Thursday, January 21, 2010

kehadiranmu disisiku membuat hidupku rasa istimewa

Kadang kala, dalam jiwa kita, akan datang satu perasaan ingin bersendiri. Betul tak? Dalam waktu ini la kita banyak berfikir dan muhasabah semula setiap perbuatan kita. Sama ada masa lalu, masa sekarang atau masa hadapan. Semua orang tidak sempurna, dengan begitu, masih lagi ada ruang-ruang untuk membuat pembaikan.

Tapi sebagai manusia sudah fitrahnya kita mendambakan teman untuk berbicara dan meluah rasa. Memang benar, Allah lah tempat pergantungan sesuatu, namun adakalnya kita juga perlukan teman. Ibarat Musa mendambakan Harun sebagai peneman untuk berjumpa Fir’aun yang melampaui batas.
====================================================================
Untuk yang masih setia tegak berdiri di sisiku sebagai sahabat;

4 messages sent [to Ude,Rin ,Pae, Dija]

“Tiada angin yang lebih baik dari apa yang menderu di kala ini, aku tahu aku hanya manusia biasa, namun kehadiranmu disisiku membuat hidupku rasa istimewa. Aku rindu dekat ko la..huhu”

[3 messages received]

“Yerk..Tetibe berjiwang. Salam..De pape ke hang nak cite ney.. ;-p”

“Bila malam berlabuh tibe, wahjahmu sentiasa bermain di mata. Cite la ape yang jadi =)”

“Ecece..ade ape sebenarnye ni?hehe..Cuba bagitau…”

Aiseh…aku baru je bagi mesej macam tu, da fikir lain. Haish…..Takpe la, reply je. Kawan sehidup semati, kalau boleh biar sampai syurga. Amin. Bukan niat untuk meraih simpati, sekadar meluah rasa. Betul la apa orang kata, kalau kita dah baik sangat dengan orang tu, kita boleh rasa dia dalam keadaan suka atau duka. Hmm..

[3 different messages sent]

“Tanggungjawab banyak, terkadang fIkir, kenapa Allah pilih aku untuk buat semua ni. Terasa berat, takut tak mampu nak bawa semua. Rasa gerun datang selalu.”

“Susah la, sekarang da kurang bercakap, sebab dah tak de siapa yang sudi dengar. Kadang-kadang bercakap supaya orang aware dan sentiasa berjaga-jaga. Adakalanya sebagai ingatan supaya berpada-pada. Tapi disalah tafsir pula. Dah jadi cerita lain yang boleh rosakkan hubungan dan ukhuwah. Dah tu disebarkan kepada orang lain. Boleh tak nak jadi pendiam? Segala yang aku tau aku simpan dalam dada. Bercakap bila perlu. Biar orang lain belajar lalu kesalahan dia sendiri.”

“Projek, jalan tapi lembab la. Gelong2 lagi kepala ni. Cane ye? Ada discuss juga dengan orang, mungkin diri sendiri tak cukup kuat. Huhu…”

Terima kasih kepada yang sentiasa tegak berada disisi. Getaran hati antara kita tetap ada walaupun tanpa suara.

[3 messages received]

“Hmm, krn engkau yang terpilih..  bagus kan.. Hebat kan kau..? U need 2 be grateful dear. Cume payah sikit la coz ending yang ko peroleh amat best. Nak dapat ni’mat yang best kena la susah dulu. Tak aci la senang2 nak dapat without do anything. Ek? Mmm.. sbb tu kena selalu mohon diberi kekuatan dan dilapangkan dada dalam menjalani tanggungjawab”

“Semua orang ada tanggungjawab yang sama selagi dia perolehi ilmu tu.. cume ko dapat agak banyak kan? Aku tau cane. Ko kesian tak tengok orang keliling ko? Diorang perlukan bantuan ko. Tolonglah diorang..mesti ko akan ikhlas dan lebih kuat untuk jalankan tanggungjawab neh.”

“Ala..ko berhati2 la. Ko kena ada rasa sensitive masa cakap. Xpe, ubah pelan2. Mana boleh jadi pendiam nanti masalah lain pulak timbul. Kalau ko sedar salah. Cepat-cepat minta maaf. Boleh2. Set mind tu. Hmm.. cube jauhkan diri dari dekat dengan orang yang kuat bercerita tu. Bahaya, dia tak tahu background ko. Nanti jadi worst lagi dlm hidup ko. Hati-hati, mesti boleh. “

“Pelan-pelan buat, tapi jangan pelan sangat, jangan biar pisang berbuah dua kali tau..doa banyak, discuss dengan orang yang patut.hehe..  “

Korang semua memang best!! Bila agaknya dapat jumpa. Jumpa one to one, jumpe semua sekali dalam satu masa.

[3 messages sent]

“Hee..terima kasih la. Aku baru bagi ayat jiwang sikit. Macam tau je aku tangah gundah gulana.hee”

[3 messages received]

“Tuhan tu Maha Penyayang..Understanding, Dia tahu apa yang ko buat, ape yang ko rasa. Proceed je. Aku terbaca satu buku, tajuknya Don’t be afraid, salah satu nak kurangkan takut tu, focus pada solution dan matlamat ko. Dan memang ko still kena accept dan bayangkan perkara yang ko takutkan akan terjadi..Tujuannya untuk ko sedia ke arah tu..That’s it kawanku.. ”

“Ko sabar ea..yang penting jangan putus asa tau. Jauhkan apa yang orang tak suka k, buat dorg tersenyum selalu.. . Ko baca la buku jangan bersedih, boleh lembutkan hati ”

”ko jangan ambil hati tau, teruskan usaha!!”

[1 more message received]

“Aku pun rindu ko juga..”
==================================================================================
Ya Allah, jika ini yang dikatakan berkasih sayang kerana Mu, maka Kau himpunkanlah kami bersama-sama di bawah naungan ‘arasy Mu di hari pembalasan nanti. Kau himpunlah kami bersama-sama di dalam Syurga Mu. Kau suburkanlah dalam hati kami kasih sayang bukan sesama kami sahaja, malah kepada insan lain juga. Kerana rasa kasih sayang ini sangat manis, biarlah orang lain juga merasanya. Perkenanlah doaku Ya Rahman. Amin..

“Tu sebab, dalam tarbiyah, kita tak boleh sorang-sorang. Selagi masih ada kawan-kawan, kita ajak kawan-kawan kita. Kita seru kepada kawan-kawan kita tentang risalah Allah. Nanti, bila kita da sorang-sorang tinggal, susah nak cari orang untuk support hidup kita. Kawan-kawan yang kita dah seru ni la yang akan tolong kita balik. Kawan-kawan ni la ynag akan tarik kita balik untuk kembali hidup bersama Allah.”- Benar, saat aku down, aku ada kawan-kawan yang support. Kawan-kawan ini lah yang pernah aku dekati suatu ketika dulu.

“Gerunlah, gerunlah pada Allah. Dia yang membolak balikkan hati. Bole jadi kamu mas’ul, bole jadi tudung kamu besar, tapi bila kamu tak jaga, kamu tak hargai, Allah tarik balik ni’mat iman dari kamu, maka akan pendeklah tudung kamu, akan ter’blonde’ la rambut kamu. Tidakkah kamu mahu masuk syurga? Jadi bersusah payah lah menyampaikan kebenaran. Untuk kesejahteraan hidup kamu di dunia dan di akhirat. Melangkah kaki keluar dari barisan itulah titik permulaan kamu jatuh ke lembah gelap jahiliyyah.”-Jika benar halnya begini, apa lagi yang aku perlu lakukan melainkan terus ke hadapan dengan matlamat dan sasaran Lillahi Ta’ala.Takkan sekali-kali aku keluar dari barisan.

Ada seorang soleh yang sudah bertaubat berkata “Aku dah jumpa segala jenis yang dikatakan kebahagiaan, tapi tiada satu pun yang dapat menandingi kebahagiaan memiliki taqwa”-Aku masih lagi tak mencapai apa yang dikatakan taqwa. Aku lemah, aku akan berusaha demi sebuah kebahagiaan yang hakiki di dunia, diakhirat juga.

Ibrahim bin Adham berkata “Kami berada dalam satu keadaan di mana jika para raja mengetahuinya maka kami akan dibunuh dengan pedang-pedangnya”-Kenapa tak dapat rasa betapa besarnya ni’mat hidup dalam ketaqwaan?

Semua yang aku sebutkan tadi berkait antara satu sama lain. Pokoknya, kembali kepada Allah. Hidup bersama Allah, hidup kerana Allah. Kuatkan kaki untuk melangkah!! Amin.

1 comment:

Humayra' said...

Assalamualaikum..
pernah satu masa dulu rasa apa yg akk rasa. memang sakit.. feel that everything was against ourselves. felt like no one understand how tough things are..

but at the end of the day... know that Allah will never leave u alone. and know that, everything happens as a tabiyyah, to increase our faith, trust and hope in HIM.


>> mmg best sbb ada kwn2 yang boleh igtkan kita kalau down. (^_^)
rindu pulak kat shbh2 johor. hehe...

ps: kak, ada bnde nk kne discus nih.. weekend dpan akk sibuk x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...