Wednesday, September 2, 2015

Tuesday, September 1, 2015

Sup Tauhu Cendawan Butang


BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | dipotong empat
3 biji cendawan butang | dihiris
2 biji ubi kentang | dipotong dadu
1 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
½ ketul kiub pati ayam
5 tangkai cili padi merah | dihiris serong
1 tangkai daun kucai | dipotong
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

1 Panaskan minyak dan tumis bahan cincang sehingga naik bau.
2 Kemudian masukkan kiub pati ayam dan air secukupnya. Kacau rata dan pastikan kiub pati ayam tidak berketul.
3 Seterusnya masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk barulah dimasukkan cendawan butang, tauhu, cili padi merah dan daun kucai.
4 Akhir sekali, perasakan. Sedia untuk dimakan.

KEK CHOCOLATE MOIST

KEK CHOCOLATE MOIST
Sumber: Facebook

BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Satukan semua BAHAN A dalam periuk. Masak dengan api yg kecik sambil sentiasa kacau. Bila mendidih, tutup api. Tunggu hingga sejuk sedikit.


BAHAN B
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C
4 biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla


Masukkan BAHAN B dan C secara berselang seli. Kacau rata. (Saya blend jek). Masukkan dalam mangkuk kecik2,anggaran separuh dari bekas sebab adunan akan naik bila dikukus dan kukus hingga masak.

Pastikan air kukusan dah mendidih ya, baru kukus kek kita ni. Kukus dlm anggaran 10-15min. Tutup penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik. Bila dah masak, sejuk kan baru dituang topping.







#saya memang guna HANYA 3/4 CAWAN TEPUNG SAHAJA... saya tak salah type.. 3/4 cawan tepung bersamaan dengan 96gm

TOPPING CHOCOLATE CAIR
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair dipanaskan
Campur semua bahan, kacau rata

atau (resipi Kak Nora style) 1/2 cawan koko, 1/2 cawan air panas, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar susu besar pekat, 1 sudu marjerin - double boil, dah sebati semua letak tepung jagung sedikit untuk pekatkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...