Tuesday, July 15, 2014

3 Tahun Fasa Survival Bisnes

Status Update
By Ainon Mohd.
Dari ABS: 3 Tahun Fasa Survival Bisnes

93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasi. Ini adalah statistik universal, bukan hanya di US sahaja.

Dalam tempoh survival itu, biarpun kita membuka bisnes dengan menyediakan BMCnya terlebih dahulu, itu bukan jaminan bisnes kita tidak bungkus.

.
BMC adalah BMC.

+ BMC adalah alat bagi menurunkan risiko bisnes kita daripada bungkus dan tangan kita hangus.

+ BMC bukan batu hikmat yang dapat menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan dalam bisnes.

.
Kelebihan kita menyediakan BMC adalah, apabila kita silap, kita tahu dengan tepat di mana kesilapan itu berlaku, maka kita tahu dengan tepat di mana kita perlu perbetulkan kesilapan kita itu.

Tanpa BMC, apabila bisnes tersangkut, kita tidak tahu apanya yang silap. Akibatnya, kita bisa mati akal, tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan, dan bagaimana memperbaiki kesilapan itu.

Tanpa BMC, kita mudah patah semangat, sukar mahu bangun semula.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...