Nyata...
itulah jalan yg kau pilih
aku hanya mampu katakan "telitilah akhir kehidupanmu"
sedangkan panas didunia tak mampu kau selamatkan dirimu
ini kan panas di padang mahsyar
Andai kau menjadikan saudara sedarahmu sebagai musuh
kerana selalu menghalagi kemahuan kau
tidaklah mampu kami berbuat apa-apa
Andai kau fikir maruah kau itu tidak bernilai
lihatlah akan derita yang orang lain lalui kerana kesilapan mereka sendiri
menyesal, tidak berkesudahan
Fikirkanlah….
apa yang kau mahu dalam dunia ini?
adakah kau berkehendak kepada kesenangan dunia yang sementara?
kau belum rasa betapa sukarnya mendapatkan kesenangan yg halal didunia ini
kesenangan yg mungkar memang mudah dicari
tapi….
dunia bukan yang kita cari
itu yang Pesuruh ALLAH telah sampaikan
lupakah engkau?
Moga akan ada lagi ihsan dari ALLAH untuk kau
moga kau bahagia dengan apa yg kau inginkan dalam dunia ini
Betapa jahilnya kau
sanggup memilih jalan itu
carilah bahagia yg kau impi
Kalau kau kata kehidupan kau kini ada dari kesalahan kami
tidak malu aku katakan betapa bodohnya engkau
mengikut semahunya kehendak nafsu kau
tidak menghirau kata-kata kami
menyakiti hati orang yang melahirkan engkau
menconteng arang
mencipta murka ALLAH…..
Aku….
hanya berdoa
agar ALLAH selamatkan engkau
didunia dan akhirat
Aku….
hanya mengharap
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kau
Aku….
hanya mampu ucapkan
selamat menjalani kehidupan yg kau pilih
Kerna aku tahu
jalan yg kau pilih itu
bukan mudah untuk jejak jalan pulang
jadi….
damailah engkau
bersenang hatilah
lalui saja kehidupanmu
kerna kau bertemankan Tuhan
terakhir….
selamat berbahagia dengan ujian kehidupan
selamat berkenalan dengan dunia ciptaan ALLAH
sedih kami tiada nilai bagi kau
pergilah…
mengembaralah…
kami redha
nur2dlihat
dalam kenangan "Beb"
Jumaat, 10.12.2010
9.40mlm
Johor
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
No comments:
Post a Comment