Thursday, May 27, 2010

3 Buku Pilihan Bulan Ini dari StormReaders



Indahnya Hidup Bersyariat
   
Penulis        :  Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
HARGA     :  RM 55.00

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.






Cakar Harimau
Penulis        :  Siti Nor Bahyah Mahamood 
HARGA        :  RM19.90

Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan  bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan  dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik "Cakar Harimau" dan "Urutan Labah-Labah" yang popular.




Indahnya Saat Bersama-Mu



Penulis         : Zahazan Mohamed
HARGA        :  RM19.90

Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, "Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!"






Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.

Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya di talian 019 7027082 atau email ke mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com untuk maklumat lanjut.
69A Second Floor, Jalan SS 21/37, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...