Wednesday, October 17, 2018

Hidup perlukan sabar

Adakalanya,
aku hanya mahu bersyukur.

Ya, panjatkan kesyukuranku kepadaNya.

Kerana aku sedar,
aku adalah hamba yang sedang menjalani
satu persatu takdirNya.

Tiada apa yang boleh aku lakukan.

Adakalanya,
aku hanya mahu berdoa supaya aku tenang
bila berdepan dengan takdir yang tidak disenangi
mahupun yang baik.

Kerana aku sedar,
aku hanya mampu berdoa.

Pada nikmat kesempatan yang baik,
aku gembira sekadarnya.

Pada nikmat kesempatan yang tidak disukai,
aku tenang secukupnya, bagai karang dilaut.

Hidup adalah tentang kemampuan hati merasa tenang
sehingga masa berlalu untuk setiap episod takdir
yang pastinya akan berganti.

Aku hanyalah sebatang tubuh
yang sedang menjalani satu persatu takdirNya.

Adakah yang mampu mengubah takdir?
Ya, ada... melalui doa.
Tapi akhirnya, aku tetap perlukan tenang
dan sedikit usaha yang bersungguh.

Aku adalah pejuang 
kepada takdir yang telah ditetapkanNya 
sejak azali.

Aku hanya perlu tenang dan sederhana 
setiap kali meniti episod takdir
yang sedang berjalan.

Kerana Allah sudah pun persiapkan
segalanya untuk aku.

Semoga aku dijauhkan daripada
sifat tidak sabar.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...