Tuesday, January 26, 2010

KASUT 2


15012010

Hari ni hari jumaat. Hari ni aku sangat gembira. Hari ini ada meeting. Rindu nak jumpa naqibah walaupun hari-hari jumpa. Tak jemu. Dapat jumpa adik-adik yang nakal dan menyenangkan. Hari ini tijah janji nak belanja makan dekat pasar malam. Tijah baik,aku pernah bagitahu pada tijah 2 minggu sebelum ni tiba-tiba je aku cakap dekat tijah yang aku teringin nak makan makanan dekat pasar malam. Tak dapat pergi pasar malam pun tak mengapa asalkan aku dapat ‘lepak ’ rumah tijah semalam. Tapi tijah prefer ajak pergi pasar malam. Tijah bersungguh nak belanja. Katanya aku berjasa bantu dia buat assignment programming guna MATLAB. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jangan salah faham, bukan aku suka tang tijah belanja tu, tapi aku seronok sebab dapat pergi pasar malam beli makanan. Hee..dapat apam balik RM2 dua pun cukup.

Bulan ni aku kering. Dah 2 bulan gaji tertunggak, mau aku tak kering. Hari-hari makan nasi putih, dengan ikan bilis n kuah kicap. Bekalan yang aku bawa dari rumah sejak bulan lepas betul-betul membantu aku mengalas perut yang lapar. Sampai satu tahap tu, aku telefon rumah dan beritahu emak yang aku rasa macam nak muntah sebab makan nasi dengan kicap je dalam masa sebulan. Hari-hari..

Pagi tadi bangun sebelum subuh. Lepas je subuh terus bertenggek depan laptop . Layan neural network sampai terlelap. Tau-tau jam 8pagi supervisor minta datang ofis. Kelam kelibut bersiap. Allah maha baik. Kebetulan pengetua kolej pun keluar sama, jadi pengetua bagi tumpang sama. Alhamdulillah. Tak payah jalan kaki dengan kasut yang rosak. Alhamdulillah juga, aku dapat sampai awal sebelum supervisor masuk ofis.Alhamdulillah lagi, pagi tu dapat makan roti canai 2 keping dekat CTL dengan supervisor. =)

Nak dijadikan cerita, Allah izin kasut yang ternganga tu dah makin parah jadinya. Ada ura-ura tapak kasut tu nak tanggal. Kena pulak discussion dengan supervisor ambil masa yang lama,tambahan pula aku kena berjalan gaya ala-ala puteri yang sopan sakit kaki. Sabar je la.. jadi sebelum tengah hari tu aku datang kelas optimization agak lewat. 15 minit lewat. Mujur lecturer yang juga pengetua kolej aku tu buat revision untuk pelajaran lepas dan sambung semula GAMS. Tak de la aku rasa depress sangat sebab tak tahu apa yang diajar.

Tengah hari tu aku ada meeting dengan adik-adik junior. Meeting untuk tingkatkan iman. Alahai..dorang perasan lak kasut aku yang ternganga. Habis aku kena brainwash dengan adik-adik ni.

“Kak, baru 4 bulan kasut tu dah rosak?”

“Mak aih..nak kata kasut cikai, x cikai. Jenama mata helang, pun ranap juga ke kak?”

“Kak, lenkali akak kena beli kasut spare. Jangan tumpu pada satu kasut je. Kesian dia tertekan akak lenyek ke hulu ke hilir. Kan da rosak”

Hee..adik-adik tersayang, terima kasih la, sebab ambil berat. Nanti dapat gaji akak beli baru, tapi bukan hari ni la.

Dalam meeting tu pula adik-adik tak habis-habis perli aku. Haish..nakalnya dorang ni ye..

“Eh, korang perasan tak, kak fazirah dah lain la sekarang”

“Aku pun perasan gak, kena badi ape agaknye ye?”

“Lain? Lain apenya?”

“Entah lah wei, korang tak rasa kak fazirah tu dah makin ayu sikit ke?”

Haaa? Mangkuk tingkat betul. Bertuah budak-budak ni. Aku yang tengah makan nasi lemak terus terkaku. Dah tu pakat-pakat menyakat dan gelak pula. Malu dekat naqibah sebenarnya.

“Tapi bila tengok kasut dia, aku rasa belum transform jadi ayu sepenuhnye la..hahaha”

Tengok tu, kasut gak jadi isu.

Meeting tengah hari tu agak best sebab isu ukhuwah dibangkitkan,Alhamdulillah, semoga ukhuwwah kami kekal sampai ke syurga. Lepas meeting, kami bergegas ke kelas MATLAB pula. Lobi tempat duduk tengah supaya cepat faham dengar lecturer mengajar. Waktu tengah belajar tu, Pekzah ajak aku cari kasut baru.

“Kesian saya tengok kasut akak tu. Petang or malam ni kita cari kasut baru ye..”

Alhamdulillah, aku rasa terharu, masih lagi ada orang yang baik dalam dunia ni. Indahnya hidup dalam tarbiyah.

Habis sahaja kelas MATLAB, tijah ajak aku ke pasar malam. Dia kata nak belanja. Aku segan sebenarnye nak ambil. Tapi takut tijah kecik hati. Dekat pasar malam tu aku tak lupa belikan apam balik untuk adik-adik junior yang tersayang.Aku tak balik ke kolej terus, sebaliknya aku singgah ke K9 untuk jumpa Pekzah. Kami makan dan solat sama-sama. Selepas itu,kami bertolak ke JJ Taman U untuk cari kasut.

Lebih kurang sejam survey, Pekzah kata nak balik cepat sebab ada janji. Susah juga nak cari kasut. Sebelum pergi cari kasut tadi, adik junior yang lain pesan:

“Kak, nanti beli kasut yang dijahit tepi keliling tau. Jangan beli yang bergam je. Beli la jenama buaya ke, unta ke, insya Allah tahan.”

Baiknya bagi ingatan. Kualiti kasut sekarang bukan bagus sangat.

“Kasut tu bagus dah, akak tu bila pakai dia jadi tak bagus”. Tu yang Pekzah kata. Huish.. malu sey..

“Kak, pilih la kasut tu”

Ada kasut tu Nampak cam tahan, tapi harga mahal sangat. Pekzah tanpa fakir panjang ambil kasut tu dan terus bayar. Aku ternganga. Alahai, dia lak yang bayar.

“Kak, saya bagi akak hadiah kasut ni. Akak kena jalan lembut-lembut. Waktu jalan tu akak ingat muka saya ye. Supaya tak rosak..hehehe”

Apalagi yang aku patut ucap melainkan setinggi kesyukuran pada Allah. Allah baik bagi aku orang-orang yang sayang dan baik pada aku. Ni’mat Allah yang mana lagi yang aku dustakan? Tak cukup lagikah rahmat dan kasih sayang Allah dengan menghadirkan insan-insan yang baik ini?

Apa yang berlaku buat aku insaf. Tak rugi aku lepaskan yang haram, sebab akhirnya Allah akan bagi rasai ni’mat dari yang halal. Indahnya hidup aku rasa. Selaut, eh..patut berlaut-laut ucapan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat mereka yang baik hati. Dija, Ude, Tijah, Pekzah, Syamin, Ika, orang yang bertanggungjawab kenalkan kami semua pada tarbiyah. Betapa manisnya dan bahagianya hidup bersama Allah. Hidup saling membetulkan, menguatkan, meningkatkan, menyayangi, antara satu sama lain.

Korang semua pernah rasa? Korang semua nak rasa? Korang kena lalui proses tarbiyah. Dimana korang semua kena usaha untuk kaitkan setiap hidup korang dengan Allah. Susah korang nak jumpa orang-orang yang sanggup bantu kita tanpa mengharap apa-apa ganjaran dekat dunia. Dari orang macam ni la aku banyak belajar untuk berkorban dan sentiasa membersihkan jiwa dan hati aku. Aku dah rasa ni’matnya, aku takkan lepaskan ni’mat ni. Best sangat2. Ni baru sikit. Baru past kasih sayang dan ukhuwah. Sedangkan banyak lagi yang boleh diterokai.

Kalau tengok post sebelum ni, ada juga tentang ukhuwah yang pahit. Kalau aku tak rasa pahit, macam mana aku boleh rasa yang manis kan? Betul tak? Carilah hidup dalam tarbiyah, binalah hidup dengan tarbiyah, insya Allah, akan bahagiala korang semua. Dengan izin dari ALLAH.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...