Tuhan...
adakah langit kesedaran akan selalu membiru
adakah bukit perjalanan akan selalu berliku
adakah matahari keinsafan akan selalu bersinar
adakah bulan mengambang akan selalu menerangi
Ya Rabb...
aku hanya manusia biasa
dosaku mengunung tinggi
ubahlah hidupku ini
Tuhan...
adakah hujan yang turun akan selalu deras
adakah bait do'a akan selalu diperkenankan
adakah bunga-bunga iman akan selalu mekar
adakah pintu syurga akan terbuka untuk insan berdosa
Ya Rabb...
aku hanya insan biasa
jangan biarkan berubahku hanya bila ada sesuatu
jangan biarkan pandanganku tertunduk lagi
tanpa sebarang kekuatan
Tuhan...
aku ingin berubah
aku ingin bertahan dalam perubahanku
aku selalu mengenang nasibku dihadapanMu nanti
Ya Rabb
aku tahu Engkau Maha Pengampun
aku tahu Engkau Maha Pengasih
bawaku ke pintu rahmatMu
tunjukiku dengan cahaya iman
beriku hati yang kuat pada cintaMu
by: nur2dlihat
4 comments:
Allah, pelihara iman kami, dan suburkanlah ia walau sekelumit.
Jgn sekali-kali Kau ambil ia semula kerana kecuaian hamba, kerana tanpanya, akulah makhluk paling hina..
Moga kita kekal dibawah lembayung Nya..
amin amin amin Ya Rabb
Harapan itu masih ada, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat.
ya teruslah berharap wahai orang2 yg berfikir
Post a Comment