Kamu pernah bercinta? Hati kamu pernah ternoda dengan zina hati?
Mungkin ada juga diantara kita yang pernah bercinta dan ada sejarah cinta. Jadi, bagaimana kita boleh ingin bermujahadah dalam rangka mencari redha Allah. Dalam entry yang lepas ada mengatakan tentang mujahadah cinta. Saya percaya kamu semua sudah jelas tentang cinta antara lelaki dan perempuan yang dikehendaki oleh Allah. Tetapi, disebabkan kejahilan dan hati kita tidak sensitive dan suasana yang mengajak kita menentang syariat Allah,jadi kita telah terjebak didalam jerangkap samar ‘perangkap cinta’ ciptaan manusia, nafsu dan syaitan ini. Bagaimana untuk melepaskan diri? Bagaimana untuk mujahadah diri?
Dalam mujahadah cinta, manusia ini tadi terdiri daripad beberapa golongan:
1. Dia berlawan, kemudian tewas, tewas,tewas, tewas
2. Dia berlawan, kemudian gagah, tewas, gagah semula, tergolek semula, dan gagah lagi sekali
3. Dia berlawan, kemudian gagah,gagah,gagah,gagah
Cuba bawa diri kita pada peringkat ketiga, berlawan dan terus gagah. Ada caranya. Ada tipsnya. Bagaimana?
Waktu kita jelas dan dapat ilham dari Allah yang kita melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Allah kita kena taubatan nasuha.. bukan taubat yang main-main. Bila taubatan nasuha, kita benci pada kesalahan yang kita buat sebelumnya. Kita menyesal membuat kesalahan yang kita lakukan sebelumnya dan kita berazam untuk meninggalkannya. Bila kita berazam untuk meninggalkannya, tiba-tiba “tit..tit..” datang sms daripada si dia. Kita pun balas sms tadi. Itu maknanya kita tidak cukup berazam dan tidak cukup kuat untuk tinggalkan dosa itu tadi. Sepatutnya kita tutup pintu-pintu fitnah, terutamanya pintu fitnah komunikasi yang membawa kita dari melanggar syara’ tadi.
Insya Allah, jika kita ikut petua diatas tadi, kita mampu membawa diri kita ke peringkat berlawan dan terus gagah dalam mujahadah cinta itu tadi. Kita berlawan, dan terus gagah,gagah,gagah, dan gagah, akhirnya tercapailah matlamat untuk mencapai rumah tangga yang diredhai oleh Allah tadi. Sesungguhnya, Allah akan membantu orang-orang yang bermujahadah untuk membangunkan deenNya. Semestinya kita akan mendapat rumah tangga yang cukup manis, cukup tenang dan penuh barakah.
Letakkan pengharapan pada Allah untuk mendapat pasangan yang mempunyai nilai tauhid di dalam hatinya, yang menjaga syara’ dan wara’, yang mencintai Allah, Rasul dan perjuangan Islam sebagai cinta utamanya. Itulah pengharapan kita yang paling utama. Kita hendak nilaian Allah. Utamaknlah istikharah dan musyawarah. Apa sahaja keputusan, jangan belakangkan dua perkara ini. Insya Allah, Allah tidak akan membelakangkan kita. Kita mesti letakkan pengharapan dan kepercayaan kepada Allah. Yang penting matlamat untuk letakkan jalan berjuang dijalan Allah ini tercapai dan tidak dihalang.
Andai kata, dalam tempoh pencarian kita ditolak,di tolak dan sentiasa ditolak, jangan kecewa dulu. Lihat hikmah disebaliknya, dimana terdapat tapisan yang dilakukan oleh Allah.Allah telah susun sesuatu yang terbaik untuk kita. Allah telah tetapkan orang yang paling layak untuk kita. Kita pun tidak tahu bagaimana dan siapa. Kita perlu bersabar..tidak perlu mandi bunga dan sebagainya. Bersihkan niat kerana Allah kerana disitu pasti ada manisnya.
Kesimpulannya, soal urusan perkahwinan bukan sekadar urusan membuat majlis yang bagaimana, bila dan sebagainya. Tetapi urusan perkahwinan merupakan satu jalan untuk membina ummah yang gemilang dalam menuju perjalanan ke syurga yang abadi. Entry tentang urusan perkahwinan dan baitul muslim yang lebih jelas boleh didpati di web langitilahi.com
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-sebut-fasal-baitul-muslim/#more-912
edited from forum ‘C.I.N.T.A’
by:Besi the Heartless
No comments:
Post a Comment