Tuesday, June 8, 2010

Tentang Hati....

selalu aku berbisik....


hati itu...
gedung perasaan yang peka


dengan hati engkau mampu merasa:
cinta, amarah, bahagia, duka, ketenangan, kekhuatiran, kekhusyukan, ketakutan, pengharapan, keluh kesah, kesenangan, kasih sayang, kelembutan,
kehalusan, derita, sesalan...

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"


"Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut,
kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat"

"Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang"

hati itu....
penentu kekayaan insan
kerananya akal, jiwa dan pancaindera mentaati tanpa bicara
melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya
andai ia dilatih menjadi baik...

sedangkan, tatkala ia binasa lantaran coreng-coreng hitam yang tertanam
sia-sialah kehidupan yang hakikat sebentar

"Ingatlah sesungguhnya pada jasad itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ingatlah, ia adalah hati."


hati itu....
tempat menetapnya iman
hati perlu tundukkan segala perasaan
kerana itu kewajipannya
Kecintaan hati seorang hamba hanyalah kerana Allah
dia tidak menyintai sesuatu kecuali hanya keranaNya
dia tidak membenci sesuatu kecuali Allah membencinya


hati itu....
tidak akan sedih
kecuali kelalaiannya pada Sang Pencipta
hati yang tidak berharap selain Allah
lupa untuk kembali padaNya
tidak takut kepadaNya
tiada tawakal kepadaNya

"kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada"


butanya hati.....
lantaran
kemaksiatan yang berterusan
enggannya diri untuk mencuci dengan taubat
kerana itu, bertambahlah garis-garis hitam
di cermin hati hingga menutup seluruhnya

"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka."

Katakanlah,
'Dengan kurnia dan rahmatNya hendaklah mereka bergembira,
Kurnia dan rahmat Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.'
Marilah kita pelihara hati kita....
sucikan ia dengan zikir setiap saat, minit, jam dalam tiap denyut nadi kita
moga ALLAH mengurniakan keringganan untuk beribadah padaNya
untuk selalu menjadi hamba yang taat akan segala perintahNya

inshaALLAH

aaamin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...