Thursday, May 21, 2009

B.E.R.A.N.I.(1)

Kamu kenal Ummar Al-Khattab?

Bagaimana pula dengan Sollahuddin Al-Ayyubi?

Pernah dengar nama Sultan Muhammad Al-Fateh?

Telah terlakar kisah di dalam sejarah Islam tentang Ummar Al-Khattab yang telah menewaskan Empayar Rom dan Parsi. Dan kalau kita selusuri pada zaman Ummar Al-Khattab ini, pusat ketenteraan bagi Rom dan Parsi ini adalah di Syam, ataupun sekarang dikenali sebagai Syiria, telah dikeluarkan semasa zaman Ummar menjadi khalifah dan mereka( Parsi dan Rom) ini telah berpindah ke Byzantium atau Constatinople (Istanbul masa kini). Pada zaman Ummar juga telah berlaku perluasan wilayah Islam serta pembebasan Baitul Maqdis dari tangan Rom dan Parsi.Selepas itu, dirampas semula oleh orang-orang kafir.

Dalam era Sollahuddin Al-Ayyubi pula, beliau banyak menerima tentangan dari tentera salib. Dan kemuncak kepada kegemilangan pemerintahan Sollahuddin Al-Ayubi ialah, beliau dapat membebaskan Baitul Maqdis(Palestine sekarang). Selama 800 tahun selepas Sollahuddin Al-Ayyubi membebaskan Baitul Maqdis, semua penduduk hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Tetapi, selepas 800 tahun, Baitul Madis jatuh pula ke tangan British, kemudian baru diserahkan kepada Israel.Paling menakjubkan di situ ialah, bilangan tentera-tentera yang sedikit, sebagai contoh, hampir semua pertempuran yang dipimpin oleh Sollahuddin Al-Ayyubi menang walaupun bala tentera yang dipimpin oleh beliau sedikit berbanding tentera lawan.

Dan salah satu kisah yang paling besar dalam sejarah Islam yang patut menimbulkan motivasi dalam diri kita ialah kisah penaklukan Constatinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sabda Rasulullah SAW:

“Constantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Sultan Muhammad Al-Fateh ini dididik secara terus oleh ayahnya iaitu Sultan Murad II. Malah, Sultan Murad II memberi kepercayaan kepada ulama’ untuk mendidik Sultan Muhammad dengan disiplin tarikat yang cukup keras. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Sultan Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau dididik memiliki cita-cita besar iaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW: menakluki Constantinople. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau.



Hebat bukan? Kisah mereka boleh kita dapat dari buku-buku sejarah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Apa yang pasti, ketiga-tiga tokoh yang disebutkan ini telah mewarnai dunia Islam dengan kegemilangan dan kecemerlangan. Terdetik di hati saya, bagaimana agaknya mereka (para sahabat Rasulullah dan Salafus Soleh) boleh menjadi sebaik-baik manusia, dalam masa yang sama, boleh memberi sumbangan besar kepada Islam?

Setelah mengikuti satu majlis ilmu, saya mendapat beberapa jawapan berkaitan denagn rahsia kejayaan mereka. Cukup untuk saya kongsikan satu dahulu, kemudian kita cerna dan serapkan sama-sama dalam diri kita. Kalau kita perhatikan, salah satu kunci kejayaan mereka yang boleh kita aplikasikan adalah ASY-SYAJA’AH ataupun KEBERANIAN.

Keberanian yang bagaimana?

Keberanian yang didasari denagn ilmu dan pertimbangan matang yang bertujuan untuk meraih keredhaan Allah.Syaja’ah lahir daripada hati yang beriman dan yakin sepenuhnya kepada Allah serta optimis terhadap masa depan deen-Nya. Keberanian adalah satu sifat yang diperlukan untuk membolehkan seseorang itu istiqomah di atas jalan Allah. Sebagai contoh, keberanian orang-orang yang beriman dalam peristiwa ash-habul ukhdud dalam mempertahankan iman mereka walaupun nyawa menjadi taruhan (dinukilkan Allah dalam Surah Al-Buruj)

Ingin saya bawakan kisah kesyahidan Handzalah Radhiallahu’anhu.

Ketika peperangan Uhud bermula, Handzalah baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dan tidak sempat menyertai peperangan diperingkat awal. Pada ketika beliau mendapat berita kekalahan tentera-tentera muslimin, beliau baru selesai bersama-sama isterinya dan belum sempat mandi janabah. Beliau menagguhkan mandi janabah lalu mencapai pedangnya lantas meluru ke medan perang. Beliau menyerbu masuk ke dalam barisan musuh yang sesak sehingga beliau mati syahid.

Disebabkan para sahabat tidak mengetahui bahawa beliau perlu dimandikan terlebih dahulu (kerana janabah), maka para sahabat terus bersiap-siap untuk mengebumikan jenazah Handzalah. Ketika jasad beliau akn dikebumikan,Rasulullah bersabda:

“Aku melihat para malaikat sedang memandikan mayat Handzalah”

Abu Sa’id Radhiallahu’anhu berkata:

“Apabila sahaja aku mendengar sabda Rasulullah ini, terus sahaja ku ke tempat Handzalah dan kelihatan titik-titik air jatuh melalui rambutnya”

Kisah ini menggambarkan keberanian dan keperwiraan yang ada pada diri sahabat Rasulullah. Seorang yang bersifat berani menyebabkan dia tidak rela menangguh-nangguhkan tindakan dan tanggung jawabnya.

Imam Hassan Al-Banna (dalam Risalah Hal Hahnu Qaumun ‘Amaliyun) telah menetapkan sifat berani sebagai salah satu daripada cirri-ciri orang yang dicalonkan untuk bergabung dengan da’wah:

“Saya berterus terang kepada putera puteri Islam yang memiliki ghairah, bahawa setiap jemaah Islam pada masa ini sangat memerlukan peribadi aktivis (‘amil), pemikir (mufakkir), pemberani (jari’) dan produktif (muntij)..”

Sifat pemberani akan membuatkan pekerja-pekerja atau penda’wah-penda’wah Islam berani untuk melakukan kerja-kerja Islam walaupun mungkin akan melakukan kesilapan. Mereka sanggup menerima risiko kerana mereka ingin memperbaiki dan meningkatkan kerja-kerja mereka.

Dalam Risalah Ta’alim, Imam Hassan Al-Banna ada menyebut:

“Hendaklah anda berani, bersedia memikul bebanan. Semulia-mulia keberanian ialah berterus terang dengan perkara yang ha,(sanggup) menyimpan rahsia, (berani) mengakui kesilapan sendiri, menginsafi diri dan mengawal diri ketika marah”

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa, sifat berani adalah salah satu tanda bagi kekuatan iman. Oleh itu, kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman mestilah terus mendidik hati agar mantap keimanan seperti yakin dengan janji-janji Allah. Dengan mantapnya iman, maka sifat berani akan terus wujud pada diri kita orang-orang yang beriman meskipun berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab yang besar.

Edited by: Besi the Heartless
Rujukan:
1.Kertas kerja sahabat (2009) “Asy-Syaja’ah”
2.http://easternearth.wordpress.com/2007/09/29/sultan-muhammad-al-fateh-pemimpin-yang-dijanjikan/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...