Saturday, July 5, 2008

Motivasi Akhlak Mu'min sejati Vol.1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian, Allah s.w.t. tela merencanakan untuk menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah juga telah memberikan tanggungjawab kepada manusia untuk berikhtiar dan menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini. Sebagai seorang hamba Allah yang taat dan patuh, kita seharusnya memiliki tatasusila yang terpuji terutama kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya Allah telah mengajarkan tatasusila kepada kita didalam kitab suci Al-Qur’an dengan keterangan-keterangan yang kita boleh dapati dengan jelas sekali. Allah telah mengajarkan kesopanan kepada kita dengan mencontohi nabiNya Muhammad s.a.w. bagaimana yang kita dapati dalam perjalanan hidup baginda. Kita juga digalakkan meneladani perjalanan para sahabat nabi, tabi’in yang mengikutinya dan generasi selepasnya, iaitu orang-orang mu’min yang mempunyai disiplin diri dan perjalanan yang baik.

Tatasusila Islam itu banyak sekali,akan tetapi hanya disebutkan sebahagiannya sahaja di sini agar tidak meleret dan mudah difahami.


Berikut adalah adab seorang MU’MIN kepada Allah Ta’ala:


1. Hendaklah segala aggotanya (dari kepala hingga ke kaki) tunduk kepada kebesaranNya

“ Wahai anak adam, taatilah Tuhanmu nescaya kamu dinamakan orang yang berakal; dan janganlah kamu derhaka kepadaNya nanti kamu dinamakan orang yang bodoh (tidak mengerti)” [H.R. Abu Nu’aim]

2. Perasaannya selalu duka(Menginsafi diri)

3. Dia selalu mendiamkan diri(Berfikir)

4. Segala anggotamya tetap

5. Dia bersegera menunaikan segala perintah

6. Dia menjauhi segala larangan dan mengurangi penentangan terhadap Allah

7. Bagus akhlak

8. Selalu bezikir

“Rasullullah s.a.w selalu menyebut (mengingati) Allah pada setiap waktunya” [H.R.Muslim]

9. Menenang dan mengheningkan fikiran

10. Mengawal segala anggota( dari melakukan dosa)

11. Mempunyai kesenangan hati

12. Dia membesarkan Allah

13. Hendaklah dia mengurangi kemarahan

14. Menyembunyikan kasih(biarlah Allah sahaja yang mengetahui)

15. Sentiasa ikhlas dan memandang kepada orang-orang yang tertentu

16. Hendaklah dia mengutamakan perkara yang benar

17. Dia berputus asa dari bergantung kepada mana-mana makhluk

18. Dia beramal dengan ikhlas

“Kebaktian yang paling disukai Allah ialah yang terus-menerus dilakukan walaupun sedikit” [H.R. Bukhari dan Muslim]

19. Percakapannya hendaklah benar

20. Membersihkan pandangannya dari memandang selain Allah

21. Hendaklah dia menghidupkan perkara-perkara yang mendekatkan dirinya kepada Allah

“Sentiasalah kamu melakukan kebaktian menurut kesanggupan. Demi Allah, tidaklah Allah akan merasa bosan(jemu) member pahala sehingga kamu lebih dahulu merasa bosan” [H.R At-Tirmidzi]

22. Menyembunyikan kepentingan dalam beribadah(tanpa riya’)

23. Merasa marah dikala melihat perlanggaran hukum Allah

24. Selalu merasakan kehebatankekuasaan Allah

25. Merasakan malu kepada Allah

“Sesiapa yang mencintai Allah, tentulah dia bersifat malu” [Al-Hadith]

“Hendaklah kamu menaruh perasaan malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu” [H.R.Tarmidzi]

26. Bersikap takut dan tetap pendirian

27. Berserah diri kepada Allah dengan memperbaguskan usaha

28. Menyempurnakan wudhu’ dengan membasuh atau menyapu tempat-tempat yang

kurang disenangi

29. Menunggu-nunggu untuk solat selepas selesai solat

30. Gentar hati dan bimbang kerana takutkan keluputan mengerjakan kefardhuan

(seperti solat lima waktu)

31. Tetap bertaubat dan takutkan bencana

32. Gementar hati dikala berzikir

33. Bertambah cahaya-cahaya dibatin dikala menerima nasihat

34. Benar-benar berserah kepada Allah dikala menghadapi perkara-perkara yang genting

35. Mengeluarkan sedeqah tanpa kedekut menurut keupayaan.

Dipetik dari buku: Motivasi Akhlak Mu’min Sejati

Oleh: Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh

By: bidadari besi

1 comment:

Bidadari Besi said...

Sesungguhnya akhlak mu'min kepada Allah adalah asas dalam berakhlak. Sekiranya kita mampu berakhlak dengan akhlak yang baik kepada Allah, insya Allah kita akan mampu berakhlak baik kepada manusia, alam, dan sekelian makhluk. Sesungguhnya islam itu indah, maka hiasilah keindahan itu dengan akhlak yang terpuji dan mulia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...