Saturday, May 9, 2009

Mangga oh Mangga

Alhamdulillah.. dah dekat 3 hari lekat kat rumah sejak ‘dah abis belajar ni’..huhu..seronok sangat.. tambah-tambah sekarang musim mangga berbuah lebat..pergh..memang ngam la..seolah-olah menyambut kedatangan diriku dari jauh.. Teringat minggu study week. Petang-petang naik motor dengan member kamceng pergi fakulti..-nak petik jambu dan mangga- ..huhu.. tak sedar punya student. Nak exam boleh lagi curi-curi masa gi panjat pokok petik jambu dan mangga. Dapat kicap, gula dan segenggam cili hidup, laju je tangan ni buat ‘colek’. Terangkat habis.. Ni sekadar intro sahaja..hehe..

====================================================================

Entry kali ni nak cerita tentang buah mangga.. Walaupun tak belajar tentang pokok-pokok di hutan ni, tapi sekadar berkongsi buah fikiran kepada semua.



Mangga merupakan satu jenis tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.

Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:

• Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.

• Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang

Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A, B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam.

Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado.

Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.

Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak.
====================================================================
Banyak kan khasiat mangga ni.. Kita ni kadang-kadang pandai dan laju je makan. Tak nak pun ambil ibrah dan pengajaran daripada kejadian Allah yang banyak manfaat ni. Sewaktu menjamu buah mangga yang lazat dan sejuk di tengah hari buta semalam, Nana si anak buah yang becok mulutnya berkata:

“Acik Jila, masham la buah ni…Nana tak nak makan lagi la..”
“Nah tukar dengan buah yang ni pulak, yang ni tak masam…”

“Kenapa yang ni tak masam tapi yang tadi masam acik Jila?” Nana si becok ni bertanya… ….”yang tu…”

tak sempat nak menjawab, ke kecil tu dah terkedek-kedek berlari ke arah neneknya.. hampeh betul anak sedareku ini..huhu…

Aku teringat salah satu perbincangan dalam study circle yang diadakan setiap minggu.Pada hari tu kami membincangkan tentang Tauhid Rububiyah.Betapa indah dan uniknya ciptaan Allah yang boleh kita ambil untuk menginsafi diri sendiri.

Mari kita fikirkan bersama, bagaimana sebatang pokok mangga tumbuh. Dari biji benih yang satu, pokok mangga membesar, bila mana buah mangga mula meranum dan kita petik buahnya, kita makan dan rasa buah-buah mangga tersebut. Allah Maha Bijaksana, bagaimana dalam sebatang pokok yang sama, kita boleh rasa buah yang masam, manis dan tawar? Padahal, datangnya dari benih yang satu, mendapat cahaya matahari yang sama, mendapat bekalan air yang sama, mendapat karbon dioksida yang sama, tetapi rasa boleh lain-lain? Hebat tak? Tak rasa pelikkah kita? Betapa bijaksananya Allah menciptakan rasa buah yang berlainan walaupun pokok yang sama.

Allah Maha Baik, Allah bagi kita ni’mat untuk merasa. Allah bagi kita ni’mat untuk makan pelbagai jenis buah-buahan. Kita pula spesis tak reti bersyukur kadang-kadang..boleh keluar kata-kata yang tak sedap didengar bila dapat buah yang kurang manis, dan masam. Lagi-lagi bila kita beli buah tu di kedai, tak habis nak menyumpah seranah tauke kedai sebab jual buah mangga yang masam pada kita. Tidak sedarkah kita buah tu siapa yang menjadikannya masam? Agak-agak yang kita marah-marah tu, kita marah siapa agaknya??

Sama-sama kita berfikir dan bermuhasabah, sudahkah jadi manusia yang bersyukur? Setiap kali makan buah mangga ni, aku akan terfikir tentang kejadian Allah yang sangat unik dan indah ini.. Siapa kata makan mangga tak boleh dapat pahala?? (angkat kening double jerk) Bila setiap tindakan kita ada kaitkan dengan Allah, insya Allah akan dapat pahala.

Yakinlah

by:Besi The Heartless

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...