Thursday, September 26, 2013

RAHMAT MENINGGALKAN ZON SELESA

July 21, 2011 at 9:17am

Apabila saya gagal mendapatkan bantuan modal dari mana-mana institusi kewangan, namum semangat utk berniaga tetap membara. Ketika baru mendirikan rumahtangga, kami terpaksa berpindah ke rumah haram tanpa api dan air dan tinggal dlm serba kedaifan selama lebih 3 tahun. Anak sulung kami lahir disitu.

Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana "it was a blessing in disguise for me" apabila tidak mendpt apa2 pinjaman. Kami bertekad utk terus memulakan perniagaan. Dlm kesusahan yg amat sgt, otak kami menjadi begitu kreatif, inovatif dan mempunyai business idea yg begitu byk utk mencuba pelbagai alternatif. Lahirlah Securiforce yg dimulai dgn 5 org pengawal dan RM5000.

Kami terpaksa bekerja selama 18 jam sehari, 7 hari seminggu dan terpaksa menjadi guard (kuli) sebelum menjadi tauke (wajib menjadi kuli sebelum menjadi tauke). Dari situlah kami belajar membuat sistem kawalan keselamatan secara total dari A hingga Z dgn pelbagai kecanggihan moden. Kami berjaya menjadi biz leader didalam industri ini.

Syukur, kami telah miliki 8 buah anak syarikat termasuk sykt hartanah Dana Lumayan dan 55 buah cawangan didalam dan diluar negara dgn lebih 5000 org kakitangan.

Syukur, alhamdulillah. Sesungguhnya saya belajar pelbagai ilmu. Kekebalan diri. Kekentalan semangat. "Never say die" attitude yg mana telah membawa kejayaan besar dan keberkatan didalam hidup dan perniagaan saya ketika ini.

Itulah hikmahnya meninggalkan zon keselesaan di peringkat permulaan perniagaan. Adakah perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda?

Salam dan doa kejayaan.



Datuk Dr. Maznah Hamid

 

copas: https://www.facebook.com/notes/datuk-dr-maznah-hamid/rahmat-meninggalkan-zon-selesa/246503122045466

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...