Wednesday, January 12, 2011

Ego Si Katak

Assalammualaikum wbt.

Kolum kegemaran saya di dalam majalah solusi ialah "AnggukGeleng"... Bukan apa, kisah2 pendek yang dipaparkan sangat menarik. Disini, saya kongsikan salah satu kisah yang mencuit hati di dalam majalah solusi, isu ke-3. Mari sama2 kita baca dan hayati kisahnya....

images?q=tbn:ANd9GcRY1V_WI9pxM4L8AXAjdmXgtXdVi8fJN_f2iimNHtZ6e7BNUPfEimages?q=tbn:ANd9GcS3N3X1fW77vJH2wtmP9G-KAjLiOWicWzu-FqKV3U16LC6hzr7YvAimages?q=tbn:ANd9GcRY1V_WI9pxM4L8AXAjdmXgtXdVi8fJN_f2iimNHtZ6e7BNUPfE images?q=tbn:ANd9GcQlGGAUzIEZ-3T5vnWBLGvYHu9rP9Ws3WAfhoc7DJzuNEFNp3hx

Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap.

''Ayah, saya baru pulang daripada bermain di sawah pado, Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau... ''

''Ah, apa nak dihairankan?'' kata bapa katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat kerbau.

''Kerbau itu sangat besar ayah...''

''Ah, ada sebesar ini?'' tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.

''Tak ayah, lebih besar lagi.''

''Ada sebesar ini?'' kata bapa katak membesarkan lagi perutnya.

Anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak bertambah geram dan marah.

''Ada sebesar ini?'' Perutnya menjadi sangat besar sehingga nafasnya tercungap-cungap. Anak katak terus menidakkannya. Perut bapa katak dikembungkan lagi. Begitulah berlaku berulang-ulang kali hingga...

Pop! Perut bapa katak meletup. Bapa katak pun mati. Anaknya kebingungan, mengapa ayahnya sanggup mati hanya kerana hendak menandingi ''kebesaran'' seekor kerbau.

p/s : Berlagak kaya menjadikan kita papa. Ada pihak yang begitu beria-ria ingin mempromosi atau menunjuk-nunjuk kekayannya, padahal ahli hikmah mengungkapkan, jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya. Perlukah Bill Gates misalnya, memberitahu dunia yang dia kaya? Ironinya, ramai si kaya 'jadi-jadian' yang menanggung hutang secara diam-diam atau hidup menjadi penipu (conman) sepanjang zaman atau terpaksa mati sebagai seorang miskin pada akhir hayat.

--------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com

[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[Muffin in box for special day] www.facebook.com/AuraniBakery
[Bahulu Pelbagai Perisa] http://bahuluweddinggift.blogspot.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...