Saturday, May 9, 2009

CINTAKU dan CINTAMU SAMA

Cinta….. terlalu mudah nuntuk diungkapkan. Terlalu banyak definisi cinta yang diwujudkan. Walaupun ramai dah yang tau hakikat CINTA YANG SEBENAR. Tapi aku just wonder..tau tapi tak buat.. tau tapi macam tak faham. Bila ditanya,

‘apakah hakikat cinta yang sebenar?’

‘Cinta pada yang Maha Agung dan Maha Kuasa, Allah’

dah jadi macam satu skema jawapan. Hatta dalam lirik lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu tu pun kadang-kadang terselit tenteng definisi hakikat CINTA YANG SEBENAR.

Kalau tengok masyarakat sekarang, terlalu disogokkan dengan cinta.. tapi cinta yang macam mana? Lihat saja novel-novel cinta yang dok bertimbun dekat pasaran, tonton sahaja rancangan tv yang dah tak de rupa seninya..taip sahaja sms on-cinta.. macam-macam(menggeleng kepala). Tema yang sama sepanjang zaman (stereotype sungguh)..-perempuan, harta, tanah,kereta best-. Agenda musuh telah berjaya untuk menghayutkan kita.. tau, tapi tak nak elak..sedar, tapi tak nak fight balik..(aku la tu kadang2..) adakah kita ni terlalu lemah? Sampaikan musuh serang boleh tak sedar.. (Astaghfirullahala’zim)

Cinta tu hakikatnya fitrah..Allah dah ciptakan kita dengan perasaan cinta. Dalam Al-Qur’an pun Allah ada sebut apa yang dicintai manusia sebenarnya:

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Ali-Imran: 14)

Rujuk semula pada perenggan satu dan dua, dari situ kita dapat lihat, apa sahaja yang yang cuba dipertontonkan dan disajikan pada kita hari ini menjurus kepada kesenangan dunia semata-semata. Memang pada pandangan logic akal, kita patut kejar kesenangan dunia tu. Ini zaman semua pakai duit beb!!... jangan salah faham dulu.. kejar kesenangan dunia, untuk jadikan modal supaya dapat beli tiket syurga di akhirat..tu yang nak di tekankan di sini.( Apa kejadahnya tiket syurga di akhirat? Luar alam sungguh bagi analogi ni…).Pernah baca ayat-ayat cinta punya novel? Ada satu quote yang best:


”Ya Allah, jadikanlah dunia itu dalam genggamanku, bukan di hatiku”..

Nah…ini baru betul…(angguk2)

Tak salah nak cinta kan wanita(dan sebaliknya), asalkan cinta kerana Allah. Sama-sama berganding bahu untuk membina masyarakat muslim dan saling menguatkan dengan cara yang dibenarkan syara’ dan menjaga hati dan niat.

Tak salah nak ada anak banyak dan sayang anak lebih, asalkan anak-anak tu di didik supaya kenal Allah dalam rangka untuk lahirkan ramai lagi jundullah,tegakkan agama Allah.

Tak salah nak kumpul duit banyak dan bertimbun asalkan duit tu jangan dilupa untuk diberikan pada yang hak..kumpul duit dan harta banyak dalam usaha untuk membantu naikkan ekonomi Islam yang merudum pada zaman ini.

Tak salah nak pakai kereta Mercedez ke, Honda ke, Skyline ke, atau Volkswagen ke…asalkan kita gunakan kenderaan tu pada kebaikan dan maruah Islam tak tercalar.

“Dan daripada kalangan mereka ada yang berkata,’Wahai Rabb kami, datangkanlah kepada kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat juga kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka’”(Al-Baqarah: 201)

See…kita boleh sebenarnya memanipulasikan apa sahaja yang kita cinta tu untuk membantu kita tambahkan saham akhirat. Percayalah janji Allah..tak rugi pun kalau kita bantu agama Allah ni..Allah tak rugi apa-apa kalau kita tak bantu dia, kalau nak, Allah boleh je jadikan Islam ni hebat sepanjang masa tanpa ada yang menindas. Allah Maha Berkuasa, Dia boleh jadikan apa yang Dia nak..Kun fayakun..tapi Allah bagi peluang pada kita untuk bantu diri kita sendiri..

Rebutlah peluang-peluang yang ada untuk capai redha Allah.. gunakan kelebihan fitrah yang dijadikan Allah untuk lebih dekat dengan Allah.. tak dapat nak rasa macam mana nak buat sesuatu untuk dapat redha Allah?? Mintalah pada Dia… Dia dengar permohonan kita..

“Sekiranya hamba-Ku bertanya mengenai-Ku kepada engkau (Muhammad), maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat….”

Yakinlah


BY:Besi The Heartless


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...