Thursday, July 10, 2014

Tip Memilih dan Melayan Rakan-Kongsi Syarikat

From the album: Timeline Photos
By Ainon Mohd.
Dari ABS: Tip Memilih dan Melayan Rakan-Kongsi Syarikat

Tuan Shahrul Bear Gpc (foto) memberikan tip-tip penting di bawah ini:

+ Mulakan bisnes dengan kita sebagai pemegang saham terbesar. Apabila dapat partner yang berbakat, berikan saham sedikit dahulu (kurang daripada 10%).

+ Jelaskan kepada partner tersebut kenapa kita berbuat begitu. Terangkan padanya yang kita bersedia untuk berkongsi lebih banyak saham syarikat dengannya jika dia boleh membuktikan kepada kita yang dia boleh "perform exceptionally well".

+ Set targets for him. Apabila dia dapat mencapai target baru kita tambah lagi pegangan sahamnya. Pada masa itu perolehan syarikat sudah bertambah. Saham awalnya yang kurang 10% itu sudah tentu mempunyai nilai yang lebih besar.

+ Dia akan mempunyai dorongan untuk bekerja lebih keras lagi. Jangan risau, kita masih lagi memegang saham majoriti dan nilainya sudah bertambah.

+ Lebih baik memegang 51% saham dalam syarikat yang bernilai RM5 juta dari memegang 100% saham dalam syarikat yang cuma bernilai RM100k.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...