Saturday, September 19, 2009

Di ambang raya

Bismillahiwalhamduillah

Terasa cepat masa berau..baru semalam rasanya lalui bulan ramadhan, tau-tau dah raya. Alhamduillah..

Tapi agak sedikit kesal, sebab saya rasa masih lagi kurang amal dalam ramadhan.. Secara jujur, memang amal kebaikan rasa macam tak berapa power, diri ni sibuk buang perkara-perkara yang Allah tak redha. Saya terlalu sibuk cuba mencabut benda tak soleh dalam diri. Bersyukur, nampak kesannya..Terima kasih ya Allah..

Namun, selagi hidup di dunia, selagi bergelar manusia, saya tak terkecuali melakukan perkara-perkara yang silap juga. Mengguris hati dan perasaan orang, lagi-lagi sahabat baik sendiri. Mengguris hati kawan atas sebab kelalaian dan kecuaian diri dalam menjaga kerahsiaan. Saya bersalah.. Saya minta maaf kepada sahabat baik saya..

Balik kampung 3 hari lepas dengan adik bongsu. Pengalaman yang indah.. seronok berjalan dengan adik. Sampai tergolek-golek depan pintu komuter..memang tak boleh blah la..kesian adik jatuh. Dengan kakak dia terus bersila depan pintu komuter. Nasib baik hidung tak hilang..huhu..Alhamdulillah selamat sampai rumah. Cuma balik tu jadi mabuk2 la..penat ya ampun..

Balik je kampung, dapat berita sepupu yang paling kamceng lari rumah..Sedih hati ni dengar.Sampai malam ni Along tak balik lagi. Along pergi mana ya? kakak jila rindu sangat dengan Along. Aong janji dengan kak jila nak jadi budak baik kan? kenapaa pilih jalan tu.. kak jila nak jumpa sangat dengan Along..balik la Along. Ibu, ayah, nenek, Wak semua risau. Semua fikir tentang Along..Kesian Along tertekan. kak jila faham. kak jila balik nak bantu. kak jila sayang Along..

petang tadi, temankan ain gi cari kasut raya. sayang adik punya pasal layan je la.. tak berani bagi adik gi bandar sorang2. bahaya la dekat bandar tu. seronok tolong pilihkan kasut untuk ain. taste kita tak sama, ain feminin, kakak dia yang sorang ni boyish sikit. maaf la dik..

cuma tgh hari tu ada benda x best jadi.. biarlah rahsia..=) semoga semua baik2 sahaja..

Selamat hari raya la kepada semua.. post kali ini agak terabur.. hati banyak susah woo.. lagi2 along lari rumah..lagi2 ada selisih faham sikit dengan orang kat rumah.. semoga elok2 sahaja. insya ALLAH..nampaknya cik tan dan gengnya dah keluar semula. sediakan diri dengan kelengkapan untuk melawan mereka.. jila chan, chayo2 fight!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...