Sunday, December 6, 2009

Bila cinta didusta

Kali ini aku ingin bercakap sebagai seorang dewasa yang matang. Aku sudah memasuki level atau zone dewasa. Sebagai seorang yang dewasa, tentu sahaja banyak tanggungjawab yang aku kena pikul. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk orang lain juga. Bukan sekadar keluarga serta sanak saudara, malah seluruh ummah. Itu yang aku faham, itu yang aku tahu dan itu yang mesti aku buat.

Sebagai seorang mukmin yang yakin beriman, bagaimana caranya patut kita buat apabila kita rasa down? Bila Allah tarik sesuatu yang bukan milik kita, bagaimana harus kita hadapinya? Secara teori, mudah. Kita kena yakin dengan qada’ dan qadar Tuhan, redha dengan apa yang Allah telah susun untuk kita.Tetapi apabila situasi itu benar-benar berlaku dalam keadaan yang kita tidak sedia, bagaimana kita hendak menerima kenyataan ini? Adakah kita mampu untuk bersabar dan redha?

Dan, bila aku perhati sekeliling, sungguh aku berasa tidak selesa. Kawan-kawan aku meluahkan rasa sedih, tension dan kosong dengan perkara-perkara yang aku rasa serabut. Membuat hati semakin gundah, menambah rasa gelisah, dan akhirnya tetap berkeluh kesah. Mengapa? Mengapa itu yang di cari? Mengapa itu yang patut diikuti? Aku tidak setuju, aku tidak selesa.

Bila aku tanya,

“apa yang membuat kamu sangat sedih begini?”

Dan dia menjawab,

“aku sudah clash dengan kekasihku..”

Dan dia menangis..

[Haish…………tipikalnya], bisik hatiku.

“adakah kamu hendak membina mahligai impian dengannya?, sehingga kamu kecewa begini..”

“ya, itulah tujuannya aku berkasih dengannya. Aku telah menyayanginya sepenuh hati ku”

[bila kamu letakkan cinta kamu selain dari Allah, tentu sahaja kamu akan kecewa. Kamu sudah maklum, hanya Allah sahaja yang layak dicintai, dan cintaNya tidak akan mengecewakanmu. Mengapa kamu masih mencari cinta yang lain?]

Aku merintih di dalam hati. Melihat teman rapatku begitu, sedih begitu hanya untuk perkara yang aku rasa enteng. Kamu sudah 24 tahun, kamu sudah cukup dewasa untuk berfikir. Kamu sudah dengar pengalaman sahabatmu yang tumpas kerana cinta, mengapa kamu ikuti jalan itu juga?

“Baguslah kamu clash, kamu akan dapat belajar dari pengalaman kamu. Selepas ini, kamu akan lebih berhati-hati.”

“Tapi aku masih tidak redha dengan kenyataan ini”

“Kamu menangislah sepuas hatimu, aku tidak akan menyuruh kamu untuk menahan tangismu. Kamu perlu luahkan rasa hatimu. Carilah sumber segala kekuatan untuk kamu menjadi kuat semula. Itulah yang kamu perlu lakukan waktu ini”

[kasihannya, dia tidak tahu. Dia sedih untuk perkara yang tidak patut sedih. Bawalah hatimu pada Allah, Dia akan ubati teman. Bersyukurlah, kamu masih diberikan hidayah sebab Allah tidak terus biarkan kamu tenggelam dalam cintamu yang rapuh itu.]

“Aku sangat sedih, aku sayang dia, sepenuh hatiku”

[itu yang kamu tidak patut buat pada awalnya, mencintai dia yang bukan milikmu dan bukan tentu untukmu, dan dengan cara yang yang tidak diluluskan oleh Penciptamu]

“Bersyukurlah, fikirkanlah, apa yang berlaku pada dirimu ini tidak sehebat dan seberat seperti yang berlaku pada saudara-saudaramu yang lain. Mereka lagi tiada pilihan, terpaksa menerima dugaan yang lebih besar. Jika kamu berada di tempat mereka, apakah yang kamu perlu lakukan? Menangis? Sekiranya mereka berada di tempat kamu, mereka tentu ketawa melihat masalahmu yang begitu ringan ini.”

“Biarkanlah dia memilih yang lain, bukan dirimu. Siapa kamu untuk tentukan jodohmu itu? Kamu tidak berhak atas diri kamu sendiri pun. Yang lain itu lebih perlukan dia dari kamu. Kamu mampu bangun dan hidup tanpa dia. Bukankah begitu?”

Dan dia terdiam..

[Maafkan aku teman. Bukan niat untuk berkasar. Aku mahu kamu bangun dari tidurmu. Kita tidak cukup masa untuk menemui tuhan.]

Mungkin tidak setuju, mungkin kamu sudah mula untuk berfikir, terpulang. Aku sudah sampaikan apa yang patut untuk dirimu. Aku tidak mahu bebankan kamu. Perlahan-lahanlah betulkan kesilapan kamu. Aku janji akan sentiasa berada di samping kamu untuk kamu bangun. Kerana kamu teman baikku. Aku ingin kamu bersama-samaku di syurga sekiranya Allah izinkan.

[Mengapa harus kita rasa kecewa, sedangkan Allah lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk makhlukNya, bukan ditakdir untuk menyiksa. Biarpun kita terasa berjauhan namun jiwa bagaikan tiada sempadan. Itu yang terbaik untuk setiap insan, saling memahami dan redha dengan kehendak Ilahi.]

[wahai tuhanku ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu, yang telah Engkau kurniakan kepadaku juga kepada ibu bapaku]

Dan ini merupakan pengajaran dalam dalam hidupku. Bila AKU terheret ke karaoke box, dan aku terkaku duduk di situ. Ngeee~~jahatkah aku? Ya, tentu sahaja. Ini yang terakhir,aku tekad.

Aku pernah terbaca dari blog seorang senior, tentang Rasulullah dan para sahabat baginda.

“Wahai Bilal, laungkanlah azan, rehatkanlah kami dengan solat, tenangkanlah kami dengan solat”

Aku, dia, dan kamu,bagaimana? Tengok movie? Karaoke box? Bowling? Merayap di Bandar-bandar sehingga lewat malam? Atau kamu pilih seperti jalan Rasulullah-SOLAT.


P/S:kalau saya sedih, saya cari support system sy =)

1 comment:

Anonymous said...

TQ wahai teman seislam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...