Saturday, June 28, 2014

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan


Status Update
By Fedtri Yahya
 
..10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.❌❌❌

1. Tidak sahur. - puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

2 Sahur terlalu awal - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. ..

3. Terlebih tidur - lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah ... Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir -lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. ......

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan -bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr - Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ..

8. Puasa tapi tak solat - pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. Ayoyo! ....

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu... Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan...

.. Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan...
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
 
Ramadhan Kareem!
 
Selamat berpuasa. ⭐
 
Let us make this Ramadhan as the best Ramadan ever! ..✔

Wednesday, June 18, 2014

Cara Membuat Sarapan Tortilla Wrap Ringkas

Tortilla Wrap Ringkas

tortilla

Anak-anak kecil memang cerewet bila bab makan sarapan pagi. Kalau asyik dihidangkan bijirin segera dan susu sahaja tentu mereka juga bosan. Apa kata sediakan sarapan mudah yang berkhasiat untuk mereka.
Hidangan: 2 orang
Masa: 20 minit
 
Bahan-bahan:
2 keping tortilla wrap
isi ayam (potong dadu)
½ biji bawang besar (cincang)
2 biji telur
1 sudu kecil sos barbeque
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Daun salad
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.            Perap isi ayam dengan sos barbeque selama 3-5 minit.
2.            Panaskan kuali dan tumis bawang besar. Biarkan seketika kemudian masukkan ayam yang diperap.
3.            Setelah ayam masak, sejukkan ia dan goreng telur hancur seperti biasa.
4.            Gaulkan ayam dan telur hancur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah. Gaul sebati.
5.            Kemudian gunakan kuali leper anda untuk panaskan tortilla. Gunakan api yang perlahan. Satu minit untuk setiap bahagian tortilla yang dipanaskan.
6.            Setelah dipanaskan, letakkan daun salad di atas tortilla. Kemudian letakkan campuran ayam dan telur tadi di atas daun salad.
7.            Balut tortilla anda mengikut citarasa sendiri. Boleh juga ditambah sos tomato dan mayonis untuk rasa yang lebih menarik.
8.            Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, June 17, 2014

Cara Selesaikan Masalah Besar


Status Update
By Bryan Gan
 
Many times we think our problem is big, but actually the world has bigger problem than ours. The question is, whether we want to open up to solve our problem?

Friday, June 13, 2014

Sebab Hidup Tidak Berubah


Status Update
By Irfan Khairi
 
Sekiranya kita sering berfikir negatif, lihat keadaan diri kita kini. Pemikiran negatif itu lah yang mungkin menyebabkan keadaan kita tidak berubah sejak dulu hingga kini. Ubah dulu pemikiran dan ini akan mengubahkan hidup anda.

Thursday, June 12, 2014

Nota Bila Gagal & Nota Bila Berjaya


Status Update
By Irfan Khairi
 
 
Bila melihat orang gagal, doa2kan kejayaan mereka dan beri sokongan. Bila lihat orang berjaya, jangan pula mengharapkan kegagalan mereka dan beri kritikan. Tanamkan sikap positif terhadap kejayaan. Ini akan memberi semangat kepada kita untuk lebih berjaya.

Sunday, June 8, 2014

Modal perniagaan


Status Update
By Irfan Khairi
 
Kalau tiada modal untuk mulakan perniagaan besar, mulakan perniagaan kecil dulu. Keuntungan perniagaan laburkan balik untuk besarkan perniagaan. Ini akan mengajar kita lebih berhati2 dalam mengendalikan perniagaan di samping menambahkan pengalaman yang amat berharga. Start small, finish BIG ;)

Thursday, June 5, 2014

Jika GAJI kita RM1000

-Sedih Pos laju Klang X angkat2 call-
 
 
By Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
 
Jika GAJI kita RM2000 tetapi kita rajin dan kuat bekerja seakan gaji RM5000 ALLAH S.W.T akan berikan beza antara RM3000 itu kepada bentuk duit,Anugerah Cemerlang,Isteri yang Solehah, Anak Soleh dan sebagainya.
 
Jika GAJI kita RM2000 tetapi kita malas untuk bekerja seperti gaji RM1000, ALLAH S.W.T akan bezakan RM1000 tu dalam bentuk kerugian, malapetaka dan seumpamanya.
 
Rajinlah bekerja kerana ALLAH dan RASUL sungguh menyayangi pada orang yang kuat bekerja.
 
Wallahua'lam.

Cara Membuat Puding Gula Hangus

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
Puding gula hangus
Oleh:Mirmo Aimi
FB: www.facebook.com/bukuresepi

Resepi:
8 biji telur gred B..
Susu pekat 1/2 tin..
Susu sejat 1 tin..
Gula 4 sudu..
Esen vanilla 1 sudu kecil.

Cara:
1. Pukul telur dengan esen vanilla sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat dan susu sejat..
3. Pukul bahan2 diatas sehingga sebati..
4. Cairkan gula sehingga perang didalam loyang.
5. Masukkan adunan telur kedalam loyang ber isi gula hangus..
6. Sedia dikukus selama 50 mnt..
Selamat mencuba..

Cara Membuat Cookie Pod

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
Cookie Milk Shots
resepi dari Chef Dominique Ansel
Oleh:Noor Abdul Rahim
FB:www.facebook.com/bukuresepi

bahan-bahan :
1 cawan buttercup - suhu bilik
1/3 cawan gula halus
1/2 cawan brown sugar
1 biji kuning telur size besar - suhu bilik
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan mini chocolate chips
1 cawan chocolate - dicairkan

cara-cara :
1. Grease cawan atau acuan yg hendak digunakan (Jgn gunakan cawan plastic atau ceramic).
2. Pukul butter, gula & brown sugar hingga kembang.
3. Masuk kan kuning telur & esen vanila, gaul hingga sebati.
4. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
5. Masuk kan chocolate chips. Gaul rata.
6. Ambil segumpal adunan & masuk kan kedalam cawan atau acuan. Dengan menggunakan jari bersih (kuku pendek), tekan kan adunan mengikut acuan.
7. Setelah siap, masuk kan kedalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dibakar.
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau hingga kecoklatan mengikut oven masing masing.
9. Biarkan betul betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
10. Tuangkan chocolate cair kedalam acuan. Isi setengah cawan kemudian pusing-pusingkan cawan biskut supaya kesemua bahagian dalam cawan bersalut chocolate. Tuang keluar baki chocolate & boleh letak cawan didalam peti sejuk sehingga chocolate keras.

** Chef terkenal Dominique Ansel ialah Chef asal yg mencipta resepi ni.
** Resepi untuk 12 - 15 cawan bergantung pada size cawan.
** Cawan yg ada susu tu dah saya makan sikit tepinya untuk tunjuk kan pada kawan-kawan yg cawan tak bocor.
** mangkuk kecik tu boleh buat isi ice cream.



Cara Membuat Homade Sardine

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
SARDINE di rumah
Homade sardine

Ita Arif Ajer

Bahan2

5 ekor ikan sardin@ selyang(10 ekor pn boleh utk qty bahan tersenarai)
1 biji tomato saiz besar
1 biji bawang besar
1 ulas bwg pth
Stgh batang calery
3 senduk kecik sos tomato
1 senduk sos cili
2 sudu minyak masak
Pastikan brand sos yg sedap

Garam+gula secukupnya

Cara2
Blend semua bahan
Sehingga halus

Sesudah tu masuk kan ke dalam pressure cooker
Sblm masukan ikan rasa dulu kuahnya cukup tak rasa garam dn gula.kuah mesti sikit manis2 buah

Okay tutup periuk renehkan sehingga
Keluar wap yg berbunyi sirrrrrrrrr kt tgh2
Masa ni api besar

Dah tu kecik kan api
Reneh sehingga 1 jam ( begantung pd pressure cooker) tulang ikan akan rapuh tesktur.ikan tetap sama

Sukatan air mestilah meneggelamkan ikan

Kalau rasa was2 kot ikan hangit lepas 45min boleh la cek

Selamat mencuba

X susah pn yg pasti dpt banyak murah dn shedap

AWAS
LALUKAN PRESSURE COOKER PADA AIR SEHINGGA TIADA BUNYI DARI PERIUK TU SEBELUM MEMBUKA NYA
UTK MENGELAK KAN MUKA ANDA BETUKAR JADIK MCM MIKEL JEKSEN.HIHI

Wednesday, June 4, 2014

Cara membuat paste untuk ikan yang dibakar/grill

From the album: Timeline Photos
By Buku Resepi
siakap bakar berlada
Oleh:Naimah Md Ludin
cc : www.facebook.com/bukuresepi

1 ekor ikan siakap..siang dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit..masukkan dalam grill pan..bakar selama 7-8 mint api sederhana..kemudian balikkan grill pan..bakar lbh kurang 5 mnt.

-1 biji bawang besar
-2-3 ulas bawang putih
-1 senduk cili kisar (cili kering rebus bland belacan)
-1 sudu gula
-garam secukup rasa
-minyak utk menumis
-serai (titik)
-i inci halia (hiris nipis)

bland cili kisar,bawang besar dan bawang putih. tumiskan dalam kuali asing bersama hirisan halia..masukkan serai,gula dan garam..tuang 1/2 shj sambal atas ikan yg sedang dibakar bila ikan dah hampir masak..balik kan pan utk siram 1/2 lg sambal tumis sebelah ikan lagi..biarkan 2-3mint..padamkan api dan hidangkan bersama salad,tomato dan juga sambal kicap (bawang besar dadukan,buah tomato dadukan,kicap manis,perahan limau nipis/kasturi,cili padi hiris nipis).

Monday, June 2, 2014

Bagaimana untuk mengembangkan EQ anak sejak kecil.


https://www.facebook.com/familyguru
Status Update
Ada soalan yang bertanya bagaimana untuk mengembangkan EQ anak sejak kecil.

Diantara contoh bagaimana boleh mengembangkan EQ anak sedari kecil ialah menggunakan apa sahaja aktiviti seharian yang dia lalui.

Contohnya; bila anak mendapat adik baru. Dan nampak dia jealous dan mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.

Namun, elakkan mengatakan; " Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.” Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.

Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring sajakan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”

Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.

Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”

Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.

Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerab dimarahi.

Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.

EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.

Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.

Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...