Quantum Bidadari

Thursday, September 26, 2013

BERNIAGALAH DENGAN BERMODALKAN DIRI SENDIRI.

February 14, 2011 at 10:10am

Sempena menyambut Maulidur Rasul esok, saya ingin menghadiahkan motivasi dan jawapan Soal Jawab ini buat semua rakan FB.


Perkara pertama dan utama untuk memulakan perniagaan ialah dengan bermodalkan diri sendiri.Kemudian diikuti oleh wang. Mengikut pengalaman peribadi saya, walaupun kita memulakan perniagaan setelah berjaya dengan banyak pinjaman daripada bank, ia bukan penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Malah ia boleh menjadi bala. Belum tentu wang pinjaman itu bakal membawa keuntungan yang besar atau menjayakan sesuatu perniagaan sekiranya kita tidak mempunyai persediaan yang rapi, ilmu pengetahuan yang diperlukan untukmenjalankan perniagaan itu, ciri-ciri keusahawanan, minda dan etika yang betul. Belum cerita hal nasib baik dan malang lagi, dalam perniagaan ini.

Pertama sekali, kita perlu mengetahui perniagaan apakah yang sesuai dengan diri kita dengan menjalani ujian Psycometric untuk mengetahui samada diri kita sesuai atau tidakdengan perniagaan tersebut. Anda juga perlu ada mentor dan pakar dalam bidang itu yang akan menasihati dan mengawasai kita kita. Perlu ada bisnes plan, financial plan yg kita buat sendiri dan disemak oleh rakan yang menjalankan perniagaan itu.

Saya cadangkan anda timba pengalaman dengan bekerja dahulu di tempat perniagaan dalam industri yang ingin anda ceburi. Jangkamasa yang sesuai antara 3 bulan - 6 bulan.



Apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali berhutang dengan institusi kewangan. Gunakan wang simpanan sendiri atau pinjam dengan OPM (Other People's Money). Jual harta yang ada jika terdesak. Ini kerana bila kita meminjam wang dengan institusi kewangan, belum tentu perniagaan yang kita ceburi itu akan berjaya dan belum tentu perniagaan itulah yang akan menjadi perniagaan yang kekal kita lakukan di masa depan. Jika kita sudah meminjam dan kita pula menjalankan perniagaan yang tak sesuai dengan diri kita, hutang dengan bank itu tetap perlu dibayar. Yang penting bukanlah mengubahsuai pejabat, membeli telefon, memasang karpet dll. Yang penting,ialah menganalisa berapa banyak wang masuk dan bagaimana nak membayar sewa pejabat , kakitangan dan lain-lain lagi. Sebab itu jika kita meminjam dengan keluarga terdekat,kita tidaklah dikenakan tekanan hebat sepertimana institusi kewangan. Sehingga diisytihar bangkrap jika kita gagal dalam bisnes itu.

Tidak ada bank atau institusi kewangan yang akan meminjamkan wang jika kita tiada rekod perniagaan. Sebab itu penting untuk memulakannya dahulu dan wujudkan sistem perniagaan kita.


Perkongsian Pengalaman Peribadi, saya bermula dengan modal RM5000 wang simpanan. Bila terdesak, saya jual rumah dan jual kereta. Bermula dengan 5 orang guard. Saya terpaksa berpindah di rumah haram. Takde api, Takde air. Sewa rumah RM50. Di Bukit Belacan.Sewa rumah sebelah RM50 untuk guard. Sebab tiada bank nak beri pinjaman. Saya tetap teruskan juga dengan apa yang ada.Bila perniagaan makin besar, bank dan investor akan mula datang dan menawarkan pelbagai bentuk insentif. Mereka telah nampak usaha kita berhasil dan mereka yakin untuk berurusan dengan kita. Maka ramailah orang VIP dan Pak Menteri yang teringin nak berkongsi dengan kita.

Kita perlu belajar asas perniagaan, asas perakaunan dan pemasaran yang hebat dan efektif. Ia sangat penting termasuklah kekuatan, kekebalan diri, kepintaran emosi. Disamping masuk kelas malam untuk belajar semua aspek perniagaan.

Saya melakukan pelbagai kerja untuk mendapatkan multiple source of income. Saya jual insuran, saya buat MLM, saya jadi trainer, buat kerja translation danmacam-macam lagi untuk mendapat lebih banyak income untuk menampung perniagaan. Kene banyak kemahiran. Pengalaman ini boleh ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Bukan hanya menawarkan khidmat utama perniagaan kita sahaja. Misalnya, saya bukan sahaja menawarkan khidmat sekuriti tetapi juga training, HR, PR (not only industrial security but also emotional security) kepada pelanggan. Ini dikatakan value-added kepada  pelanggan. Mereka suka hire saya untuk pelbagai tugasan. Multi-skilled, multi-talented, multi-millionaire

Modal pertama adalah diri kita sendiri. Wang akan datang secara konsisten apabila kita telah benar-benar memahami dan menjalankan perniagaan kita dengan sistematikdan menyakinkan pelanggan kita. Ketika itu bank dan investor akan datang. Ia mengambil masa. Saya sendiri ambil masa 10 tahun. Masalah aliran wang (cashflow)tidak akan tamat. Ini kerana bila perniagaan berkembang, wang diperlukan setiap masa untuk mengembangkan perniagaan. Oleh kerana itu kita tak boleh membazirkan wangkerana setiap tahun semakin banyak modal diperlukan. Sebab itu kita masukkan kembali keuntungan ke dalam perniagaan sebagai modal pusingan dan membina empyar perniagaan. Perlu ada blueprint perniagaan yang di update sepanjang masa supaya kita tak tersasar dan tersalah jalan. Usah terpedaya dengan pelbagai cadangan yang mudah untuk cepat kaya.

Kesimpulannya, mendapat pinjaman besar daripada bank di peringkat permulaannya bukanlah kriteria atau jaminan untuk menjadi usahawan yang berjaya dan menjayakan perniagaan. Ia bergantung kepadabermodalkan diri kita sendiri, kepintaran dan keupayaan kita. 20% IQ, 80% EQ dan kekuatan-kekuatan lain juga. Sila berusaha dapatkan maklumat mengenai grant, bantuan modal dan sebagainya dari agensi kerajaan dan institusi kewangan. Mesti bijak membuat jaringan.


Modal Perniagaan Yang Sebenar Adalah Diri Kita Sendiri.


Salam Maulidur Rasul dan Doa Kejayaan,



Datuk Dr Maznah Hamid
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

RAHMAT MENINGGALKAN ZON SELESA

July 21, 2011 at 9:17am

Apabila saya gagal mendapatkan bantuan modal dari mana-mana institusi kewangan, namum semangat utk berniaga tetap membara. Ketika baru mendirikan rumahtangga, kami terpaksa berpindah ke rumah haram tanpa api dan air dan tinggal dlm serba kedaifan selama lebih 3 tahun. Anak sulung kami lahir disitu.

Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana "it was a blessing in disguise for me" apabila tidak mendpt apa2 pinjaman. Kami bertekad utk terus memulakan perniagaan. Dlm kesusahan yg amat sgt, otak kami menjadi begitu kreatif, inovatif dan mempunyai business idea yg begitu byk utk mencuba pelbagai alternatif. Lahirlah Securiforce yg dimulai dgn 5 org pengawal dan RM5000.

Kami terpaksa bekerja selama 18 jam sehari, 7 hari seminggu dan terpaksa menjadi guard (kuli) sebelum menjadi tauke (wajib menjadi kuli sebelum menjadi tauke). Dari situlah kami belajar membuat sistem kawalan keselamatan secara total dari A hingga Z dgn pelbagai kecanggihan moden. Kami berjaya menjadi biz leader didalam industri ini.

Syukur, kami telah miliki 8 buah anak syarikat termasuk sykt hartanah Dana Lumayan dan 55 buah cawangan didalam dan diluar negara dgn lebih 5000 org kakitangan.

Syukur, alhamdulillah. Sesungguhnya saya belajar pelbagai ilmu. Kekebalan diri. Kekentalan semangat. "Never say die" attitude yg mana telah membawa kejayaan besar dan keberkatan didalam hidup dan perniagaan saya ketika ini.

Itulah hikmahnya meninggalkan zon keselesaan di peringkat permulaan perniagaan. Adakah perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda?

Salam dan doa kejayaan.



Datuk Dr. Maznah Hamid

 

copas: https://www.facebook.com/notes/datuk-dr-maznah-hamid/rahmat-meninggalkan-zon-selesa/246503122045466
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, September 25, 2013

Buah Cinta

Buah Cinta untuk peringatan diri sendiri & pembaca yang singgah disini...


































 

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, September 23, 2013

Membentuk Anak Yang Soleh/solehah

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
21 hours ago ·
As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:
1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an. Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha.

Aameen, wassalam.
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, September 20, 2013

Tips Menghadapi Peperiksaan ^_~



Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 
As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Terlalu ramai pelajar yg minta tip utk menghadapi peperiksaan. Di antara tip yg praktikal & berkesan:

1. Jaga solat 5 waktu dgn sempurna.

2. Lakukan solat taubat, hajat & istikharah-- hati jadi bersih, mudah belajar & dpt jwb soalan dlm pep dgn cemerlang.

3. Doakan ibubapa, guru2 & kawan2. In sya Allah ilmu jadi berkat.

4. Ilmu itu cahaya, & cahaya tak masuk hati yg gelap. Justeru, sentiasa cuci hati dgn berbagai cara yg telah kerap saya syorkan.

5. Tukar minda ke MODE PEPERIKSAAN

Jadikan bilik belajar di rumah menjadi Bilik Gerakan Pep: Ada jadual pep, count down ke hari pep, bubuh matlamat di dinding, cth: Nak dpt 10A dlm SPM 2013, bubuk kata2 motivasi, doa2 penerang hati & kejayaan, peta minda topik2 yg penting, dll.

6. Fahamai strategi belajar & sesuaikan dgn STAIL PEMBELAJARAN ANDA-- sama ada u pelajat visual ( belajar dgn membaca), audio (belajar dgn mendengar),atau kinestetik (belajar secara praktikal & hands on).

7. Barangsiapa belajar dgn niat utk membantu kwn lain yg lemah, akan dpt 10X ganda kefahaman & daya ingatan. So, betulkan niat masa nak belajar!

8. Ubah PERSEKITARAN
Belajar dgn duduk di kerusi sambil menghadap KIBLAT (JGN SESEKALI BELAJAR DGN DUDUK DI LANTAI ATAU ATAS KATIL!!!), kemaskan persekitaran, jika sesuai, tukar warna bilik ke warna HIJAU (Agar tenang) atau KUNING (Agar ceria), ada pewangi dlm bilik utk rangsang minda, pastikan cahaya matahari masuk ke dlm bilik utk beri tenaga ke dlm bilik & bunuh bakteria, bubuh pokok kecil di hujung meja tempat belajar utk supply oksigen yg di perlukan oleh otak. JGN BELAJAR SAMBIL DENGAR MUZIK (apa jenis muzik sekalipun!). SETAN YG AKAN MENGIRINGI ANDA BELAJAR & SUKAR NAK BENAR2 FAHAM!!!

9. Pakai minyak wangi masa nak study utk rangsang minda & tingkatkan IQ.

10. Senyum masa belajar utk relakkan minda & seronok belajar.

11. Minum air masak semasa belajar.

12.. Lakukan ulangkaji secara OUTPUT LEARNING:
a. TENGOK SOALAN YG LEPAS, SOALAN CONTOH ATAU SOALAN RAMALAN

b. Baca doa penerang hati, termasuk surah al Insyirah

c. Baca buku/ nota dgn menunjuk dgn jari. Bila membaca sambil menunjuk, konsentrasi, kefahaman & daya ingatan meningkat 20-60%

d. Setelah membaca, fikir & ingat kembali fakta2 yg di baca tadi. Proses ini utk pindahkan maklumat drp buku ke sel2 memori dlm otak.

e. Lakar Peta Minda utk subjek yg berkaitan.

f. Semak ketepatan maklumat di peta minda (PM) & perkemaskan PM

g. Sebut secara lisan maklumat yg tercatat dlm peta minda utk mengukuhkan daya ingatan.

h. Cuba jwn soalan yg telah di rujuk di awal sesi ulangkaji tadi. Ini akan menguji kefahaman & tingkatkan daya ingatan.

i. Tampal peta minda yg penting di dinding utk di rujuk sblm tidur.

j. Baca Doa kesyukuran & mohon Allah lekatkan maklumat dlm minda sepanjang masa.

13. Kuatkan MEMORI dengan:
a. Doa penerang hati,
b. Makan yg seimbang,
c. Mengambil supplemen Minda spt EXCEL SUPREME yg amat membantu ratusan ribu pelajar utk memperkasa pembelajaran (hub 03-89255292 utk maklumat & tempahan),
d. Mkn kacang2 & Vit B complexs,
e. Makan madu, kismis, buah badam & tamar, etc

14. Hidupkan sunnah2 harian (elak kencing berdiri-- ini akan jadikan anda pelupa & lemah fikiran!).

15. Lakukan yg terbaik, bertawakkal kpd Allah & redha setiap pencapaian yg di hasilkan.

Moga Allah merahmati semua pelajar yg menghadapi peperiksaan.
Aameen, wassalam.
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Hari ni terasa kaki bengkak dengan air. Berikut hasil bacaan dari website ^_~


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan.
Semakan terakhir: April 2012

http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema#ixzz2fMo0h5a8
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Petua menakluk pasangan ^_^


Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Terima kasih kerana menonton Semanis Kurma & berkongsi pengalaman di fb.Petua menakluk pasangan (suami isteri):

1. Suami isteri sebenarnya suka dilayan.Jadi layanlah pasangan anda dgn penuh keikhlasan tanpa mengharap balasan.

2. Berikan layanan istimewa tanpa rungutan tapi penuh cinta..nescaya anda juga akan memperolehinya.

3. Belajarlah utk memahaminya agar anda juga bisa difahami.

4. Selami perasaannya dengan keinginan utk mengerat kasih sayang, insya Allah pasti berjaya.

5. Pautkan segala rasa sayang semata2 inginkan keredhaan Allah SWT,insya Allah kebahagiaan bakal datang bersama usaha yg gigih.

6. Rajinlah solat bersama & berdoa agar dikurniakan kebahagiaan di dunia & akhirat seisi keluarga.

7. Jauhi segala amalan2 khurafat yg membawa padah & takkan bahagia..

8. Banyakkan bertaubat pd Allah SWT.Bila jiwa dah disucikan,ketenangan akan terpancar.
Terima kasih.

Selamat Malam.Moga bahagia selamanya, amin.
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, September 19, 2013

Berniaga & Menjadi Besar

 
"untuk menjadi kuat mereka terpaksa menjadi besar dan untuk menjadi besar mereka juga tidak dapat lari dari behutang dengan banyak kerana itulah yang dilakukan oleh pesaing mereka yang lain. Dalam suasana perniagaan seperti ini, kegiatan perniagaan dan perdagangan bukan lagi menjadi penyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia. Sebaliknya kegiatan perdagangan menjadi sumber kepada tekanan kehidupan manusia"


"...kewujudan industri hutang yang menggalakkan syarikat berhutang dengan banyak. Industri hutang sebenarnya tidak dibenarkan oleh Islam kerana ia adalah industri RIBA. Amalan riba yang berleluasa di seluruh dunialah sebenarnya yang menjadi punca utama kepada masalah..."

"Kerajaan, syarikat dan individu di dalam negara kita hendaklah lari dari sikap suka berhutang terutama sekali dari sumber riba..." 


  







  


Prof Nazari's Blog
 
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AKU MENGAKU MUSLIM TAPI ...


Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
muhasabah di kesempatan nyawa bersambung ...AKU MENGAKU MUSLIM TAPI ...zikir tak lagi menjadi teman, al Quran tak lagi menjadi pedoman, masjid tak lagi menjadi tujuan, shalat tak lagi menjadi pencarian, doa tak lagi menjadi kebiasaan, sedekah tak lagi menjadi harian, Iistigfaar tak jadi kesebatian...jauhnya hingga ...syahid tak lagi menjadi impian. YA ALLAH ALLAH ALLAH





As Sohwah
"Salah satu kunci syurga ialah murah hati. Sabar itu pahit tapi buahnya manis"
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, September 18, 2013

Resipi mudah Waffle

Pengalaman mengandung kali ke-3, skarang week ke-27. 

Seperti biasa, cabaran yang paling besar adalah tentang makanan untuk orang yang sangat cerewet & cepat rasa muak. Uhuhu, x suka sangat makan sejak dari kecil!

Entah kenapa, makan nasi rasa x kenyang... sampai dah muak makan nasi. Boleh pulak camtu kan? hehhee

Idea nak beli mesin waffle keluar bila drama yg aku buat tentang makan yang terlalu kerap berlaku. Mudah2an dapat la pujuk mulutku ini untuk telan makanan. Sian baby dalam perut nak m'besar, kan?

Dah test resipi ni, sedap & paling penting mengenyangkan!! alhamdulillah, lega!!

Boleh la jimat sikit duit beli roti hari2 heheheee. Kurma & kismis jadi kudap-kudapan...

 
 
Waffle
*****


Bahan-Bahan:
(1) 2 biji telur
(2) 1 tin susu
(3) ½ cawan minyak jagung

(4) 2 cawan tepung superfine
(5) 3 sudu teh baking powder
(6) 2 sudu gula
(7) 1 sudu teh garam... secukup rasa
(8) 1 sudu teh esen vanila
(9) Tambahan vitamin utk baby dlm perut: Kismis / kurma (cincang)
# nyum sedap!! ^_~

cara2nye:
pukul telur hingga kembang, masukkan susu & minyak masak.. pukul lagi... kemudian masukkan bahan-bahan lain...

panaskan acuan wafle... tuangkan adunan sehingga menutupi seluruh acuan (jangan lebih, nanti melimpah)... biarkan masak lebih kurang 5-10 minit... ikut citarasa masing-asing... kalau nak garing bakar lama sikit...

 

Inilah rupanya mesin waffle yang aku beli online di Lazada, harga RM62 + FREE Postage. Posmenn hantar sampai depan rumah ^_~

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buah Cinta

Daisypath Anniversary tickers

Love..

Lilypie Angel and Memorial tickers

With always miss u

"Jangan terlalu keras terhadap dirimu... jika ingin menangis, menangislah, tetapi pastikan kau bangun kembali selepas itu."

Raudhah Saffiyah

Lilypie Premature Baby tickers

Labels

  • Tips Bahagia (29)
  • biz (12)
  • marketing (11)
  • baby 2013 (8)
  • Tips Mendidik (4)
  • copas (1)

Berhati2

Orang akan lupa apa kita kata, orang akan lupa apa kita buat tapi orang takkan lupa bagaimana yang kita buat mereka rasa!

People will forget what we do, people will forget what we say but people will not forget how we make them feel!

To be successful you must accept all challenges that come your way. You can’t just accept the ones you like - Dr Zakir Naik

Sometimes we think so negatively because that's the way those we interact with think. Try the company of better people -
Mufti Ismail Menk
Tuhan, jika aku tidak mengadu pun Kau telah tahu... tetapi aku mengadu juga kerana aku benar-benar meminta. Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati Mu!

Dikhuatiri ke atas pendosa bukanlah dosanya tetapi putus asa dari rahmat sehingga berpaling dari taubat!

Aku memindahkan batu dan membawa besi yang kuat, namun aku belum mendapatkan sesuatu yang lebih berat daripada hutang. - Luqmanul Hakim

Jejak Bidadari


View My Stats

Korban Aqiqah di Kemboja

Baca Artikel Terdahulu

  • ►  2018 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2015 (9)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
  • ►  2014 (42)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  February (15)
    • ►  January (2)
  • ▼  2013 (49)
    • ►  December (4)
    • ►  October (5)
    • ▼  September (30)
      • BERNIAGALAH DENGAN BERMODALKAN DIRI SENDIRI.
      • RAHMAT MENINGGALKAN ZON SELESA
      • Buah Cinta
      • Membentuk Anak Yang Soleh/solehah
      • Tips Menghadapi Peperiksaan ^_~
      • Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?
      • Petua menakluk pasangan ^_^
      • Berniaga & Menjadi Besar
      • AKU MENGAKU MUSLIM TAPI ...
      • Resipi mudah Waffle
      • Tentang Hidup
      • Pusaka Kebajikan
      • Anehnya...
      • Panduan mengelakkan sihir
      • Terguris & Masa
      • Kejang perut ketika Mengandung
      • Mencari Kesempurnaan ^_~
      • Mencuci Hati...
      • Goreng Pisang Ranggup
      • SEMASA PANTANG – IKAN
      • KATA BIJAK DALAM MENDIDIK ANAK...
      • SENARAI SEMAK SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN
      • Sifat Yang Dibenci Pasangan
      • Cara Tangani Pasangan/Orang yang suka marah (panas...
      • Cabaran Awal Perkahwinan
      • Fall In Love
      • Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam p...
      • Kisah Neraka Jahanam
      • Bila Anak Terlalu Manja
      • 6 PESANAN UNTUK WANITA.
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (30)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2010 (125)
    • ►  December (10)
    • ►  November (4)
    • ►  October (7)
    • ►  August (12)
    • ►  July (18)
    • ►  June (34)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (3)
    • ►  January (10)
  • ►  2009 (95)
    • ►  December (12)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (13)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (13)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (35)
    • ►  December (12)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (14)

Jubah Muslimah Official

Kedai Buku Online

Bank Islam Unit Trust Consultant

Soalan Exam PTD | Tips Exam PTD | Pegawai Tadbir Diplomatik

Friends Visit

Visitor

free counters
Powered by Blogger.

Text Widget

gift, hadiah, aqiqah, akikah, aqiqa, akika, kahwin, tunang, kenduri, buku, online, internet marketing, galeri ilmu online, skudai, kuala lumpur, pesta buku, membaca, kempen, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharudin, Ustaz Zamri, Irfan Khairi, buku online, buku telaga biru, hari ibu, hari bapa, kawan, harijadi, 1Malaysia