Thursday, November 4, 2010

Peperiksaan PTD: 13 November 2010

Peperiksaan PTD: 13 November 2010

October 29th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik telah dijadualkan pada 13 November 2010 ini dan semakan online calon layak sudah pun dikeluarkan oleh pihak SPA. Anda boleh lakukan semakan anda melalui link di bawah;

SEMAK DISINI (Klik sini)

Seperti biasa, ramai yang risaukan soalan dan format. Format kali ini adalah seperti biasa cuma kali ini dimasukkan semula ujian Sahsiah dan Minat yang satu ketika dahulu dibawa ke sesi Assessment Center. Tapi kali ini dimasukkan semula ke dalam peperiksaan bertulis. Ianya kan memakan sedikit masa, tapi tips yang penting dalam seksyen ini ialah jadi diri anda sendiri dan tutup keburukan anda. Bukan menipu, tapi cuma tonjolkan yang baik dan nilai positif yang ada dalam diri anda.

Untuk seksyen yang lain, seperti biasa, persediaannya amat menyeluruh. Anda perlu mula dari sekarang. Umpamanya seksyen A mengenai pengetahuan Am, sangat luas skopnya. Bagi yang selalu peka dengan perkembangan dalam negeri mahupun luar negeri, ini adalah satu bonus buat anda. Pernah ditanya pada soalan dalam seksyen ini sesi lepas mengenai 'pengasas Google'. Mungkin akan datang akan ditanya pula siapakah pengasas 'Twitter' atau 'Facebook'..siapa tahu kan? Dalam seksyen ini kepekaan anda diambil kira

pegawaitadbirdiplomatik-300x70.jpg

Untuk seksyen B, daya menyelesaikan masalah adalah satu seksyen yang menyeronokkan. ianya mencabar kebolehan berfikir anda. Tips yang penting ialah, tulis dahulu poin semasa bacaan anda. Kadang ianya mengelirukan. Sebagai contohnya soalan yang menguji kemahiran logik anda, tulis poin-poin penting kerana soalannya memang dirangka untuk mengelirukan anda!

Salam sukses anda! Apakah agaknya yang menghalang anda untuk berjaya? Soalan matematik? Soalan logik? Soalan sejarah? Kongsikan melalui ruangan komen di bawah atau Team Tips PTD!

41778_150137368345565_5042_n.jpg

----------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...