Tuesday, January 5, 2010

Ukhuwwah itu pahit. Ye ke??


“Dalam nak bina ukhuwwah, jangan demand. Jangan letak expectation yang tinggi pada sahabat kita. Kita kena ingat, bukan kita sahaja yang perlukan pertolongan, tapi sahabat kita pun perlukan pertolongan juga.”[Murobbiku, 1 Jan 2010]

Aku terkesan dengan kata-kata murobbiku. Sebab tu la aku rasa ukhuwwah tu pahit. Kalau terserempak dengan dia, aku rasa nak lari. Kalau boleh, aku dah tak nak kisah tentang dia. Aku berusaha untuk dia, aku berkeras nak bantu dia. Tapi dia anggap aku susahkan dia, aku ni menjatuhkan maruah dia. Aku yang rasa down, bilamana aku tau aku disisihkan dari kumpulan.

Benda lama yang disimpan, lama-lama jadi busuk. Lama terkepam, lama-lama jadi keras membatu dalam hati sampai jadi hijab atau bahasa kasarnya, Tembok Gaza dalam hati.Tapi bukan Yahudi punya kerja, nafsu, ego dan syaitan punya kerja, sebab dilayan sangat perasaan. Nampak dekat secara fizikal, tapi terlalu jauh di hati. Hanya pandangan dan lirikan sahaja berbalas, tiada kata atau ucapan salam sekalipun. Bukan aku tak cuba, tapi aku dah berputus asa sebab tak di layan sangat. Nak ikut jahat aku, ‘Lantak pi la..’ Nak menyimpan perasaan buat apa, baik simpan duit sampai jadi kaya, boleh derma Palestin.

Aku terlupa, aku perlu sabar. Aku terlalu letak expectation yang tinggi pada dia. Dia tengah susah. Aku tahu dia struggle nak bersihkan hati dia. Aku rasa, sebab aku sendiri pun struggle. Aku kecik hati, dia pun terasa hati. Punca ‘[Aku la yang salah]dan personal life issues’.

Dalam tarbiyah, setahu aku, tak de istilah personal life. Aku amalkan, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku, terutama hal-hal berkaitan tentang masa depan Islam, aku akan berkongsi dengan murobbi. Terlalu agresif sampai tak berhati-hati, akhirnya aku terbabas [orang lain selain murobbi sampai boleh tahu]..padahnya, berbalik pada aku. Sesungguhnya aku belajar berulang-ulang lagi. Kenapa jadi untuk kali yang keduanya lagi? Ada yang Allah nak tunjuk pada aku. Pada dia juga…Mungkin Allah nak tingkatkan diri dia.

Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk berpunca dari kelemahan aku sendiri. Aku kena redha bila jadi macam ini. Aku la yang kena tanggung akibatnya. Satu proses untuk aku belajar. Walaupun aku sangat kecewa dan sangat down.Sampai aku tak rela nak keluar dari bilik sendiri, aku tak layan telefon, aku nangis... Ada beza ke kecewa dengan diri sendiri dan kecewa sebab orang lain? Mana yang lebih teruk agak-agak? Dua-dua makan hati.

Kalau nak diikut apa yang aku belajar ‘input variables’ dalam subjek Process Control adalah apa-apa yang akan memberi kesan ke atas system. Dari situ, kita akan cari ‘manipulated variables’ untuk kawal ‘control variables’ supaya kita dapat desire output yang kita nak. Dalam situasi aku, aku bayangkan, control variables adalah iman aku, iman keluarga aku, iman kawan-kawan aku, dan iman ummat Islam. Aku nak jaga iman, jadi aku kena diproses. Dalam rangka aku kena proses, aku kena tahu apa yang membuat iman rosak, jadi aku boleh manipulated unsur-unsur yang membuat iman rosak. Aku tak reti macam mana nak manipulate, sebab tu aku kena rujuk sifu-sifu yang pakar untuk bantu aku control keimanan aku dan orang-orang yang aku sayang. Konsep nak jaga mulut pun macam ni juga.

Pertama kali aku kenal cara hidup Islam waktu tahun 2 under grad,member kamceng yang beritahu kepada aku tentang ketelusan dalam hidup dalam berjemaah.

‘Era, ko x boleh simpan-simpan apa-apa yang bersangkutan dengan iman kau dari jemaah. Ko kena setel dan proses cepat-cepat. Kita kena telus. Sekarang bukan masa kita untuk ‘dibelai dan dimanja’, ko yang kena ‘membelai’ adik-adik pulak. Spill out everything pada naqibah ko, tak de personal issues dalam tarbiyah ni. Kita kena tingkatkan diri kita. Jadi open hati kita untuk dibedah siasat.’ [Dija,2006]

Prinsip aku yang nak berubah dan jadi ejen perubah. Aku silap dengan letakkan semua orang macam aku. Aku manusia biasa, aku terlupa. Setiap orang ada experience hidup yang berbeza-beza. Jadi bermacam-macam level kefahaman akan wujud. Tu sebab aku tak hikmah dalam nak dekat dengan kawan-kawan. Aku sedang belajar. Maafkan aku. Aku tak tahu, aku sedang berusaha menuntut ilmu-ilmu mendekati manusia sekarang.

Serius aku kata, tak banyak teori yang aku belajar sebelum ini, sebab tu aku tersasar bila beramal. Aku belajar dari kesalahan aku sahaja. Pengalaman aku yang banyak beri pengajaran. Ikut rasa, memang nak stop. Penat buat salah. Dah rasa sebal sebab kena cop macam-macam. Dah cukup pedih kena sisih. Malu kepada diri sendiri jadi tidak terhitung bilangannya. Tapi tak boleh stop. Sebab aku nak jadi orang yang dapat minum air telaga Kauthar dekat akhirat kelak. Jadi aku tak boleh give up. Dengan dia pun aku tak boleh give up. Bukan dia sahaja, bahkan keluarga, dan juga kawan-kawan yang lain. Aku nak ke Syurga. Aku tak nak neraka, jadi inilah shortcut untuk aku ke sana. Menyebarkan kefahaman Islam. Tanamkan Tauhid dalam hati setiap orang. Allah kata, pahala syahid bagi orang yang tegakkan kalimah Tauhid.

Dalam berukhuwwah pun aku kena telan rasa pahit yang cuma sekejap ini.

“Saya rasa saya dah tak nak kisah lagi boleh x? saya penat..” [Si sengal, 31 Disember 2009]. Ni la dia kaki report mengadu.

‘Jangan demand banyak dengan sahabat kita walaupun kita tahu itu hak kita. Kita cukupkan hak orang lain, tapi jangan harap orang lain cukupkan hak kita. Kalau sahabat kita buat salah, maafkan dia. Imam Syafi’e ada berkata, tiada Muslim yang tak pernah buat salah, tiada Muslim yang tak lepas dari dosa.’ [Murobbiku, 1 Jan 2010]

Lepas beberapa jam dengar penyampaian ni, aku menangis[dah segan dah nangis depan-depan waktu program lagi dah]. Padan muka aku. Jazakillah kepada murobbiku. Terima kasih sebab ingatkan balik pasal benda ni. Aku memang dah lupa lagi-lagi tentang part yang ni. Betapa teruknya aku jadi sahabat. Patutlah dia tak suka. Hakikat manusia sentiasa buat silap. Tu lah sebab kadang-kadang rasa pahit dalam berukhuwwah.

Allah Maha Pengampun dan menerima taubat, jadi aku sebagai hambaNya, kenapa nak rasa tak nak maafkan orang. Kenapa ada rasa tak nak hiraukan dia. Sepatutnya aku bertoleransi dengan dia. Bagi je la apa yang dia nak, [walaupun tak patut nak memilih dalam tarbiyah ni] asalkan tarbiyah berjalan. Bukan untuk diri aku dan dia sahaja, tapi untuk semua. Dia tak dapat ubah, biar aku yang ubah. Sebab hanya aku sahaja yang boleh kawal diri aku.

Betul kata adik aku. Tarbiyah itu ajaib. Yang kita Nampak hanya keindahan dalam tarbiyah, betapa tak sukanya kita pada seseorang tu, tarbiyah jugalah yang bersihkan. Aku bersyukur sebab aku dapat rasa ni’mat tarbiyah. Hatiku aku sudah terikat dengan tarbiyah walaupun aku susah nak teruskannya. Dalam nak pilih teman hidup pun suatu ketika dulu pun, aku menangkan tarbiyah walaupun aku rasa berat hati sebab terpaksa lepaskan ‘orang tu’. [huhuhu..] Memang aku sanggup dan tegar. Aku yakin, Allah suka aku pilih tarbiyah. Biar Allah yang bagi ganjaran untuk aku. Dalam konsep ukhuwwah ni, tarbiyah yang jernihkan kembali perasaan aku terhadap dia yang aku sebut pada awal-awal tadi. Boleh jadi apa yang aku suka tu tak baik bagi aku, itu yang ada dalam Al-Quran.

Kenapa aku sibuk-sibuk? Sebab aku sayang dia. Sayang dia kerana Allah, sayang memperelokkan taqwa aku kepada Allah. Dengan dia, aku dapat tingkatkan capabilities aku. Hidup aku dekat dunia tak panjang, darah aku masih lagi tak berharga untuk dititiskan. Hanya penat keringat je yang mampu aku beri.

“ Ya Allah, berikan ikhlas dalam hati aku. Diffusekan sifat sabar dalam jiwa aku, tanamkan cekal dalam semangat aku. Semua untukMu Ya Allah, segala yang aku lakukan adalah demiMu.”[Si sengal, 4 Jan 2010]

Kepada dia, aku maafkan dia, aku minta maaf dari dia atas ketidakperihatinan aku terhadap perasaannya.

“Banyak kali kan aku buat macam ni dekat kau?”

“Aku takde niat nak memburukkan, tapi lebih kepada simpati.Aku nak rasai apa yang kau rasa. Aku minta orang lain doa untuk kau juga. Semoga dekat akhirat nanti antara aku dank au tak jadi orang yang saling menyalahkan antara satu sama lain.”

p/s: Aku tak tau la dia boikot juga ke tidak blog aku ni.

1 comment:

Humayra' said...

kak..

nice video & comment. macam sesuai je tgk.. http://specialforyou03.blogspot.com/2010/01/salam-wbt-peace-to-everyone.html

(video tu ttg marriage, tpi applicable untuk relationship kite dgn sape2 pun, actually. )

may Allah bless

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...