Saturday, May 9, 2009

CINTAKU dan CINTAMU SAMA

Cinta….. terlalu mudah nuntuk diungkapkan. Terlalu banyak definisi cinta yang diwujudkan. Walaupun ramai dah yang tau hakikat CINTA YANG SEBENAR. Tapi aku just wonder..tau tapi tak buat.. tau tapi macam tak faham. Bila ditanya,

‘apakah hakikat cinta yang sebenar?’

‘Cinta pada yang Maha Agung dan Maha Kuasa, Allah’

dah jadi macam satu skema jawapan. Hatta dalam lirik lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu tu pun kadang-kadang terselit tenteng definisi hakikat CINTA YANG SEBENAR.

Kalau tengok masyarakat sekarang, terlalu disogokkan dengan cinta.. tapi cinta yang macam mana? Lihat saja novel-novel cinta yang dok bertimbun dekat pasaran, tonton sahaja rancangan tv yang dah tak de rupa seninya..taip sahaja sms on-cinta.. macam-macam(menggeleng kepala). Tema yang sama sepanjang zaman (stereotype sungguh)..-perempuan, harta, tanah,kereta best-. Agenda musuh telah berjaya untuk menghayutkan kita.. tau, tapi tak nak elak..sedar, tapi tak nak fight balik..(aku la tu kadang2..) adakah kita ni terlalu lemah? Sampaikan musuh serang boleh tak sedar.. (Astaghfirullahala’zim)

Cinta tu hakikatnya fitrah..Allah dah ciptakan kita dengan perasaan cinta. Dalam Al-Qur’an pun Allah ada sebut apa yang dicintai manusia sebenarnya:

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Ali-Imran: 14)

Rujuk semula pada perenggan satu dan dua, dari situ kita dapat lihat, apa sahaja yang yang cuba dipertontonkan dan disajikan pada kita hari ini menjurus kepada kesenangan dunia semata-semata. Memang pada pandangan logic akal, kita patut kejar kesenangan dunia tu. Ini zaman semua pakai duit beb!!... jangan salah faham dulu.. kejar kesenangan dunia, untuk jadikan modal supaya dapat beli tiket syurga di akhirat..tu yang nak di tekankan di sini.( Apa kejadahnya tiket syurga di akhirat? Luar alam sungguh bagi analogi ni…).Pernah baca ayat-ayat cinta punya novel? Ada satu quote yang best:


”Ya Allah, jadikanlah dunia itu dalam genggamanku, bukan di hatiku”..

Nah…ini baru betul…(angguk2)

Tak salah nak cinta kan wanita(dan sebaliknya), asalkan cinta kerana Allah. Sama-sama berganding bahu untuk membina masyarakat muslim dan saling menguatkan dengan cara yang dibenarkan syara’ dan menjaga hati dan niat.

Tak salah nak ada anak banyak dan sayang anak lebih, asalkan anak-anak tu di didik supaya kenal Allah dalam rangka untuk lahirkan ramai lagi jundullah,tegakkan agama Allah.

Tak salah nak kumpul duit banyak dan bertimbun asalkan duit tu jangan dilupa untuk diberikan pada yang hak..kumpul duit dan harta banyak dalam usaha untuk membantu naikkan ekonomi Islam yang merudum pada zaman ini.

Tak salah nak pakai kereta Mercedez ke, Honda ke, Skyline ke, atau Volkswagen ke…asalkan kita gunakan kenderaan tu pada kebaikan dan maruah Islam tak tercalar.

“Dan daripada kalangan mereka ada yang berkata,’Wahai Rabb kami, datangkanlah kepada kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat juga kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka’”(Al-Baqarah: 201)

See…kita boleh sebenarnya memanipulasikan apa sahaja yang kita cinta tu untuk membantu kita tambahkan saham akhirat. Percayalah janji Allah..tak rugi pun kalau kita bantu agama Allah ni..Allah tak rugi apa-apa kalau kita tak bantu dia, kalau nak, Allah boleh je jadikan Islam ni hebat sepanjang masa tanpa ada yang menindas. Allah Maha Berkuasa, Dia boleh jadikan apa yang Dia nak..Kun fayakun..tapi Allah bagi peluang pada kita untuk bantu diri kita sendiri..

Rebutlah peluang-peluang yang ada untuk capai redha Allah.. gunakan kelebihan fitrah yang dijadikan Allah untuk lebih dekat dengan Allah.. tak dapat nak rasa macam mana nak buat sesuatu untuk dapat redha Allah?? Mintalah pada Dia… Dia dengar permohonan kita..

“Sekiranya hamba-Ku bertanya mengenai-Ku kepada engkau (Muhammad), maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat….”

Yakinlah


BY:Besi The Heartless


Saturday, April 18, 2009

Jadikan Aku Yang Kedua..., Buatlah Diriku Bahagia

Alhamdulillah... kini ku sedar
Astaghfirullah... kumohon ampunanNya
atas kesombongan dan kejahilanku sebagai wanita

ternyata...
alangkah bahagianya aku punya suami yang soleh
hampir tiap hari dia mengajarku dengan kalimah dari kalam suci
membacakanku buku tarbiyah serta bermain denganku olahraga

Suamiku memang bukan setaraf dengan orang2 soleh terdahulu,
bahkan tidak setaraf jika dibandingkan dengan mujahid cilik di palestin,
yang melempari batu ke arah kereta kebal zionis terlaknat
namun dia berhati mulia

saat akhlakku susut dalam rumahtangga
suamiku tak pernah menampar apatahlagi memukul muka
Suamiku tetap bertanggungjawab
walaupun sedang murka, marah, membenci atas kesalahanku

Suamiku suka membuat panggilan mesra
"hai bidadari disyurga"
"apa khabar isteriku yang solehah"

.........
suamiku... kau memang bukan milikku selamanya
suamiku... kau membuatku selalu merasa bahagia
kau membuatku berilmu, solehah
walaupun harus berpisah berhari-hari lamanya...
Karena ...
kau memang bukan milikku selamanya
kubayangkan betapa sedihnya bersuami cekal mengharungi samudra intelek
berminggu tak jumpa...
***
suamiku... kau membuatku berlumba
untuk menjadi lebih solehah
ku berharap kita akan ke syurga

"jadikan aku yg kedua
buatlah diriku bahagia
walaupun kau...
takkan pernah...
kumiliki selamanya"

nur2dlihat

Friday, April 10, 2009

Lelaki dulu,kini dan....

Assalamualaikum

Entry kali ini sengaja di'post' agar dapat mem'bangunkan' sesiapa yang berkenaan.. boleh kata ni suara hati Besi...Dah tak tau nak kata macam mana lagi..huhu...

==============================================================================



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,

Acuan Madrasah Rasul.


Srikandi,
Damsyik, Syria.




Sumber:Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd Nordin

Besi said: Amacam lelaki di luar sana? Ada berani ka mau challenge?? Cabaran untuk antum semua, fikirkanlah... =)


by:Besi The Heartless
dipetik drpd novel...

Monday, March 30, 2009

“To Live Well or To Live Hell, You Choose…”
(Rooftop Rant; by:Hlovate)


"It just so true that we are the one decide whether to carried on with life according to the flow or make some paradigm shift following rules that being draft by the Almighty…"

"Demi jiwa serta penyempurnaannya(penciptaannya), maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu), dan sungguh merugi orang yang mengotorinya."(Asy-Syams:7-10)

"HIDUP ITU PILIHAN"

hidup itu pilihan antara baik dan buruk
pilihlah yang terbaik untuk hidupmu...
karena hidup didunia hanya sementara waktu
amalan yang soleh jadi bekalan utama
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
qu anpusikum waahlikum nara


By:Besi The Heartless

Sunday, March 22, 2009

PEMUDA DAN PERUBAHAN

GENERASI PEMUDA DAN PERUBAHAN
BY: FATHI YAKAN

Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran
yang mempercayai Strategi Perubahan ini.

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.

Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:

1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.

2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.

3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua
walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun
datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.

Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah
sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu.

Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.

Tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku. Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya

Satu daripada ciri-ciri Islam ialah ianya bersifat "merubah." la menolak cara menempel atau memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku, atau ia tidak ingin mengharuskan hidup bersama jahiliah.

Manhaj Rasulullah saw. dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat 'taghyir' (merubah). Tatkala orang-orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah tuhan Muhammad pula selama sebulan yang lain, Al-Quran secara tegas menurunkan ayat:

109:1-6. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang
kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak
pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula)
menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah,
agamaku."

42:15. Maka Karena itu Serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana
diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan Katakanlah:
"Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan Aku diperintahkan
supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. bagi kami
amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. tidak ada pertengkaran antara kami
dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)".


Perubahan wajib sebagai suatu kemestian yang "dharuri" dilakukan oleh para pemuda Islam bagi menghadapi cabaran zaman, bagi menghadapi gelombang materialisme dan atheisme yang mengancam kewujudan Islam. Pandangan yang mendalam tentang kedudukan Umat Islam di setiap tempat mengukuhkan lagi keperluan mempersiapkan pemuda Islam dengan persiapan yang mencukupi syarat untuk menunaikan tugas perubahan Islam yang dicita-citakan, malah ia menjadi suatu tanggungjawab agama yang tidak seharusnya diabaikan atau dipermudah-mudahkan.

Perubahan Islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit sebagaimana yang difahami oleh setengah orang. Ia merupakan falsafah perubahan dalam Islam. Secara ringkas falsafah ini terungkap dalam kata-kata Rubi'e bin 'Amir kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang Islam:

"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan."

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya:

'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'


AYUH PEMUDA, LAKUKAN PERUBAHAN!!

Diringkaskan oleh: Besi The Heartless

Hey.. Itu AKU

Banyak perkara yang berlaku ke atas diri kita tanpa kita sedar atau pun tidak. Kadang kala kita merungut dan tidak berpuasa hati dengan pencapaian diri sendiri apabila kita melihat orang lain beroleh kemewahan, kesenangan dan kejayaan lebih dari apa yang kita ada. Itulah sikap manusia, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki atau dengan kata yang lebih tepat – tidak bersyukur.

Aku sebenarnya masih mencari cara bersyukur yang terbaik dengan peluang yang Allah berikan untuk menuntut ilmu. Apakah sebenarnya yang perlu aku lakukan? Jauh dari keluarga memang membuatkan kita cepat berasa kekosongan dan tidak tahu apa yang per­lu dilakukan. Inilah masanya untuk meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan!

Apa yang mahu diteroka? Aku mengambil kesempatan terhad di sepanjang keberadaan ini untuk berjalan, melihat dan berfikir tentang keindahan alam dan ma­nusia di sekitarnya. Masa, wang dan tenaga dihabiskan untuk singgah di pelbagai daerah dan ceruk. Semunya ku lawati dengan satu matlamat.

Misi untuk belajar dan menyampaikan. Walau diri ini tidak sehebat mana, namun aku mahu lakukan yang terhebat demi agamaku..Barangkali tanpa misi dan matlamat yang jitu seperti ini, aku hanyalah pelajar biasa yang terperap di kelas yang sekali sekala mencari jalan melepaskan tekanan dengan menjerit pura pura kegirangan. Ada pula yang sudah berpasang pasangan walau tanpa ikatan yang sah. Ya, itu semua cabaran untuk kita..cabaran untuk memenuhkan usia muda. Pemuda ibarat air. Jika tidak mengalir ia akan rosak ber­sendirian. Semakin kotor dan berkuman.

Jangan jadi manusia biasa yang dirinya dikuasai perseki­taran. Emosinya mengikut tarian nafsu. Jadilah manusia biasa yang bercita cita untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Lambat laun akan ada hasilnya. Tetapkan pendirian dan teruskan jihad. Jangan alah sebelum ka­lah. Wah..cakap memang senang, tapi diri yang melalui jua lah yang menanggung onak dan ranjaunya.

Tapi kini aku puas selama bersama teman seperjuangan di dalam saf. Bersama-sama kami memperkukuhkan saf yang sedia ada. Banyak pengalaman yang ditempuh. Bu­kan sedikit pengorbanan yang di buat, bukan sedikit masalah yang menimpa. Tapi segalanya aku simpulkan menjadi suatu kepuasan. Membandingkan diri ini sewaktu sebe­lum daku ke sini amatlah jauh bezanya. Tidak pernah aku impikan untuk berada di sini, mengecap nikmat untuk menjadi seorang hamba yang beriman hanya kepada satu Illah,memerhati alam dan kehidupan dan berusaha mewakafkan seluruh hidupku hanya padaNya. Semuanya menjadi realiti kerana keazaman untuk menerima dan menyampaikan mesej. Mesej dari Rabbi.

3 persoalan yang asas seringkali aku ulangi, dari mana aku datang, untuk apa aku di jadikan, dan ke mana akhirnya aku akan pergi selepas ini? Persoalan yang sentiasa membantu aku untuk kembali ke jalan yang benar dan lurus, jalan yang dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.. Aku bersyukur, aku sudah mampu berubah..selepas ini, aku harus menjadi ejen perubahan. Perubahan kepada nur dari zulumat.Aku ingin terus berada di jalan ini. Jalan yang diwariskan oleh orang-orang yang telah dulu beriman daripada aku. Jalan yang menuntut aku untuk lebih banyak memberi dari menerima.. Mereka sudah berada di’sana’ bersuka ria.Aku pula, bagaimana?

“The more you give, the more you will get”. Sesungguhnya kejayaan itu datang dengan usaha DAN pengorbanan. Bukankah sudah diajarkan kepada kita melalui kalam Tuhan bahawa dibalik setiap kesusahan itu, pasti ada kejayaan (surah al-Insyirah). Keyakinan kita kepada pesanan dan ajaran daripada Allah swt ini seharusnya menjadi pemberi semangat untuk kita terus berusaha tanpa langsung berfikir untuk berhenti berharap.

Berusahalah, bersusah-payahlah, dan belanjakanlah harta,tenaga dan masa sebaiknya. Kerana sesungguhnya Allah akan menggantikannya semula. Dan kerana sesungguhnya janji Allah itu adalah PASTI untuk meraih kejayaan yang kekal abadi.

Segala kenangan di bumi ini akan menjadi kisah yang bakal diwariskan pada keturunan yang akan datang. Jadi ukirlah kisah ini sehebat mungkin. Sebersih mung­kin. Jangan dicemari dengan sia sia. Masa untuk men­cari hala tuju baru,buang segala kegelapan silam. Bagiku inilah kaedah bersyukur yang sebenarnya..

Rujukan:Titian Fitrah Disember 2008

Dari: Besi The Heartless

Wednesday, March 18, 2009

7 Tips to Improve Your Relationship with the Qur’an

"Heart are containers for the love of Allah and Rasool(PBUH),if we do not fill them with what is virtuous, they will become filled with what is vile"

ARE you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips can help you connect with the Qur’an.


1. Before you touch it, check your heart. The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a ‘walking Qur’an‘: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.


2. Do your Wudhu’ (ablution). Doing your Wudhu’ is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.


3. Read at least 5 minutes every day. Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!


4. Make sure you understand what you’ve read. Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.


5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD. In an age of ‘interactive’ CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.


6. Don’t just read; listen too. There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.


7. Make Dua (supplication) . Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.


So my fellow friends, how close ourselves from the testimonial of Allah??=)


Friday, March 6, 2009

PESONA untuk remaja puteri

Kem Personaliti (Pesona) Remaja Puteri Tahap 2
Tarikh: Sabtu 28/03/2009 - Ahad 29/03/2009
Tempat: Pusat Belia Bukit Lagong

Peserta: Alumni Pesona 2008
Yuran: RM 40 sahaja.
Anjuran: Biro Haluanita
Pendaftaran: 8.30 - 9.30 pagi Sabtu
Selesai: 4.30 petang Ahad

Hubungi:
Hamilah Nordin - 0133424722
Shamsiah Saidin - 0193922480
Mazlina bt Ali - 0133913136
Che Azizah - 0193245646

ni satu lagi program yang tak boleh dilepskan!!! kepada adik-adik puteri yang pernah mengikuti program PESONA sepanjang tahun 2008, ikuti sambungan (macam cerita korea n jepun lak ada sambungan..huhu..(~_^)v) kem ini pada tahun ini. Insya Allah pelbagai aktiviti menarik dan yang pasti HANGAT yang akan dijalankan..Jangan sia-siakan peluang ini..

"HALUAN SAYANG REMAJA"

KAK BESI PUN SAYANG ADIK-ADIK JUGA =)

HIMEGA..~~Kemana kita selepas ini??~~


Hijrah Menara Gading 2009 (HIMEGA 09)
Tarikh: Jumaat 27/03/2009 - Ahad 29/03/2009
Tempat: Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tema: Kearah Pembinaan Mahasiswa Rabbani
Sasaran: Pelajar Lepasan SPM 2008
Anjuran: Kelab Siswa Haluan Malaysia (HaluanSiswa)

Program ini menekankan aspek:
- kecemerlangan akademik di IPT
- panduan memilih kursus di IPT
- cabaran & halangan kecemerlangan di IPT

Para peserta juga berpeluang untuk menjalin silaturrahim dengan pelajar IPT dan seterusnya menimba pengalaman mereka.

Jangan lepaskan peluang ini! Ajaklah rakan anda untuk sama-sama menghadiri progam ini.

Pertanyaan?

Sila hubungi
Zakiran (untuk peserta lelaki) 019-9390304; email: ki_renz@yahoo. com
Amnani Shamjuddin (untuk peserta perempuan) 013-3007204; e-mail: snowblue154@ yahoo.com

Sesiapa yang berminat untuk menabur khidmat sebagai fasilitator atau urusetia juga boleh menghubungi kami seperti maklumat di atas ataupun email ke haluansiswa@haluan.org.my

JADI?? APA TUNGGU LAGI? KEPADA ADIK-ADIK YANG BARU HABIS SPM DAN SEDANG MENUNGGU UNTUK MASUK U, MANFAATKAN PELUANG INI. INSYA ALLAH BANYAK ILMU DAN PENGALAMAN YANG BOLEH DI TIMBA.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...