Thursday, July 3, 2008

Tolong sampaikan pada si dia.....


Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri



Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia... Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia... Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya... Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



http://my_style183.blogs.friendster.com/



1 comment:

Bidadari Besi said...

Malunya untuk mengungkapkan rasa cinta..Simpanlah perasaan tu sendiri dan biarlah hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...