Salaam wbt.
Rasanya, semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama menyukai dan meminati kuih ini. Hihihi, termasuk la saya.Kali ini, saya nak cuba pulak buat resepi kuih malaya nie. Malam ni, inshaALLAH. Rasa bosan pulak asyik makan kuih kukus.
Nak tukar selera pula. Kepada yang meminati kuih ini, marilah sertai saya mencuba resepi ini.
Saya ambil dari blog ini.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
*Bahan-bahan untuk kulit:-
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik
*Bahan-bahan taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan coklat urai
5) ½ cawan gula pasir
*Cara-cara pembuatan :-
1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6. Sedia untuk dihidangkan.
-----------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[AuraniBakery] www.facebook.com/AuraniBakery
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[AuraniBakery] www.facebook.com/AuraniBakery
No comments:
Post a Comment