Thursday, January 29, 2009

Mencontohi Bidadari??

Saya terbaca satu e-novel dan tertarik dengan kata-katanya. Jadi saya berbesar hati ingin berkongsi dengan semua. Semoga perjalanan mencari serikandi pewaris dimudahkan oleh Allah, insya Allah..

"Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah manusia pertama yang menyahut seruan iman dan islam, saidatina Aisyah jadi gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Nusaibah binti Ka'ab bermatian-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir pula orang pertama mendapat gelaran syahid. Mereka semua ini adalah muslimah... Menjadi bukti yang jelas bahawa peranan wanita adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar menguruskan rumahtangga. Sejarah telah menyaksikan penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan ia memang tak dapat dinafikan lagi."

Maknanya Islam tidak sama sekali membezakan antara lelaki dan perempuan dari segi tanggungjawab di atas muka bumi. Jadi, setelah kita berusaha membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu mestilah berusaha untuk menyeru ke arah pelaksanaan cita-cita iman dan islam ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah

Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang sedar dan insaf, serta yakin akan tugas mereka, disamping iman yang tebal kepada Allah SWT.


Semoga kita mampu untuk menjadi serikandi pewaris. Pewaris khazanah Rasul..Penyambung tugas-tugas yang ditinggalkan untuk kita teruskan sehingga roh kita dijemput Allah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...