Saya dah penat!!
“Saya dah penat nak belajar..banyak sangat kena baca, letih la.. saya tak nak sambung belajar lagi.. saya tak pandai nak sambung belajar lagi..yang sekarang ni pun masih sangkut ..”
Itu lah saya beberapa hari yang lalu..huhu.. ya, saya memang dah merajuk nak belajar lagi.. kenapa?? Stress sebenarnya..
Belajar dan stress.. saya rasa dua perkara ni memang tak dapat lagi untuk dipisahkan. Kenapa stress?
Bila hati tak dihubungkan 100% dengan Allah, itulah jadinya.. tak redha apa yang berlaku, berfikiran sempit dalam setiap tindakan yang diambil..Kehidupan kita bukan selamanya senang dan gembira, adakalanya perlu ada naik dan turun. Pernah dengar tentang roda kehidupan? Acapkali kita dengar tentang roda kehidupan.
Ya, memang saya sangat setuju hidup ini umpama roda, ada masa di bawah dan ada masa berada di atas. Dari segi hokum tekanan yang kita belajar dalam mata pelajaran fizik, P=F/A.
P=Tekanan, F=Daya, A=Luas.
Bahagian roda yang berada diatas tidak menerima daya yang besar, jadi tekanan adalah rendah. Geseran dengan tanah pun tiada. Kita perhatikan pula bahagian roda yang berada di bawah, berapa banyak agaknya daya yang dikenakan ke atasnya? Ditambah lagi daya geseran yang berlaku antara roda dan permukaan tanah, bertambah banyak lagi tindakbalas daya yang terhasil. Bila kita berada di bawah ‘roda kehidupan’ kita akan rasa begitu banyak beban yang menghimpit.
Dikala itu, memang tidak dinafikan hidup kita kan jadi serabut dan fikiran kita akan jadi tunggang langgang dan tidak tenteram. Jadi, apa solusi yang patut kita ambil untuk mengatasi saat-saat kejatuhan dalam hidup ni?? Dari pemilihan solusi ini kita dapat lihat di mana letaknya taqwa kita. Sejauh mana pergantungan kita dan keyakinan kita pada Allah..Jadi, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang diambil kerana tindakan itu bakal memberi kesan jangka panjang yang berkekalan. Bukan sahaja di dunia, tapi fikirkan juga kesan di akhirat.
Kenapa kita mesti melalui fasa kejatuhan ini? Kadangkala saya tertanya-tanya pada diri saya persoalan ini. Pernahkah kita terfikir, selepas kita melalui fasa kesusahan tersebut, apa yang kita rasa? Lega? Lapang? Atau terasa getir dalam hati? Untuk apa agaknya Allah bagi kita melalui pengalaman yang getir? Susah bukan melalui saat-saat getir itu? Agaknya, apa yang kita akan dapat ye? Agaknya apa yang kita akan buat ye?Sengaja saya biarkan pertanyaan ini tidak berjawab. Untuk apa? Untuk kita sama-sama berfikir dan mengkoreksi diri.. untuk kita sama-sama mencari nilai-nilai yang penting dalam hidup kita dengan bermuhasabah.
Hati saya tersentuh (sudah tentu saya menagis kala itu..huhu) apabila orang yang saya sayang memberi kata-kata semangat. Bukan kata-kata sebenarnya, tetapi bait-bait lagu yang bila kita dalami, insya Allah mampu memberi ketenangan. Terima kasih atas usaha memujuk saya..(huhu..malu sebenarnya)
Lukisan Alam by Hijjaz
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput yang lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengaharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan
Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu
Dan saya tenang..saya yakin..saya bahagia..bila saya tahu sebab kenapa saya mesti lalui semua ini. Yang pasti saya yakin, saya ada Yang Maha Mendengar untuk saya adukan segala masalah yang saya alami..=) entry ini di postkan di sini dalam rangka untuk memujuk diri sendiri.. amat celakalah jika saya tidak buat apa yang perkatakan. Tangan yang menaip lebih dekat dengan kepala yang berfikir, sebab serebrum bertindak balas menggerakkan sendi-sendi tangan untuk menaip, jadi saya kena peraktikkan apa yang saya taip..huhu..
Nasyid ini mampu menguatkan keimanan saya dalam menjalani cubaan hidup.. semoga anda pun begitu juga =) sekiranya anda beriman pada Allah, and beruntung..Percayalah..
No comments:
Post a Comment