Showing posts with label biz. Show all posts
Showing posts with label biz. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

3 Tahun Fasa Survival Bisnes

Status Update
By Ainon Mohd.
Dari ABS: 3 Tahun Fasa Survival Bisnes

93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasi. Ini adalah statistik universal, bukan hanya di US sahaja.

Dalam tempoh survival itu, biarpun kita membuka bisnes dengan menyediakan BMCnya terlebih dahulu, itu bukan jaminan bisnes kita tidak bungkus.

.
BMC adalah BMC.

+ BMC adalah alat bagi menurunkan risiko bisnes kita daripada bungkus dan tangan kita hangus.

+ BMC bukan batu hikmat yang dapat menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan dalam bisnes.

.
Kelebihan kita menyediakan BMC adalah, apabila kita silap, kita tahu dengan tepat di mana kesilapan itu berlaku, maka kita tahu dengan tepat di mana kita perlu perbetulkan kesilapan kita itu.

Tanpa BMC, apabila bisnes tersangkut, kita tidak tahu apanya yang silap. Akibatnya, kita bisa mati akal, tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan, dan bagaimana memperbaiki kesilapan itu.

Tanpa BMC, kita mudah patah semangat, sukar mahu bangun semula.



Thursday, July 10, 2014

Tip Memilih dan Melayan Rakan-Kongsi Syarikat

From the album: Timeline Photos
By Ainon Mohd.
Dari ABS: Tip Memilih dan Melayan Rakan-Kongsi Syarikat

Tuan Shahrul Bear Gpc (foto) memberikan tip-tip penting di bawah ini:

+ Mulakan bisnes dengan kita sebagai pemegang saham terbesar. Apabila dapat partner yang berbakat, berikan saham sedikit dahulu (kurang daripada 10%).

+ Jelaskan kepada partner tersebut kenapa kita berbuat begitu. Terangkan padanya yang kita bersedia untuk berkongsi lebih banyak saham syarikat dengannya jika dia boleh membuktikan kepada kita yang dia boleh "perform exceptionally well".

+ Set targets for him. Apabila dia dapat mencapai target baru kita tambah lagi pegangan sahamnya. Pada masa itu perolehan syarikat sudah bertambah. Saham awalnya yang kurang 10% itu sudah tentu mempunyai nilai yang lebih besar.

+ Dia akan mempunyai dorongan untuk bekerja lebih keras lagi. Jangan risau, kita masih lagi memegang saham majoriti dan nilainya sudah bertambah.

+ Lebih baik memegang 51% saham dalam syarikat yang bernilai RM5 juta dari memegang 100% saham dalam syarikat yang cuma bernilai RM100k.

Tuesday, July 8, 2014

Tips Memulakan Bisnes

Status Update
By Ainon Mohd.
Dari ABS: Memulakan Bisnes

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

+ Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.

+ Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.

+ Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga. Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.

+ Jangan menyewa kedai. Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.

+ Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita. Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

+ Jangan buka bisnes francais. Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.

+ Jangan buka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

+ Jangan buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memakasa kita membuat pinjaman bank.

(Bisnes katering)

Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama:

+ Modalnya kecil. Kalau lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.

+ Kita mempunyai skill yang diperlukan.

+ Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.

+ Dapat kita buat bisnes itu sendiri-sendiri. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru ambil pembantu. 
 
 
 

Monday, July 7, 2014

Memilih Bisnes Pertama

Lazimnya, kita cenderung membuka bisnes pertama kita berdasarkan perkara yang kita sukai.
Menyukai sesuatu perkara adalah biasa. Semua orang mempunyai perkara yang disukai.
Jangan membuka bisnes pertama berdasarkan perkara yang kita sukai. Bisnes yang kita sukai mungkin kos membukanya mahal, sehingga kita terpaksa meminjam duit bank.


Kriteria memilih bisnes yang pertama:
+ Bisnes itu bisnes servis.
+ Servis itu servis yang sangat asas. Kerja itu dapat dilakukan oleh pekerja remaja!
+ Servis itu servis yang diperlukan oleh pelanggan kaya. Jangan jual servis kepada pelanggan tidak berduit!
+ Servis itu tidak memerlukan peralatan yang mahal. Kita tidak memerlukan modal yang banyak membeli peralatannya.
+ Kita dapat menjalankan sendiri kerja servis itu. Tidak perlu kita mengambil pekerja lain.
+ Jangan buat bisnes yang melibatkan pembuatan dan pengeluaran, kecuali pengeluaran itu dapat dibuat di rumah menggunakan peralatan yang sudah sedia ada.
+ Servis itu tidak memerlukan kita membuka kedai. Kos membuka kedai adalah sangat tinggi. Duit modal kita tersangkut pada kedai.


https://www.facebook.com/#
By Ainon Mohd.

Tuesday, June 17, 2014

Cara Selesaikan Masalah Besar


Status Update
By Bryan Gan
 
Many times we think our problem is big, but actually the world has bigger problem than ours. The question is, whether we want to open up to solve our problem?

Friday, June 13, 2014

Sebab Hidup Tidak Berubah


Status Update
By Irfan Khairi
 
Sekiranya kita sering berfikir negatif, lihat keadaan diri kita kini. Pemikiran negatif itu lah yang mungkin menyebabkan keadaan kita tidak berubah sejak dulu hingga kini. Ubah dulu pemikiran dan ini akan mengubahkan hidup anda.

Thursday, June 12, 2014

Nota Bila Gagal & Nota Bila Berjaya


Status Update
By Irfan Khairi
 
 
Bila melihat orang gagal, doa2kan kejayaan mereka dan beri sokongan. Bila lihat orang berjaya, jangan pula mengharapkan kegagalan mereka dan beri kritikan. Tanamkan sikap positif terhadap kejayaan. Ini akan memberi semangat kepada kita untuk lebih berjaya.

Sunday, June 8, 2014

Modal perniagaan


Status Update
By Irfan Khairi
 
Kalau tiada modal untuk mulakan perniagaan besar, mulakan perniagaan kecil dulu. Keuntungan perniagaan laburkan balik untuk besarkan perniagaan. Ini akan mengajar kita lebih berhati2 dalam mengendalikan perniagaan di samping menambahkan pengalaman yang amat berharga. Start small, finish BIG ;)

Monday, September 9, 2013

SENARAI SEMAK SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN


SENARAI SEMAK PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN (SPPP)

7. Kertas Kerja (permohonan lebih RM50,000.00/Syarikat Sdn Bhd) termasuk:
(a) Penyata Untung Rugi bagi tempoh tidak kurang daripada 6 bulan terakhir
(b) Kunci Kira-kira Terkini
(c) Aliran Wang Tunai bagi tempoh 3 tahun, dengan tahun pertama dipecahkan mengikut bulan
(d) Unjuran Penyata Untung Rugi bagi tempoh 3 tahun, dengan dipecahkan mengikut tahun
(e) Asas Perkiraan Jualan/Pendapatan, kos pengeluaran dan perbelanjaan bagi unjuran penyata untung rugi

8. Salinan Perjanjian Sewa Kedai, Bengkel atau Kilang
9. Salinan Perjanjian Perkongsian (bagi syarikat perkongsian)
10. Salinan Penyata Bank bagi tempoh 6 bulan
11. Salinan Surat Kelulusan pinjaman/ overdraf sekiranya masih mempunyai baki
13. Pelan serta sebut harga sekiranya tujuan pembiayaan untuk ubahsuai bangunan
 
15. Syarikat Sendirian Berhad, sila kemukakan:
(a) Salinan Laporan Kewangan & Akaun Beraudit bagi tempoh 3 tahun terakhir. (Sekiranya akaun terakhir belum diaudit, kemukakan deraf akaun yang akan diaudit)
(b)S alinan "Memorandum & Articles of Association"
(c) Salinan Borang 9 - Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian Berhad.
(d) Salinan Borang 24 - "Return of Shares" , yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
(e) Salinan Borang 44 - "Notice of Situation of Registered Office", yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat(jika berkenaan)
(f) Salinan Borang 48A - "Statutory Declaration By A Person Before Appointment As Director", yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat (Bagi semua ahli Lembaga Pengarah)
(g) Salinan Borang 49 - "Return Giving Particulars in Register of Directors, Manager and Secretaries", yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat. (h) Salinan Borang 32 A - "Transfer Of Share / *Debentures" yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat (jika berkenaan)
(i) Resolusi-Resolusi bagi perkara berikut:-
(i) Memohon dan menerima pembiayaan MARA
(ii) Kebenaran penggunaan meteri (seal) syarikat pada surat perjanjian.
(iii) Pemberian kuasa kepada pengarah-pengarah syarikat untuk menandatangani surat-surat perjanjian.
(iv) Pemberian kuasa kepada wakil syarikat bagi berurusan dengan MARA berkenaan permohonan pembiayaan.
C. Cagaran Tanah
1Salinan fotostat geran tanah
2Surat persetujuan mencagarkan tanah oleh pemilik tanah (Jika berkenaan)
3Surat kebenaran mencagarkan tanah daripada pihak berkuasa (jika berkenaan)
4Surat atau sijil carian tanah (Pejabat Tanah)
5Salinan laporan penilaian tanah

Wednesday, April 7, 2010

Jihad Bisness: TIP KEUSAHAWANAN 1


Jihad Bisness: Contoh Rancangan Perniagaan

Salaam, boleh download contoh rancangan perniagaan,,, ada banyak kt cni,,, bley sebarkan kt kengkawan kite eah,,,, http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=nor259

Jihad Bisness: Sheep for Qurban and Aqiqah...

Sahih Bukhari Book 66. Sacrifice on Occasion of Birth (Aqiqah), Narrated By Salman bin 'Amir Ad-Dabbi : I heard Allah's Apostle saying, "'Aqiqa is to be offered for a (newly born) boy, so slaughter (an animal) for him, and relieve him of his suffering."
(Note: It has been quoted in Fateh-AL-Bari that the majority of the Religious Scholars agrees to the Hadith narrated in Sahih At-TlRMlZY that the Prophet was asked about Aqiqa and he ordered 2 sheep for a boy and one sheep for a girl and that is his tradition "SUNNA".)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...