Sunday, December 27, 2009

Biasa la kadang-kadang down..


"Ya Allah, aku mengadu kepadaMu perihal lemahnya kekuatanku, dan kerendahan diriku dihadapan manusia. Wahai Zat Yang Maha Penyayang, Engkaulah Tuhan bagi kaum tertindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapa lagi Engkau menyerahkanku? Kepada orang asing yang menyerangku atau kepada kerabat dan orang-orang dekat yang menguasaiku? Asal Engkau tidak marah kepadaku, aku tidak peduli dan menghiraukannya"


Doa Rasulullah SAW ketika di Tha'if

Ni'mat yang semakin hilang


Kadang-kadang kita tak sedar. Memang langsung tak sedar. Masa berlalu. Begitu pantas. Tengok-tengok diri kita dah berubah. Dah jadi lain. Lain dari dulu, lain dari diri yang kita angankan dulu. Lain dari diri yang mula-mula nampak 'cahaya' yang sangat terang itu.

Cahaya itu perlu dijaga. Dibajai sehari-hari. Kerana ia boleh hilang. Sedihnya tanpa disedari, tiba-tiba rupa-rupanya cahaya itu bukan milik kita lagi. Masa tu sedih sangat. Tapi jangan risau sangat, Rahmat Allah Maha Luas. Boleh dapatkan semula.

Macam main tolak tarik. Tapi jangan main selalu sangat. Takut terus takda. Terus tak sedar. Terus hilang sampai mati. Sedar hanya di Padang Masyar nanti. Sedih yang takde gunanya lagi. Semoga Allah merahmati.

Kena selalu muhasabah diri. Allah sering memanggil kepadaNya dengan memberi ujian. Hanya perlu redha dan taat. Dan mengaplikasikan bersungguh-sungguh:-

"Aku redha Allah sebagai Rabbku, Islam agamaku, Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul"

Sungguh,jika ayat ini meresap keseluruh pelusuk jiwa. Alangkah indahnya hidup seorang manusia. Wangi dunia tanpa nestapa, untuk meraih syurga abadi. Bersungguhlah kita. Berbaktilah kita sebaiknya. Jagalah hati yang selalu sombong itu. Moga nikmat tak hilang lagi...

sumber:http://nowfarablog.blogspot.com/

Gerbang Kebahagiaan

Hidup kita di dunia ini sentiasa berada di dalam ni’mat Allah tiap saat dan ketika. Segala yang ada pada kita telah diberikan oleh Allah tanpa perlu dibayar secara materialnya. Tapi, sebagai hamba, tanda kesyukuran dan terima kasih kita pada Yang Maha Pencipta, wajib bagi kita membayar harga setiap keni’matan yang kita sedut ini dengan berkhidmat sepenuh hati pada Deen Allah, semata-mata mendapat keampunan Allah dan redha Allah. Semoga kita berada dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

==================================================================================

“Teringin saya untuk berbicara tentang cinta dari sudut yang berbeza. Cinta yang seharusnya saya pandang dari dimensi yang betul. Semoga cinta yang sedang saya semaikan ini tidak sia-sia.”

“Cinta dari dimensi mana pula ni? Ada berapa dimensi la cinta ni ya..heh..”

“Ini cinta yang lain, yang semua orang tidak sanggup untuk hadapinya. Hanya orang terpilih sahaja boleh rasai cinta ini. Saya mahu jadi orang yang terpilih itu. Saya mahu Allah letakkan saya di tempat yang mulia lantaran cinta ini..”

“Bersungguhnya kamu ni..apa yang kamu cintai?”

“Da’wah..Da’wah adalah cinta. Cinta akan menuntut segala-galanya dari diri kita. Sehingga setiap perbuatan kita [makan, tidur, mandi, gosok gigi, membasuh, bermain, bekerja, belajar,etc], bahkan mimpi kita juga sentiasa dibayangi dengan cinta. Cinta kepada da’wah. Cinta kepada da’wah ini mendorong kita untuk pergi kepada masyarakat dan mengislahkan masyarakat. Seorang mu’min hidup dalam keadaan berubudiyah kepada Allah. Rasa perhambaan inilah yang menerbitkan semangat atau titik tolak untuk menguasai masyarakat, rasa sayang kepada orang yang berada disekitar dan bawa mereka keluar dari kemurkaan Allah.”

“Bila kita cintai sesuatu, kita akan beri segala-galanya kepada apa yang kita cintai. Kamu sedar tak apa yang kamu katakan ini? Berat tau apa yang kamu hajatkan ni.”

“Cinta kita kepada Allah akan mendorong kita mengambil langkah-langkah ini. Da’wah apabila menjadi sesuatu yang dicintai, maka akan tersedutlah segala yang ada pada kita sehingga meresap keni’matannya sehingga ke daging serta tulang! Kita mesti merasai hidup di dalam da’wah adalah yang paling ni’mat. Dalam kondisi yang tidak berperang, maka da’wah adalah yang paling utama. Hidup di atas jalan Allah adalah hidup menuju syurga. Setiap hari kita semakin hampir dengan Allah. Setiap muslim mesti fikir bahawa hidup dia di dunia ini adalah untuk masuk syurga. Inilah kebahagiaan yang hakiki, bilamana kita masuk syurga dan berjumpa dengan Allah! Ultimate!! Jadi berbaloilah dengan ganjaran syurga Allah ini.”

“Itu sangat sukar untuk diikuti. Kita bukan rasul, kita lemah, pasti akan tumbang di tengah jalan!”

“Motivasikanlah diri kita dengan syurga. Jangan sesekali kaburkan hati kita dari matlamat yang utama ini. ‘Berjumpa Allah didalam syurga’. Jangan biarkan keinginan untuk masuk syurga kendur. Biarlah langkah-langkah yang kita ambil adalah langkah menuju syurga. Jangan biar orang lain suburkan keraguan dalam hati kita. Biarlah kita pilih kehidupan yang paling baik dan yang paling Allah sukai. Kehidupan kerasulan.”

“Kamu pernah dengar kata-kata ini: Teruskanlah bergerak sehingga kelelahan lelah mengikutmu. Teruskan berlari sehingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruskanlah bertahan sehingga futur itu futur. Teruskanlah berjaga sehingga lesu itu lesu menemanimu.

“Mengapa kamu memilih jalan ini? Biarkanlah orang lain sahaja yang buat. Bukankah ramai yang berda’wah ni. Apalah orang kecil seperti kamu mampu lakukan.”

“Tanggungjawab. Kamu bertanya mengapa, dan jawapan saya adalah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk tegakkan ma’ruf akbar, dan runtuhkan mungkar akbar. Sistem batil pasti menjana kemungkaran, sehingga kemungkaran dijadikan industri. Apabila kemungkaran menjadi industri, maka rosaklah masyarakat. Sebab itu hanya cinta kepada da’wah yang mampu melahirkan diri saya yang mampu mancintai masyarakat dan membawa mereka keluar dari kemurkaan Allah. Knowing the path is one thing, to be on the path is another thing, to be maintaining on the path with confidence towards Al-Jannah need a continuous process. Yang penting proses yang betul walaupun hasilnya tak bagus.”

“Teman yang disayangi, iman akan tetap bertempur dengan nafsu syahwat. Bukan amal besar di sisi Allah sebab ramai yang datang, tapi ikhlas yang hadir itu yang ni’mat. Kualiti di sisi Allah yang kita cari, bukan kuantiti pada pandangan manusia.”

“Ini tugas kita. Tugas saya, tugas kamu, tugas dia. Untuk mencintai da’wah. Untuk masuk syurga. Untuk runtuhkan yang batil. Untuk hidup bersama Allah”

“Takkan ada ganjaran untuk kamu. Kamu akan penat.”

“Syurga. Saya ingin ke syurga, dan syurga adalah sebaik-baik ganjaran dan bonus. Jadi saya mesti mendapatkannya. Hanya ada satu peluang sahaja untuk orang macam kita untuk masuk syurga.”

“Apa dia?”

“Peluang untuk memasuki syurga ada 4 jalan: 1. Jalan para nabi, 2. Jalan siddiqin, 3. Jalan syuhada’, 4. Jalan solehin. Kamu mahu ikut jalan yang mana? Kamu bukan nabi, kamu siddiqin macam Abu Bakar kah? Adakah kamu cukup soleh? Jika ya, kamu laluilah jalan yang itu. Hanya satu sahaja peluang yang ada bagi saya. Jalan syahid. Ustaz saya pernah bagitahu, barangsiapa yang berjihad walaupun tak syahid, Allah akan bagi syurga. Kamu nak syurga?”

“Jadi orang yang syahid confirm masuk syurga? Walaupun sebelum ini dia banyak dosa?”

“Tentu sahaja. Kamu tahu, kalau kamu lihat mujahidin Palestin yang gugur syahid, kenapa agaknya mereka tersenyum? Sebab Allah dah mula kira, setitik sahaja darah mereka yang gugur ke bumi, Allah sudah ampunkan dosa-dosa mereka. Bahkan Allah tunjukkan syurga kepada mereka. Jadi mereka berjuang untuk mati di dunia dan hidup bahagia selama-lamanya di syurga. Coolio!!”

“Bagaimana saya ingin jadi macam kamu. Inginkan syurga, mencintai da’wah, berkhidmat untuk agama Allah? Saya juga teringin untuk ke jalan itu”

“Bagaimana agaknya Rasulullah sebarkan roh jihad kepada para Rasul? Apa yang Rasulullah cakap sehingga roh jihad itu berputik? Cerita-cerita tentang aqidah dan tauhid kepada Allah. Cerita tentang Allah yang memberi syurga. Mereka berusaha dapatkan cinta Allah. Mereka memahami tuntutan ke atas mereka. Kefahaman yang diterjemahkan dalam bentuk amalan. Mereka yakin Allah dengar dan perkenankan permintaan mereka. Mereka jelas dengan konsep hidup bersama Allah. Kita. Mari sama-sama pupuk jiwa kita ke arah itu. Belajar lagi tentang tauhid. Baca Al-Quran, ayat-ayat Makkiyah.”

“Waktu sekarang ni, hanya diri saya seorang sahaja yang tahu dan mahu. Bagaimana kalau sudah berkahwin, mampukah teman hidup saya memahaminya?”

“Dengan dorongan iman, apabila sudah ada kesediaan dan mendambakan kekuatan yang berganda, maka fasa kedua menanti kita. Fasa baitul da’wah. Kalau kita hajat kepada teman da’wah, mintalah pada Allah. Dan kalau kita tak jumpa, minta juga sebab Allah suka dengar suara kita. Sehinggalah kita jemu untuk bersuara.”

“Berumahtangga bukannya cetusan fitrah atau mabuk bila terpandang. Hal itu terjadi sebab kita tak jaga pandangan, kita tak jaga adab pergaulan, kita buka hijab hati kita, walaupun hanya berhubung melalui alam maya. Rumah tangga adalah fasa amal. Jadi hindarilah proses yang tak betul dalam rangka untuk membinanya. Waktu berumah tangga, kita berhajat atau beramal? Hajat dan amal adalah berbeza.”

“Tidakkah saya boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja? Itu hak peribadi saya”

“Ramai berkata berumah tangga adalah untuk mendapatkan zuriat. Bagi saya, saya berhajat untuk memanjangkan usia da’wah. Usia kita tak panjang, jadi kita perlu ada pewaris. Pewaris untuk jalan da’wah. Kita perlu tanamkan aqidah yang sahih dalam jiwa zuriat kita. Sebab pertempuran yang sengit sentiasa terjadi antara golongan yang menentang Allah dengan orang yang beriman. Hendakkan penerusan keimanan, perlu ada baitul muslim. Masa depan Islam berada dalam rumah tangga da’wah. Setelah berumahtangga, da’wah mesti dikembangkan. Kalau dulu hidup sendiri, kemampuan terbatas, tapi bila berkahwin tenaga berganda, jadi hasil juga patut berganda. Bagaimana hendak menggandakan keberkesanan da’wah jika teman hidup kita tidak memahami da’wah? Jadi kamu mesti mencari teman yang memahami.”

“Tapi ada sahaja orang yang soleh berkahwin sesama mereka, tapi zuriat mereka tidak soleh. Malah yang tidak soleh memiliki cahaya hati yang soleh.”

“Hasil adalah urusan Allah, tapi proses untuk mendapatkan hasil yang baik adalah urusan kita. Saya beri kamu analogi mudah. Seorang pelajar yang rajin berusaha dan belajar bersungguh-sungguh mendapat keputusan hanya 3A sahaja dalam peperiksaan, dan seorang pelajar yang tidak belajar dan bermain-main mendapat 7A dalam peperiksaan. Jika kamu ada anak, kamu mahu anak kamu contohi siapa? Tak perlu bagitahu saya, kamu jawab dalam hati. Adakah kamu akan menyesal bila kamu sudah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh? Pahala tentu sahaja akan Allah berikan atas usaha kamu itu sebab kamu lalui jalan yang betul. Orang yang tidak soleh yang memiliki anak yang soleh itu tidak dapat pahala pun walaupun anaknya soleh sebab usaha apa yang dia buat yang melayakkan dia untuk dapat ganjaran? Begitu juga dalam proses memilih teman hidup. Laluilah jalan yang betul. Bukan jalan kabur apatah lagi gelap.”

“Saya tidak cukup baik, saya rasa, saya tidak layak untuk dapat yang baik”

“We are nothing. Kecuali apa yang Allah beri pada kita. Doa pada Allah banyak-banyak, sebab kita bukan sempurna. Fudhail bin Iyadh pernah berkata: Barangsiapa yang meletakkan kesempurnaan, dia akan hidup keseorangan.”

“Bila agaknya masa yang sesuai untuk memasuki fasa kedua pembentukan: Fasa baitul da’wah”

“Bila kamu sudah bersedia menjadi imam dan penjamin di akhirat kelak. Dan pasangan kamu itu adalah seorang yang membantu kamu untuk meningkatkan iman. Musuh sentiasa memastikan kita tidak ada pewaris. Jadi binalah lapisan pewaris yang mantap dengan membina persiapan yang rapi dengan menjalani proses yang betul.”

“Dari topik cinta, kamu bawa saya masuk ke da’wah dan akhirnya singgah ke gerbang kebahagiaan.”

“Pada ketika tenaga kita diperlukan untuk da’wah dan jihad, ketika itu kita patut terima. Mesej saya di sini, marilah sama-sama membina kekuatan menentang arus kebatilan, saudara-saudara kita sedang memanggil kita untuk menolong mereka. Dimana kita sebenarnya?”

TETAPKANLAH MATLAMAT, DAN BETULKANLAH PERJALANAN

Tuesday, December 22, 2009

Meeting with Allah


Ibn al-Qayyim said, in regards to the description of the Paradise and the delights that it contains:

“And if you ask about its ground and its soil, then it is of musk and saffron.

And if you ask about its roof, then it is the Throne of the Most Merciful.

And if you ask about its rocks, then they are pearls and jewels.

And if you ask about its buildings, then they are made of bricks of gold and silver.

And if you ask about its trees, then it does not contain a single tree except that its trunk is made of gold and silver.

And if you ask about its fruits, then they are softer than butter and sweeter than honey.

And if you ask about its leaves, then they are softer than the softest cloth.

And if you ask about its rivers, then there are rivers of milk who’s taste does not change, and rivers of wine that is delicious to those who drink it, and rivers of honey that is pure, and rivers of water that is fresh.

And if you ask about their food, then it is fruits from whatever they will choose, and the meat of whatever birds they desire.

And if you ask about their drink, then it is Tasneem, ginger, and Kaafoor.

And if you ask about their drinking cups, then they are crystal-clear and made of gold and silver.

And if you ask about its shade, then a fast rider would ride in the shade of one of its trees for a hundred years and not escape it.

And if you ask about its vastness, then the lowest of its people would have within his kingdom and walls and palaces and gardens the distance that would be travelled in a thousand years.

And if you ask about its tents and encampments, then one tent is like a concealed pearl that is sixty miles long.

And if you ask about its towers, then they are rooms above rooms in buildings that have rivers running underneath them.

And if you ask about how far it reaches into the sky, then look at the shining star that is visible, as well as those that are far in the heavens that the eyesight cannot possibly reach.

And if you ask about the clothing of its inhabitants, then they are of silk and gold.

And if you ask about its beds, then its blankets are of the finest silk laid out in the highest of its levels.

And if you ask about the faces of its inhabitants and their beauty, then they are like the image of the Moon.

And if you ask about their age, then they are young ones of 33 years in the image of Adam, the father of humanity.

And if you ask about what they will be hearing, then it is the singing of their wives from among the Hoor al-’Ayn, and better than that are the voices of the Angels and the Prophets, and better than that is the Speech of the Lord of the Worlds.

And if you ask about their servants, then they are young boys of everlasting youth who resemble scattered pearls.

And if you ask about their brides and wives, then they are young and full-breasted and have had the liquid of youth flow through their limbs; the Sun runs along the beauty of her face if she shows it, light shines from between her teeth if she smiles; if you meet her love, then say whatever you want regarding the joining of two lights; he sees his face in the roundness of her cheek as if he is looking into a polished mirror, and he sees the brightness from behind her muscles and bones; if she were to be unleashed upon the World, she would fill what is between the Heavens and the Earth with a beautiful wind, and the mouths of the creation would glorifiy, praise, and exclaim greatness, and everything between the East and the West would be adorned for her, and every eye would be shut from everthing but her, and the light of the Sun would be outshone just as the light of the Sun outshines the light of the stars, and everyone on the face of the Earth would believe in the Ever-Living, the One who Sustains and Protects all the exists.

And the covering on her head is better than the World and all that is in it, and she does not increase with age except in beauty; free from an umbilical cord, childbirth and menses, and pure of mucous, saliva, urine and other filthy things; her youth never fades, her clothing is never worn out, no garment can be created that matches her beauty, and no one who is with her can ever become bored; her attention is restricted to her husband, so she desires none but him, just as his attention is restricted to her so she is the sole object of his desire, and he is with her in utmost safety and security, as none has touched her before of either humans or Jinn.

And if you ask about the Day of Increase (in reward) and the visit of the all-Mighty, all-Wise, and the sight of His Face – free from any resemblance or likeness to anything – as you see the Sun in the middle of the day and the full Moon on a cloudless night, then listen on the day that the caller will call: ‘O People of Paradise! Your Lord – Blessed and Exalted – requests you to visit Him, so come to visit Him!’ So they will say: ‘We hear and obey!’

Until, when they finally reach the wide valley where they will all meet – and none of them will turn down the request of the caller – the Lord – Blessed and Exalted – will order His Chair to be brought there. Then, pulpits of light will emerge, as well as pulpits of pearls, gemstone, gold, and silver. The lowest of them in rank will sit on sheets of musk, and will not see what those who are on the chairs above them are given. When they are comfortable where they are sitting and are secure in their places, and the caller calls: ‘O People of Paradise! You have an appointment with Allaah in which He wishes to reward you!’ So they will say: ‘And what is that reward? Has He not already made our faces bright, made our scales heavy, entered us into Paradise, and pushed us away from the Fire?’

And when they are like that, all of a sudden a light shines that encompasses all of Paradise. So, they raise their heads, and, behold: the Compeller – Exalted is He, and Holy are His Names – has come to them from above them and majestified them and said: ‘O People of Paradise! Peace be upon you!’ So, this greeting will not be responded to with anything better than: ‘O Allaah! You are Peace, and from You is Peace! Blessed are You, O possessor of Majesty and Honor!’ So the Lord – Blessed and Exalted – will laugh to them and say: ‘O People of Paradise! Where are those who used to obey Me without having ever seen Me? This is the Day of Increase!’

So, they will all give the same response: ‘We are pleased, so be pleased with us!’ So, He will say: ‘O People of Paradise! If I were not pleased with you, I would not have made you inhabitants of My Paradise! So, ask of Me!’ So, they will all give the same response: ‘Show us your Face so that we may look at it!’ So, the Lord – Mighty and Majestic – will remove his covering and will majestify them and will cover them with His Light, which, if Allaah – the Exalted – had not Willed not to burn them, would have burned them.

And there will not remain a single person in this gathering except that his Lord – the Exalted – will speak to him and say: ‘Do you remember the day that you did this and that?’ and He will remind him of some of his bad deeds in the Worldy life, so he will say: ‘O Lord! Will you not forgive me?’ So, He will say: ‘Of course! You have not reached this position of yours (in Paradise) except by my forgiveness.’

So, how sweet is this speech to the ears, and how cooled are the righteous eyes by the glance at His Noble Face in the Afterlife…

{Some faces that Day will be shining and radiant, looking at their Lord…} (al-Qiyaamah:22-3)

[from the amazing and beautiful book Haadi al-Arwaah ilaa Bilaad il-Afraah by Ibn al-Qayyim, pg. 193] from At-Tibyaan

Thursday, December 17, 2009

ibu n anak

Hijrah melahirkan perubahan yang sebenar




Melangkah ke tahun 1431 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.

Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Aset yang terbesar untuk menyerlahkan potensi diri ialah akal kita. Melalui akal dan kepintaran, kita membina kehidupan yang mendasari asas penciptaan manusia. Ayat 56 surah Az-Dzariat yang bermaksud;

“Tidak Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”

Justeru itu, tahun Hijrah 1431 menuntut setiap daripada kita untuk berusaha meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri supaya kita mampu menguasai segala bidang khususnya dalam kerja-kerja memperbaiki tahap keimanan anggota masyarakat. Firman Allah swt dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud;

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu beberapa darjat.”

Hari ini terdapat banyak institusi yang memberi peluang kepada kita untuk menambah pengetahuan. Dalam era maklumat ini, mereka yang lambat untuk mengejar dan memperbaharui ilmu akan ketinggalan di belakang. Oleh itu, peluang pendidikan yang ada ini wajar direbut dengan bersungguh-sungguh oleh kita semua supaya minda dan tindakan kita akan dipandu oleh ilmu yang sahih. Bagaimana kita harus memulakan langkah yang meyakinkan bagi tahun Hijrah 1431 ini?

Kejayaan umat Islam terdahulu adalah kerana mereka mempunyai hati yang dimantapkan dengan taqwa kepada Allah swt. Jiwa yang bertaqwa mampu membuat perubahan dan memberi manfaat ke seluruh alam. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Taqwa itu di sini (baginda terus menunjukkan ke arah dadanya).”

Fathi Yakan dalam buku terkenalnya, Apa ertinya saya menganut Islam? menyatakan bahawa seorang muslim mesti mengimani dan meyakini kebolehan manusia untuk mencapai kebaikan dan kejahatan adalah melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya sendiri. Walau bagaimanapun, kedua-dua sifat ini adalah dengan keizinan Allah swt. Dua ayat al Quran berikut boleh memberi gambaran kepada kita untuk memahami kebaikan dan kejahatan adalah di bawah kawalan kita dan sememangnya sangat terikat dengan apa yang kita kerjakan.

“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya.” Surah Asy-Syams ayat 7 hingga 10

“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” Surah Al-Muddatstsir ayat 38

Sahabat nabi, Abdullah bin Mas’ud mempunyai kaedah sendiri untuk menjadi cemerlang dalam kehidupannya. Beliau amat yakin dengan firman Allah swt dalam surah Al-Talaq ayat 2 hingga 3 yang mengungkapkan syarat taqwa sebagai asas kepada kecemerlangan yang hakiki.

”Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.”

Prasyarat untuk mendapatkan apa yang diidam-idamkan bermula dengan taqwa dan bukannya harta yang banyak, rupa yang cantik atau kaum kerabat yang ramai. Masalah dan konflik yang dihadapi, walau bagaimana mana sukar sekali pun, insyaallah akan dapat diselesaikan dengan mudah hanya dengan bertaqwa. Inilah formula yang harus diguna pakai oleh semua anggota masyarakat Islam. Taqwa kepada Allah, tidak pernah diperolehi dengan mudah. Ia perlu dicari.

Practice believing in the impossible until impossibilities start becoming possibilities, then actualities - Norman Vincent Peale

Begitulah kata-kata penulis buku yang terkenal di dalam The Power of Positive Living. Perancangan yang terbaik tidak akan menjadi kenyataan jika tidak ada tindakan untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Petugas-petugas dakwah harus sedar betapa payahnya Rasulullah saw berusaha bersama-sama sahabat untuk menggali parit dalam peperangan Khandak. Kepayahan tersebut harus memberi ingatan kepada kita bahawa perjuangan untuk Islam bukannya bersenang-senang dan berangan-angan di dalam empat penjuru bilik atau di atas permaidani yang merah serta disambut dengan meriah. Sahaba-sahabat Ikhwan Al Muslimin telah menempuh pelbagai ranjau dan tribulasi dalam usaha mereka. Dan mereka tidak pernah mengeluh, mengadu keletihan dan kecewa dalam tindakan. Malah pemikiran dan tindakan mereka telah menjadi contoh dan inspirasi kepada seluruh umat muslimin dewasa ini untuk kembali melaksanakan Islam berpaksikan kefahaman yang sahih dan mantap.

Persiapan minda dan tindakan mereka adalah menurut landasan yang dijelaskan Allah swt dalam surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud;

“Maka luruskanlah (hadapkanlah) mukamu ke arah agama serta condong kepadanya. Itulah agama Allah yang dijadikanNya manusia sesuai dengannya. Tidaklah bertukar tindakan Allah. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Setahun yang akan kita lalui ini akan pasti dipenuhi dengan pelbagai konflik yang berlaku di dalam persatuan, masyarakat, negara dan ummah. Semua konflik, bencana, masalah dan halangan yang bakal kita hadapi tidak boleh menggugat persaudaraan kita malah memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah swt. Konflik hanya merosakkan perhubungan sedia ada dan mesti dileraikan dengan serta-merta. Tanggungjawabnya terletak di atas bahu setiap individu. Pemikiran dan sikap yang matang akan menghalang sifat-sifat negatif daripada membiak di dalam diri kita. Insyaallah dengan tarbiyah yang diperolehi melalui halaqah, usrah, ijtima’ dan program-program peningkatan dilalui, pembentukan akhlak yang mulia akan dapat dijadikan sebagai matlamat untuk menyebarkan risalah Islam dalam hidup kita pada hari ini.

“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh yang maa’ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.” Surah Al-Hajj ayat 41.

Sumber


Tim Redaksi HALUANTarbawi.Com

p/s: azam saya 'saya nak jadi ULTRAMAN' penyelamat dunia yang sejati, dengan cara saya sendiri =)

Thursday, December 10, 2009

Walau Sepotong Ayat



Sampaikan pesanan-pesanan itu
kata-kata nasihat
cerita-cerita tauladan
kisah-kisah sufi
teguran membina
sampaikan pada mereka
walaupun sepotong ayat



Pesanan baik yang kau terima
jangan sekadar disimpan untuk dirimu
sampaikan..sebarkan
mereka juga sepertimu
amat memerlukan kata-kata yg baik
berlegar di sekeliling mereka



Alangkah bertuah
jika hidup tak pernah jauh
dari kata-kata pesanan
nasihat dan tunjuk ajar
bicara yang berilmu
dari segenap keprihatinan di sekelilingmu



Sepotong ayat terkandung nasihat
ibarat benih bermutu
campakkan pada tanah yg luas
menjadi pohon
berakar umbi
subur menjadi rimbun
berbuah lebat
menghasilkan lebih banyak benih yg baik



Sampaikan walau sepotong ayat
agar
kita sentiasa ingat-mengingatkan
tak pernah jauh dari nasihat
dan pengajaran yang menginsafkan

Sampaikan olehmu
walau sepotong ayat.....



sumber: ppt presentation by akhi razali

Dedikasi


Wednesday, December 9, 2009

Allah menyayangimu..

Alhamdulillah, Allah Maha Baik dan mudahkan jalanku. Insya Allah, tak sampai 8 tahun, akan muncul lagi seorang pakar dalam dunia akademik Islam.Amin =)


PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA (BAJET MINI 2009)
TAHNIAH !

Tuan/puan berjaya ditawarkan Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini 2009) seperti berikut :
NAMA
:
AURA BESI
NO. KP
:
XXXXXXXXXXXX
KURSUS
:
SARJANA KEJURUTERAAN (KIMIA)
PERINGKAT
:
SARJANA
TEMPAT PENGAJIAN
:
UNIVERSITI Y
* Sila cetak Surat Tawaran Pembiayaan (klik pada butang Cetak) dan muat turun Surat Setuju Terima beserta Lampiran A
* Sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat tawaran (Lampiran A), sila kembalikan Surat Setuju Terima dalam tempoh 14 hari
dari tarikh Surat Tawaran.

Berubahlah!!

Semua orang ingin berubah, tapi susah nak berubah. Kenapa?

Perubahan bukannya seronok, sebab perubahan memerlukan satu proses yang panjang dan perlukan pengorbanan. Pengorbanan dari segi emosi, masa, tenaga, dan pendirian yang terlalu lama terpasak dalam diri. Proses yang bagaimana? Tentu sahaja proses tarbiyah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bila nak berubah, sudah pasti akan menerbitkan konflik dalam diri dan persekitaran. Konflik dalam diri terjadi bilamana kita mesti pertahankan kebaikan yang lakukan. Konflik luaran terjadi bilamana tiada suasana yang baik dalam reality masyarakat dunia. Yang baik-baik sahaja hanya ada di syurga. Dunia merupakan tempat pertembungan antara yang baik dan yang jahat. Jadi tentu sahaja sangat sukar untuk berubah.

Ketiga-tiga perkara di atas merupakan factor utama mengapa perubahan itu susah untuk dilakukan walaupun kita tahu yang kita perlu berubah.

Mari kita perhatikan kehidupan kita, sekiranya kita hidup dalam takuk yang lama dan tidak berubah, kita akan jadi tidak selesa. Berubahlah untuk cari momentum baru, keselesaan baru dan tenaga yang baru.

Kenapa susah sangat nak berubah ni? Boleh bagi tips tak?

Kata kunci untuk sindrom susah berubah adalah LEMAH PENDIRIAN. Ciri-ciri orang yang lemah pendirian apabila berkata, dia tidak berhati-hati. Kita, apa yang kita perkatakan. Kata-kata kita merupakan satu doa. Setiap kata-kata kita akan memberi kesan terhadap fikiran serta sikap kita. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh seorang Professor air yang berasal dari Jepun, kata-kata yang baik yang kita tuturkan sebelum kita minum air, akan mengubah molekul-molekul air menjadi indah, cantik dan baik. Apatah lagi jika kita sentiasa berhati-hati dalam tutur kata kita dan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik, sudah tentu kita mudah untuk berubah menjadi yang lebih positif.

Orang yang tidak mentaati pemimpin juga merupakan orang yang lemah pendirian. Kepimpinan berlaku di dalam dan di luar diri. Contohnya, mentaati ibu bapa jika berada di rumah, mentaati arahan bos jika kita dalam satu organisasi merupakan kepimpinan yang perlu ditaati di luar diri kita. Adakah kita taat? Begitu juga, taat terhadap kepimpinan di dalam diri. Dalam diri kita ada sebuah kerajaan yang dipimpin oleh hati yang bersih. Sedangkan akal, nafsu dan segala anggota adalah tentera dalam kerajaan diri. Hati yang bersih tidak akan silap dalam menilai antara baik dan buruk, semuanya bergantung kepada tentera-tentera dalam diri samada untuk taat atau ingkar.

Berubah memerlukan pengorbanan, sedangkan orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang lemah pendirian. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berubah, yang paling payah dan susah adalah berkorban untuk mengubah pendirian, apa yang dipercaya dalam kehidupan. Pengorbanan untuk berubah perlu ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, suasana dan kebaikan yang baru.

Orang yang lemah pendirian adalah orang yang mudah terpengaruh dengan scenario sekelilingnya. Oleh itu, benteng pertahanan atau pagar perlu ada supaya diri tidak mudah dipengaruhi.

Benteng? Bagaimana hendak kita letakkan benteng itu supaya tak terpengaruh?

Keyakinan kita terhadap agama adalah penting dan itu merupakan perkara yang paling asas untuk dijadikan benteng. Didikan agama oleh ibu bapa juga menyumbang besar kepada pembentukan benteng yang kuat dari terpengaruh oleh anasir-anasir yang tidak soleh. Seterusnya, tentu sahaja kelompok social dan masyarakat yang baik. Ketiga-tiga benteng ini perlu sentiasa diperbaharui dan dikukuhkan. Umpama pagar rumah kita, tidak selamanya pagar itu kukuh dan dapat bertahan. Boleh jadi pagar rumah kita rapuh, longgar dan berkarat. Begitu juga dengan iman yang ada dalam diri, pendidikan ibu bapa kepada keluarga perlu sentiasa diberikan dan di upgrade isi kandungannya, dari situ, terbentuklah sebuah masyarakat yang soleh. Hanya melalui tarbiyah dan da’wah sahaja mampu untuk membina benteng yang kukuh ini. Dimana proses pembentukan individu yang soleh di bina, seterusnya, pembentukan baitul muslim dan masyarakat yang soleh.

Perubahan, bagaimana dan dari mana mahu bermula?

Pasti ramai yang akan menjawab,

“Tentu sahaja dari dalam diri sendiri”

Betulkan?

Berubahlah dari dalam ke luar, baru perubahan itu akan konsisten lama dan berterusan dalam hidup kita. Perlu diambil kira juga, momentum dari luar ke dalam. Perubahan pasti Berjaya sekiranya ada motivasi (outside) dan penjanaan dalam diri (inside). Melalui program Neuro Linguistic Programme (NLP), telah dijalankan satu kajian, di mana dari hasil kajian itu kita tahu bahawa sekiranya kita ubah fizikal kita, kita akan merubah diri kita kepada yang lebih baik, di mana kita mampu mengubah emosi dan tenaga dalaman kita. Cuba paksa diri kita untuk senyum setiap pagi, insya Allah, kita mampu untuk positif sepanjang hari. Cubalah.

Kita perlu orang yang kedua atau ketiga untuk berubah, sebagai contoh, kita mahu mendalami ilmu agama, kita perlukan seorang ustaz untuk membantu kita. Carilah pakar yang dapat memberi momentum dari luar ke dalam diri kita. Bantuan keluarga dan sekeliling juga perlu diambil kira, dari situ wujud tenaga luar untuk berubah.

Sebagai kesimpulan, mari kita dalami kata-kata ulama’ ini:

“Kalau hendak memulakan sesuatu, mulailah dengan sesuatu yang kecil, dari diri sendiri dan mulailah sekarang”

Kuasa berubah ditangan anda, jadi berubahlah kearah kebaikan!!

p/s: nak berubah jadi ultraman!! yay!! =D

Monday, December 7, 2009

Ulangtahun: Monolog perjalanan tarbiyah [reflection journal]

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Hari ini bertambah lagi usiaku menunjukkan semakin dekat aku menghampiri kematian. Namun, nikmat Allah tidak juga kunjung padam, udara diberi secara percuma, aqidah dan imanku masih terpelihara,kehidupanku masih lagi tenteram dan bebas dari gundah gulana.

Sesungguhnya, siapa yang sedar bahawa dirinya di bawah pengawasan Allah, maka dia akan jauh dari amalan yang jahat bersama-sama dengan keikhlasan kepada Allah.Hikmah yang tinggi dapat membawa diri dekat kepada Allah. Aku ingin menjadi pembawa hikmah yang tinggi seperti itu, kerana dengan hikmah itu aku dapat mejauhkan diri aku dari melakukan perkara yang pelik-pelik dan tidak diredhai. Itu azam aku. Aku akan sentiasa pegang kata-kata nasihat daripada para murabbiku

“Bekerjalah kamu dan bersegeralah dalam melaksanakan ketaatan kerana kamu memikul risalah yang besar, iaitu meneruskan perjuangan Rasul..”

Mengapa dikatakan besar? Adakah aku bakal dapat menjadi seorang jutawan dan menghasilkan duit berjuta-juta? Adakah aku mampu lebarkan sayap ekonomi dengan luas di atas pentas dunia? Lalu aku boleh menyimpan dengan sebanyak-banyaknya untuk diriku dan membelanjakannya sepuas hatiku? Itulah persepsi masyarakat sekarang yang hanya memandang dari sudut kejayaan ekonomi sebagai yang paling utama. Adakah kerana namaku bakal disebut-sebut oleh manusia seantero alam kerana ini tugas yang besar?

Para murabbiku menyambung lagi

“Ini tugas yang besar kerana diiktiraf oleh Allah”

Pandangan masyarakat hanya megiktiraf nilai ekonomi. Hanya orang yang mempunyai iman yang mantap sahaja nampak perkara ini jauh melebihi skop ekonomi yang terlalu rendah nilainya. Bekerja untuk mendapat pengiktirafan Allah. Bukan manusia. Allah itu satu, hanya penuhi kehendak dan peraturan Allah sahaja sudah cukup dalam hidup ini. Sedangkan manusia itu berjuta-juta bilangannya, bagaimana aku mampu penuhi setiap kehendak mereka? Dari situ, terbuka fikiranku, mahu pilih jalan Allah, ataupun jalan yang direka oleh manusia?

Aku bekerja untuk memberi. Aku bekerja untuk jadi miskin. Sebab itu aku tidak suka orang kaya. Ditahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu. Kemewahan melanda dunia Islam , lalu mencabar generasi baru yang bakal mengganti genarasi pertama Islam yang unik. Kemewahan telah melalaikan jiwa dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad . Mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapus taghut dan menundukkan dunia dibawah naungan Islam.

Mungkin definisi kaya antara kamu dan aku berbeza. Ya,bekerja untuk memberi akan jadi miskin. Bunkankah kita penat-penat memerah keringat, tersimpul otak dan fikiran untuk dapatkan hasil yang lumayan, tapi kita memberi hasilnya pada orang lain. Hanya orang bodoh sahaja yang akan buat begitu. Aku pernah ditentang sebegini ketika aku menyatakan pendapat ku tentang ini dan berkongsi konsep hidupku kepada seorang kenalan. Dan dia berkata,

“Aku masih belum puas dengan dunia ini. Aku masih mahu enjoy. Aku tahu tentang jalan yang kamu mahu pergi itu, tapi aku tidak bersedia untuk mengikutmu ke sana lagi. Biar aku jihad dengan caraku sendiri”

[Bersegeralah teman, marilah bersamaku, berikanlah bantuan kepadaku, bukan untukku, tapi untukmu juga. Dan aku doakan semoga hidayah dan rahmat Allah tetap bersamaku dan untuk dirimu, semoga kita menjadi satu di jalan ini, tidak kira bila masanya nanti.]

Aku tidak ingin menjadi manusia robot yang bekerja siang malam untuk memenuhi keperluan fizikalku semata-mata. Sedangkan dalaman aku kosong. Biar aku begini teman, aku sudah pilih, antara kamu dan tarbiyah, lalu aku pilih tarbiyah. Namun, aku takkan tinggalkan kamu begitu sahaja. Sekurang-kurangnya aku sudah kenalkan kamu kepada dunia tarbiyah, kamu yang memilih untuk tidak mengikut buat masa ini. Harapanku semoga ianya memberi sedikit kesan dalam jiwa kamu.

Bilakah aku akan jadi seorang yang kuat berpegang teguh dengan kitab dan berhajat kepada mas’uliyah? Aku sedar, setelah aku membandingkan ciri-ciri dalam diriku dengan ciri-ciri generasi Al-Quran yang unggul itu. Berjuta batu jauhnya aku tertinggal ke belakang dengan mereka!! Dan Allah itu Maha Adil, Allah belum lagi berikan kemenangan kerana dalam perlumbaan rohani, kita masih yang paling corot. Ini bukan bermaksud kita patut berputus asa. Ini petanda usaha kita mesti berganda.

Dan aku sedar, kalau bukan kerana hidayah Allah, aku yakin aku tak sanggup untuk memikul mas’uliyah. Nampak hebat, alim, wara’ dan baik, padahal aku berperang dengan nafsuku yang sentiasa berusaha menundukkan aku kearah kepuasan hawanya. Aku berperang dalam peperangan yang paling hebat dalam sejarah kehidupan sebagai seorang manusia. Berperang dengan nafsuku!! Kamu juga begitu, dalam diri musuh masih berkuasa, masakan kita mampu menguasai musuh dunia?

Menurut seorang Imam besar, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna;

“Sesungguhnya satu fikrah akan berjaya bila ada keyakinan. Fikrah itu akan menang dan penuh keikhlasan kerana Allah. Bukan untuk cari kemasyuran dan pujian manusia”

Fenomena hari ini bagaimana? Sedangkan kemasyuran dan nama itu yang dicari. Menjadi top 10 dunia dalam senarai jutawan dan sebagainya. Menjadi bintang yang hanya bekelipan diwaktu malam. Bila siang menjelma, kamu pula yang tenggelam. Rapuh.

“Kita tak kan mampu nak bawa mas’uliyah melainkan Allah sudah pilih dan sudah melalui satu proses. Tandanya kamu memberi dan kamu rela berkorban.Kamu beruntung kerana perkara besar ini sudah terletak di bahu kamu. ”

Ya, aku sedar akan hakikat ini. Aku yang dulu masih lagi weng-weng. Kepala masih penuh dengan kerehatan dan keseronokan. Aku tak pernah fikir pasal orang lain, apatah lagi apa yang berlaku pada ummah. Ntah bila agaknya aku mula sensitive dengan hal-hal aqidah dan iman. Seterusnya aku mula bergerak melawan arus masyarakat. Setiap tindakanku mengundang spekulasi sebab berlawanan dengan scenario pada hari ini. Serba serbinya berbeza. Dan aku dikatakan pelik.. Sejak bila aku tak perasan, aku jadi tidak berapa kisah diperkatakan begitu.

Aku telah rasa, bagaimana mengajak manusia bertemu Tuhan. Sedangkan diri aku juga masih lagi bertatih. Ada yang menyambut, ada yang negative. Biasalah, manusia sentiasa termotivasi dengan ganjaran. Jika ada yang menyambut, kita gembira, jika ramai yang menolak kita berduka. Tetapi, kesilapan manusia bukan sebab untuk kita jauh dari Allah. Ini untuk diriku, aku yang kadang kala penat, letih,dan hati terguris bila aku rasakan aku tidak mampu mengaluarkan hasil yang sepatutnya. Hasil yang aku kira pada pandangan mataku sendiri, bukan ikut kacamata Allah. Sedangkan hikmah Allah adalah satu rahsia yang paling seni. Di situ sahaja aku sudah tewas.

Aku sedar aku orang yang memikul beban. Ada satu hadith Rasulullah;

Lebih kurang begini maksudnya;

“Kamu dapati manusia umpama beratus ribu unta, tapi kamu susah nak cari seekor unta yan baik yang boleh memikul beban. Hampir-hampir tidak ada pun seekor unta yang boleh bawa beban dan berjalan beribu batu. Unta yang kuat, dan Nampak cantik susah nak jumpa. ”

Macam it juga hendak memilih manusia untuk memikul beban dan sampai ke matlamat yang agung. Bukan senang nak cari tarbiyah dan melakukan amal jamaie. Tarbiyah yang berjaya dapat merubahkan jiwa individu dan ditafsirkan kepada amal dalam kacamata Allah. Tidak semua orang boleh buat melainkan orang yang hendak serahkan hatinya kepada Allah, dimana hatinya direndahkan untuk diproses sepenuhnya supaya hilang segala cintanya kepada dunia. Kamu sanggup? Bila kamu pilih tarbiyah, maka kamu wajib bersedia denga tanggungjawab yang tidak ada ganjarannya.Kamu bakal miskin di dunia. Jadi bersedialah untuk miskin tapi banyak kerja. Mengapa?

“Kita kena bagi hak kita kepada ummah”

Aku,dia dan kamu? Apa yang telah kamu beri supaya tamadun Islam kembali dijulang? Sepanjang usiamu, apa yang telah aku, dia dan kamu lakukan untuk capai kemenangan?

Kamu masih layan starbuck, mcD, berhibur, mencari dunia hanya untuk diri sendiri? masihkah kamu mahu berlebih kurang sedangkan masih ramai saudaramu yang hanyut dan sengsara.



p/s: ulangtahun sy sentiasa diingati oleh keluarga dan bank Islam =), yana terima kasih ingat. Alhamdulillah..saya gembira masih ada yang sudi ingat insan seperti saya

Sunday, December 6, 2009

Bila cinta didusta

Kali ini aku ingin bercakap sebagai seorang dewasa yang matang. Aku sudah memasuki level atau zone dewasa. Sebagai seorang yang dewasa, tentu sahaja banyak tanggungjawab yang aku kena pikul. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk orang lain juga. Bukan sekadar keluarga serta sanak saudara, malah seluruh ummah. Itu yang aku faham, itu yang aku tahu dan itu yang mesti aku buat.

Sebagai seorang mukmin yang yakin beriman, bagaimana caranya patut kita buat apabila kita rasa down? Bila Allah tarik sesuatu yang bukan milik kita, bagaimana harus kita hadapinya? Secara teori, mudah. Kita kena yakin dengan qada’ dan qadar Tuhan, redha dengan apa yang Allah telah susun untuk kita.Tetapi apabila situasi itu benar-benar berlaku dalam keadaan yang kita tidak sedia, bagaimana kita hendak menerima kenyataan ini? Adakah kita mampu untuk bersabar dan redha?

Dan, bila aku perhati sekeliling, sungguh aku berasa tidak selesa. Kawan-kawan aku meluahkan rasa sedih, tension dan kosong dengan perkara-perkara yang aku rasa serabut. Membuat hati semakin gundah, menambah rasa gelisah, dan akhirnya tetap berkeluh kesah. Mengapa? Mengapa itu yang di cari? Mengapa itu yang patut diikuti? Aku tidak setuju, aku tidak selesa.

Bila aku tanya,

“apa yang membuat kamu sangat sedih begini?”

Dan dia menjawab,

“aku sudah clash dengan kekasihku..”

Dan dia menangis..

[Haish…………tipikalnya], bisik hatiku.

“adakah kamu hendak membina mahligai impian dengannya?, sehingga kamu kecewa begini..”

“ya, itulah tujuannya aku berkasih dengannya. Aku telah menyayanginya sepenuh hati ku”

[bila kamu letakkan cinta kamu selain dari Allah, tentu sahaja kamu akan kecewa. Kamu sudah maklum, hanya Allah sahaja yang layak dicintai, dan cintaNya tidak akan mengecewakanmu. Mengapa kamu masih mencari cinta yang lain?]

Aku merintih di dalam hati. Melihat teman rapatku begitu, sedih begitu hanya untuk perkara yang aku rasa enteng. Kamu sudah 24 tahun, kamu sudah cukup dewasa untuk berfikir. Kamu sudah dengar pengalaman sahabatmu yang tumpas kerana cinta, mengapa kamu ikuti jalan itu juga?

“Baguslah kamu clash, kamu akan dapat belajar dari pengalaman kamu. Selepas ini, kamu akan lebih berhati-hati.”

“Tapi aku masih tidak redha dengan kenyataan ini”

“Kamu menangislah sepuas hatimu, aku tidak akan menyuruh kamu untuk menahan tangismu. Kamu perlu luahkan rasa hatimu. Carilah sumber segala kekuatan untuk kamu menjadi kuat semula. Itulah yang kamu perlu lakukan waktu ini”

[kasihannya, dia tidak tahu. Dia sedih untuk perkara yang tidak patut sedih. Bawalah hatimu pada Allah, Dia akan ubati teman. Bersyukurlah, kamu masih diberikan hidayah sebab Allah tidak terus biarkan kamu tenggelam dalam cintamu yang rapuh itu.]

“Aku sangat sedih, aku sayang dia, sepenuh hatiku”

[itu yang kamu tidak patut buat pada awalnya, mencintai dia yang bukan milikmu dan bukan tentu untukmu, dan dengan cara yang yang tidak diluluskan oleh Penciptamu]

“Bersyukurlah, fikirkanlah, apa yang berlaku pada dirimu ini tidak sehebat dan seberat seperti yang berlaku pada saudara-saudaramu yang lain. Mereka lagi tiada pilihan, terpaksa menerima dugaan yang lebih besar. Jika kamu berada di tempat mereka, apakah yang kamu perlu lakukan? Menangis? Sekiranya mereka berada di tempat kamu, mereka tentu ketawa melihat masalahmu yang begitu ringan ini.”

“Biarkanlah dia memilih yang lain, bukan dirimu. Siapa kamu untuk tentukan jodohmu itu? Kamu tidak berhak atas diri kamu sendiri pun. Yang lain itu lebih perlukan dia dari kamu. Kamu mampu bangun dan hidup tanpa dia. Bukankah begitu?”

Dan dia terdiam..

[Maafkan aku teman. Bukan niat untuk berkasar. Aku mahu kamu bangun dari tidurmu. Kita tidak cukup masa untuk menemui tuhan.]

Mungkin tidak setuju, mungkin kamu sudah mula untuk berfikir, terpulang. Aku sudah sampaikan apa yang patut untuk dirimu. Aku tidak mahu bebankan kamu. Perlahan-lahanlah betulkan kesilapan kamu. Aku janji akan sentiasa berada di samping kamu untuk kamu bangun. Kerana kamu teman baikku. Aku ingin kamu bersama-samaku di syurga sekiranya Allah izinkan.

[Mengapa harus kita rasa kecewa, sedangkan Allah lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk makhlukNya, bukan ditakdir untuk menyiksa. Biarpun kita terasa berjauhan namun jiwa bagaikan tiada sempadan. Itu yang terbaik untuk setiap insan, saling memahami dan redha dengan kehendak Ilahi.]

[wahai tuhanku ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu, yang telah Engkau kurniakan kepadaku juga kepada ibu bapaku]

Dan ini merupakan pengajaran dalam dalam hidupku. Bila AKU terheret ke karaoke box, dan aku terkaku duduk di situ. Ngeee~~jahatkah aku? Ya, tentu sahaja. Ini yang terakhir,aku tekad.

Aku pernah terbaca dari blog seorang senior, tentang Rasulullah dan para sahabat baginda.

“Wahai Bilal, laungkanlah azan, rehatkanlah kami dengan solat, tenangkanlah kami dengan solat”

Aku, dia, dan kamu,bagaimana? Tengok movie? Karaoke box? Bowling? Merayap di Bandar-bandar sehingga lewat malam? Atau kamu pilih seperti jalan Rasulullah-SOLAT.


P/S:kalau saya sedih, saya cari support system sy =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...