Tuesday, March 2, 2010
Saturday, February 27, 2010
Saturday, February 13, 2010
Darwish & Darwisya
Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal seluruh Juzuk Amma bila umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.
"... pengorbanan ibu Imam Shafie untuk mengajar anaknya Bahasa Arab. Ibu Imam Shafie dan anaknya berpindah ke kota Mekah (suami telah meninggal sejak Imam Shafie kecil lagi) dengan harapan untuk belajar Bahasa Arab Tulen. Setibanya di sana beliau dapati kota Mekah telah dipenuhi oleh pedagang dari serata pelusuk dan bahasanya telah bercampur baur menyebabkan ibu Imam Syafie kecewa dan membawa anaknya berpindah sekali lagi ke pedalaman Mekah. Disitulah mereka tinggal dan secara tidak langsung anaknya dapat belajar berkomunikasi dengan orang kampung tersebut dalam Bahasa yang dia kehendaki. Sungguh pentingnya bahasa membentuk budaya dan pengetahuan. Ibu Imam Shafie memang seorang yang bijak kerana mengambil berat tentang bahasa kerana dia tahu itulah kuncinya untuk menjadikan anaknya berilmu dan bijak seperti yang kita ketahui. Seorang wanita tanpa suami sanggup merentas padang pasir yang luas dan gersang bersama anak kecilnya untuk mengajar anaknya berBahasa Arab Tulen. Pengorbanannya memang menakjubkan! Maka tiada siapa yang boleh mencemburui ibu Imam Shafie kerana mempunyai anak seperti itu..."
*lagi kisah menarik tentang Darwish& Darwisya http://darwishndarwisya.blogspot.com/
Monday, February 1, 2010
Friday, January 29, 2010
Artworks: Wallpapers
Hasilnya-------->
Thursday, January 28, 2010
Sepanjang perjalanan
Post yang pendek..
Petang jam 2 tadi keluar, dari CTL berjalan kaki ke Fakulti. Tengah berangan berjalan, terfikir,
"Kalau lah waktu aku jalan ni, tiba2 nak melintas jalan dekat simpang empat ni aku accident, macam mana agaknya.."
Tibe-tibe depan mata ada seorang mamat ni melintas jalan dan nyaris-nyaris dilanggar kereta.
"Huish..Innalillahiwainnalillahiroji'un.."
Perjalanan diteruskan dengan Bismillah semula, dan sampai ke MSI. Orang ramai berkerumun dekat masjid. Imam membaca doa untuk jenazah berkumandang..Aku berhenti dan meng'amin'kan doa.
"Kak, sape yang pergi ni?"
"Stafff UTM. Dari FKA, semalam dekat highway.."
ooohw..
Tak rugi ingat mati, peringatan tu pun boleh datang tiba-tiba. Pembesar suara bergema dengan pengumuman.
"Jenazah Sami Mahmud,pelajar phD dari Sudan turut terkorban bersama Allahyarham En. Nabil, Jenazah akan sampai ke sini beberapa jam lagi."
Talah gugur syahid lagi seorang cendekiawan Islam.
Aku, bila lagi nak mati? Dah cukup amal ke untuk dibawa ke kubur?
Ya Allah matikanlah aku dalam iman. Matikanlah aku dalam perjuangan,amin.
Tuesday, January 26, 2010
KASUT 2
15012010
Hari ni hari jumaat. Hari ni aku sangat gembira. Hari ini ada meeting. Rindu nak jumpa naqibah walaupun hari-hari jumpa. Tak jemu. Dapat jumpa adik-adik yang nakal dan menyenangkan. Hari ini tijah janji nak belanja makan dekat pasar malam. Tijah baik,aku pernah bagitahu pada tijah 2 minggu sebelum ni tiba-tiba je aku cakap dekat tijah yang aku teringin nak makan makanan dekat pasar malam. Tak dapat pergi pasar malam pun tak mengapa asalkan aku dapat ‘lepak ’ rumah tijah semalam. Tapi tijah prefer ajak pergi pasar malam. Tijah bersungguh nak belanja. Katanya aku berjasa bantu dia buat assignment programming guna MATLAB. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jangan salah faham, bukan aku suka tang tijah belanja tu, tapi aku seronok sebab dapat pergi pasar malam beli makanan. Hee..dapat apam balik RM2 dua pun cukup.
Bulan ni aku kering. Dah 2 bulan gaji tertunggak, mau aku tak kering. Hari-hari makan nasi putih, dengan ikan bilis n kuah kicap. Bekalan yang aku bawa dari rumah sejak bulan lepas betul-betul membantu aku mengalas perut yang lapar. Sampai satu tahap tu, aku telefon rumah dan beritahu emak yang aku rasa macam nak muntah sebab makan nasi dengan kicap je dalam masa sebulan. Hari-hari..
Pagi tadi bangun sebelum subuh. Lepas je subuh terus bertenggek depan laptop . Layan neural network sampai terlelap. Tau-tau jam 8pagi supervisor minta datang ofis. Kelam kelibut bersiap. Allah maha baik. Kebetulan pengetua kolej pun keluar sama, jadi pengetua bagi tumpang sama. Alhamdulillah. Tak payah jalan kaki dengan kasut yang rosak. Alhamdulillah juga, aku dapat sampai awal sebelum supervisor masuk ofis.Alhamdulillah lagi, pagi tu dapat makan roti canai 2 keping dekat CTL dengan supervisor. =)
Nak dijadikan cerita, Allah izin kasut yang ternganga tu dah makin parah jadinya. Ada ura-ura tapak kasut tu nak tanggal. Kena pulak discussion dengan supervisor ambil masa yang lama,tambahan pula aku kena berjalan gaya ala-ala puteri yang sopan sakit kaki. Sabar je la.. jadi sebelum tengah hari tu aku datang kelas optimization agak lewat. 15 minit lewat. Mujur lecturer yang juga pengetua kolej aku tu buat revision untuk pelajaran lepas dan sambung semula GAMS. Tak de la aku rasa depress sangat sebab tak tahu apa yang diajar.
Tengah hari tu aku ada meeting dengan adik-adik junior. Meeting untuk tingkatkan iman. Alahai..dorang perasan lak kasut aku yang ternganga. Habis aku kena brainwash dengan adik-adik ni.
“Kak, baru 4 bulan kasut tu dah rosak?”
“Mak aih..nak kata kasut cikai, x cikai. Jenama mata helang, pun ranap juga ke kak?”
“Kak, lenkali akak kena beli kasut spare. Jangan tumpu pada satu kasut je. Kesian dia tertekan akak lenyek ke hulu ke hilir. Kan da rosak”
Hee..adik-adik tersayang, terima kasih la, sebab ambil berat. Nanti dapat gaji akak beli baru, tapi bukan hari ni la.
Dalam meeting tu pula adik-adik tak habis-habis perli aku. Haish..nakalnya dorang ni ye..
“Eh, korang perasan tak, kak fazirah dah lain la sekarang”
“Aku pun perasan gak, kena badi ape agaknye ye?”
“Lain? Lain apenya?”
“Entah lah wei, korang tak rasa kak fazirah tu dah makin ayu sikit ke?”
Haaa? Mangkuk tingkat betul. Bertuah budak-budak ni. Aku yang tengah makan nasi lemak terus terkaku. Dah tu pakat-pakat menyakat dan gelak pula. Malu dekat naqibah sebenarnya.
“Tapi bila tengok kasut dia, aku rasa belum transform jadi ayu sepenuhnye la..hahaha”
Tengok tu, kasut gak jadi isu.
Meeting tengah hari tu agak best sebab isu ukhuwah dibangkitkan,Alhamdulillah, semoga ukhuwwah kami kekal sampai ke syurga. Lepas meeting, kami bergegas ke kelas MATLAB pula. Lobi tempat duduk tengah supaya cepat faham dengar lecturer mengajar. Waktu tengah belajar tu, Pekzah ajak aku cari kasut baru.
“Kesian saya tengok kasut akak tu. Petang or malam ni kita cari kasut baru ye..”
Alhamdulillah, aku rasa terharu, masih lagi ada orang yang baik dalam dunia ni. Indahnya hidup dalam tarbiyah.
Habis sahaja kelas MATLAB, tijah ajak aku ke pasar malam. Dia kata nak belanja. Aku segan sebenarnye nak ambil. Tapi takut tijah kecik hati. Dekat pasar malam tu aku tak lupa belikan apam balik untuk adik-adik junior yang tersayang.Aku tak balik ke kolej terus, sebaliknya aku singgah ke K9 untuk jumpa Pekzah. Kami makan dan solat sama-sama. Selepas itu,kami bertolak ke JJ Taman U untuk cari kasut.
Lebih kurang sejam survey, Pekzah kata nak balik cepat sebab ada janji. Susah juga nak cari kasut. Sebelum pergi cari kasut tadi, adik junior yang lain pesan:
“Kak, nanti beli kasut yang dijahit tepi keliling tau. Jangan beli yang bergam je. Beli la jenama buaya ke, unta ke, insya Allah tahan.”
Baiknya bagi ingatan. Kualiti kasut sekarang bukan bagus sangat.
“Kasut tu bagus dah, akak tu bila pakai dia jadi tak bagus”. Tu yang Pekzah kata. Huish.. malu sey..
“Kak, pilih la kasut tu”
Ada kasut tu Nampak cam tahan, tapi harga mahal sangat. Pekzah tanpa fakir panjang ambil kasut tu dan terus bayar. Aku ternganga. Alahai, dia lak yang bayar.
“Kak, saya bagi akak hadiah kasut ni. Akak kena jalan lembut-lembut. Waktu jalan tu akak ingat muka saya ye. Supaya tak rosak..hehehe”
Apalagi yang aku patut ucap melainkan setinggi kesyukuran pada Allah. Allah baik bagi aku orang-orang yang sayang dan baik pada aku. Ni’mat Allah yang mana lagi yang aku dustakan? Tak cukup lagikah rahmat dan kasih sayang Allah dengan menghadirkan insan-insan yang baik ini?
Apa yang berlaku buat aku insaf. Tak rugi aku lepaskan yang haram, sebab akhirnya Allah akan bagi rasai ni’mat dari yang halal. Indahnya hidup aku rasa. Selaut, eh..patut berlaut-laut ucapan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat mereka yang baik hati. Dija, Ude, Tijah, Pekzah, Syamin, Ika, orang yang bertanggungjawab kenalkan kami semua pada tarbiyah. Betapa manisnya dan bahagianya hidup bersama Allah. Hidup saling membetulkan, menguatkan, meningkatkan, menyayangi, antara satu sama lain.
Korang semua pernah rasa? Korang semua nak rasa? Korang kena lalui proses tarbiyah. Dimana korang semua kena usaha untuk kaitkan setiap hidup korang dengan Allah. Susah korang nak jumpa orang-orang yang sanggup bantu kita tanpa mengharap apa-apa ganjaran dekat dunia. Dari orang macam ni la aku banyak belajar untuk berkorban dan sentiasa membersihkan jiwa dan hati aku. Aku dah rasa ni’matnya, aku takkan lepaskan ni’mat ni. Best sangat2. Ni baru sikit. Baru past kasih sayang dan ukhuwah. Sedangkan banyak lagi yang boleh diterokai.
Kalau tengok post sebelum ni, ada juga tentang ukhuwah yang pahit. Kalau aku tak rasa pahit, macam mana aku boleh rasa yang manis kan? Betul tak? Carilah hidup dalam tarbiyah, binalah hidup dengan tarbiyah, insya Allah, akan bahagiala korang semua. Dengan izin dari ALLAH.
KASUT 1
13012010
Balik dari pantai timur je hari tu kasut da mula ‘ternganga’. Alhamdulillah masih bole buat jalan lagi. Tapi kena jaga-jaga la. Niat hari ni tak nak jalan kaki sangat. Takut lagi luas mulut buaya ternganga. Tapi Allah izin hari ni aku jadi tak berapa sabar. Aku pantang bab tunggu menunggu ni, lama sangat tunggu bas, dalam 20 minit bas ada lalu lalang, tapi tak nak ambil student. Dah masa untuk pemandu bas rehat barangkali. Jadi aku tekad untuk jalan kaki juga akhirnya. Dalam 20 minit aku berjalan dari CTL ke FKKKSA. Penat x? Aku dah biasa. Malah aku bersyukur sebab inilah peluang aku untuk jaga kesihatan. Seperti yang dijangka,mulut buaya makin luas bukaannya. Masalah ni.. dah la kasut spare xde.
Bukan tak nak beli tapi takut terbazir. Aku teringat kisah seorang sahabat Rasulullah, Abu Darda’ namanya yang menangis di kala ajal ingin menjemput beliau gara-gara masih lagi tertinggal ‘dunia’ dalam rumah beliau; pinggan, tongkat dan tikar. Beliau takut di akhirat nanti Allah akan bertanya bagaimana harta yang ada di dunia itu digunakan. Kisah ini agak menyentak keimanan aku. Bila difikir balik berapa banyak ‘harta’ yang aku ada dekat dunia ni yang aku tak gunakan sangat. Baju dah berhelai-helai. Tapi yang aku pakai cume beberapa kerat sahaja. Handset ada dua biji. Multifunction lagi. Aku guna untuk sms dan call sahaja. Belum tengok segala bagai khazanah yang ntah apa ntah ada dalam bilik. Apa agaknya aku nak jawab pada Allah nanti.Gerunnya..
Aku stay dekat bilik postgrad lepas kelas Artificial Intelligent. Macam biasa aku cek emel, mana tau ada keje yang kene disetelkan. Buka gmail, banyak betul spam dari facebook. Dah takde hati sangat aku nak melayan facebook. Takde masa da..Cek yahoomail, tak usah nak cakap melimpah-limpah spam!!Huhu..Tapi yang best dapat chat dengan Dija chan sekejap. Macam biasa Dija akan tanya macam mana life aku, macam mana tarbiyah aku, on ke x on, makan ape tadi, projek master macam mana. Gaya-gaya tanya macam buah hati kan? Memang pun, dia lah salah satu pengarang jantung aku yang masih setia. Cinta itu bukan untuk adam sahaja. Ceewah!!
Yang aku agak terharu, bila aku cakap dekat dija aku makan nasi dengan kicap je, ada sikit ikan bilis goreng dan telur. Terus melatah dia. ‘Ya Allah dah jadi Somalia ke kawan aku sorang ni?’. Kejam pula dia kata macam tu. Huhu..’Kalau ye pun, ko beli la kuah ke..kesihatan tak dijaga’. Bukan tak jaga, tapi tak berkesempatan nak jaga. Aku tak sempat pun nak detoxified system badan aku. Sakit ‘gatal-gatal’ ala-ala alergi terpaksa aku lalui dulu. Tahan tak tahan kena hadapi juga la. On the spot dija transfer duit dalam akaun. Aduh..malunya aku rasa. ‘Rilex r ko pakai je. Bukan aku je yang bagi, ada insan misteri pun bagi.’ Siapa yang tak rasa disayangi?
Bukan aku takde duit tapi tak cukup. Lagipun ada masalah dengan payment sebab pihak yang uruskan bayaran tu tukar boss dan tukar staff, jadi aku mangsa keadaan. Tertunggak dah dua bulan da. Tu yang agak perit sikit hidup.Nak bayarkan yuran sekolah adik pun dah pending. Kesian dia..Dekat pantai timur hari tu jumpa adik yang lagi sorang. Dia pun sama je gaya macam aku, kekeringan melanda.Nak jadi kakak yang baik, maka aku dahulukan adik aku tu dulu. Biar dia tak risau sangat. Makan nasi bujang (nasi, kicap, ikan bilis dan telur goreng) sehari sekali sahaja. Sedih aku dengar.Kesian adik aku ni..
Petang tu aku rai buka puasa aku sendiri dengan beli sayur dan sambal tempe. Up lagi la dari kicap. Hee..Terima kasih la kepada kawan-kawan yang sentiasa sayang aku.
Masalah kasut masih lagi tak setel. Aku ada 3 kasut lain. Satu kasut sport yang aku beli masa tahun 2,merangkap kasut untuk jogging. kasut lab [kasut warrior] yang aku beli untuk masuk lab dan aktiviti camping, dan satu lagi kasut ladies untuk acara formal. Yang tu pun sama dah nasibnya. Tapi kasut tu masih lagi tersenyum. Yang lain tinggal selipar jamban, selipar buruk yang dah tak rupa selipar.
Kasut favourite aku, sandal rata yang open air. Kalau bole tali sandal mesti besar sebab aku kuat berjalan dan kerap berjalan kaki. Nak beli kasut dah tak boleh tengok yang cantik lagi dah. Sebab yang cantik cepat rosak. Kena pula aku yang pakai. Wassalam la dalam seminggu.
Thursday, January 21, 2010
kehadiranmu disisiku membuat hidupku rasa istimewa
Tapi sebagai manusia sudah fitrahnya kita mendambakan teman untuk berbicara dan meluah rasa. Memang benar, Allah lah tempat pergantungan sesuatu, namun adakalnya kita juga perlukan teman. Ibarat Musa mendambakan Harun sebagai peneman untuk berjumpa Fir’aun yang melampaui batas.
====================================================================
Untuk yang masih setia tegak berdiri di sisiku sebagai sahabat;
4 messages sent [to Ude,Rin ,Pae, Dija]
“Tiada angin yang lebih baik dari apa yang menderu di kala ini, aku tahu aku hanya manusia biasa, namun kehadiranmu disisiku membuat hidupku rasa istimewa. Aku rindu dekat ko la..huhu”
[3 messages received]
“Yerk..Tetibe berjiwang. Salam..De pape ke hang nak cite ney.. ;-p”
“Bila malam berlabuh tibe, wahjahmu sentiasa bermain di mata. Cite la ape yang jadi =)”
“Ecece..ade ape sebenarnye ni?hehe..Cuba bagitau…”
Aiseh…aku baru je bagi mesej macam tu, da fikir lain. Haish…..Takpe la, reply je. Kawan sehidup semati, kalau boleh biar sampai syurga. Amin. Bukan niat untuk meraih simpati, sekadar meluah rasa. Betul la apa orang kata, kalau kita dah baik sangat dengan orang tu, kita boleh rasa dia dalam keadaan suka atau duka. Hmm..
[3 different messages sent]
“Tanggungjawab banyak, terkadang fIkir, kenapa Allah pilih aku untuk buat semua ni. Terasa berat, takut tak mampu nak bawa semua. Rasa gerun datang selalu.”
“Susah la, sekarang da kurang bercakap, sebab dah tak de siapa yang sudi dengar. Kadang-kadang bercakap supaya orang aware dan sentiasa berjaga-jaga. Adakalanya sebagai ingatan supaya berpada-pada. Tapi disalah tafsir pula. Dah jadi cerita lain yang boleh rosakkan hubungan dan ukhuwah. Dah tu disebarkan kepada orang lain. Boleh tak nak jadi pendiam? Segala yang aku tau aku simpan dalam dada. Bercakap bila perlu. Biar orang lain belajar lalu kesalahan dia sendiri.”
“Projek, jalan tapi lembab la. Gelong2 lagi kepala ni. Cane ye? Ada discuss juga dengan orang, mungkin diri sendiri tak cukup kuat. Huhu…”
Terima kasih kepada yang sentiasa tegak berada disisi. Getaran hati antara kita tetap ada walaupun tanpa suara.
[3 messages received]
“Hmm, krn engkau yang terpilih.. bagus kan.. Hebat kan kau..? U need 2 be grateful dear. Cume payah sikit la coz ending yang ko peroleh amat best. Nak dapat ni’mat yang best kena la susah dulu. Tak aci la senang2 nak dapat without do anything. Ek? Mmm.. sbb tu kena selalu mohon diberi kekuatan dan dilapangkan dada dalam menjalani tanggungjawab”
“Semua orang ada tanggungjawab yang sama selagi dia perolehi ilmu tu.. cume ko dapat agak banyak kan? Aku tau cane. Ko kesian tak tengok orang keliling ko? Diorang perlukan bantuan ko. Tolonglah diorang..mesti ko akan ikhlas dan lebih kuat untuk jalankan tanggungjawab neh.”
“Ala..ko berhati2 la. Ko kena ada rasa sensitive masa cakap. Xpe, ubah pelan2. Mana boleh jadi pendiam nanti masalah lain pulak timbul. Kalau ko sedar salah. Cepat-cepat minta maaf. Boleh2. Set mind tu. Hmm.. cube jauhkan diri dari dekat dengan orang yang kuat bercerita tu. Bahaya, dia tak tahu background ko. Nanti jadi worst lagi dlm hidup ko. Hati-hati, mesti boleh. “
“Pelan-pelan buat, tapi jangan pelan sangat, jangan biar pisang berbuah dua kali tau..doa banyak, discuss dengan orang yang patut.hehe.. “
Korang semua memang best!! Bila agaknya dapat jumpa. Jumpa one to one, jumpe semua sekali dalam satu masa.
[3 messages sent]
“Hee..terima kasih la. Aku baru bagi ayat jiwang sikit. Macam tau je aku tangah gundah gulana.hee”
[3 messages received]
“Tuhan tu Maha Penyayang..Understanding, Dia tahu apa yang ko buat, ape yang ko rasa. Proceed je. Aku terbaca satu buku, tajuknya Don’t be afraid, salah satu nak kurangkan takut tu, focus pada solution dan matlamat ko. Dan memang ko still kena accept dan bayangkan perkara yang ko takutkan akan terjadi..Tujuannya untuk ko sedia ke arah tu..That’s it kawanku.. ”
“Ko sabar ea..yang penting jangan putus asa tau. Jauhkan apa yang orang tak suka k, buat dorg tersenyum selalu.. . Ko baca la buku jangan bersedih, boleh lembutkan hati ”
”ko jangan ambil hati tau, teruskan usaha!!”
[1 more message received]
“Aku pun rindu ko juga..”
==================================================================================
Ya Allah, jika ini yang dikatakan berkasih sayang kerana Mu, maka Kau himpunkanlah kami bersama-sama di bawah naungan ‘arasy Mu di hari pembalasan nanti. Kau himpunlah kami bersama-sama di dalam Syurga Mu. Kau suburkanlah dalam hati kami kasih sayang bukan sesama kami sahaja, malah kepada insan lain juga. Kerana rasa kasih sayang ini sangat manis, biarlah orang lain juga merasanya. Perkenanlah doaku Ya Rahman. Amin..
“Tu sebab, dalam tarbiyah, kita tak boleh sorang-sorang. Selagi masih ada kawan-kawan, kita ajak kawan-kawan kita. Kita seru kepada kawan-kawan kita tentang risalah Allah. Nanti, bila kita da sorang-sorang tinggal, susah nak cari orang untuk support hidup kita. Kawan-kawan yang kita dah seru ni la yang akan tolong kita balik. Kawan-kawan ni la ynag akan tarik kita balik untuk kembali hidup bersama Allah.”- Benar, saat aku down, aku ada kawan-kawan yang support. Kawan-kawan ini lah yang pernah aku dekati suatu ketika dulu.
“Gerunlah, gerunlah pada Allah. Dia yang membolak balikkan hati. Bole jadi kamu mas’ul, bole jadi tudung kamu besar, tapi bila kamu tak jaga, kamu tak hargai, Allah tarik balik ni’mat iman dari kamu, maka akan pendeklah tudung kamu, akan ter’blonde’ la rambut kamu. Tidakkah kamu mahu masuk syurga? Jadi bersusah payah lah menyampaikan kebenaran. Untuk kesejahteraan hidup kamu di dunia dan di akhirat. Melangkah kaki keluar dari barisan itulah titik permulaan kamu jatuh ke lembah gelap jahiliyyah.”-Jika benar halnya begini, apa lagi yang aku perlu lakukan melainkan terus ke hadapan dengan matlamat dan sasaran Lillahi Ta’ala.Takkan sekali-kali aku keluar dari barisan.
Ada seorang soleh yang sudah bertaubat berkata “Aku dah jumpa segala jenis yang dikatakan kebahagiaan, tapi tiada satu pun yang dapat menandingi kebahagiaan memiliki taqwa”-Aku masih lagi tak mencapai apa yang dikatakan taqwa. Aku lemah, aku akan berusaha demi sebuah kebahagiaan yang hakiki di dunia, diakhirat juga.
Ibrahim bin Adham berkata “Kami berada dalam satu keadaan di mana jika para raja mengetahuinya maka kami akan dibunuh dengan pedang-pedangnya”-Kenapa tak dapat rasa betapa besarnya ni’mat hidup dalam ketaqwaan?
Semua yang aku sebutkan tadi berkait antara satu sama lain. Pokoknya, kembali kepada Allah. Hidup bersama Allah, hidup kerana Allah. Kuatkan kaki untuk melangkah!! Amin.









