Sunday, February 16, 2014

Apa Tujuan Saya Bekerja?


Status Update
By Bryan Gan
 
Petang tadi, ada orang bertanya kepada saya. "Bagaimana saya boleh perform dalam job saya?" I cakap dengan ringkas, "Itu bergantung kepada intention u apabila anda pilih job tersebut." Dia ternga-nga tak faham. Kemudian saya terangkan...

Intention yang saya maksudkan adalah apakah niat anda apabila anda pilih untuk makan gaji, atau pilih untuk berbisnes. Kalau anda makan gaji, niat anda adalah untuk dapatkan gaji. Macam mana pun, anda tidak akan bekerja bermatian-matian seperti bos syarikat itu. Jadi, itu akan jadikan anda setakat boleh perform dari segi habiskan job anda sahaja. Kalau anda pilih untuk berbisnes, intention anda adalah buat duit banyak banyak. Then anda mungkin akan harapkan ada jalan yang senang untuk berbisnes untuk buat duit banyak banyak.

Intention yang saya ada dalam 13 tahun berbisnes ini adalah untuk mencapai sesuatu yang boleh buat saya rasa bangga dengan diri saya, dan saya tidak berhenti untuk mencari cabaran yang baru. Dan berbisnes telah menjadi sesuatu yang saya perlu untuk bernafas dan hidup tiap tiap hari. Tidak pernah saya terfikir I perlu cuti, dan kalau ada, mungkin keluar berjalan jalan utk beli apa yang perlu utk sendiri atau tengok movie je. Lepas tu, akan berbalik balik kepada fikir tentang bisnes. Sebab, setiap saat, jika kita usahakan bisnes kita, maka bisnes kita akan jadi lebih laju lagi dan kita akan berkembang dengan lebih cepat daripada yang lain...

Jadi sekarang, apakah intention atau niat anda sekarang baik anda makan gaji atau pun berbisnes, atau nak berbisnes? Fikirkan semula sebab niat anda akan menentukan segala tindakan yang anda ambil setiap saat dari sekarang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...