CANTIK !
dan menambah kecantikan
yang ada ???
CANTIK?!!!
Namun ingatlah bahawa kecantikan itu?
Bukanlah untuk diperagakan?
Bukan untuk didedahkan
TETAPI!!
Wanita semakin cantik
apabila segala yang ada pada anggotannya,
ditutup sempurna..
Pakaian yang sesuai dipilih sebagai penyeri suasana,
Nampak sopan tidak menjolok mata,
Persis wanita timur yang bangga dengan budaya Malaysia?
Syaratnya mudah iaitu :
Kain tidak jarang hingga memperlihatkan warna kulit.
Pakaian tidak terlalu ketat dan pendek sehingga menampakkan susuk tubuh yang menjadi rahsia.
Peliharalah rambut sebagai mahkota wanita dengan memakai tudung yang melepasi dada.
SUSAHLAH !!!
Percayalah sahabat,
tiada yang menyusahkan
kerana Islam itu tidak pernah membebankan.
Kita sekadar diajar
untuk menjaga fitrah
atau sifat semula jadi manusia
yang ingin sentiasa kelihatan cantik dan lawa?.
LAWA? seorang wanita pula letaknya di hati.
Jika hati bersih, wajah pasti berseri....
Kalau begitu cantik
dan lawa wanita
untuk siapa ?
Pasti untuk muhrimnya seperti Keluarga iaitu ayah, abang dan adik-adiknya sahaja, Suami, Sesama wanita Islam yang lain.
PANASLAH !
Sesungguhnya ada yang lebih panas daripada haba cahaya mata hari dunia
Kita hendaklah selalu beringat dan percaya !
Kita sebenarnya sudah tahu dan sudah lama faham tentang
aurat wanita ..
Cuma kita buat tidak tahu dan tidak mahu untuk faham.
Wahai Wanita
Wahai Perempuan
Wahai Gadis
Wahai Permaisuri
Wahai Srikandi
Wahai Puteri
Wahai Cik Adik manis
WAHAI SEMUA !
Biar apapun gelaranmu,
Sambutlah seruan untuk menjaga auratmu kerana hal ini menjadi lambang kesungguhan dirimu dalam menjaga agamamu
Wanita akan terus cantik dan lawa apabila :
Mengamalkan ilmu bermanfaat yang telah dibaca.
oleh: nur2dlihat
No comments:
Post a Comment