Tuesday, May 19, 2009

A.T.N.I.C.I.N.T.A (2)

Tentang Tunang


Pertunangan? Adakah sama dengan kahwin? Macam mana pula dengan nikah??

Tunang adalah satu ikatan janji. Janji sahaja antara seorang lelaki dan perempuan untuk melangsungkan akad. Jadi kita disunnahkan supaya merahsiakan ikatan pertunangan kerana bimbang sekiranya akad itu tidak jadi.

Apa faedah tunang?

Tunang merupakan satu tempoh waktu yang Islam telah khaskan untuk berta’aruf antara lelaki dan perempuan. Pada waktu itu kita kenal pasangan kita dan kalau kena sehati sejiwa boleh diteruskan kepada akad.

Sesungguhnya Rasulullah dan para sahabat merupakan satu generasi yang kita patut jadikan meraka sebagai model. Apa sahaja yang mereka buat, kita pun nak buat juga. Termasuklah tunang. Bagaimana mereka nak berhubung jika hendak berkahwin? Adakah wanita yang pinang Rasulullah? Adakah Rasulullah pernah menolak wanita yang ingin bersuamikan baginda? Semua peristiwa ada dizaman generasi mereka. Satu generasi dimana kita sangat rindukan mereka. Satu generasi yang takkan ada lagi selepas tamatnya generasi mereka. Betapa rindunya kita kepada mereka.

Waktu pertunangan

Waktu pertunangan merupakan waktu yang paling mencabar. Mencabar kerana kita dan dia sudah ada satu ikatan janji dan pada waktu itu kita masih lagi bukan mahram. Kita perlu menjaga hati kita dan jangan biarkan hati kita itu melayang-layang dan lalai. Tempoh pertunangan tiada waktu yang khusus. Tetapi kebanyakan ulama’ lebih cenderung supaya dipendekkan tempoh pertunangan keran ditakuti akan berlaku banyak masalah seperti di dengki orang, terbit perasaan menaruh hati pada orang lain dan yang seumpamanya.

Peringkat pertunangan

Ada dua peringkat pertunangan, yang pertama sebelum bertunang. Bilamana seorang wanita itu dirisik oleh seorang lelaki, terdapat dua kali ‘yes’. Yang pertama , ‘yes’ untuk ta’aruf.Faedah ‘yes’ sebelum kepada proses pertunangnan seperti berjumpa mas’ul atau jumpa kedua orang tua; dalam masa tempoh ta’aruf sebelum sampai kepada tunang, bila antara lelaki dan perempuan itu wujud perasaan tidak sehati sejiwa dan kefahaman tidak sama, kita boleh berhentikan proses ta’aruf itu dengan cara yang baik.

Dan ‘yes’ yang kedua untuk meneruskan akad itu. Bilamana dalam tempoh ta’aruf itu sudah ada kesepakatan dan keyakinan antara lelaki dan wanita tersebut.

Sabda rasulullah:

“Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia, jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa” (Riwayat Baihaqi)

Sekiranya ada seseorang yang datang untuk meminang kamu wahai wanita, dan kamu dapati akhlak dan agamanya baik, maka berbincanglah dengan keluarga. Sekiranya ditolak akan berlakulah fitnah. Jangan dipandang rupa dan tingginya, kacak dan bercermin mata, tetapi pandanglah pada tauhid yang berada dalam hatinya dan akhlaknya. Ketepikan asbab ini. Perkahwinan itu tidak selamanya harum. Pasti ada busuknya juga. Malah sesetengah berkata lebih banyak busuk dari harum. Hanya orang yang deen dan agama sahaja yang boleh tahan bau busuk itu. Dan bau busuk itu akan jadi wangi bila kita dapat orang yang menjaga agama.

Proses pertunangan

Lakukanlah proses pertunangan dengan istikharah dan musyawarah. Tanyalah pada Allah bukan pada nafsu. Sekiranya nafsu yang menjawab, maka nafsu menginginkan yang putih, yang gebu, yang lawa, yang tinggi macam peragawati. Jika Tanya Allah, Allah akan tunjukkan yang terbaik untuk dunia akhirat kita kerana urusan perkahwinan ini bersangkut paut dengan kehidupan akhirat kita.

Semasa bertunang, disebabkan belum lagi bukan mahram, maka kita harus menjaga syara’ dan wara’.Jalan yang terbaik untuk berurusan semasa tempoh pertunangan , kita melibatkan orang tengah. Sebagai contoh, apabila menghantar emel. Kita ‘cc’ kan pada mas’ul atau orang tua kita.

Dalam rangka untuk membina ummah ini, perkara-perkara yang berkaitan dengan kebersihan hati patut dijaga agar jalan menuju mardhatillah lebih berkat dan dirahmati oleh Allah. Terutamanya dalam tempoh pertunangan yang diktakan cukup mencabar ini. Wallahu’alam.

edit from forum 'C.I.N.T.A'

panel: kak zizi

by: Besi the Heartless

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...