Sunday, February 16, 2014

PRINSIP HIDUP: COMMITMENT


Status Update
By Bryan Gan
 
Semalam teringat pula sesuatu prinsip dalam pegangan hidup saya selama ini, iaitu COMMITMENT. Apa maksudnya? Mungkin anda sudah tahu apa maksud COMMITMENT, tapi bagaimana anda apply dalam hidup anda?

Bagi saya, apabila kita sudah set impian kita untuk melakukan sesuatu, kita perlu bertekad dengan sepenuh hati sehinggalah berjaya. Walaupun kita akan bertembung dengan pelbagai cabaran, ketabahan, kesabaran dan ketenangan dalam hati akan membolehkan kita kekal dalam haluan kita. Dengan hati yang tenang, kita akan dapat jalan penyelesaiannya.

COMMITMENT juga bermaksud apa yang kita nak buat, kita perlu buat 10 kali ganda, 20 kali ganda dan 100 kali ganda lebih banyak, lebih cepat daripada orang lain. Contoh, semasa saya di universiti, saya sanggup ponteng kelas untuk berlatih memanah. Member biasanya shoot 80 anak panah sehari, dan 100 kira dah banyak. Tapi I shoot 300 anak panah. Bow yang saya guna 46 pound, berbanding dengan 40 atau 42 pound yang biasa digunakan oleh pemanah lelaki. Dalam 2 bulan sahaja, keputusan saya telah menjangkau senior yang berlatih bertahun tahun utk pasukan universiti. Saya pula dilantik sebagai Kapten Pasukan Memanah USM. Dan akhirnya pada peringkat sukan antara universiti, I berjaya menjadi champion 90 meters.

Kisah ini mengingatkan saya tentang nilai COMMITMENT yang juga saya berpegang sehingga kini. Walaupun saya boleh pilih untuk relax, tapi kalau anda tanya Intan, saya kerja 7 hari seminggu, dari 10 pagi hingga 12-1mlm. Saya akan buat kerja apabila badan saya xrasa penat. Semoga SCARF Perfume dapat menjadi jenama perfume muslimah No 1 di dunia. Ini aim saya.

Jadi, bolehkah anda bertekad utk usaha apa yang sudah anda set sebagai impian?

STAY FOCUS DALAM SESUATU PEKERJAAN?


Status Update
By Bryan Gan
 
Bagaimana nak STAY FOCUS? Kadang kala kita perlu buat keputusan untuk cakap No, atau belajar untuk cakap No kepada sesetengah offer yang nampaknya menarik, tapi naluri kita cakap, ia bukan apa yang kita nak sekarang. Tapi, untuk cari bisnes yang anda boleh STAY FOCUS, cuba tengok faktor berikut:

1. Produk/bisnes yang memang jadi passion anda atau sesuatu yang amat anda suka.

2. Mempunyai potensi pasaran yang tinggi dan dapat bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.

3. Sesuatu yang senang untuk orang faham dan beli. Orang senang senang keluar duit dari poket untuk beli.

4. Mempunyai profit yang tinggi supaya anda spend masa yang sama, tapi berbaloi.

5. Syarikat induk mempunyai pengurusan bisnes yang teratur dan asas yang kukuh supaya tidak jadi huru-hara yang stress nanti.

6. Produk yang berkualiti dan mempunyai bukti keberkesanannya. Ini amat penting kerana anda STAY FOCUS untuk promote sesuatu untuk jangka masa panjang. Kalau produk tidak dapat memberi result kepada pelanggan, maka susah anda nak berniaga untuk lama dan dapat repeat customer.

Apa Tujuan Saya Bekerja?


Status Update
By Bryan Gan
 
Petang tadi, ada orang bertanya kepada saya. "Bagaimana saya boleh perform dalam job saya?" I cakap dengan ringkas, "Itu bergantung kepada intention u apabila anda pilih job tersebut." Dia ternga-nga tak faham. Kemudian saya terangkan...

Intention yang saya maksudkan adalah apakah niat anda apabila anda pilih untuk makan gaji, atau pilih untuk berbisnes. Kalau anda makan gaji, niat anda adalah untuk dapatkan gaji. Macam mana pun, anda tidak akan bekerja bermatian-matian seperti bos syarikat itu. Jadi, itu akan jadikan anda setakat boleh perform dari segi habiskan job anda sahaja. Kalau anda pilih untuk berbisnes, intention anda adalah buat duit banyak banyak. Then anda mungkin akan harapkan ada jalan yang senang untuk berbisnes untuk buat duit banyak banyak.

Intention yang saya ada dalam 13 tahun berbisnes ini adalah untuk mencapai sesuatu yang boleh buat saya rasa bangga dengan diri saya, dan saya tidak berhenti untuk mencari cabaran yang baru. Dan berbisnes telah menjadi sesuatu yang saya perlu untuk bernafas dan hidup tiap tiap hari. Tidak pernah saya terfikir I perlu cuti, dan kalau ada, mungkin keluar berjalan jalan utk beli apa yang perlu utk sendiri atau tengok movie je. Lepas tu, akan berbalik balik kepada fikir tentang bisnes. Sebab, setiap saat, jika kita usahakan bisnes kita, maka bisnes kita akan jadi lebih laju lagi dan kita akan berkembang dengan lebih cepat daripada yang lain...

Jadi sekarang, apakah intention atau niat anda sekarang baik anda makan gaji atau pun berbisnes, atau nak berbisnes? Fikirkan semula sebab niat anda akan menentukan segala tindakan yang anda ambil setiap saat dari sekarang...

berbisnes ini susah sangat??


Status Update
By Bryan Gan
 
Kadang-kala kita fikir terlalu jauh dan ingat berbisnes ini susah sangat. Sebenarnya, kalau kita dapat cari 'crowd' dan faham apa yang mereka nak beli, nak berbisnes bukannya susah sangat.

Contoh, pergi je ke Seksyen 7 Shah Alam, atau mana mana kawasan yang ada ramai orang masa lunch time. Jual nasi kukus ayam yang sedap giler. Sehari jual 50 bungkus. Sebungkus MYR 5, untung MYR 2.50. Sebulan boleh untung berapa? MYR 3750. Xbanyak, tapi lebih bagus daripada menganggur kan?

Tak tahu masak? Siapa pula dilahir dengan tahu memasak? Senang je boleh belajar kalau kita betul betul nak berniaga, betul?

Rahsia Kejayaan Bisnes

Status Update
By Bryan Gan
Ini hadiah New Year 2014 daripada saya...

>> Ramai orang suka tanya dan belajar Rahsia Kejayaan Bisnes. Di situ, orang akan belajar so-called rahsia-rahsia tersebut.. tapi apabila mereka mulakan bisnes dengan rahsia tersebut, tak nampak mcm rahsia pun. Akhirnya apabila mereka menghadapi pelbagai cabaran, mereka akan give-up dan cakap rahsia tersebut xboleh pakai.

SEKARANG FIKIR DARI SUDUT YANG BERLAWANAN!

>> Tanya kepada anda sendiri, atau belajar Rahsia Kegagalan Bisnes. Senaraikan sebanyak yang boleh apakah yang boleh menjadikan bisnes anda gagal, produk xboleh jual, orang xnak beli. Tanya kawan anda, apakah rahsia kegagalan bisnes mereka sebelum ini. Buat latihan ini dengan serius. Mula sekarang dan senaraikan sebanyak yang anda boleh dapat di bawah.

1..

2..

3..

4..

5..

Sekarang adakah anda nampak apakah Rahsia KEJAYAAN Anda dengan MENGELAKKAN Kegagalan?

SHARE hadiah New Year saya kepada kawan kawan anda!!! Ingat tulis, "Hadiah New Year 2014 daripada Bryan Gan"

Peniaga...

By Bryan Gan
 
Ingat post saya ini? Boleh saya kata, berbisnes ini terbahagi kepada 2 kategori:

1) Yang jual produk orang lain
2) Yang keluar produk sendiri

Kalau anda jual produk orang lain, adalah amat penting anda cari produk yang
(a) hot dalam market, (b) orang akan sentiasa beli (c) tak mahal sangat (d) senang untuk menjual (e) terbukti keberkesanannya (f) kenalpasti siapa target customer anda (g) cari tempat yang ada ramai 'crowd' target customer anda (h) beri customer service yang bagus (i) sentiasa menampilkan diri lebih drpd pesaing lain (j) selling skill yang bagus

Kalau anda keluar produk sendiri, anda perlu (a) buat market research dengan teliti (b) design produk yang unik (c) focus pada branding (d) invest utk production (e) mahir manage finance (f) pandai bina distributor network (g) pandai marketing dengan adanya budget yang cukup (h) pandai build team dan management (i) sentiasa buat lebih baik daripada pesaing pengeluar yang lain (h) mampu 'lihat' apa org yang tak nampak (i) sentiasa improve dan jadi lebih baik supaya tidak overtake by competitor...

Jadi bagi yang baru nak berniaga, saya cadangkan anda jual produk orang lain dahulu dan pada masa yang sama belajar sebanyak yang boleh sebelum anda buat keputusan untuk keluar produk anda sendiri...

Facebook Marketing

Status Update
By Bryan Gan

Facebook Marketing bukan sekadar Facebook Marketing? Apa maksud saya? Kalau anda fikir Facebook Marketing adalah sekadar buat post di Profile anda atau setup Facebook Page utk promote produk anda, memang ini tidak mencukupi untuk mendatangkan jualan kepada anda atau buat orang kenal jenama anda.

 
Facebook Marketing Bermula Dengan…


1) Memahami target pasaran anda (customer) dengan mendalam dari segi apa cara hidup mereka, umur, jantina, pekerjaan, bagaimana mereka spend duit, apa keperluan harian mereka, apa problem mereka, citarasa.. Apabila anda kenalpasti dan amat memahami segala aspek tentang customer anda, maka anda akan dengan mudahnya memberi penyelesaian kepada masalah mereka.
 



2) Mencari/Mencipta/Design Produk Anda.

Dengan memahami segala aspek tentang customer anda dengan amat mendalam, anda akan mendapat idea yang jelas apakah sebenarnya anda boleh buat untuk memenuhi keperluan mereka. Itu produk yang anda akan jual. Cuba cari produk yang sedia ada dalam pasaran untuk test menjual kepada golongan customer tersebut. Jangan sekali invest atau terjun ke dalam industri tersebut. Test dahulu untuk tengok betul ke produk tersebut boleh jalan...

Anda juga perlu memahami tentang pesaing/competitor anda dalam industri supaya anda tahu anda akan dapat peluang utk masuk pasaran atau tidak. Kalau anda rasa susah nak bersaing dengan mereka, anda perlu mencari keunikan dalam produk anda atau niche market. Niche market, maksudnya cari pasaran yang pesaing anda belum terokai.

Anda boleh masuk juga pasaran yang sedia ada, tapi kalau anda buat demikian, anda perlu 'stand out' atau membuat penampilan yang lebih daripada pesaing anda. Contoh, anda jual produk jamu dengan menjadi stokis sesuatu brand. Tapi banyak sangat produk jamu di luar sana, tesco, giant.. dan dekat FB juga nampak orang post tentang produk jamu sini sana. Jadi, bagaimana anda nak bagi 'stand out'?

Akan bersambung dalam tip yang seterusnya....

 


3) Brand Communication.

Maksud, anda kena fikir bagaimana anda nak sampaikan mesej jenama anda kepada pelanggan anda. Tak faham? Tak pe. Biar I tanya, kalau anda berjumpa dengan seorang kawan lama yang ada keperluan utk produk anda, apa yang akan first cakap untuk beritahunya tentang bisnes anda?

Contoh, kak ada makan jamu? . kak ada masalah itu tak? Orang akan errmmm.. rasa tersentap. Anda boleh buka cerita dengan cara yang lebih sopan. Contoh, Kak pernah dengar suami-isteri bercerai sebab suami asyik komplain? Tapi nasib baik suami I tak pernah komplain...

Kalau anda lihat perbualan di atas, anda rasa apa yang akan jadi topik perbualan? Ini adalah cara/sudut/perspektif yang anda perlu fikir bagaimana anda nak berkomunikasi dengan pelanggan anda apabila anda buat iklan atau post di Facebook nanti.

"Sekarang Makin Ramai Yang Cakap Suami Mereka Komplain. Nasib Baik Suami Saya Tak Komplain... Nak Tahu Kenapa, Sila PM Saya (untuk wanita sahaja)"

Kesimpulan utk tip ini adalah, anda perlu fikir cara utk anda tangkap perhatian orang dan buat mereka ingin sangat nak tahu tentang apa yang anda buat....

Satu lagi contoh, "Apa Rasanya Kalau Pisang Digoreng Dengan Cheeze? Hanya Di Seksyen 9, Shah Alam."

 


4) Facebook Profile, Page dan Ads.

Sekarang, baru anda mula buat post di Facebook Profile, dan Page, dan iklan dengan menggunakan Facebook Ads. Tidak dapat saya ajar step-by-step bagaimana anda boleh buat ini, tapi anda boleh google atau cari di Youtube. Janji anda komited dan bersabar utk belajar. Ada juga saya ajar dalam latihan pengedar SCARF Perfume bersama dengan tip berbisnes yang lain.

Tapi boleh saya katakan, anda perlu add ramai kawan yang berpotensi jadi pelanggan anda di Facebook Profile. Berapa ramai itu ramai? 5000 itu ramai. Facebook Profile akan dapat priority yang lebih tinggi utk orang lihat post anda daripada Page. Dengan Page, anda boleh buat iklan utk target sasaran pasaran anda yang lebih jauh dan banyak.

Contoh, "Goreng Pisang Cheeze Berkembang Ke Seluruh Malaysia. Tawaran Franchise Dibuka" dan buat iklan dengan budget RM300-1000 sebulan. Kalau anda nak buat iklan dgn Facebook Ads, pastikan pulangan anda akan cover kos iklan. Kalau tidak dapat, promote giat di Facebook Profile dan juga.......

Jangan lupa untuk buat marketing secara OFFLINE. Offline juga merupakan satu medium yang amat penting untuk orang membeli daripada anda. Contoh, offline marketing boleh dibuat dengan flyer, banting, gerai, dan sebagainya.

Biasanya orang agak rasa tahap ini perlu meluangkan masa yang banyak. Memang kalau nakkan sentiasa, kita kena korbankan masa dan bersabar utk berusaha.

 


5) Keep Communicate!

Kenapa I post kepada Facebook Profile saya setiap hari atau Page? (walaupun ada masanya i akan skip). Amat penting untuk anda sentiasa mengingatkan semua kawan yang ada di Profile anda, pelanggan, LIKES (fans) di Page atau pasaran tentang brand/produk anda. Walaupun mereka tidak beli sekarang, tapi mereka akan beli nanti. Walaupun mereka tidak beli nanti, mereka akan bagitau kawan mereka yang akan beli. Walau pun mereka tidak bagitau kawan, tapi suami akan bersetuju utk isteri membeli kerana suami pernah dengan tentang brand tersebut.

Dalam Facebook Ads, saya sentiasa advertise untuk fans dan kawan lihat tentang Ads saya. Itulah sebabnya anda akan sentiasa lihat tentang SCARF Perfume dan apa yang saya post. Heheheh.. kannnn???
 



Saturday, February 15, 2014

Cara menjual di Facebook?


Status Update
By Bryan Gan
 
 
Kalau anda nak promote/menjual dengan Facebook, anda patut guna Profile atau Page?
 
 
 Jawapannya:
Anda perlu guna Profile atau Page utk promote/menjual di Facebook?

Ini bergantung kepada jenis bisnes/produk yang anda menjual. Kalau anda menjual produk orang lain (stokis/dropship), adalah lebih senang kalau anda gunakan Profile.

Kalau anda keluarkan produk dengan jenama sendiri, anda gunakan Page dan Facebook Ads.
 

Facebook Profile vs Fanpage


4 hari I buat survey berapa ramai yang nampak post saya. Ini result yang saya dapat. Terima kasih kepada semua yang sabar dan participate dalam survey ini.

Boleh dikatakan Facebook Profile paling efektif untuk orang tengok post kita. Dan masa paling aktif adalah malam 10pm berbanding dengan siang hari. Mungkin terdapat juga faktor di mana orang dah bosan utk LIKE walaupun mereka nampak post yang sama, tapi boleh dikatakan jelas nampak malam lebih efektif.



Untuk Facebook Page, peratusan yang nampak post amatlah kurang. Kalau anda nak post anda dilihat oleh Fans anda, anda memang perlu gunakan Facebook Ads untuk target kepada Fans anda. Jangan guna Boost Post sebab I dah test, agak mahal dan tak berbaloi.

Siapa nak tahu macam mana target kepada Fans anda?? Sila SHARE Stats ini kepada kawan anda dahulu. TQQQQ

Friday, February 14, 2014

Android dalam bisness

From the album: Lailahaillallah (لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّاالله)
By Iman Raudhah Saffiyah
 
 [Statistik Google utk blog 16Jan-14Feb 2014]

Android makin rancak, nampak x?

Semakin naik & naik... 34%... bila la aku akan jumpe apps yg menepati citarasa customer2 aku, huhuu, sedes

Apps yg aku ada, harga je mahal RM1250, tapi hampeh... sabo je la company ni... buat keje cam melepaskan batuk ditangga, cam x ikhlas jerr bekerja... upah murah sgt kot

Sabo je la

#Maybe aku yg kena jadi pakar... errr, dah kalau aku yg jadi pakar, bila pulak aku nk layan customer nnt?? x pasal2 masa banyak habis kt research aje.

Thursday, February 13, 2014

Nak Jadi Orang Kaya Yang Macam Mana?

Status Update
By Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman


[ DALAM ISLAM TAK BOLEH KAYA? ]

Breakfast tadi, isteri bertanya c'bang, betul ke dlm islam tak digalakkan jd kaya?

''Mana mama tahu?

''Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luarbiasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air sebotol je'

Saya bilang 'Jgn percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman yg narrow dan SELFISH'.

SELFISH? Benar. Ia pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dgn kata2 'makan pun paling kuat 2 pinggan sj'.

Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang2 sj. Useless for islam.

Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran islam?

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kpd ramaaaai org susah sekeliling'.

Ini definisi kaya islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga.

Mungkin ada bertanya lagi 'klu kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sbb banyak yg dihisab?

'Sekali lagi sy jelaskan 'jgn kaya dgn mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab. Tp klu kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kpd org lain'.

MORAL : Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan anda diredhoi Tuhan atau dimurkai dgnnya.

Bagi mereka yg tiap2 hari berusaha & berdoa utk kaya, saya sarankan masukkan sekali dlm doa anda 'Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah bantu orang lain, Amin.

'Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.

Credit to
-Ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz

#Bangkit2014
Daftar 3 orang 100% Percuma di Bangkit2014.com

Wednesday, February 12, 2014

Ciri-ciri utama lelaki yang didambakan


Status Update
By Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
 
...Ciri-ciri utama lelaki dambaan wanita solehah :-

- Beragama
- Berpendidikan
- Bertanggungjawab
- Peramah
- Hormat-menghormati
- Saling bekerjasama
- Sejuk Mata memandang
- Berkasih-sayang
- Ringan tulang
- Berharta...

Mati


Mati kita bukan macam road tax kereta, sebab kita tak tahu bila tarikh tamat tempoh kita di dunia ini. Jadi, sekarang inilah masa kita kena buat amal ibadat dan belajar ilmu agama, sebab bila Munkar Nakir dah tanya soalan, kita dah tak boleh buka mp3, tak boleh copy paste dari Facebook, dan tak boleh download jawapan dah.

( Ustaz Azhar Idrus )

Isteri Yang Bahagia


Status Update
By Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
 
Seorang isteri itu dikatakan bahagia bukan kerana ramai anak, berwajah cantik, banyak harta, atau bersuami kaya & hensem; tetapi isteri bahagia ialah apabila dia taat pada Allah, pada Rasulullah, dan pada suaminya. Suaminya mengembirakannya, dan isteri pula berkhidmat pada suami dengan ikhlas.

( Ustaz Azhar Idrus )
 

Saturday, February 1, 2014

Loan MARA dan PUNB

From the album: Alhamdulillah
By Iman Raudhah Saffiyah
Semalam member aku mengadu yg sales kt kedai dia sangat teruk. Dia sangat2 tension.

Loan RM50K MARA yg dia dapat haritu pun da habis. Skrg tgh tunggu loan dr PUNB. Pekerja kt kedai dia pulak buat perangai & macam2 lagi masalah biz dia.

Aku simpati tapi x tahu nk buat apa.

Jadi, aku pun gatal tangan g create fanpage & blog utk dia. Sedis punyer pasal. Kira cam just tolong tolong aje la... dgn harapan ALLAH akan tolong aku balik. Dah lemau rasanya badan aku ni dengan harapan yg diberi oleh makhluk bernama manusia!!

Aku ni budak baru belajar dlm biz. Dia pulak dah lama meniaga. Aku x tahu nk tolong dia apa. Nk kata teror internet, xde la sgt pun. Member o member. Aku nak cakap x reti, nak tunjuk ajar lagi laaaa x tahu.

Pada pandang sisi aku, hebat la gak member aku ni sbb dia dpt perhatian dr MARA & PUNB. Aku??? Huhuuu. Sedis!! Penat je aku dtg turun naik interbiu laaa, g seminar & kursus itu ini, isi form itu ini & macam2 lagi, habuk pun taraaa...

Membuatkan aku sangat "terasa" xde org dalam dunia kerajaan nk tolong aku yg tengah terdesak dgn hidup yg xde keje, kewangan yg teruk dan macam2 lagi masalah lain (huhuuuu) untuk mula berniaga. (Orang cakap; org Melayu kalau xde modal, dia mmg xde semangat nk meniaga!!). Aku rasa aku mmg ada perangai tu, huhuu...

Dan akhirnya.... aku putus asa pada manusia.

"Xpela" kata aku kt diri sendiri sambil nangis2 (itu je la yg aku selalu cakap kt diri sendiri)... Lalu, aku usaha sendiri kumpul duit bermula dari RM1 jual kerepek pisang sebungkus kt dlm UTM! Punyer la teruk keadaan aku ni, suh mak aku yg kt rumah gorengkan & bungkuskan. Hasil jualan aku kutip tp upah kt mak 1 sen pun aku x bagi... Hhuuuhuhu...

Bila pikir2 balik masa silam aku (kisah yg penuh dgn kesedihan), sekarang aku dah ada macam2 yg dulu aku x pernah ada & rasa (semua ni kebendaan sahaja!!).... Walaupun, org lain selalu membanding2kan & memperkecil2kan aku, tapi mak aku selalu cakap: "Syukur dgn apa yg ada, jangan gelojoh dgn dunia, nanti ALLAH tambah!!"

Berkat sungguh kerepek pisang yg mak aku goreng ni. Hai la MAK... Kasihan sbb asyik kena dengar masalah & rintihan2 yg bersarang dalam hatiku. Teruk betul aku ni. Sape lagi aku nk percaya dlm dunia yg sepi ni selain dr insan bernama MAK!! Yelaaa, sejak ayah xde, mak yg take over. Mak selalu jd reminder yg tolong ingatkan aku ttg apa yg ayah aku tinggalkan utk aku. Baiklah Mak!! Akak akan ingat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...