Thursday, July 23, 2009

Tentang Masa


“Time is the coin of your life, it is the only coin you have,

and only you can determine how it will be spent”

Dialog biasa yang kita akan ucapkan, bahkan yang saban kali kita dengar,

“Aku sibuk la hari ni, tak de masa ”

Sibuk? Tak de masa?

Kenapa boleh timbul isu sibuk??

Macamana idea sibuk boleh muncul?

Biasa tak dengan situasi ini,

Apabila kita disuruh melakukan sesuatu, dan kita tak ingin melakukan perkara itu, atau kita lebih pentingkan benda lain daripada perkara tersebut…Bila keadaan ini berlaku, apa alasan kita?

Tentu sahaja S.I.B.U.K

Betul tak?? Ke macamana??

Allah Maha Adil kepada semua hamba-Nya, setiap orang diberi 24jam sehari. Cuma yang lainnya, panjang atau pendeknya umur kita.

Cuba kita fikir semula bersama-sama. Apa yang menyebabkan kita tak cukup masa ‘kononnya’? Apa yang kita sibuk sangat? Kita punya masa dalam sehari ada 20 jam sahajakah? Atau orang lain dapat 24 jam 5 minit lebih dari masa kita? Tidak kan?

Suka ingin saya gunakan kaedah mantik (betul ke?) untuk cari jawapan.

Premis 1:”Aku sibuk, xde masa”

Premis 2: Allah bagi setiap orang 24 jam sehari, sama je setiap orang dapat

Kesimpulan: Masalah pengurusan masa. Tak pandai nak letakkan keutamaan

Setuju tak dengan saya?

Kebanyakan kita menghadapi masalah pengurusan masa. Kita keliru tentang ‘mana yang lebih penting’. Saya sendiri akui, kadang kala saya menghadapi masalah ini. Tak pandai nak mengukur keutamaan.

Keutamaan yang kita buat bergantung kepada prinsip hidup kita.Sekiranya kita letakkan matlamat kita untuk dapat redha Allah, jadi apa sahaja perkara yang membawa kita ke arah itu, kita akan lakukan dengan sebaik mungkin. Segala godaan dan panggilan dunia kita akan tolak mentah-mentah. Begitu juga sebaliknya,saya beri contoh yang lain, jika kita punya prinsip hidup adalah untuk mencapai kemasyhuran, apa sahaja perkara yang melambatkan kita untuk mencapainya akan kita tolak ketepi. Seluruh hidup kita akan disibukkan denganperkara-perkara yang membawa kita kepada kemasyhuran tersebut.

Menurut Imam Hassan Al-Banna, masa itu kehidupan, tiada erti hidup manusia selain dari masa-masa dia beramal sejak dia lahir sehingga hidup berakhir.

Saya tidak setuju dengan pepatah melayu yang mengatakan ‘Masa itu Emas’. Saya terpaksa tolak bulat-bulat kerana saya merasakan bahawa, kita tidak boleh membeli masa lalu kita walaupun dengan harga 7 bukit emas sekalipun. Jadi nilai masa itu lebih berharga dari emas. Malah tak ternilai harganya jika kita betul-betul hayati nilai masa itu sendiri.

Sesungguhnya, mati tua bukan jaminan kita untuk masuk ke syurga. Anda pasti setuju dengan saya bukan? Berapa banyak amalan yang kita laksanakan yang benar-benar bererti yang mampu membantu kita meneruskan perjalanan kehidupan di alam barzakh untuk menuju alam akhirat?. Oleh itu, mari kita sama-sama melakukan sesuatu perkara yang betul-betul bernilai di sisi Allah.

Kita harus berfikir betul-betul tentang apa nilainya di sisi Allah atas setiap apa yang kita lakukan yang nilainya kekal sampai ke akhirat. Tidak kisah lah, ke mana atau apa pun pandangan manusia, yang penting Allah terima. Jadi, kita hendaklah meletakkan keutamaan pada sesuatu kebaikan supaya amalan yang kita lakukan itu, tidak sia-sia.

Syurga itu indah dan penuh kenikmatan, tapi jalan untuk ke sana sangat payah dan susah. Banyak pengorbanan yang patut dilakukan. Neraka penuh dengan azab dan siksaan, tetapi jalan ke sana dibentangi dengan pelbagai nikmat. Cukup rasanya saya kira kita renungi dua perbandingan ini. Dari situ saya dapat simpulkan bahawa

‘yang lebih baik adalah yang lebih susah’

Apabila kita melaksanakan sesuatu perkara, sebaik-baiknya biarlah perkara itu menambah ‘added value’ kita sebagai hamba Allah. Boleh sahaja jika kita tidak mahu ‘added value’ itu. Bergantung pada diri kita samada hendak merebut peluang ini atau tidak. Kadang-kadang kita perlu fikir apa yang kita minat dan apa yang baik bagi diri kita. Kita biasanya takut untuk mengukur diri kita dengan orang lain yang lebih tinggi pencapaiannya dari kita.

Kerana apa?

Kita takut hendak keluar dari ‘comfort zone’ yang biasa kita duduki. Kita takut merasai kesukaran dan kesakitan yang biasanya akan terjadi di peringkat awal sahaja. Apabila fasa kesukaran sudah kita lalui, maka kita berjaya mengatasi kemampuan diri kita sendiri ( Kepada pelaja kejuruteraan kimia, cuba buat projek yang asasnya ‘modelling and simulation’. Belum cuba, belum tahu..hehe)

‘Excellent but not enough, unless you try to do something beyond what you’ve already mastered, ypu will never grow up.’

Fikirkanlah dan seterusnya usahakanlah supaya kita dapat membina ‘added value’ untuk membantu ummat Islam yang lain. Kita umpama batu bata dalam Islam. Baik dari sudut kita, maka kita telah berjaya menyumbang untuk Islam. Buruk kita, maka buruklah Islam. Wallahu ‘alam

By:Besi The Heartless

p/s:Besi cadangkan supaya kita aplikasikan method 4 quadrant (The Seven Habits of Highly Effective People- Covey) time management matrix untuk kita prioritize antara urgent, important, not urgent, not important. Selamat mencuba bersama Besi ya!! (~_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...