20112009
Alhamdulillah, pagi ini Allah izin aku mampu bangun awal untuk subuh. Sayangnya tak dapat qiyam, sejuk sangat malam tadi menyebabkan rasa culas membelit diri. Astaghfirullah..Seperti hari-hari sebelum pada minggu ini, kesihatanku masih belum pulih lagi. Tekak masih gatal, selsema masih berbaki, mujur demam susah lama kebah, alergi termakan ayam dua hari berturut-turut masih terasa panas gatalnya. Allah tarik semula nikmat merasai makanan yang enak-enak, mujur mampu lagi untuk menjamah makanan. Selera makin menurun disebabkan mula berpantang makan segala jenis daging (ayam, daging n seafood tentunya). Cuma boleh makan sayur-sayuran dan telur sahaja. Masih bersyukur, nikmat itu tidak ditarik sepenuhnya, Alhamdulillah.
Oleh kerana sedang menyesuaikan diri dengan status pemakanan, makin kurang pula melantak akhir-akhir ini. Perut ni mungkin terkejut, sebab tu pagi ni dah gastric lagi. Alhamdulillah, masih dalam kawalan, sekadar muntah-muntah sikit dan cerry berry sahaja. Sewaktu berhadapan dengan dua symptom gastric, tiba-tiba terkenang sewaktu kecil-kecil dahulu, darjah satu kalau tidak silap, itu kali pertama kena gastric. Makan tak lalu, muntah-muntah dan cerry berry. Teringat emak bersusah payah suapkan makanan. Emak tolong sapukan minyak dan urut dengan duit syiling 20 sen. Rindunya untuk dibelai begitu sekarang.Amboi. mengada-ngada pula, awak tu sudah besar ya!!
Terkenang pula zaman sekolah darjah satu dahulu, zaman mula kenal sekolah. 16 tahun dahulu. Aku paling tak suka pergi sekolah. Tepat jam 12 sahaja aku sudah mula melarikan diri sembunyi di belakang pokok kuinin. Takut emak jumpa dan paksa aku ke sekolah. Kakak pula selalu sahaja bagitahu pada emak di mana aku sembunyi. Kasihan emak kena pujuk aku setiap hari. Emak tolong pakaikan baju sekolah. Kakak selalu buka cerita lama. Suka benar dia menjaja kisah perangai mengada-ngada aku pada semua orang.
“Mak pakaikan baju, jila buka kain. Bila dah dapat pakai baju, jila buka stoking pula, dah tu tak sudah-sudah pula tu..kita yang lambat ke sekolah”.
Begitukah aku? Hahaha..
Yang pasti, aku tak pernah ponteng sebab emak yang sungguh-sungguh hantar ke sekolah naik basikal. Aku dan kakak jadi pembonceng setia emak [jadi burger penyek sebab 2 orang dekat satu carry]. Emak berjaya juga pujuk anaknya yang mengada-ngada tak nak ke sekolah ini. Emak tanya elok-elok dan tak pernah marah-marah pada aku.
“Kenapa tak mahu sekolah, kan kawan ramai, seronok dapat belajar..”.
“Tak suka cikgu garang, nanti kena cubit, sakit”
“Kenapa cikgu cubit?”
“Tak siap kerje sekolah..Lupa nak buat, main je..”
“Lain kali jangan buat lagi, nanti cikgu tak cubit lagi, cikgu sayang ada la..”
“Pergi sekolah ya?”
“Tak mahu..” Aku masamkan muka, air mata mula bergenang.
“Kenapa?”
“Tak suka berebut nak beli makanan nanti, selalu tak dapat, selalu jatuh..”
“Takpe, nanti mak belanja beli kuih, waktu rehat nanti makan kuih tu, tak payah berebut”
“Tak mahu..”
Aku keraskan badan berdiri macam tiang bendera. Emak berpura-pura mahu kayuh basikal tinggalkan aku di rumah pergi ke sekolah bersama kakak. Muka mak kecewa denagn sikap aku. Waktu itu rasa bersalah, lalu aku memanggil emak dan mula bergerak. Sampai di sekolah bukan main manjanya aku bila emak yang pimpin tangan ke kelas dan ke tarik kerusi untuk aku duduk. Macam mem besar gaya je.. Melampau juga ya. Hahaha..Siap dapat duit belanja lebih 50 sen dengan syarat aku mesti belajar rajin-rajin. Cheh, terasa diri aku ni metarealistik pula!! Dan aku masih ingat lagi, guru kelas aku, Cikgu Siti Murshidah menggunakan jurus hikmat sepit ketamnya padaku sebab tak siap kerja sekolah hari itu. Sungguh, aku lupa. Datang sekolah ntah apa agknya yang aku belajar sampai lupa begitu.
Tetapi selepas itu, setiap malam, emak akan memantau sama ada aku ada kerja sekolah atau tidak. Bukan boleh dipercayai budak berumur 7 tahun ini. Bila sudah bermain, semua lupa ya, esok mogok tidak mahu ke sekolah pula!! Haish..Kadang-kadang aku tidak lupa kerja sekolah, tapi aku tak tahu nak jawab macam mana. Biasanya bila subjek bahasa Inggeris dan Matematik. Memang tak pandai. Tulis nombor pun tak reti-reti lagi.12 jadi 21, 89 jadi 98..begitulah, mana yang puluh dan mana yang sa pun aku keliru.Huhuhu.. Biasanya, bila situasi begitu muncul, aku akan menangis sebab tak tahu, terasa alahai..mangkuknya la…aku menagis sampai tertidur dengan berbantalkan buku dan pensil di tangan. Mengalahkan budak universiti pula. Dan biasanya juga, apabila bangun pagi keesokan harinya, aku lihat kerja sekolah sudah siap. Terasa bagai mimpi pula. Rupa-rupanya, emak dan kakak yang siapkan kerja sekolah aku. Hahaha..[Lain kali boleh buat lagi ;p]. bila dah sekolah menengah kalaun aku tak tahu, emak dan kakak tak dapat tolong lagi. Emak tak pandai matematik tambahan katanya. Kakak pula dah lain bidang. Jadi terkulat-kulat la aku buat sendiri, walaupun menagis tu tetap jadi rutin bila tak tahu. Sampai sekarang pun..huhuhu..
Bila dikenang dan dibandingkan aku yang dulu dan sekarang, terasa tak sangka pula, budak perangai kurang senonoh begitu Allah izin masuk universiti? Darjah satu yang menjengkelkan dan mengada-ngada boleh belajar tinggi begini. Memang lucu untuk di kenang. Seronoknya di sekolah sebab ada kakak dan abang. Abang sekolah lain sesi sebab sudah di tahap dua. Kakak masih lagi satu sesi. Dengan kakak seronok, selalu backing aku bila bergaduh dengan kawan. Kakak yang pandai, kakak yang disukai oleh semua orang [kadang-kadang aku cemburu],kakak yang baik. Akhirnya waktu darjah satu, kakak la jadi idola aku.
Aku dengan kakak memang berbeza. Kakak umpama angin sepoi-sepoi bahas yang nyaman, tapi aku pula diibaratkan umpama petir dan guruh!! Itu yang mak-mak saudara aku selalu sebut. Kejam sungguh..Semua tentang kakak aku cuba copy. Rambut panjang aku bela juga walaupun aku rimas dan sentiasa selebet. Emak pun rimas dan rajin potong rambut aku macam minah jepun. Malu aku dibuatnya. Muka tembam, mata sepet, rambut sampai paras leher dipotong straight, rambut depan dipotong betul-betul paras kening, memang macam jepun sesat. Nama jepun dan oshin sampai sekarang melekat lagi terutamanya dikalangan kawan-kawan abah, Pak cik-pak cik bomba.
Abang pula memang baik. Selalu jadi saviour kami. Kami?? Biasanya kakak la. Kakak cantik, jadi dia ramai yang minatnya. Bila ramai yang minat, jadi kakak selalu kena kacau. Kalau kena kacau dengan budak-budak laki yang nakal, abang la yang tolong. Dari sekolah SK Rantau Panjang, sampai ke SK Sungai Serdang, abang jaga kami. Malah, masuk tingkatan satu di sekolah SAMTH pun abang masih lagi jaga aku. Walaupun akun sudah tidak sama sekolah dengan abang dan kakak lagi.
Tapi yang pasti, aku tak mengada-ngada lagi. Selepas tukar sekolah, aku lebih baik lagi. Duduk di sekolah kampong yang bilangan murid lebih sedikit dan sekolah dari darjah satu sampai darjah enam satu sesi sahaja. Memang seronok. Lagi-lagi aku dari Bandar kononnya, jadi aku jadi sedikit pandai di kampong. Di kampong la aku cipta nama dan kekuatan dan akhirnya aku jadi diri aku yang sebenar. Di kampong juga aku belajar hidup susah dan porak peranda. Tapi itu yang jadikan aku kuat.
Sikap emak terhadap pendidikan anak-anaknya tetap sama. Walaupun sudah sekolah menengah, bila datang angin kus-kus aku, aku akan ponteng. Tapi tak pernah jadi sebab emak yang bersungguh-sungguh pagi-pagi hantar ke simpang untuk tunggu bas. Teringat satu pagi tu hujan lebat dan ada pokok kelapa tumbang melintang jalan. Aku seronok sebab boleh cuti, tapi emak yang beria-ria start motor dan lalu jalan jauh. Jalan ladang tebu. Aku menangis didalam hujan. huhuhu.. terima kasih pada emak sebab kuat dan bersungguh-sungguh, walaupun hidup agak susah waktu itu (ada la susahnya, macam-macam kisah pahit dan hitam ada). Rupanya aku berpeluang ponteng sebab kena bergilir-gilir jaga rumah dan adik-adik bersama kakak dan abang. Tapi waktu itu, aku sudah tak suka ponteng lagi.
Dulu memang betul-betul belajar tidak meminta pertolongan dari orang lain. Sebab tu aku cepat give up bila sekali minta pertolongan tak dapat, aku takkan minta lagi selepas itu.Sudah puas kami sekeluarga merayu bantuan dari orang lain, tapi tak pernah ada yang hendak mendengar, malah kena umpat dan caci lagi ada. Perkara itu membuat aku serik.Dan aku tahu, aku masih terbawa-bawa sikap tidak suka minta tolong dari orang lain bila sekali minta tak dapat membawa banyak salah faham pada orang-orang sekelilingku sekarang. Aku yang ego, aku yang berlagak kuat..Aku yang lone ranger. Haish..memang kena tarbiyah dan proses lagi ni.
Sekarang masa untuk bersiap belajar. Perut pun dah semakin baik, semoga hari ini membawa keberkatan dalam hidup aku, kamu dan semua muslim. Kisah aku untuk aku ingat kembali bagaimana kekuatan itu datang, sekarang aku lemah[sakit badan, sakit hati, sakit minda],serba serbi, jadi aku buka lembaran lepas untuk aku serap tenaganya supaya aku kuat. Doakan aku kuat, nxt sem nak masuk belajar semula. Minat belajar sudah turun pula. Kena recharge semula. Jumpa lagi =)
By: Aura Besi
No comments:
Post a Comment