Sunday, February 16, 2014

Facebook Marketing

Status Update
By Bryan Gan

Facebook Marketing bukan sekadar Facebook Marketing? Apa maksud saya? Kalau anda fikir Facebook Marketing adalah sekadar buat post di Profile anda atau setup Facebook Page utk promote produk anda, memang ini tidak mencukupi untuk mendatangkan jualan kepada anda atau buat orang kenal jenama anda.

 
Facebook Marketing Bermula Dengan…


1) Memahami target pasaran anda (customer) dengan mendalam dari segi apa cara hidup mereka, umur, jantina, pekerjaan, bagaimana mereka spend duit, apa keperluan harian mereka, apa problem mereka, citarasa.. Apabila anda kenalpasti dan amat memahami segala aspek tentang customer anda, maka anda akan dengan mudahnya memberi penyelesaian kepada masalah mereka.
 



2) Mencari/Mencipta/Design Produk Anda.

Dengan memahami segala aspek tentang customer anda dengan amat mendalam, anda akan mendapat idea yang jelas apakah sebenarnya anda boleh buat untuk memenuhi keperluan mereka. Itu produk yang anda akan jual. Cuba cari produk yang sedia ada dalam pasaran untuk test menjual kepada golongan customer tersebut. Jangan sekali invest atau terjun ke dalam industri tersebut. Test dahulu untuk tengok betul ke produk tersebut boleh jalan...

Anda juga perlu memahami tentang pesaing/competitor anda dalam industri supaya anda tahu anda akan dapat peluang utk masuk pasaran atau tidak. Kalau anda rasa susah nak bersaing dengan mereka, anda perlu mencari keunikan dalam produk anda atau niche market. Niche market, maksudnya cari pasaran yang pesaing anda belum terokai.

Anda boleh masuk juga pasaran yang sedia ada, tapi kalau anda buat demikian, anda perlu 'stand out' atau membuat penampilan yang lebih daripada pesaing anda. Contoh, anda jual produk jamu dengan menjadi stokis sesuatu brand. Tapi banyak sangat produk jamu di luar sana, tesco, giant.. dan dekat FB juga nampak orang post tentang produk jamu sini sana. Jadi, bagaimana anda nak bagi 'stand out'?

Akan bersambung dalam tip yang seterusnya....

 


3) Brand Communication.

Maksud, anda kena fikir bagaimana anda nak sampaikan mesej jenama anda kepada pelanggan anda. Tak faham? Tak pe. Biar I tanya, kalau anda berjumpa dengan seorang kawan lama yang ada keperluan utk produk anda, apa yang akan first cakap untuk beritahunya tentang bisnes anda?

Contoh, kak ada makan jamu? . kak ada masalah itu tak? Orang akan errmmm.. rasa tersentap. Anda boleh buka cerita dengan cara yang lebih sopan. Contoh, Kak pernah dengar suami-isteri bercerai sebab suami asyik komplain? Tapi nasib baik suami I tak pernah komplain...

Kalau anda lihat perbualan di atas, anda rasa apa yang akan jadi topik perbualan? Ini adalah cara/sudut/perspektif yang anda perlu fikir bagaimana anda nak berkomunikasi dengan pelanggan anda apabila anda buat iklan atau post di Facebook nanti.

"Sekarang Makin Ramai Yang Cakap Suami Mereka Komplain. Nasib Baik Suami Saya Tak Komplain... Nak Tahu Kenapa, Sila PM Saya (untuk wanita sahaja)"

Kesimpulan utk tip ini adalah, anda perlu fikir cara utk anda tangkap perhatian orang dan buat mereka ingin sangat nak tahu tentang apa yang anda buat....

Satu lagi contoh, "Apa Rasanya Kalau Pisang Digoreng Dengan Cheeze? Hanya Di Seksyen 9, Shah Alam."

 


4) Facebook Profile, Page dan Ads.

Sekarang, baru anda mula buat post di Facebook Profile, dan Page, dan iklan dengan menggunakan Facebook Ads. Tidak dapat saya ajar step-by-step bagaimana anda boleh buat ini, tapi anda boleh google atau cari di Youtube. Janji anda komited dan bersabar utk belajar. Ada juga saya ajar dalam latihan pengedar SCARF Perfume bersama dengan tip berbisnes yang lain.

Tapi boleh saya katakan, anda perlu add ramai kawan yang berpotensi jadi pelanggan anda di Facebook Profile. Berapa ramai itu ramai? 5000 itu ramai. Facebook Profile akan dapat priority yang lebih tinggi utk orang lihat post anda daripada Page. Dengan Page, anda boleh buat iklan utk target sasaran pasaran anda yang lebih jauh dan banyak.

Contoh, "Goreng Pisang Cheeze Berkembang Ke Seluruh Malaysia. Tawaran Franchise Dibuka" dan buat iklan dengan budget RM300-1000 sebulan. Kalau anda nak buat iklan dgn Facebook Ads, pastikan pulangan anda akan cover kos iklan. Kalau tidak dapat, promote giat di Facebook Profile dan juga.......

Jangan lupa untuk buat marketing secara OFFLINE. Offline juga merupakan satu medium yang amat penting untuk orang membeli daripada anda. Contoh, offline marketing boleh dibuat dengan flyer, banting, gerai, dan sebagainya.

Biasanya orang agak rasa tahap ini perlu meluangkan masa yang banyak. Memang kalau nakkan sentiasa, kita kena korbankan masa dan bersabar utk berusaha.

 


5) Keep Communicate!

Kenapa I post kepada Facebook Profile saya setiap hari atau Page? (walaupun ada masanya i akan skip). Amat penting untuk anda sentiasa mengingatkan semua kawan yang ada di Profile anda, pelanggan, LIKES (fans) di Page atau pasaran tentang brand/produk anda. Walaupun mereka tidak beli sekarang, tapi mereka akan beli nanti. Walaupun mereka tidak beli nanti, mereka akan bagitau kawan mereka yang akan beli. Walau pun mereka tidak bagitau kawan, tapi suami akan bersetuju utk isteri membeli kerana suami pernah dengan tentang brand tersebut.

Dalam Facebook Ads, saya sentiasa advertise untuk fans dan kawan lihat tentang Ads saya. Itulah sebabnya anda akan sentiasa lihat tentang SCARF Perfume dan apa yang saya post. Heheheh.. kannnn???
 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...