Friday, February 27, 2009

Sudah penat~~ (@@)!



Saya dah penat!!

“Saya dah penat nak belajar..banyak sangat kena baca, letih la.. saya tak nak sambung belajar lagi.. saya tak pandai nak sambung belajar lagi..yang sekarang ni pun masih sangkut ..”

Itu lah saya beberapa hari yang lalu..huhu.. ya, saya memang dah merajuk nak belajar lagi.. kenapa?? Stress sebenarnya..

Belajar dan stress.. saya rasa dua perkara ni memang tak dapat lagi untuk dipisahkan. Kenapa stress?

Bila hati tak dihubungkan 100% dengan Allah, itulah jadinya.. tak redha apa yang berlaku, berfikiran sempit dalam setiap tindakan yang diambil..Kehidupan kita bukan selamanya senang dan gembira, adakalanya perlu ada naik dan turun. Pernah dengar tentang roda kehidupan? Acapkali kita dengar tentang roda kehidupan.

Ya, memang saya sangat setuju hidup ini umpama roda, ada masa di bawah dan ada masa berada di atas. Dari segi hokum tekanan yang kita belajar dalam mata pelajaran fizik, P=F/A.

P=Tekanan, F=Daya, A=Luas.

Bahagian roda yang berada diatas tidak menerima daya yang besar, jadi tekanan adalah rendah. Geseran dengan tanah pun tiada. Kita perhatikan pula bahagian roda yang berada di bawah, berapa banyak agaknya daya yang dikenakan ke atasnya? Ditambah lagi daya geseran yang berlaku antara roda dan permukaan tanah, bertambah banyak lagi tindakbalas daya yang terhasil. Bila kita berada di bawah ‘roda kehidupan’ kita akan rasa begitu banyak beban yang menghimpit.

Dikala itu, memang tidak dinafikan hidup kita kan jadi serabut dan fikiran kita akan jadi tunggang langgang dan tidak tenteram. Jadi, apa solusi yang patut kita ambil untuk mengatasi saat-saat kejatuhan dalam hidup ni?? Dari pemilihan solusi ini kita dapat lihat di mana letaknya taqwa kita. Sejauh mana pergantungan kita dan keyakinan kita pada Allah..Jadi, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang diambil kerana tindakan itu bakal memberi kesan jangka panjang yang berkekalan. Bukan sahaja di dunia, tapi fikirkan juga kesan di akhirat.

Kenapa kita mesti melalui fasa kejatuhan ini? Kadangkala saya tertanya-tanya pada diri saya persoalan ini. Pernahkah kita terfikir, selepas kita melalui fasa kesusahan tersebut, apa yang kita rasa? Lega? Lapang? Atau terasa getir dalam hati? Untuk apa agaknya Allah bagi kita melalui pengalaman yang getir? Susah bukan melalui saat-saat getir itu? Agaknya, apa yang kita akan dapat ye? Agaknya apa yang kita akan buat ye?Sengaja saya biarkan pertanyaan ini tidak berjawab. Untuk apa? Untuk kita sama-sama berfikir dan mengkoreksi diri.. untuk kita sama-sama mencari nilai-nilai yang penting dalam hidup kita dengan bermuhasabah.

Hati saya tersentuh (sudah tentu saya menagis kala itu..huhu) apabila orang yang saya sayang memberi kata-kata semangat. Bukan kata-kata sebenarnya, tetapi bait-bait lagu yang bila kita dalami, insya Allah mampu memberi ketenangan. Terima kasih atas usaha memujuk saya..(huhu..malu sebenarnya)

Lukisan Alam by Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput yang lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Dan saya tenang..saya yakin..saya bahagia..bila saya tahu sebab kenapa saya mesti lalui semua ini. Yang pasti saya yakin, saya ada Yang Maha Mendengar untuk saya adukan segala masalah yang saya alami..=) entry ini di postkan di sini dalam rangka untuk memujuk diri sendiri.. amat celakalah jika saya tidak buat apa yang perkatakan. Tangan yang menaip lebih dekat dengan kepala yang berfikir, sebab serebrum bertindak balas menggerakkan sendi-sendi tangan untuk menaip, jadi saya kena peraktikkan apa yang saya taip..huhu..

Nasyid ini mampu menguatkan keimanan saya dalam menjalani cubaan hidup.. semoga anda pun begitu juga =) sekiranya anda beriman pada Allah, and beruntung..Percayalah..

BY:Besi The Heartless

Saturday, February 21, 2009

Ladang Dunia

Bila hati berbisik rindu padaNya

Sudah lama rasanya saya tidak meluangkan masa untuk duduk lama berfikir dan menulis tentang sesuatu. Kekangan masa yang terhad, tekanan dan bebanan kerja yang banyak menghalang saya mencuri sedikit masa untuk meluahkan apa yang saya fikirkan dalam bentuk penullisan. Alhamdulillah, kali ini saya gagahkan diri juga untuk berkongsi pengetahuan dan rasa hati saya kepada semua dalam usaha saya untuk menyampaikan kebaikan kepada diri saya an semua. ‘Sharing is Caring’…. Ya saya sangat sayang ummah ini. Saya sayang sangat pembaca blog ini (kalau ada la..huhu..). Sebab saya sayang la saya usaha untuk melakukan sesuatu. Saya berkongsi apa yang saya rasa bernilai dalam diri saya kepada semua..Keindahan Islam dan Kemanisan Iman.. =)

Kehidupan kita di dunia ini ibarat seorang petani. Petani akan bercucuk tanam pelbagai jenis tumbuhan yang mendatangkan keuntungan pada dirinya, dan dalam jangka masa tertentu, setelah tiba masa yang sesuai, maka petani akn menapat hasil daripada tanamanya. Begitu juga kita, sebagai ‘petani kehidupan’. Apa yang kita tanam ye?? Kalau petani berusaha tanam pokok, kita pula nak tanam apa?? Dunia ini ibarat ladang bagi semua orang. Bayangkan, jika masing-masing antara kita mempunyai ladang. Apa yang kita nak nak tanam dalam ladang kita yang luas itu?

Sudah tentu kita akan menanam sesuatu yang dapat memberikan manfaat dan keuntungan pada kita bukan? Tentu kita gembira sekiranya hasil tanaman kita mampu membantu kita meningkat dan mendapat keuntungan yang lebih besar. Lama kelamaan, dengan hasil titik peluh usaha kita megusahakan ladang tersebut menjadikan kita seorang orang kaya dan usahawan yang berjaya. Siapa yang tidak mahu jadi kaya? Hidup senang, bahagia, dan sentiasa gembira. Macam-macam kita boleh dapat kalau kita jadi kaya. Apa sahaja kehendak diri, mampu kita penuhi. Malah kita mampu membantu orang lain.

Maka, cuba kita analogikan ladang itu umpama kehidupan kita di dunia ini, tanaman kita ibarat bekalan amalan dan ibadah yang akan kita bawa menghadap Allah di akhirat kelak, dan hasil tanaman kita ibarat syurga dan segala kenikmatan yang ada. Dunia hari ini yang penuh dengan bermacam-macam warna dan cerita. Tak semua orang akan mendapat ladang yang tanahnya subur, macam tu juga kehidupan insan di dunia ini. Tidak semua dapat menikmati hidup yang bahagia dan senang selalu. Bagaimana pula dengan tuan ladang yang mempunyai tanah ladang yang cukup berkualiti dan subur, tapi tidak pandai memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? Adakah dia mampu mendapat hasil yang memuaskan? Hasilnya tetap sama sahaja dengan tuan bagi ladang yang tidak subur. Bahkan boleh jadi lebih teruk lagi sekiranya dia tidak mengambil peluang untuk mendapatkan hasil. Bagaimana nak jadi ‘usahawan’ di syurga sekiranya di dunia sudah menunjukkan tanda-tanda ‘muflis’.

Apa yang saya ingin pembaca fikirkan adalah, kita mampu menjadi tuan ladang yang kaya dan berjaya sekiranya kita berusaha sebaik mungkin dan semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut. Tidak kira lah apa jenis tanah ladang yang kita miliki sekarang, baik tanah yang baik atau tidak, yang penting bagaimana kita usahakan tanah tersebut untuk mendapatkan hasil yang baik.

Usaha..ya, kita perlu berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik. Baik yang bagaimana? Jika anda tanya pada saya, saya akan jawab saya akan jadikan dunia ini sebagai ladang untuk saya bercucuk tanam.tak kira lah tanah saya subur atau tidak, saya akan usahakan juga sampai dapat hasil yang bermanfaat. Pendek kata, di dunia ini sahaja saya berpeluang beramal dan beribadah sebanyak dan sebaik mungkin untuk kehidupan saya yang akan datang. Senang cerita, di dunia inilah tempat saya membuat pelaburan untuk saham akhirat saya. Saya akui, kehidupan saya bukannya senang, tapi sekiranya saya berusaha, saya akan mendapat yang terbaik. Mungkin saya tidak nampak hasilnya di sini, tapi siapa tahu di akhirat sana rezeki saya lebih baik. Saya yakin, Allah Maha Baik pada semua ciptaanNya. Sekiranya kita berusaha dekat padaNya, Dia akan lebih rapat pada kita..Saya yakin akan hal itu..yakin dengan seyakin-yakinnya..sebab apa? Allah tidak memandang yang lain, tetapi USAHA saya.Sebab Dia adalah Pemilik Alam ini,sebab Dia Maha Adil..Sebab Dia adalah segala-galanya dalam hidup saya..Daripada Dia saya datang, maka kepada Dia saya akan kembali..=)

By:Besi the Heartless

Wednesday, February 18, 2009

Ama Zilna

I love to share this sweet nasyeed to everyone. Enjoy!! =)



Ama Zilna

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lords blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are


In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lords blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allahs, My soul is Allahs
My wealth is Allahs

Tuesday, February 3, 2009

Cahaya Hati

Saat ini agak berserabut, macam-macam perkara datang datang bertimpa-timpa..Alhamdulillah, peringatan dari Allah untuk jadi manusia yang lebih baik. Allah takkan jadikan sesuatu perkara tanpa sebab. Allah juga takkan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu. Allah takkan pernah biarkan kita untuk mnghadapi kesusahan sendiri. Dia sentiasa ada bersama kita selagi mana kita yakin yang Allah sentiasa dekat..

Mari layan sama-sama lagu dendangan Opick-Cahaya Hati.. Bagi jiwa-jiwa yang sedang down lantaran putaran kehidupan yang sentiasa fluctuate dan dinamik. Semoga mampu memberi pujukan bagi jiwa yang sedang lahar bergelora dalam lautan kesedihan.. =)



Alloh Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu

Kau yang Slalu Terjaga
yang Memberi segala

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang slalu Terjaga
Yang Memberi Segala...

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu Cahyamu

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Ya Alloh Ya Romah Ya Alloh 3x
Ya... Alloh

Saturday, January 31, 2009

Dedikasi 2-Untukmu sahabat

Malam ini hati saya terasa ingin meluahkan rasa cinta dan kasih sayang saya terhadap sahabat-sahabat saya dari saya kecil sampai ke hari ini. Insan-insan yang bergelar 'teman', 'member', 'kawan kamceng','sahabat karib' inilah yang mewarnai perjalanan dan laluan hidup saya. Suka dan duka saya bersama mereka. Segala kenangan saya terakam dengan kehadiran mereka. Tangisan dan kesedihan saya pasti reda dan rajuk saya tidak lama jika mereka berada disamping saya. Kenangan yang terlakar bersama mereka memberi semangat dan keberanian pada saya untuk melangkah dengan izin Allah.

Doa saya untuk mereka semua:

"Ya Allah, berikanlah kesabaran pada dia. Aku tahu dia takkan mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari-Mu. Moga dia sentiasa bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan-Mu, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Moga dia terus bersabar meskipun menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang ditempuhi. Sesungguhnya pertolongan-Mu akan datang setelah kesabaran, kelapangan-Mu akan datang setelah kesusahan dan kemudahan-Mu akan datang setelah kesulitan..."


Untuk malam ini, saya ingin mengungkapkan sekali lagi betapa saya sangat sayang sahabt-sahabat saya..sayang sangat2..terima kasih sahabat.. =)

by:Bidadari_Besi

Thursday, January 29, 2009

Mencontohi Bidadari??

Saya terbaca satu e-novel dan tertarik dengan kata-katanya. Jadi saya berbesar hati ingin berkongsi dengan semua. Semoga perjalanan mencari serikandi pewaris dimudahkan oleh Allah, insya Allah..

"Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah manusia pertama yang menyahut seruan iman dan islam, saidatina Aisyah jadi gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Nusaibah binti Ka'ab bermatian-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir pula orang pertama mendapat gelaran syahid. Mereka semua ini adalah muslimah... Menjadi bukti yang jelas bahawa peranan wanita adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar menguruskan rumahtangga. Sejarah telah menyaksikan penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan ia memang tak dapat dinafikan lagi."

Maknanya Islam tidak sama sekali membezakan antara lelaki dan perempuan dari segi tanggungjawab di atas muka bumi. Jadi, setelah kita berusaha membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu mestilah berusaha untuk menyeru ke arah pelaksanaan cita-cita iman dan islam ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah

Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang sedar dan insaf, serta yakin akan tugas mereka, disamping iman yang tebal kepada Allah SWT.


Semoga kita mampu untuk menjadi serikandi pewaris. Pewaris khazanah Rasul..Penyambung tugas-tugas yang ditinggalkan untuk kita teruskan sehingga roh kita dijemput Allah..

Tuesday, January 27, 2009

Dedikasi 1-Prolog

Dedikasi ini saya tujukan untuk sahabat-sahabat saya yang saya kasihi kerana Allah. Semoga kalian semua berada di bawah lembayung Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Ya Allah
bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat
ketka lemah
dan cukup berani menghadapi diri sendiri
ketika takut

jadikanlah dia
hamba yang selalu memiliki rasa bangga
dan keteguhan dalam kekalahan
rendah hati serta jujur dalam kemenangan

bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti
mengetahui dan kenal akan diri sendiri
adalah dasar dari segala ilmu yang benar

Ya Allah...
janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah
bimbinglah dia dibawah tempa dan desak kesukaran tentangan hidup

bimbinglah dia
supaya teguh berdiri di tengah badai
berbelas kasih kepada mereka yang jatuh
bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening
dengan cita meninggi langit
seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri
sebelum ia berhajat memimpin orang lain
seorang hamba yg menjangkau ke hari depan
tetapi tidak lupa akan masa lampau

Ya Allah...
dan setelah segala menjadi miliknya
semoga dia dilengkapi hati yang ringan untak bersungguh hati
tetapi jangan sesekali menganggap dirinya
terlalu berkesungguhan

berikanlah kepadanya kerendahan hati
kesederhanaan dari keagungan hakiki
fikiran cerah dan terbuka
bagi sumber kearifan dan kelembutan
dari kekuatan sebenarnya

Dan aku akan berbisik
"Hidupnya tidaklah sia-sia"
dan dia bakal melafazkan
"Hayatku Penuh Bermakna"

Hikmah Kembara

Pengembaraan atau musafir mengajar kita erti pengorbanan, bersyukur, ilmu yang luas, dan tawadhu'. Musafir merupakan aktiviti yang saya sukai kerana dari situ saya lebih mengenal erti kehidupan yang sebenar. Orang kata, jauh berjalan maka luaslah pemandangan. Saya tak nafikan itu. Kerana jauhnya saya berjalan tempoh hari, saya dapat menatap ketenangan hidup di pekan Mersing yang pantainya menghadap Pulau tioman.

Apapun, paling menarik apabila berjalan ialan semakin eratnya sebuah persahabatan. Dengan berziarah, kita mampu lebih mengenali orang yang kita sangka kita telah kenal benar. Walaupun hampir 4 tahun bersahabat, rupanya ada yang belum saya ketahui tentang sahabat baik saya ini. Selepas berziarah barulah saya ketahui.


Bila berziarah, dapat kenal family. Kenal mak ayah. Kenal adik beradik. Semuanya dapat kita kenali. Dari situlah kita mampu untuk lebih memahami. Lebih mengenali. Yang akhirnya, menjurus kepada lebih mencintai. Mencintai kerana ALLAH… Lahir ukhuwwah fillah yang manisnya mengalahkan madu, jauh daripada pahitnya hempedu.

Ada sahabat pernah mengatakan, syarat untuk mengakui seseorang itu sahabat kita, ada 3 perkara.

  1. Pernah ziarah ke rumahnya
  2. Pernah tidur di rumahnya
  3. Pernah membuang air di rumahnya

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk melakukan semua itu di hampir kesemua rumah sahabat-sahabat saya. Insya-Allah yang berbaki akan saya usahakan dalam masa yang bersisa di kampus. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan kelapangan untuk mengeratkan ukhuawwah bertunjangkan akidah ILALLAH.

Untuk kali ini suka untuk saya berkongsi hikmah dan kebaikan dengan mengembara

Hikmah bermusafir

i) Dapat mencergaskan akal,jiwa dan anggota badan.orang yang bermusafir memerlukan kepada kekuatan, kecergasan badan dan kecekalan hati untuk bergerak menepati masa.Dengan bermusafir juga dapat mempertajamkan akal fikiran utama tentang alam, masyarakat, suasana dan persitiwa dalam tempoh perjalanan. Fikiran kita akan di latih untuk mencari hikmah dari perkara-perkata tersirat sekaligus dapat di jadikan teladan dalam menjalani kehidupan kita seharian. Pemandangan dan perubahan suasana dapat memberi ketenangan dan kerehatan pada jiwa. Bila kita merenung pada nasib manusia yang ditemui semasa musafir, akan timbullah rasa simpati, rasa syukur dan semangat untuk lebih berusaha untuk memperjuangkan hidupnya.

ii) Menguatkan jiwa. Segala kesusuhan dan masalah yang timbul semasa musafir dapat melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan. Semasa musafir kita terpaksa menghadapi berbagai marenah manusia dan peristiwa yang tidak kita duga dan kita sukai. Ini akan melatih kita agar bersifat reda.

iii) Membuang sifat mazmumah (keji). Kesusahan dan ujian sewaktu bermusafir merupakan didikan terus dari Allah yang dapat mencabut sifat-sifat mazmumah seperti terburu-buru, pemarah, tidak sabar dan sebagainya.

iv) Menghilangkan sifat malas dan lembab. Jika akal dan jiwa tidak dicergaskan melalui musafir maka akan timbullah sifat malas dan lembab yang akan membantutkan dirinya.


Mari kita hayati bait-bait lirik Hikmah Kembara dari kumpulan MIRWANA =)

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita



Kalam Allah yang berkaitan dengan kembara


"Katakanlah: "Berjalanlah kamu di bumi merantau, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka dan janganlah (dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka." (Al-Naml:69-70)

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar-Rom:9)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." (An-Nahl : 36)

"Maka tidakkah mereka merantau di muka bumi; melihat bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul) dan sesungguhnya kampung Akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya." (Yusuf:109)

"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj:46)

"Maka apakah mereka tidak mengembara di dunia dan memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Manusia-manusia yang sebelum mereka itu lebih hebat keutamaannya dan (lebih banyak) kesan-kesan peninggalan mereka di dunia ini namun apa yang mereka usahakan itu tidak sedikitpun dapat menolong mereka." (Al-Mu'min:82)

"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka: Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu." (Muhammad:10)

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah." (Ghafir:21)

"Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun." (Ghafir : 82)

Masya Allah, banyaknya dalam Al-Quran ayat-ayat sebegini kan ? berulang-ulang pula peringatan itu..

Terima kasih kepada Nur Ain n Kay Bee, kerana menjadi teman musafir saya pada kali ini. =)

by:Bidadari_Besi

Thursday, January 22, 2009

Kenapa??

Hatiku...oh...hatiku...

"Jila, toksah la keras sangat ea... lembut sikit ea...kata sayang Allah...Allah suka orang yang lemah lembut..."

"Doa banyak-banyak, minta Allah tunjukkan jalan..Ingat, kekuatan Islam terletak pada kekuatan IMAN dan UKHUWWAH. Sayang Allah kan?? Kalau sayang Allah, mesti ikut apa yang Allah suruh.."

"Tak beriman seseorang tu kalau tak sayang sahabat kita macam kita sayang diri kita sendiri..Doakan dia tenang.."

isk, cane ni...KENAPA jadi cmni?? =( bila nak ok?? KENAPA..KENAPA..KENAPA..
====================================================================

Kenapa aku perlu ada rasa kecewa? Kenapa tak hanya bahagia sahaja?
"Dengan adanya kecewa, aku akan lebih usaha mencari bahagia"

Kenapa perlu aku rasa kesedihan tu?? Kenapa tak hanya gembira?
"Dengan adanya sedih, aku akan lebih hargai saat gembira"

Kenapa perlu ada air mata? Kenapa tak hanya ketawa?
"Dengan adanya air mata, aku sentiasa mengharapkan untuk ketawa"

Kenapa perlu rasa tersisih? Kenapa tak bersama?
"Dengan adanya tersisih, bertambah doaku untuk bersama, bertambah rasa untuk berdikari"

Kenapa perlu ada jurang? Kenapa tak satukan sahaja hati kita?
"Dengan adanya jurang, aku lebih berusaha untuk mendekati"

Kenapa perlu ada rasa terpendam? Kenapa tak luahkan sahaja?
"Dengan adanya rasa terpendam, semakin banyak ku luahkan lewat doaku padaNya"

Kenapa perlu membisu? Kenapa tak bercerita?
"Dengan hanya membisu, aku membina kata-kata untuk bercerita"


Dari sudut hati: Bidadari_Besi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...