Monday, May 18, 2009

A.T.N.I.C.I.N.T.A (1)

Bismillhiwalhamdulillah

Apakah benar, jika bercinta tahi gigi boleh jadi coklat?? Huhu…

Mustahil jika diri ini tidak diuji. Mustahil juga jika hati ini tidak pernah teruji.. nafsu, syaitan yang tidak pernah putus asa untuk menghasut dan mengajak kepada perkara yang tidak syra’ dan kemurkaan Allah. Anda juga begitu bukan?? Mengalami ujian dan cabaran yang paling hebat di usia meningkat remaja. Ujian C.I.N.T.A.



Dr. Abdullah Nasih Ulwan berkongsi dalam bukunya tentang tiga peringkat cinta:

1.Cinta agung-kita letakkan Allah, Rasul dan perjuangan Islam sebagai apa yang kita cintai
2. Cinta pertengahan-cinta yang diletakkan pada ibu bapa, kawan-kawan, suami isteri, jiran tetangga, dan seumpamanya
3. Cinta yang hina- kita cinta selain dari cinta sesuatu melebihi dari cinta yang agung dan menghalang kita dari melakukan apa yang Allah suruh seperti cinta yang menghampiri zina.

Cinta pertama dan kedua masih lagi diiktiraf oleh Allah. Manakala cinta yang ketiga sangat dimurkai Allah.Cinta yang agung merupakan cinta yang tertinggi dan indah. Bilamana kita memiliki cinta ini kita akan merasa nikmat yang terindah, kita akan mendapat ketenangan. Pastinya akan ada banyak dugaan dan cabaran.Kalau tidak, takkan dikatakan cinta itu agung dan tinggi sekiranya mudah untuk dimiliki. Bukan mudah untuk memiliki sesuatu yang mahal dan berharga.

Terdapat hadith rasulullah yang boleh dijadikan motivasi untuk menghalang cinta-cinta yang tidak syara’. Terutamanya cinta antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin, tapi bercinta sebelum berkahwin.

“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dialah seorang yang syahid”
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

Dalam riwayat lain pula maksudnya:

“Setiap yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar sehingga meninggal dunia, maka dialah orang yang syahid”

Perasaan yang Allah datangkan adalah fitrah, kalau tidak Allah tidak akan datangkan syariat perkahwinan. Lelaki cenderung kepada wanita dan wanita cenderung kepada lelaki itu adalah fitrah dan berhajat kepada perkahwinan dan zuriat. Itu adalah fitrah.Tapi ia boleh jadi fitnah bila kita tidak tahu bagaimana nak menyalurkan pada tempat yang hak dan sesuai.

Banyakkan doa kepada Allah dalam rangka untuk memburu dan mencari cinta Allah dan mendapatkan pasangan yang mencintai Allah dalam usaha untuk sentiasa merapatkan diri kepada Allah. Selalu doa pada Allah dan harap kepada Allah kerana hanya Allah yang memegang hati manusia dan hanya Allah yang membolak balikkan hati manusia.Allah juga yang memberi kekuatan kepada kita dalam membuat keputusan dan tindakan. Hanya Allah segala-galanya.

“Ya Allah berikanlah aku kecintaan kepada-Mu dan mencintai orang-orang yang mencintaimu dan memcintai amalan-amalan yang mendekatkan diriku kepada-Mu”

Oleh itu, mari kita sama-sama menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara dan amalan-amalan yang mendekatkan kita kepada Allah. Banyakkan hadirkan diri dalam program-program ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Jadi tidak akan masa untuk kita lalai dan leka dan takkan larut dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

edited from forum 'C.I.N.T.A'
panel: kak mumtazah

by: Besi The Heartless

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...