Saturday, February 21, 2009

Ladang Dunia

Bila hati berbisik rindu padaNya

Sudah lama rasanya saya tidak meluangkan masa untuk duduk lama berfikir dan menulis tentang sesuatu. Kekangan masa yang terhad, tekanan dan bebanan kerja yang banyak menghalang saya mencuri sedikit masa untuk meluahkan apa yang saya fikirkan dalam bentuk penullisan. Alhamdulillah, kali ini saya gagahkan diri juga untuk berkongsi pengetahuan dan rasa hati saya kepada semua dalam usaha saya untuk menyampaikan kebaikan kepada diri saya an semua. ‘Sharing is Caring’…. Ya saya sangat sayang ummah ini. Saya sayang sangat pembaca blog ini (kalau ada la..huhu..). Sebab saya sayang la saya usaha untuk melakukan sesuatu. Saya berkongsi apa yang saya rasa bernilai dalam diri saya kepada semua..Keindahan Islam dan Kemanisan Iman.. =)

Kehidupan kita di dunia ini ibarat seorang petani. Petani akan bercucuk tanam pelbagai jenis tumbuhan yang mendatangkan keuntungan pada dirinya, dan dalam jangka masa tertentu, setelah tiba masa yang sesuai, maka petani akn menapat hasil daripada tanamanya. Begitu juga kita, sebagai ‘petani kehidupan’. Apa yang kita tanam ye?? Kalau petani berusaha tanam pokok, kita pula nak tanam apa?? Dunia ini ibarat ladang bagi semua orang. Bayangkan, jika masing-masing antara kita mempunyai ladang. Apa yang kita nak nak tanam dalam ladang kita yang luas itu?

Sudah tentu kita akan menanam sesuatu yang dapat memberikan manfaat dan keuntungan pada kita bukan? Tentu kita gembira sekiranya hasil tanaman kita mampu membantu kita meningkat dan mendapat keuntungan yang lebih besar. Lama kelamaan, dengan hasil titik peluh usaha kita megusahakan ladang tersebut menjadikan kita seorang orang kaya dan usahawan yang berjaya. Siapa yang tidak mahu jadi kaya? Hidup senang, bahagia, dan sentiasa gembira. Macam-macam kita boleh dapat kalau kita jadi kaya. Apa sahaja kehendak diri, mampu kita penuhi. Malah kita mampu membantu orang lain.

Maka, cuba kita analogikan ladang itu umpama kehidupan kita di dunia ini, tanaman kita ibarat bekalan amalan dan ibadah yang akan kita bawa menghadap Allah di akhirat kelak, dan hasil tanaman kita ibarat syurga dan segala kenikmatan yang ada. Dunia hari ini yang penuh dengan bermacam-macam warna dan cerita. Tak semua orang akan mendapat ladang yang tanahnya subur, macam tu juga kehidupan insan di dunia ini. Tidak semua dapat menikmati hidup yang bahagia dan senang selalu. Bagaimana pula dengan tuan ladang yang mempunyai tanah ladang yang cukup berkualiti dan subur, tapi tidak pandai memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? Adakah dia mampu mendapat hasil yang memuaskan? Hasilnya tetap sama sahaja dengan tuan bagi ladang yang tidak subur. Bahkan boleh jadi lebih teruk lagi sekiranya dia tidak mengambil peluang untuk mendapatkan hasil. Bagaimana nak jadi ‘usahawan’ di syurga sekiranya di dunia sudah menunjukkan tanda-tanda ‘muflis’.

Apa yang saya ingin pembaca fikirkan adalah, kita mampu menjadi tuan ladang yang kaya dan berjaya sekiranya kita berusaha sebaik mungkin dan semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut. Tidak kira lah apa jenis tanah ladang yang kita miliki sekarang, baik tanah yang baik atau tidak, yang penting bagaimana kita usahakan tanah tersebut untuk mendapatkan hasil yang baik.

Usaha..ya, kita perlu berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik. Baik yang bagaimana? Jika anda tanya pada saya, saya akan jawab saya akan jadikan dunia ini sebagai ladang untuk saya bercucuk tanam.tak kira lah tanah saya subur atau tidak, saya akan usahakan juga sampai dapat hasil yang bermanfaat. Pendek kata, di dunia ini sahaja saya berpeluang beramal dan beribadah sebanyak dan sebaik mungkin untuk kehidupan saya yang akan datang. Senang cerita, di dunia inilah tempat saya membuat pelaburan untuk saham akhirat saya. Saya akui, kehidupan saya bukannya senang, tapi sekiranya saya berusaha, saya akan mendapat yang terbaik. Mungkin saya tidak nampak hasilnya di sini, tapi siapa tahu di akhirat sana rezeki saya lebih baik. Saya yakin, Allah Maha Baik pada semua ciptaanNya. Sekiranya kita berusaha dekat padaNya, Dia akan lebih rapat pada kita..Saya yakin akan hal itu..yakin dengan seyakin-yakinnya..sebab apa? Allah tidak memandang yang lain, tetapi USAHA saya.Sebab Dia adalah Pemilik Alam ini,sebab Dia Maha Adil..Sebab Dia adalah segala-galanya dalam hidup saya..Daripada Dia saya datang, maka kepada Dia saya akan kembali..=)

By:Besi the Heartless

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...