Benarlah,
"Barangsiapa yang tidak benar permulaan kehendaknya, nescaya tidak akan selamat pada kesudahan akibatnya"-ungkapan untuk orang soleh
Oleh itu,
Wahai 'Aku'..

"Peliharalah cita-citamu, kerana sesungguhnya cita-citamu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang baik cita-citanya dan jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukannya akan melahirkan hasil yang baik pula"-Pepatah orang soleh
'Aku',
Jagalah hatimu..

"Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang, semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang, semakin terancam bencana"-Ibnul Qayyim
Teruskanlah kehidupanmu itu wahai 'Aku'

"Demi Allah, aku menyukai kehidupan di dunia ini bukan kerana usaha dan bukan pula kerana perniagaan, tetapi akan dzikir kepada Allah dan membacakan hadith kepada kalian"-Ibnu Razquwaih
Teruskan pengorbananmu

"Seorang da'ie yang bercita-cita tinggi adalah seorang yang mengorbankan harta, darah dan semua nafasnya untuk membela akidah yang diyakininya, dan ia menjalani kehidupan kerana aqidahnya itu"-Imam Hassan Al-Banna
by: Aura_Besi
p/s: Aduh...sakitnya..huhu
Rujukan: Pelembut Hati oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid
No comments:
Post a Comment