Friday, July 15, 2011

BIMB Invest sasar kendali RM500 juta

BIMB Invest sasar kendali RM500 juta


Zukri Samat dan Junaida Abdul Jalal menunjukkan prospektus BIMB i Dividend Fund yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Mac - BIMB Investment Management Bhd. (BIMB Invest) yakin mampu mencapai sasaran untuk menguruskan aset bernilai lebih RM500 juta menjelang akhir tahun ini melalui pelancaran beberapa produk baharu sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Junaida Abdul Jalal berkata, BIMB Invest akan meningkatkan produknya kepada dua lagi, masing-masing akan dilancarkan pada suku ketiga dan sebelum penghujung tahun ini.

BIMB Invest kini mengendalikan aset sebanyak RM383 juta melalui lima produknya iaitu BIMB i Growth, ASBI Dana Al-Munsif, ASBI Dana Al-Falah, ASBI Dana Al-Fakhim dan BIMB Invest Money Market Fund.

Pada satu majlis yang diadakan di sini hari ini, BIMB Invest melancarkan BIMB i Dividend Fund, sebuah dana ekuiti yang menyediakan pelabur pulangan yang stabil dan pertumbuhan modal pada jangka sederhana dan panjang.

Ini adalah dana keenam yang diuruskan oleh BIMB Invest.

Dana itu sesuai bagi pelabur yang mahu mempelbagaikan portfolio pelaburan Syariah dan mempunyai risiko sederhana dan tinggi. Junaida berkata, dana itu akan dilaburkan dalam ekuiti Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

''Antara ekuiti yang mempunyai rekod prestasi baik ialah telekomunikasi, pembinaan, produk pengguna dan perladangan,'' kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran itu.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi BIMB Invest dan Pengarah Urusan Bank Islam (M) Bhd., Datuk Seri Zukri Samat.

Junaida berkata, dana yang akan dilaburkan itu membabitkan 70 peratus hingga 98 peratus daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dan minimum 2.0 peratus hingga 30 peratus NAB dalam tunai dan sama nilai dengannya.

Beliau menambah, dana yang bakal dilaburkan itu adalah kurang kemeruapan jika dibandingkan dengan pasaran ekuiti yang lebih besar. Sebagai permulaan BIMB Invest menawarkan sejumlah RM250 juta dengan tawaran harga sebanyak RM0.25 sen seunit mulai hari ini selama 21 hari.

Pelaburan bagi produk baharu adalah sekurang-kurangnya RM500 dengan penambahan minimum boleh dibuat sebanyak RM100 untuk tempoh tiga dan lima tahun. Sementara itu, Zukri berkata, sempena pelancaran produk terbaharu itu, BIMB Invest akan mendermakan 0.30 peratus daripada lima peratus kadar bayaran jualan kepada rumah-rumah kebajikan.

''Inilah kelainan produk pelaburan yang ditawarkan oleh BIMB Invest berbanding produk lain,'' ujarnya. Mengulas tentang sumbangan itu, Zukri berkata, ia akan diberikan kepada satu rumah kebajikan di setiap negeri.

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm&arc=hive

--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[Unit Trust Consultant: Amanah Saham Bank Islam] http://www.facebook.com/UnitTrusts

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...