dua jam. Aktiviti ini baik untuk badan dan minda anda.

13. Tarik Nafas. Ramai orang bernafas pendek. Setiap jam atau lebih, berdiri di meja anda, regangkan badan dan ambil 10 kali nafas yang dalam. Pernafasan sebegini akan cepat merangsangkan oksigen dan mencergaskan semula badan anda untuk tugas seterusnya.

14. Berehat Makan Tengah Hari. Bangun dari meja anda dan makan tengahari di tempat lain. Jika anda tidak boleh meninggalkan kerja anda untuk seketika, jadikan waktu makan tengahari masa anda membina rangkaian. Jadualkan mesyuarat makan tengahari sepanjang minggu dengan pelanggan penting, kenalan profesional atau rakan-rakan.

15. Kosongkan Meja Anda. Pada akhir setiap hari, bersihkan semak dari meja anda. Simpan pen, tindanan kertas-kertas dan aturkan barangan lain. Sebuah meja yang teratur akan memberikan pencerahan yang jelas untuk hari berikutnya dan menghalang anda dari terasa buntu dengan kerja semalaman.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Siri Mudahnya Berniaga 2014

Tuesday, July 15, 2014

BAGAIMANA SEORANG ANAK HILANG MINAT BELAJAR


Status Update
By Prof. Dr. Rozieta Shaary
 
BAGAIMANA SEORANG ANAK HILANG MINAT BELAJAR Sambung

Sebelum Ibu berkongsi mengenai bagaimana kita boleh mengubat kembali sikap tidak suka belajar pada anak-anak kita, izinkan Ibu berkongsi beberapa lagi perkara yang menyebabkan anak hilang minat belajar.

1- Terlalu suka bermain video games. Terutama yang ganas. Kajian telah menunjukkan kanak-kanak yag terdedah kepada games ganas di video dan electronic menjadi tidak sensitif kepada perasaan orang lain dan keadaan di kelilingnya. Ini juga bermaksud perasaaannya menjadi 'numb'.

2- Menyimpan marah dan dendam kepada ibu, bapa atau guru. Atau hati yang terluka besar dan dalam. Bila ini berlaku, EQ anak tidak berkembang. Suka belajar memerlukan passion. Passion ialah perasaan. Jika EQ tercacat, maka tidak hairanlah minat belajar hilang.

3 Tahun Fasa Survival Bisnes

Status Update
By Ainon Mohd.
Dari ABS: 3 Tahun Fasa Survival Bisnes

93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasi. Ini adalah statistik universal, bukan hanya di US sahaja.

Dalam tempoh survival itu, biarpun kita membuka bisnes dengan menyediakan BMCnya terlebih dahulu, itu bukan jaminan bisnes kita tidak bungkus.

.
BMC adalah BMC.

+ BMC adalah alat bagi menurunkan risiko bisnes kita daripada bungkus dan tangan kita hangus.

+ BMC bukan batu hikmat yang dapat menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan dalam bisnes.

.
Kelebihan kita menyediakan BMC adalah, apabila kita silap, kita tahu dengan tepat di mana kesilapan itu berlaku, maka kita tahu dengan tepat di mana kita perlu perbetulkan kesilapan kita itu.

Tanpa BMC, apabila bisnes tersangkut, kita tidak tahu apanya yang silap. Akibatnya, kita bisa mati akal, tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan, dan bagaimana memperbaiki kesilapan itu.

Tanpa BMC, kita mudah patah semangat, sukar mahu bangun semula.



Thursday, July 10, 2014

Cara Membuat Kepak ayam bermadu

From the album: Timeline Photos
By Hidangan Barakah
Resepi Eps 12 (10/7/2014)

Kepak ayam bermadu

Bahan-bahan
6 keping kepak ayam 

1 sudu besar kicap cair
100 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 ½ sudu teh pati ayam

Sos Istimewa
Bawang merah dicincang halus

Daun Ketumbar
1 ½ sudu besar madu
1 sudu sos hoisin (ikan)
1 sudu besar sos tiram
4 biji limau kasturi

Selamat Mencuba!

Tip Memilih dan Melayan Rakan-Kongsi Syarikat

From the album: Timeline Photos
By Ainon Mohd.
Dari ABS: Tip Memilih dan Melayan Rakan-Kongsi Syarikat

Tuan Shahrul Bear Gpc (foto) memberikan tip-tip penting di bawah ini:

+ Mulakan bisnes dengan kita sebagai pemegang saham terbesar. Apabila dapat partner yang berbakat, berikan saham sedikit dahulu (kurang daripada 10%).

+ Jelaskan kepada partner tersebut kenapa kita berbuat begitu. Terangkan padanya yang kita bersedia untuk berkongsi lebih banyak saham syarikat dengannya jika dia boleh membuktikan kepada kita yang dia boleh "perform exceptionally well".

+ Set targets for him. Apabila dia dapat mencapai target baru kita tambah lagi pegangan sahamnya. Pada masa itu perolehan syarikat sudah bertambah. Saham awalnya yang kurang 10% itu sudah tentu mempunyai nilai yang lebih besar.

+ Dia akan mempunyai dorongan untuk bekerja lebih keras lagi. Jangan risau, kita masih lagi memegang saham majoriti dan nilainya sudah bertambah.

+ Lebih baik memegang 51% saham dalam syarikat yang bernilai RM5 juta dari memegang 100% saham dalam syarikat yang cuma bernilai RM100k.

Wednesday, July 9, 2014

CARA MEMBUAT KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT

From the album: Timeline Photos
By Ida Shahida

KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama satu jam atau sampai masak

**tips:
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sikit dan tuang, lagi sedap rasa dia...

2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi

masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....

3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)

Tuesday, July 8, 2014

Tips Memulakan Bisnes

Status Update
By Ainon Mohd.
Dari ABS: Memulakan Bisnes

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

+ Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.

+ Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.

+ Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga. Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.

+ Jangan menyewa kedai. Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.

+ Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita. Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

+ Jangan buka bisnes francais. Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.

+ Jangan buka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

+ Jangan buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memakasa kita membuat pinjaman bank.

(Bisnes katering)

Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama:

+ Modalnya kecil. Kalau lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.

+ Kita mempunyai skill yang diperlukan.

+ Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.

+ Dapat kita buat bisnes itu sendiri-sendiri. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru ambil pembantu. 
 
 
 

Monday, July 7, 2014

Memilih Bisnes Pertama

Lazimnya, kita cenderung membuka bisnes pertama kita berdasarkan perkara yang kita sukai.
Menyukai sesuatu perkara adalah biasa. Semua orang mempunyai perkara yang disukai.
Jangan membuka bisnes pertama berdasarkan perkara yang kita sukai. Bisnes yang kita sukai mungkin kos membukanya mahal, sehingga kita terpaksa meminjam duit bank.


Kriteria memilih bisnes yang pertama:
+ Bisnes itu bisnes servis.
+ Servis itu servis yang sangat asas. Kerja itu dapat dilakukan oleh pekerja remaja!
+ Servis itu servis yang diperlukan oleh pelanggan kaya. Jangan jual servis kepada pelanggan tidak berduit!
+ Servis itu tidak memerlukan peralatan yang mahal. Kita tidak memerlukan modal yang banyak membeli peralatannya.
+ Kita dapat menjalankan sendiri kerja servis itu. Tidak perlu kita mengambil pekerja lain.
+ Jangan buat bisnes yang melibatkan pembuatan dan pengeluaran, kecuali pengeluaran itu dapat dibuat di rumah menggunakan peralatan yang sudah sedia ada.
+ Servis itu tidak memerlukan kita membuka kedai. Kos membuka kedai adalah sangat tinggi. Duit modal kita tersangkut pada kedai.


https://www.facebook.com/#
By Ainon Mohd.

Saturday, June 28, 2014

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan


Status Update
By Fedtri Yahya
 
..10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.❌❌❌

1. Tidak sahur. - puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

2 Sahur terlalu awal - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. ..

3. Terlebih tidur - lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah ... Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir -lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. ......

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan -bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr - Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ..

8. Puasa tapi tak solat - pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. Ayoyo! ....

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu... Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan...

.. Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan...
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
 
Ramadhan Kareem!
 
Selamat berpuasa. ⭐
 
Let us make this Ramadhan as the best Ramadan ever! ..✔

Wednesday, June 18, 2014

Cara Membuat Sarapan Tortilla Wrap Ringkas

Tortilla Wrap Ringkas

tortilla

Anak-anak kecil memang cerewet bila bab makan sarapan pagi. Kalau asyik dihidangkan bijirin segera dan susu sahaja tentu mereka juga bosan. Apa kata sediakan sarapan mudah yang berkhasiat untuk mereka.
Hidangan: 2 orang
Masa: 20 minit
 
Bahan-bahan:
2 keping tortilla wrap
isi ayam (potong dadu)
½ biji bawang besar (cincang)
2 biji telur
1 sudu kecil sos barbeque
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Daun salad
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.            Perap isi ayam dengan sos barbeque selama 3-5 minit.
2.            Panaskan kuali dan tumis bawang besar. Biarkan seketika kemudian masukkan ayam yang diperap.
3.            Setelah ayam masak, sejukkan ia dan goreng telur hancur seperti biasa.
4.            Gaulkan ayam dan telur hancur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah. Gaul sebati.
5.            Kemudian gunakan kuali leper anda untuk panaskan tortilla. Gunakan api yang perlahan. Satu minit untuk setiap bahagian tortilla yang dipanaskan.
6.            Setelah dipanaskan, letakkan daun salad di atas tortilla. Kemudian letakkan campuran ayam dan telur tadi di atas daun salad.
7.            Balut tortilla anda mengikut citarasa sendiri. Boleh juga ditambah sos tomato dan mayonis untuk rasa yang lebih menarik.
8.            Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, June 17, 2014

Cara Selesaikan Masalah Besar


Status Update
By Bryan Gan
 
Many times we think our problem is big, but actually the world has bigger problem than ours. The question is, whether we want to open up to solve our problem?

Friday, June 13, 2014

Sebab Hidup Tidak Berubah


Status Update
By Irfan Khairi
 
Sekiranya kita sering berfikir negatif, lihat keadaan diri kita kini. Pemikiran negatif itu lah yang mungkin menyebabkan keadaan kita tidak berubah sejak dulu hingga kini. Ubah dulu pemikiran dan ini akan mengubahkan hidup anda.

Thursday, June 12, 2014

Nota Bila Gagal & Nota Bila Berjaya


Status Update
By Irfan Khairi
 
 
Bila melihat orang gagal, doa2kan kejayaan mereka dan beri sokongan. Bila lihat orang berjaya, jangan pula mengharapkan kegagalan mereka dan beri kritikan. Tanamkan sikap positif terhadap kejayaan. Ini akan memberi semangat kepada kita untuk lebih berjaya.

Sunday, June 8, 2014

Modal perniagaan


Status Update
By Irfan Khairi
 
Kalau tiada modal untuk mulakan perniagaan besar, mulakan perniagaan kecil dulu. Keuntungan perniagaan laburkan balik untuk besarkan perniagaan. Ini akan mengajar kita lebih berhati2 dalam mengendalikan perniagaan di samping menambahkan pengalaman yang amat berharga. Start small, finish BIG ;)

Thursday, June 5, 2014

Jika GAJI kita RM1000

-Sedih Pos laju Klang X angkat2 call-
 
 
By Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
 
Jika GAJI kita RM2000 tetapi kita rajin dan kuat bekerja seakan gaji RM5000 ALLAH S.W.T akan berikan beza antara RM3000 itu kepada bentuk duit,Anugerah Cemerlang,Isteri yang Solehah, Anak Soleh dan sebagainya.
 
Jika GAJI kita RM2000 tetapi kita malas untuk bekerja seperti gaji RM1000, ALLAH S.W.T akan bezakan RM1000 tu dalam bentuk kerugian, malapetaka dan seumpamanya.
 
Rajinlah bekerja kerana ALLAH dan RASUL sungguh menyayangi pada orang yang kuat bekerja.
 
Wallahua'lam.

Cara Membuat Puding Gula Hangus

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
Puding gula hangus
Oleh:Mirmo Aimi
FB: www.facebook.com/bukuresepi

Resepi:
8 biji telur gred B..
Susu pekat 1/2 tin..
Susu sejat 1 tin..
Gula 4 sudu..
Esen vanilla 1 sudu kecil.

Cara:
1. Pukul telur dengan esen vanilla sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat dan susu sejat..
3. Pukul bahan2 diatas sehingga sebati..
4. Cairkan gula sehingga perang didalam loyang.
5. Masukkan adunan telur kedalam loyang ber isi gula hangus..
6. Sedia dikukus selama 50 mnt..
Selamat mencuba..

Cara Membuat Cookie Pod

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
Cookie Milk Shots
resepi dari Chef Dominique Ansel
Oleh:Noor Abdul Rahim
FB:www.facebook.com/bukuresepi

bahan-bahan :
1 cawan buttercup - suhu bilik
1/3 cawan gula halus
1/2 cawan brown sugar
1 biji kuning telur size besar - suhu bilik
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan mini chocolate chips
1 cawan chocolate - dicairkan

cara-cara :
1. Grease cawan atau acuan yg hendak digunakan (Jgn gunakan cawan plastic atau ceramic).
2. Pukul butter, gula & brown sugar hingga kembang.
3. Masuk kan kuning telur & esen vanila, gaul hingga sebati.
4. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
5. Masuk kan chocolate chips. Gaul rata.
6. Ambil segumpal adunan & masuk kan kedalam cawan atau acuan. Dengan menggunakan jari bersih (kuku pendek), tekan kan adunan mengikut acuan.
7. Setelah siap, masuk kan kedalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dibakar.
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau hingga kecoklatan mengikut oven masing masing.
9. Biarkan betul betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
10. Tuangkan chocolate cair kedalam acuan. Isi setengah cawan kemudian pusing-pusingkan cawan biskut supaya kesemua bahagian dalam cawan bersalut chocolate. Tuang keluar baki chocolate & boleh letak cawan didalam peti sejuk sehingga chocolate keras.

** Chef terkenal Dominique Ansel ialah Chef asal yg mencipta resepi ni.
** Resepi untuk 12 - 15 cawan bergantung pada size cawan.
** Cawan yg ada susu tu dah saya makan sikit tepinya untuk tunjuk kan pada kawan-kawan yg cawan tak bocor.
** mangkuk kecik tu boleh buat isi ice cream.



Cara Membuat Homade Sardine

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
SARDINE di rumah
Homade sardine

Ita Arif Ajer

Bahan2

5 ekor ikan sardin@ selyang(10 ekor pn boleh utk qty bahan tersenarai)
1 biji tomato saiz besar
1 biji bawang besar
1 ulas bwg pth
Stgh batang calery
3 senduk kecik sos tomato
1 senduk sos cili
2 sudu minyak masak
Pastikan brand sos yg sedap

Garam+gula secukupnya

Cara2
Blend semua bahan
Sehingga halus

Sesudah tu masuk kan ke dalam pressure cooker
Sblm masukan ikan rasa dulu kuahnya cukup tak rasa garam dn gula.kuah mesti sikit manis2 buah

Okay tutup periuk renehkan sehingga
Keluar wap yg berbunyi sirrrrrrrrr kt tgh2
Masa ni api besar

Dah tu kecik kan api
Reneh sehingga 1 jam ( begantung pd pressure cooker) tulang ikan akan rapuh tesktur.ikan tetap sama

Sukatan air mestilah meneggelamkan ikan

Kalau rasa was2 kot ikan hangit lepas 45min boleh la cek

Selamat mencuba

X susah pn yg pasti dpt banyak murah dn shedap

AWAS
LALUKAN PRESSURE COOKER PADA AIR SEHINGGA TIADA BUNYI DARI PERIUK TU SEBELUM MEMBUKA NYA
UTK MENGELAK KAN MUKA ANDA BETUKAR JADIK MCM MIKEL JEKSEN.HIHI

Wednesday, June 4, 2014

Cara membuat paste untuk ikan yang dibakar/grill

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
siakap bakar berlada
Oleh:Naimah Md Ludin
cc : www.facebook.com/bukuresepi

1 ekor ikan siakap..siang dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit..masukkan dalam grill pan..bakar selama 7-8 mint api sederhana..kemudian balikkan grill pan..bakar lbh kurang 5 mnt.

-1 biji bawang besar
-2-3 ulas bawang putih
-1 senduk cili kisar (cili kering rebus bland belacan)
-1 sudu gula
-garam secukup rasa
-minyak utk menumis
-serai (titik)
-i inci halia (hiris nipis)

bland cili kisar,bawang besar dan bawang putih. tumiskan dalam kuali asing bersama hirisan halia..masukkan serai,gula dan garam..tuang 1/2 shj sambal atas ikan yg sedang dibakar bila ikan dah hampir masak..balik kan pan utk siram 1/2 lg sambal tumis sebelah ikan lagi..biarkan 2-3mint..padamkan api dan hidangkan bersama salad,tomato dan juga sambal kicap (bawang besar dadukan,buah tomato dadukan,kicap manis,perahan limau nipis/kasturi,cili padi hiris nipis).

Monday, June 2, 2014

Bagaimana untuk mengembangkan EQ anak sejak kecil.


https://www.facebook.com/familyguru
Status Update
Ada soalan yang bertanya bagaimana untuk mengembangkan EQ anak sejak kecil.

Diantara contoh bagaimana boleh mengembangkan EQ anak sedari kecil ialah menggunakan apa sahaja aktiviti seharian yang dia lalui.

Contohnya; bila anak mendapat adik baru. Dan nampak dia jealous dan mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.

Namun, elakkan mengatakan; " Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.” Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.

Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring sajakan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”

Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.

Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”

Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.

Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerab dimarahi.

Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.

EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.

Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.

Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.

Sunday, February 16, 2014

PRINSIP HIDUP: COMMITMENT


Status Update
By Bryan Gan
 
Semalam teringat pula sesuatu prinsip dalam pegangan hidup saya selama ini, iaitu COMMITMENT. Apa maksudnya? Mungkin anda sudah tahu apa maksud COMMITMENT, tapi bagaimana anda apply dalam hidup anda?

Bagi saya, apabila kita sudah set impian kita untuk melakukan sesuatu, kita perlu bertekad dengan sepenuh hati sehinggalah berjaya. Walaupun kita akan bertembung dengan pelbagai cabaran, ketabahan, kesabaran dan ketenangan dalam hati akan membolehkan kita kekal dalam haluan kita. Dengan hati yang tenang, kita akan dapat jalan penyelesaiannya.

COMMITMENT juga bermaksud apa yang kita nak buat, kita perlu buat 10 kali ganda, 20 kali ganda dan 100 kali ganda lebih banyak, lebih cepat daripada orang lain. Contoh, semasa saya di universiti, saya sanggup ponteng kelas untuk berlatih memanah. Member biasanya shoot 80 anak panah sehari, dan 100 kira dah banyak. Tapi I shoot 300 anak panah. Bow yang saya guna 46 pound, berbanding dengan 40 atau 42 pound yang biasa digunakan oleh pemanah lelaki. Dalam 2 bulan sahaja, keputusan saya telah menjangkau senior yang berlatih bertahun tahun utk pasukan universiti. Saya pula dilantik sebagai Kapten Pasukan Memanah USM. Dan akhirnya pada peringkat sukan antara universiti, I berjaya menjadi champion 90 meters.

Kisah ini mengingatkan saya tentang nilai COMMITMENT yang juga saya berpegang sehingga kini. Walaupun saya boleh pilih untuk relax, tapi kalau anda tanya Intan, saya kerja 7 hari seminggu, dari 10 pagi hingga 12-1mlm. Saya akan buat kerja apabila badan saya xrasa penat. Semoga SCARF Perfume dapat menjadi jenama perfume muslimah No 1 di dunia. Ini aim saya.

Jadi, bolehkah anda bertekad utk usaha apa yang sudah anda set sebagai impian?

STAY FOCUS DALAM SESUATU PEKERJAAN?


Status Update
By Bryan Gan
 
Bagaimana nak STAY FOCUS? Kadang kala kita perlu buat keputusan untuk cakap No, atau belajar untuk cakap No kepada sesetengah offer yang nampaknya menarik, tapi naluri kita cakap, ia bukan apa yang kita nak sekarang. Tapi, untuk cari bisnes yang anda boleh STAY FOCUS, cuba tengok faktor berikut:

1. Produk/bisnes yang memang jadi passion anda atau sesuatu yang amat anda suka.

2. Mempunyai potensi pasaran yang tinggi dan dapat bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.

3. Sesuatu yang senang untuk orang faham dan beli. Orang senang senang keluar duit dari poket untuk beli.

4. Mempunyai profit yang tinggi supaya anda spend masa yang sama, tapi berbaloi.

5. Syarikat induk mempunyai pengurusan bisnes yang teratur dan asas yang kukuh supaya tidak jadi huru-hara yang stress nanti.

6. Produk yang berkualiti dan mempunyai bukti keberkesanannya. Ini amat penting kerana anda STAY FOCUS untuk promote sesuatu untuk jangka masa panjang. Kalau produk tidak dapat memberi result kepada pelanggan, maka susah anda nak berniaga untuk lama dan dapat repeat customer.

Apa Tujuan Saya Bekerja?


Status Update
By Bryan Gan
 
Petang tadi, ada orang bertanya kepada saya. "Bagaimana saya boleh perform dalam job saya?" I cakap dengan ringkas, "Itu bergantung kepada intention u apabila anda pilih job tersebut." Dia ternga-nga tak faham. Kemudian saya terangkan...

Intention yang saya maksudkan adalah apakah niat anda apabila anda pilih untuk makan gaji, atau pilih untuk berbisnes. Kalau anda makan gaji, niat anda adalah untuk dapatkan gaji. Macam mana pun, anda tidak akan bekerja bermatian-matian seperti bos syarikat itu. Jadi, itu akan jadikan anda setakat boleh perform dari segi habiskan job anda sahaja. Kalau anda pilih untuk berbisnes, intention anda adalah buat duit banyak banyak. Then anda mungkin akan harapkan ada jalan yang senang untuk berbisnes untuk buat duit banyak banyak.

Intention yang saya ada dalam 13 tahun berbisnes ini adalah untuk mencapai sesuatu yang boleh buat saya rasa bangga dengan diri saya, dan saya tidak berhenti untuk mencari cabaran yang baru. Dan berbisnes telah menjadi sesuatu yang saya perlu untuk bernafas dan hidup tiap tiap hari. Tidak pernah saya terfikir I perlu cuti, dan kalau ada, mungkin keluar berjalan jalan utk beli apa yang perlu utk sendiri atau tengok movie je. Lepas tu, akan berbalik balik kepada fikir tentang bisnes. Sebab, setiap saat, jika kita usahakan bisnes kita, maka bisnes kita akan jadi lebih laju lagi dan kita akan berkembang dengan lebih cepat daripada yang lain...

Jadi sekarang, apakah intention atau niat anda sekarang baik anda makan gaji atau pun berbisnes, atau nak berbisnes? Fikirkan semula sebab niat anda akan menentukan segala tindakan yang anda ambil setiap saat dari sekarang...

berbisnes ini susah sangat??


Status Update
By Bryan Gan
 
Kadang-kala kita fikir terlalu jauh dan ingat berbisnes ini susah sangat. Sebenarnya, kalau kita dapat cari 'crowd' dan faham apa yang mereka nak beli, nak berbisnes bukannya susah sangat.

Contoh, pergi je ke Seksyen 7 Shah Alam, atau mana mana kawasan yang ada ramai orang masa lunch time. Jual nasi kukus ayam yang sedap giler. Sehari jual 50 bungkus. Sebungkus MYR 5, untung MYR 2.50. Sebulan boleh untung berapa? MYR 3750. Xbanyak, tapi lebih bagus daripada menganggur kan?

Tak tahu masak? Siapa pula dilahir dengan tahu memasak? Senang je boleh belajar kalau kita betul betul nak berniaga, betul?

Rahsia Kejayaan Bisnes

Status Update
By Bryan Gan
Ini hadiah New Year 2014 daripada saya...

>> Ramai orang suka tanya dan belajar Rahsia Kejayaan Bisnes. Di situ, orang akan belajar so-called rahsia-rahsia tersebut.. tapi apabila mereka mulakan bisnes dengan rahsia tersebut, tak nampak mcm rahsia pun. Akhirnya apabila mereka menghadapi pelbagai cabaran, mereka akan give-up dan cakap rahsia tersebut xboleh pakai.

SEKARANG FIKIR DARI SUDUT YANG BERLAWANAN!

>> Tanya kepada anda sendiri, atau belajar Rahsia Kegagalan Bisnes. Senaraikan sebanyak yang boleh apakah yang boleh menjadikan bisnes anda gagal, produk xboleh jual, orang xnak beli. Tanya kawan anda, apakah rahsia kegagalan bisnes mereka sebelum ini. Buat latihan ini dengan serius. Mula sekarang dan senaraikan sebanyak yang anda boleh dapat di bawah.

1..

2..

3..

4..

5..

Sekarang adakah anda nampak apakah Rahsia KEJAYAAN Anda dengan MENGELAKKAN Kegagalan?

SHARE hadiah New Year saya kepada kawan kawan anda!!! Ingat tulis, "Hadiah New Year 2014 daripada Bryan Gan"

Peniaga...

By Bryan Gan
 
Ingat post saya ini? Boleh saya kata, berbisnes ini terbahagi kepada 2 kategori:

1) Yang jual produk orang lain
2) Yang keluar produk sendiri

Kalau anda jual produk orang lain, adalah amat penting anda cari produk yang
(a) hot dalam market, (b) orang akan sentiasa beli (c) tak mahal sangat (d) senang untuk menjual (e) terbukti keberkesanannya (f) kenalpasti siapa target customer anda (g) cari tempat yang ada ramai 'crowd' target customer anda (h) beri customer service yang bagus (i) sentiasa menampilkan diri lebih drpd pesaing lain (j) selling skill yang bagus

Kalau anda keluar produk sendiri, anda perlu (a) buat market research dengan teliti (b) design produk yang unik (c) focus pada branding (d) invest utk production (e) mahir manage finance (f) pandai bina distributor network (g) pandai marketing dengan adanya budget yang cukup (h) pandai build team dan management (i) sentiasa buat lebih baik daripada pesaing pengeluar yang lain (h) mampu 'lihat' apa org yang tak nampak (i) sentiasa improve dan jadi lebih baik supaya tidak overtake by competitor...

Jadi bagi yang baru nak berniaga, saya cadangkan anda jual produk orang lain dahulu dan pada masa yang sama belajar sebanyak yang boleh sebelum anda buat keputusan untuk keluar produk anda sendiri...

Facebook Marketing

Status Update
By Bryan Gan

Facebook Marketing bukan sekadar Facebook Marketing? Apa maksud saya? Kalau anda fikir Facebook Marketing adalah sekadar buat post di Profile anda atau setup Facebook Page utk promote produk anda, memang ini tidak mencukupi untuk mendatangkan jualan kepada anda atau buat orang kenal jenama anda.

 
Facebook Marketing Bermula Dengan…


1) Memahami target pasaran anda (customer) dengan mendalam dari segi apa cara hidup mereka, umur, jantina, pekerjaan, bagaimana mereka spend duit, apa keperluan harian mereka, apa problem mereka, citarasa.. Apabila anda kenalpasti dan amat memahami segala aspek tentang customer anda, maka anda akan dengan mudahnya memberi penyelesaian kepada masalah mereka.
 



2) Mencari/Mencipta/Design Produk Anda.

Dengan memahami segala aspek tentang customer anda dengan amat mendalam, anda akan mendapat idea yang jelas apakah sebenarnya anda boleh buat untuk memenuhi keperluan mereka. Itu produk yang anda akan jual. Cuba cari produk yang sedia ada dalam pasaran untuk test menjual kepada golongan customer tersebut. Jangan sekali invest atau terjun ke dalam industri tersebut. Test dahulu untuk tengok betul ke produk tersebut boleh jalan...

Anda juga perlu memahami tentang pesaing/competitor anda dalam industri supaya anda tahu anda akan dapat peluang utk masuk pasaran atau tidak. Kalau anda rasa susah nak bersaing dengan mereka, anda perlu mencari keunikan dalam produk anda atau niche market. Niche market, maksudnya cari pasaran yang pesaing anda belum terokai.

Anda boleh masuk juga pasaran yang sedia ada, tapi kalau anda buat demikian, anda perlu 'stand out' atau membuat penampilan yang lebih daripada pesaing anda. Contoh, anda jual produk jamu dengan menjadi stokis sesuatu brand. Tapi banyak sangat produk jamu di luar sana, tesco, giant.. dan dekat FB juga nampak orang post tentang produk jamu sini sana. Jadi, bagaimana anda nak bagi 'stand out'?

Akan bersambung dalam tip yang seterusnya....

 


3) Brand Communication.

Maksud, anda kena fikir bagaimana anda nak sampaikan mesej jenama anda kepada pelanggan anda. Tak faham? Tak pe. Biar I tanya, kalau anda berjumpa dengan seorang kawan lama yang ada keperluan utk produk anda, apa yang akan first cakap untuk beritahunya tentang bisnes anda?

Contoh, kak ada makan jamu? . kak ada masalah itu tak? Orang akan errmmm.. rasa tersentap. Anda boleh buka cerita dengan cara yang lebih sopan. Contoh, Kak pernah dengar suami-isteri bercerai sebab suami asyik komplain? Tapi nasib baik suami I tak pernah komplain...

Kalau anda lihat perbualan di atas, anda rasa apa yang akan jadi topik perbualan? Ini adalah cara/sudut/perspektif yang anda perlu fikir bagaimana anda nak berkomunikasi dengan pelanggan anda apabila anda buat iklan atau post di Facebook nanti.

"Sekarang Makin Ramai Yang Cakap Suami Mereka Komplain. Nasib Baik Suami Saya Tak Komplain... Nak Tahu Kenapa, Sila PM Saya (untuk wanita sahaja)"

Kesimpulan utk tip ini adalah, anda perlu fikir cara utk anda tangkap perhatian orang dan buat mereka ingin sangat nak tahu tentang apa yang anda buat....

Satu lagi contoh, "Apa Rasanya Kalau Pisang Digoreng Dengan Cheeze? Hanya Di Seksyen 9, Shah Alam."

 


4) Facebook Profile, Page dan Ads.

Sekarang, baru anda mula buat post di Facebook Profile, dan Page, dan iklan dengan menggunakan Facebook Ads. Tidak dapat saya ajar step-by-step bagaimana anda boleh buat ini, tapi anda boleh google atau cari di Youtube. Janji anda komited dan bersabar utk belajar. Ada juga saya ajar dalam latihan pengedar SCARF Perfume bersama dengan tip berbisnes yang lain.

Tapi boleh saya katakan, anda perlu add ramai kawan yang berpotensi jadi pelanggan anda di Facebook Profile. Berapa ramai itu ramai? 5000 itu ramai. Facebook Profile akan dapat priority yang lebih tinggi utk orang lihat post anda daripada Page. Dengan Page, anda boleh buat iklan utk target sasaran pasaran anda yang lebih jauh dan banyak.

Contoh, "Goreng Pisang Cheeze Berkembang Ke Seluruh Malaysia. Tawaran Franchise Dibuka" dan buat iklan dengan budget RM300-1000 sebulan. Kalau anda nak buat iklan dgn Facebook Ads, pastikan pulangan anda akan cover kos iklan. Kalau tidak dapat, promote giat di Facebook Profile dan juga.......

Jangan lupa untuk buat marketing secara OFFLINE. Offline juga merupakan satu medium yang amat penting untuk orang membeli daripada anda. Contoh, offline marketing boleh dibuat dengan flyer, banting, gerai, dan sebagainya.

Biasanya orang agak rasa tahap ini perlu meluangkan masa yang banyak. Memang kalau nakkan sentiasa, kita kena korbankan masa dan bersabar utk berusaha.

 


5) Keep Communicate!

Kenapa I post kepada Facebook Profile saya setiap hari atau Page? (walaupun ada masanya i akan skip). Amat penting untuk anda sentiasa mengingatkan semua kawan yang ada di Profile anda, pelanggan, LIKES (fans) di Page atau pasaran tentang brand/produk anda. Walaupun mereka tidak beli sekarang, tapi mereka akan beli nanti. Walaupun mereka tidak beli nanti, mereka akan bagitau kawan mereka yang akan beli. Walau pun mereka tidak bagitau kawan, tapi suami akan bersetuju utk isteri membeli kerana suami pernah dengan tentang brand tersebut.

Dalam Facebook Ads, saya sentiasa advertise untuk fans dan kawan lihat tentang Ads saya. Itulah sebabnya anda akan sentiasa lihat tentang SCARF Perfume dan apa yang saya post. Heheheh.. kannnn???
 



Saturday, February 15, 2014

Cara menjual di Facebook?


Status Update
By Bryan Gan
 
 
Kalau anda nak promote/menjual dengan Facebook, anda patut guna Profile atau Page?
 
 
 Jawapannya:
Anda perlu guna Profile atau Page utk promote/menjual di Facebook?

Ini bergantung kepada jenis bisnes/produk yang anda menjual. Kalau anda menjual produk orang lain (stokis/dropship), adalah lebih senang kalau anda gunakan Profile.

Kalau anda keluarkan produk dengan jenama sendiri, anda gunakan Page dan Facebook Ads.
 

Facebook Profile vs Fanpage


4 hari I buat survey berapa ramai yang nampak post saya. Ini result yang saya dapat. Terima kasih kepada semua yang sabar dan participate dalam survey ini.

Boleh dikatakan Facebook Profile paling efektif untuk orang tengok post kita. Dan masa paling aktif adalah malam 10pm berbanding dengan siang hari. Mungkin terdapat juga faktor di mana orang dah bosan utk LIKE walaupun mereka nampak post yang sama, tapi boleh dikatakan jelas nampak malam lebih efektif.



Untuk Facebook Page, peratusan yang nampak post amatlah kurang. Kalau anda nak post anda dilihat oleh Fans anda, anda memang perlu gunakan Facebook Ads untuk target kepada Fans anda. Jangan guna Boost Post sebab I dah test, agak mahal dan tak berbaloi.

Siapa nak tahu macam mana target kepada Fans anda?? Sila SHARE Stats ini kepada kawan anda dahulu. TQQQQ

Friday, February 14, 2014

Android dalam bisness

From the album: Lailahaillallah (لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّاالله)
By Iman Raudhah Saffiyah
 
 [Statistik Google utk blog 16Jan-14Feb 2014]

Android makin rancak, nampak x?

Semakin naik & naik... 34%... bila la aku akan jumpe apps yg menepati citarasa customer2 aku, huhuu, sedes

Apps yg aku ada, harga je mahal RM1250, tapi hampeh... sabo je la company ni... buat keje cam melepaskan batuk ditangga, cam x ikhlas jerr bekerja... upah murah sgt kot

Sabo je la

#Maybe aku yg kena jadi pakar... errr, dah kalau aku yg jadi pakar, bila pulak aku nk layan customer nnt?? x pasal2 masa banyak habis kt research aje.

Thursday, February 13, 2014

Nak Jadi Orang Kaya Yang Macam Mana?

Status Update
By Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman


[ DALAM ISLAM TAK BOLEH KAYA? ]

Breakfast tadi, isteri bertanya c'bang, betul ke dlm islam tak digalakkan jd kaya?

''Mana mama tahu?

''Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luarbiasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air sebotol je'

Saya bilang 'Jgn percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman yg narrow dan SELFISH'.

SELFISH? Benar. Ia pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dgn kata2 'makan pun paling kuat 2 pinggan sj'.

Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang2 sj. Useless for islam.

Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran islam?

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kpd ramaaaai org susah sekeliling'.

Ini definisi kaya islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga.

Mungkin ada bertanya lagi 'klu kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sbb banyak yg dihisab?

'Sekali lagi sy jelaskan 'jgn kaya dgn mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab. Tp klu kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kpd org lain'.

MORAL : Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan anda diredhoi Tuhan atau dimurkai dgnnya.

Bagi mereka yg tiap2 hari berusaha & berdoa utk kaya, saya sarankan masukkan sekali dlm doa anda 'Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah bantu orang lain, Amin.

'Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.

Credit to
-Ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz

#Bangkit2014
Daftar 3 orang 100% Percuma di Bangkit2014.com

Wednesday, February 12, 2014

Ciri-ciri utama lelaki yang didambakan


Status Update
By Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
 
...Ciri-ciri utama lelaki dambaan wanita solehah :-

- Beragama
- Berpendidikan
- Bertanggungjawab
- Peramah
- Hormat-menghormati
- Saling bekerjasama
- Sejuk Mata memandang
- Berkasih-sayang
- Ringan tulang
- Berharta...

Mati


Mati kita bukan macam road tax kereta, sebab kita tak tahu bila tarikh tamat tempoh kita di dunia ini. Jadi, sekarang inilah masa kita kena buat amal ibadat dan belajar ilmu agama, sebab bila Munkar Nakir dah tanya soalan, kita dah tak boleh buka mp3, tak boleh copy paste dari Facebook, dan tak boleh download jawapan dah.

( Ustaz Azhar Idrus )

Isteri Yang Bahagia


Status Update
By Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
 
Seorang isteri itu dikatakan bahagia bukan kerana ramai anak, berwajah cantik, banyak harta, atau bersuami kaya & hensem; tetapi isteri bahagia ialah apabila dia taat pada Allah, pada Rasulullah, dan pada suaminya. Suaminya mengembirakannya, dan isteri pula berkhidmat pada suami dengan ikhlas.

( Ustaz Azhar Idrus )
 

Saturday, February 1, 2014

Loan MARA dan PUNB

From the album: Alhamdulillah
By Iman Raudhah Saffiyah
Semalam member aku mengadu yg sales kt kedai dia sangat teruk. Dia sangat2 tension.

Loan RM50K MARA yg dia dapat haritu pun da habis. Skrg tgh tunggu loan dr PUNB. Pekerja kt kedai dia pulak buat perangai & macam2 lagi masalah biz dia.

Aku simpati tapi x tahu nk buat apa.

Jadi, aku pun gatal tangan g create fanpage & blog utk dia. Sedis punyer pasal. Kira cam just tolong tolong aje la... dgn harapan ALLAH akan tolong aku balik. Dah lemau rasanya badan aku ni dengan harapan yg diberi oleh makhluk bernama manusia!!

Aku ni budak baru belajar dlm biz. Dia pulak dah lama meniaga. Aku x tahu nk tolong dia apa. Nk kata teror internet, xde la sgt pun. Member o member. Aku nak cakap x reti, nak tunjuk ajar lagi laaaa x tahu.

Pada pandang sisi aku, hebat la gak member aku ni sbb dia dpt perhatian dr MARA & PUNB. Aku??? Huhuuu. Sedis!! Penat je aku dtg turun naik interbiu laaa, g seminar & kursus itu ini, isi form itu ini & macam2 lagi, habuk pun taraaa...

Membuatkan aku sangat "terasa" xde org dalam dunia kerajaan nk tolong aku yg tengah terdesak dgn hidup yg xde keje, kewangan yg teruk dan macam2 lagi masalah lain (huhuuuu) untuk mula berniaga. (Orang cakap; org Melayu kalau xde modal, dia mmg xde semangat nk meniaga!!). Aku rasa aku mmg ada perangai tu, huhuu...

Dan akhirnya.... aku putus asa pada manusia.

"Xpela" kata aku kt diri sendiri sambil nangis2 (itu je la yg aku selalu cakap kt diri sendiri)... Lalu, aku usaha sendiri kumpul duit bermula dari RM1 jual kerepek pisang sebungkus kt dlm UTM! Punyer la teruk keadaan aku ni, suh mak aku yg kt rumah gorengkan & bungkuskan. Hasil jualan aku kutip tp upah kt mak 1 sen pun aku x bagi... Hhuuuhuhu...

Bila pikir2 balik masa silam aku (kisah yg penuh dgn kesedihan), sekarang aku dah ada macam2 yg dulu aku x pernah ada & rasa (semua ni kebendaan sahaja!!).... Walaupun, org lain selalu membanding2kan & memperkecil2kan aku, tapi mak aku selalu cakap: "Syukur dgn apa yg ada, jangan gelojoh dgn dunia, nanti ALLAH tambah!!"

Berkat sungguh kerepek pisang yg mak aku goreng ni. Hai la MAK... Kasihan sbb asyik kena dengar masalah & rintihan2 yg bersarang dalam hatiku. Teruk betul aku ni. Sape lagi aku nk percaya dlm dunia yg sepi ni selain dr insan bernama MAK!! Yelaaa, sejak ayah xde, mak yg take over. Mak selalu jd reminder yg tolong ingatkan aku ttg apa yg ayah aku tinggalkan utk aku. Baiklah Mak!! Akak akan ingat!!

Monday, January 20, 2014

CATATAN AMAL YANG BERTERUSAN WALAUPUN SAKIT


CATATAN AMAL YANG BERTERUSAN WALAUPUN SAKIT

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah Azza wa Jalla menimpakan seorang hambanya yang muslim dengan kesakitan, Allah Azza wa Jalla memerintahkan seorang malaikat:

"Teruskan mencatit semua amal kebaikan yang dia biasa mengerjakannya (ketika dalam keadaan sihat)."

Kemudian Dia memberi kepadanya kesihatan, Dia membersihkan dan mensucikannya (dengan membersihkan dosa-dosanya). Dan apabila Dia mencabut rohnya, Dia mengampuni dan merahmatinya.

(HR Abu Ya'la, Musnad Ahmad dan Majma uz Zawaid)

Sunday, January 19, 2014

Tercatit nama dalam syurga


Status Update
By Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Nabi s.a.w.bersabda"Apabila seorang hamba itu tercatit namanya dalam syurga dan hamba itu tidak mampu mencapainyaengan amalan,maka Allah datangkan ujian yang dengannya beliau bersabar,lalu namanya kekal di dalam syurga".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...