Monday, August 25, 2008

8 Tips Sambut Ramadhan

Oleh : Ust. Ulis Tofa Lc,
www.dakwatuna.com

Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih ketika ilmu tentang Ramadhan dipahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Saat Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keuataman Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan setelahnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sadar dan paham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.

Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami hadirkan “8 Tips Sambut Ramadhan” :

1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sehat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal: Puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

4. Rencanakan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

6. Pahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Kondisikan qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs –pemberishan jiwa-. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita siap untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

5 comments:

grap6seater said...

Ramadhan adalah bulan yan berkat dan mulia. Disepanjang bulan ini, umat Islam akan mengerjakan ibadah puasa. Apabila tiba bulan ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka. Syaitan-syaitan pula akan terbelenggu. Demikianlah maksud dalam sebuah hadith.



Puasa mengikut istilah fiqh ialah menahan diri dari berbuka sepanjang hari berpuasa dengan niat tertentu. Ia merupakan rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam.



Perintah berpuasa ramadhan ini berlaku pada tahun kedua selepas Hijrah nabi s.a.w. keMadinah, melalui wahyu yang diturunkan pada bulan sya’aban tahun tersebut, Firman Allah SWT:



“Hai orang yang beriman! Difardhukan atas kamu puasa sebagaimana telah difardhukan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (Puasa itu) beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib keatas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentu itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), Kalau kamu mengetahui.” (Al Baqarah ayat 183-184)



Sepanjang hayat, nabi Muhammad s.a.w. hanya sempat menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan sebanyak Sembilan kali sahaja; sekali genap 30 hari manakala baki lapan kali lagi masing-masing 29 hari.



Orang yang menginkari kewajipan berpuasa dihukum sebagai kafir. Jika dia baru memeluk Islam atau masih jahil dan tidak pernah mendapat penerangan berkenaan ibadah tersebut, tidak lah dihukum sebagai kafir TAPI kalau disengajakan (dan sudah diketahui) masih meninggalkan puasa tanpa sebarang sebab atau keudzuran syar’i, boleh dihukum penjara oleh pihak berkuasa Islam dengan cara memenjara dan menahannya dari makan dan minum sepanjang hari supaya dia dapat mematuhi syiar Islam yang telah dikuatkuasakan. (pilih antara dua mahu jadi kafir atau dipenjarakan dan bertaubat) Atau tidak menginkari suruhan Allah SWT



Ibadah puasa mengandungi banyak hikmah, anrtaranya ialah menghilangkan kemudaratan akibat syahwat perut, kemudaratan atau bencana yang paling besar menimpa anak adam ialah syahwat perut, yang mana ia menyebabkan Adam dan Hawa a.s. terhalau dari syurga. Kedua-dua mereka telah ditegah oleh Allah SWT daripada memakan buah kuldi. Allah juga memerintahkan kedua-duanya agar menahan nafsu perut mereka, namun mereka memakan buah larangan itu sehingga tiba-tiba terlucutlah segala pakaian yang menutup aurat mereka, lalu terusir kedalam dunia ini.



Perut adalah punca syahwat. Dari perut datang segala penyakit. Dan perut jugalah datangnya segala kecelakaan. Dan para saintis sekarang sudah pun mengesahkan yang perut adalah punca segala penyakit dan lihat sahaja disana sini belbagai makanan tambahan telah dikeluarkan dengan menceritakan pelbagai masaalah yang berpunca dari pada perut. Kalau perut kita sihat maka kita akan mendapat sihat. Sebagai bukti, marilah kita perhatikan tentang hikmah dan kelebihan berlapar serta bencana kekenyangan.



Dengan berlapar, rohani akan mendapat didikan, jiwa pula mudah dibentuk sehingga menyebabkan hati dapat ditenangkan dan otak menjadi cerdas serta dapat memikirkan sesuatu dengan betul, teliti dan saksama.



Oleh yang demikian, didalam Islam terdapat satu peraturan yang telah ditetapkan iaitu seseorang yang menjadi hakim ditegah menjalankan urusan pengadilan dalam keadaan terlalu kenyang atau lapar kerana dikhuatiri dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama. Ini kerana, kekenyangan dan kelaparan akan menyekat mata hati daripada bertindak dengan pantas dan cekap.



Hal ini juga dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang boleh dijalankan keatas kanak-kanak, kebiasaannya, kanak-kanak yang kuat makan memiliki hafalan yang lemah dan lambat dalam memahami pelajarannya, jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sederhana pemakanannya. Mereka biasanya memiliki otak yang cerdas dan gemar mementingkan pelajarannya.



Namun, ini tidaklah pula bermakna kita perlu mengabaikan persoalan makan dan minum sehingga boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Kita tidak boleh mengabaikan aspek penjagaan makanan, bahkan, kita diwajibkan untuk menitik beratkan sepenuhnya soal makan dan minum diri kita, anak-anak, isteri mengikut batas-batasnya untuk mengelak dari sebarang kemudharatan. Sekiranya makan minum diambil secara berlebihan, hasilnya kelak akan mendatangkan kemudharatan, sebagai panduan, marilah kita ikuti ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. sebagimana sabdanya:



“Kami adalah satu kaum yang tidak makan melainkan hanya apabila lapar dan apabila kami makan tidaklah sampai kenyang.”



Hadith ini, jika diamalkan, boleh mengelakkan seseorang daripada mendapat penyakit. Oleh sebab itu, para doctor mengakui kebnearan hikamh yang terkandung dalam hadith ini. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:



“Sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk bernafas.”



Hadith ini menganjurkan supaya rongga badan kita diperuntukkan kepada tiga bahagian; satu pertigas diisi dengan makanan, satu pertiga diisi dengan minuman dan satu pertiga lagi untuk kita bernafas. Kan ada logiknya!



Baginda juga bersabda:



“Perut adalah punca penyakit dan berpantang adalah punca berubat dan setiap anggota sepatutnya dilazimi dengan makanan kebiasaannya.”

Sememangnya orang yang betul-betul menjaga diri dengan mengikut peraturan seperti yang dianjurkan oleh Muhammad s.a.w. seperti yang disabdakannya jelas telah diperakui pakar sains dan doktor sendiri. Janganlah makan sekiranya anda tidak merasa lapar dan berhenti sdebelum kenyang dengan ini akan terhindarlah dari segala penyakit. Justeru itu, mengambil makanan hendaklah berwaktu, janganlah bila ternampak sahaja makanan, terus melayani selera, lantas makan tanpa berfikir panjang kerana orang yang kuat makan akan sentiasa makan tanpoa mengira waktu dan had tertentu Dan akhirnya diri merana dengan pelbagai penyakit yang menimpa.Disini saya tidak mahu menyentuh tentang makanan yang baik untuk dimakan kerana saya telah pun tuliskan diartikel sebelum ini tentang pemakanan yang baik untuk dimakan. Yang penting makan sehingga tidak sampai kenyang kerana ia mengandungi hikmah yang begitu banyak bagi umat manusia.



Wassalam
~nikmahmud niklah~

grap6seater said...

“Lord! The month of Ramadan has arrived, and You have required us to fast during it and revealed the Qur’an as guidance to mankind and a clear distinction of the guidance and the right criteria. O Lord! Help us observe its fast; accept the same from us; surely You can do everything.”


The holy month of Ramadan enjoys a special importance in the Islamic calendar. As the Holy Prophet Muhammad (pbuh) said: “It is Allah’s Own month.” It is the chief of all months and the most glorious one.


As we already know, ‘Fasting’ is one of the important pillars of Islam and it is the very month of Ramadan during which fasting has been made obligatory for all adults and sane Muslims. By fasting during Ramadan, a Muslim besides discharging an obligation imposed upon him by Allah, becomes entitled to great reward in the Hereafter.


On the other hand, any lapse in the matter amounts to a great sin. Fasting is an article of worship, the knowledge about the performance or otherwise whereof rests only with Allah and the person concerned. Hence, it is Allah alone who will reward that person for it, on the Day of Judgment.


The blessings of Ramadan are not limited to fasting alone, because the performance of all sorts of worship and good deeds during this month is also a source of great Divine favor. The revelation of the Holy Qur’an commenced during this very month and it is therefore the duty of every Muslim to

read and try to understand the meaning of the Holy Qur’an and thereby gain an insight into the Divine secrets enshrined therein. It brings peace and illumination to the mind and imparts purity to the soul.


Ramadan is the month of fasting, intensive prayer, sacrifice and Divine worship. Throughout this month a devout Muslim fasts during the day in the true sense of the word, that is, he had merely denies himself food and water, but as explained by the Holy Prophet Muhammad (pbuh), exercises strict control over his tongue, eyes, ears, thoughts and deeds and does everything possible to seek the pleasure of Allah.


Devout supplications to Allah and repentance of one’s sins during Ramadan are the sources of Divine blessings and mercy. Some nights, among the last ten (10) nights of Ramadan, are called the ‘Nights of Glory’ (Laylatul Qadr). Muslims believe Laylatul Qadr is one of the last odd numbered nights of Ramadan, like 19th, 21st, and 23rd nights. Muslims keep awake during these nights and

offer special prayers. Even among these nights, the 23rd enjoys excellence over all the others. It is accompanied by great blessings, and he usually grants the supplications made to Allah during this night.


The holy month of Ramadan, besides being the month of worship and Divine blessings, carries a historical importance as well. As already mentioned above, the revelations of the Holy Qur’an commenced in this month. The epoch-making ‘Battle of Badr’ and the ‘Conquest of Makkah’ also took place during the holy month of Ramadan.

~nikmahmud niklah~

grap6seater said...

DOA-DOA UNTUK PERSIAPAN MENGHADAPI BULAN PILIHAN
Oleh USTAZ ZAHAZAN MOHAMED


DOA-DOA MOHON KEAMPUNAN DAN KESELAMATAN

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ ، تُحِبُّ الْعَفْو َ فَاعْفُ عَنِّي



“ Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun , maka ampunilah aku / kami.[1]

أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ عَنْ عُقُوبَتِكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَـيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.



Maksudnya : “ Ya Allah aku memohon dariMu KeredhaanMu dan syurga dan kami memohon perlindunganMu dari kemurkaanMu dan dari neraka . [2]


DOA MENDAPAT KETENANGAN UNTUK BERJUMPA ALLAH



اللَهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَـفْسـاً بِكَ مُطْمَئِنَّـةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ بِعَطَائِكَ .



Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu” .[3]

DOA DIPERMUDAHKAN HISAB

اَللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَاباً يَسِيراً

Maksudnya : “ Ya Allah Mudahkanlah perhitunganku ”.


DOA AGAR SELAMAT DARI AZAB SIKSA KUBUR, NERAKA , FITNAH KEHIDUPAN & KEMATIAN SERTA DAJJAL

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيا وَالمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسيحِ الدَّجَالِ



Ya Allah ku pohon perlindungan dari azab api neraka dan azab qubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah Al-Masih Al-Dajjal [4]



[1] HR al-Tirmizi no 3513 , Ibn Majah no 3850 , lihat sahih al-Tirmizino 2789

[2] HR Ahmad 25696, Muslim no 486,Abu Daud 879,al-Tirmizi 3493al-Nasaei 1130,Ibn Majah 3841 Ishaq bin Rahawaih no 544,Ibn Khuzaimah no 671,Ibn Hibban 1932,al-Baihaqi no 608 , Musnad al-Siraj 1/ 89

[3] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65 , Al -Alusi jilid 16 muka surat 238

[4] HR Ahmad no 11083, Muslim no 588, Ibn Khuzaimah no 721 , al-Baihaqiy 2702

~Zul & Nora JB ~

grap6seater said...

Terasa hanya beberapa hari yang lalu ku dengar beritamu
Datang dan pergimu sungguh secepat kilauan cahaya terasa
Begitu cepat kau pergi ramadhanku

Kau tamu agung tahunanku
Keberkahan
Kerahmatan
Ampunan
Semua kau bawa bersamamu

Kuharap kau selalu disini
Jangan kau pergi saat hari masih pagi
Disana ada sejuta nurani menginginkanmu

Sekali lagi kumuhon tetaplah bersamaku
Ajarkanku mengertikan diriku
Ajarkanku mencari siapa aku
Ajarkanku menuai maghfirah ditamanmu

Ramadhanku
Aku merindukanmu selalu..

(Bu’us, 17 Sya’ban 1429)
~Har min~

grap6seater said...

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."



Hadis-Hadis tentang fadhilat Ramadhan.


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

~zul& Nora JB~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...