Wednesday, July 9, 2008

Sakeenah

Sakeenah

“Ha.. termenung apa tu?” Ain disentakkan oleh temannya Mira.

“Eh, kau ni, terkejut aku, boleh kena heart attack aku!” Ain mengurut dadanya.

“Alah.. maaflah Ain… Assalamualaikum” Mira tersengih sambil beri salam.

“Kau dah sampai ke negeri Jepun ke tadi Ain? Maaflah ganggu kembara angan-angan kau..kembara sorang-sorang ke?” Mira memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Mira memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya

“Bencinya nak balik rumah..Dekat rumah bukan ada apa-apa pun. Kalau balik rumah asyik kena buat kerja rumah je.. “ terlalu dingin dan mendatar kata-kata yang keluar dari mulut Ain.

“Mak ayah aku asyik gaduh je.. baru-baru ni ada isu baru lak. Ayah aku ada skandal dengan pompuan lain..Gila betul, dah tua-tua pun nak buat hal lagi. Duduk kat rumah menambahkan lagi tekanan tau..”

Mira hanya memandang sayu pada Ain, namun digagahkan juga dirinya untuk memberikan senyuman untuk Ain. Mudah-mudahan senyuman yang diberi mampu memadam kesedihan Ain.

Mira kemudiannya bertanya “Kaifa haluki ya ukhti? Kaifa imanuki ? (Apa khabar iman kamu?).”

“Alhamdulillah, secara fizikalnya, ini la yang kau nampak. Tapi secara batinnya, hanya Allah sahaja yang tahu..”

“Alhamdulillah..” Mira berkata sambil membetulkan tudungnya. Dirasakan bayu yang bertandang lembut menyapa pipinya. Pepohon di hadapannya merendangkan dan teduhannya mendamaikan, menghiburkan hatinya.

“Ain, kau ingat tak buku yang aku beli minggu lepas?” Mira bertanya kepada Ain.

“Buku?, Oooo…ada buku tu..kenapa tiba-tiba cerita pasal buku ni?”

“Emmm, ni sekadar perkongsian je tau..buku tu cakap, ‘Apa sahaja keadaan, cubalah jangan menyalahkan ibu bapa. Cuba elakkan daripada menyalahkan mereka semata-mata’” balas Mira sambil tersenyum..

“Ain, ingat lagi tak doa yang diajarkan oleh ustazah Azizah dulu? Kalau tak silap aku la kan, ko suka betul baca doa tu..Aku da lupa la..tolong ingatkan balik boleh? Doa yang Rasulullah ajarkan pada Saidatina Aisyah”. Mira kelihatan bersungguh mahukan jawapan.

“Insya Allah, aku masih ingat lagi..ko dengar baik-baik tau. Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya = Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).” Ain tidak menghampakan harapan sahabatnya.
Mira tersenyum simpul, “Terima kasih Ain…”

Ain pun turut tersenyum, cuba menyembunyikan keadaan hatinya. Seketika mendalami maksud doa yang diucapkan. Terasa kerdilnya diri, hati terus beristighfar, istighfar terus menerus. Hatinya terasa. Sikit kemerahan mukanya, seolah menahan sebak.

Adakalanya bagi dirinya yang muda ini suka mengutamakan kawan-kawan sepermainan berbanding ibu dan ayah sendiri. Mungkin kerana kedudukan bersama kawan-kawan itu dirasakan lebih seronok berbanding di rumah yang penuh dengan tekanan. Tetapi Ain terlupa bahawa perhatian ibu dan ayahnya adalah lebih utama berbanding kawan-kawannya. Walaupun kedua ayah dan ibunya sering bertengkar, namun mereka tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya. Perhatian tetap diberikan hanya pada anak-anak. Dia tidak seharusnya menyalahkan ibu dan ayahnya serta-merta. Keutamaan harus diberikan pada kedua ibu dan ayahnya. Di saat-saat inilah kedua orang tuanya memerlukan Ain.

“Ya Allah…kenapa aku masih tidak bersyukur padaMu…Lemahnya hati dan imanku padaMu” Ain merintih sedih..Ain sedar bahawa setiap yang terjadi adalah ujian yang patut dihadapi oleh setiap hambaNya.Sikapnya yang terus menghukum menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Seharusnya, Ain merapatkan kembali hubungan ibu dan ayahnya.

“ Seseorang yang mampu membuat kedua orang tuanya redha -sekalipun harus mengorbankan keinginannya sendiri-sesiapa yang mampu membuat Allah redha terhadap dirinya, maka dia tidak akan pernah rugi untuk selama-lamanya, sebab dengan itu dia telah memiliki kunci-kunci syurga sedangkan orang yang telah meraih kunci syurga merupakan orang yang sudah memiliki berbagai sebab untuk meraih keuntungan. Salah satu sebab yang penting untuk meraih keuntungan tersebut adalah semangat yang tinggi untuk memperbanyak amal soleh.” Mira membaca petikan dari buku yang baru dibelinya minggu lepas.

Mira sedikit menunduk dan mengusap lembut bahu sahabatnya ,Ain. “Rasulullah saw pernah bersabda bahawa setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barangsiapa pada masa lemahnya, dia masih tetap dalam sunnah (petunjukku), maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu, dia telah celaka (HR Ahmad)”

“Iman kita memang ada naik dan turun. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Allah kasi hint sebagai tanda kasihNya Dia pada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita berada dalam keadaan baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya…. Allah suka dengar pengaduan kita padaNya, jadi Dia uji kita agar kita selalu mengadu padaNya. Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

Ain menyeka air mata.. Fikirannya menerawang jauh mengenang kembali setiap pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh ibu dan ayah kepada dirinya. Walau dia merentas seluruh alam semesta, tidak akan dia temui lagi kasih ibu dan ayahnya. Cuma kadang kala langkah remajanya ditusuk sembilu dan diamuk nafsu.

Teringat dia pada kata-kata ustazah Azizah suatu ketika dahulu“ Jauh, berjalan luas pandangan, tapi ada juga orang jauh berjalan semakin jauh kesesatan. Sekarang, tugas kita, lihat semua kekuatan yang kita ada dalam menghadapi cabarandan masalah dalam hidup kita. Jangan kita tengok pada kekurangan. Kalau kita tengok kekurangan, boleh jadi kita marahkan keadaan, boleh jadi kita marahkan MAHA PENCIPTA..kan kufur jadinya nanti. Setiap orang ada dugaannya masing-masing. Sabar dan redha pasti ada ganjarannya. Kadang-kadang kepayahan masalah yang dihadapi kini sebenarnya Allah mudahkan dan menjadi penyelesaian kepada masalah yang lain. Subhanallah..Maha Baik Allah. Indahnya hidup dalam Islam.”

Hatinya terusik, berbisik..“Semakin sayang Allah kepada kita, semakin di uji iman kita kepadaNya, namun diberikan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan yang hakiki di hati..lembut hidayah menyapa..ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah…”

“Ishbiri ya ukhti, Masakan Allah menguji tanpa sebabnya. Yakinlah bahawa segala sesuatu pasti ada hujungnya. Setiap ujian akan berakhir, tidak mungkin akan abadi sepanjang kita hidup. Allah SWT akan menguji manusia berepisod-episod. Dalam al Quran surah Al-Baqarah ayat 286 disebutkan, Allah tidak akan membebani hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Ingatlah akan janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan; pasti bersama kesulitan itu akan ada kemudahan. Allah SWT berjanji akan membahagiakan orang-orang yang sabar, iaitu yang tatkala di timpa musibah, ia bulat kembali kepada Allah. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami akan kembali.”Mira meneruskan pujukannya

Ain mengangkat mukanya perlahan..menahan sendunya berbaki.

“Uhibbuki, moga Allah hadirkan kekuatan, ketenangan dan kebahagian untuk kita menempuhi kehidupan kita. Allah knows best for us kan?.. insyaAllah..i’ll be your side, selagi Allah izinkan ikatan hati kita kerana ukhwah fillah ini akan mekar… Hati perlu sentiasa dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan padaNya, jangan pernah leka untuk sentiasa mendekatkan diri padaNya.. Dia sentiasa ada untuk tempat mengadu, Dia sentiasa ada untuk mendengar segalanya. Bukan sahaja untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, namun berusaha juga untuk sentiasa menjauhkan diri dari segala godaan syaitan laknatullah. Itu dua perkara yang penting dalam menjaga iman. Seperti menambahkan amalan pahala pada masa yang sama mengelakkan melakukan perkara yang membuahkan dosa. Tabahkan hatimu sahabat, kuatkan hatimu ya ukhti, I know u’re tough person. Ana uhibbuki fillah abadan abada insyaAllah, jom usaha sama-sama! Ala..makin comel la nangis macam ni..” Mira sempat berjenaka.

Ianya membuahkan tawa..Ketenangan yang menerpa lantaran ukhuwah itu disandarkan hanya pada Sang Khaliq..Begitu juga dengan setiap cabaran dan dugaan hidup yang dilalui, segalanya indah bila segalanya disandarkan pada Allah..Sekuat manapun godaan yang kita hadapi, sekukuh apapun cubaan yang kita harus jalani, sebesar apapun kegagalan yang kita rasai, sejenuh manapun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah putus berharap pada pertolongan Allah.

Sesungguhnya, ni’mat yang paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai bentuk ujian. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang member suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhuwah, kesungguhan berjuang melalui rabitah hati..”Ya Allah Peliharalah sahabatku, peliharalah ukhuwah kami..”

Biar apapun yang mendatang, tetap tegar hatinya menempuh arus. Hati kecilnya berbisik, “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni..ya Allah, tetapkanlah daku di sampingMU…”

by:Bidadari Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...