Sunday, February 16, 2014

PRINSIP HIDUP: COMMITMENT


Status Update
By Bryan Gan
 
Semalam teringat pula sesuatu prinsip dalam pegangan hidup saya selama ini, iaitu COMMITMENT. Apa maksudnya? Mungkin anda sudah tahu apa maksud COMMITMENT, tapi bagaimana anda apply dalam hidup anda?

Bagi saya, apabila kita sudah set impian kita untuk melakukan sesuatu, kita perlu bertekad dengan sepenuh hati sehinggalah berjaya. Walaupun kita akan bertembung dengan pelbagai cabaran, ketabahan, kesabaran dan ketenangan dalam hati akan membolehkan kita kekal dalam haluan kita. Dengan hati yang tenang, kita akan dapat jalan penyelesaiannya.

COMMITMENT juga bermaksud apa yang kita nak buat, kita perlu buat 10 kali ganda, 20 kali ganda dan 100 kali ganda lebih banyak, lebih cepat daripada orang lain. Contoh, semasa saya di universiti, saya sanggup ponteng kelas untuk berlatih memanah. Member biasanya shoot 80 anak panah sehari, dan 100 kira dah banyak. Tapi I shoot 300 anak panah. Bow yang saya guna 46 pound, berbanding dengan 40 atau 42 pound yang biasa digunakan oleh pemanah lelaki. Dalam 2 bulan sahaja, keputusan saya telah menjangkau senior yang berlatih bertahun tahun utk pasukan universiti. Saya pula dilantik sebagai Kapten Pasukan Memanah USM. Dan akhirnya pada peringkat sukan antara universiti, I berjaya menjadi champion 90 meters.

Kisah ini mengingatkan saya tentang nilai COMMITMENT yang juga saya berpegang sehingga kini. Walaupun saya boleh pilih untuk relax, tapi kalau anda tanya Intan, saya kerja 7 hari seminggu, dari 10 pagi hingga 12-1mlm. Saya akan buat kerja apabila badan saya xrasa penat. Semoga SCARF Perfume dapat menjadi jenama perfume muslimah No 1 di dunia. Ini aim saya.

Jadi, bolehkah anda bertekad utk usaha apa yang sudah anda set sebagai impian?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...