Mereka mungkin berkata
yang aku sudah mengalah
aku sudah kufur
terkorban bersama arus dunia...
sedangkan aku tak pernah berhenti
aku terus berlari
mencari dari arah yang lain
ingin kecapi
melengkapkan diri
dahaga ni amat terasa
aku terus meredah jalan itu sendirian
kadang kala bertemu teman
kadang kala terasa amat sunyi sekali
pedih, parah bila bertemu lawan
namun aku tahu....
dalam perjalanan itu
kesabaran diganjari pahala
kesyukuran dibalas dua kali ganda nikmat
destinasi Tuhan
itu yang aku cari
biarkanlah aku terus kecewa dengan manusia
aku redha
perit ini menjadi penghapus dosa
di atas denai ini
sendirian
aku merasa bahagia
tika berdua
bersama denganNya...
nur2dlihat
3.56pagi, 5 Disember 2010
Tmn Pulai Indah, Skudai ------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
No comments:
Post a Comment