Friday, June 12, 2009

Namaku "Sayang"

"Assalamualaikum...." Ucapan salam itu mengejutkan aku yang sedang leka mengemas almari baju di dalam bilikku. Aku pun memanjangkan leher dari daun almari baju. Mataku mencari2 dari mana suara itu datang. Jantungku berdegup kencang bila saja aku melihat sekuntum senyuman yang sangat indah memandang tepat mataku.

"Alamak.... dia rupanya.... apa nak buat nie? Cepatnya dia balik dari solat isyak di surau..... Macam mana ni.... Nak buat apa..... Jangan panik, jangan panik" bisik aku.

Lantas aku pun menyahut salam dan membalas dengan senyuman kecil. Dengan tangkas, aku memalingkan wajahku menyambung semula aktiviti menyusun pakaian. Aku tak tahu harus berbuat apa. Jadi, aku pura2 menyusun pakaian yang telah sedia tersusun rapi untuk ambil masa berfikir.

"Alamak... kenapa otak aku ni jadi macam mulfunction je malam ni...." bisik dalam hatiku.

Semalam dia adalah orang yang amat asing bagiku lantaran syariat menjadi tembok pemisah antara kami.

Semalam aku bersengkang mata memakai inai semata2 ingin memenuhi pesanan dari salah seorang ahli keluarga angatku. Katanya, sunnah memakai inai. Tambahnya lagi dalam adat kebiasaan orang Melayu pengantin akan memakai inai. Jadi aku pun akur dengan hujahnya.

Tapi malam ini, dia menjadi orang yang paling dekat dalam hidup aku kini dan selamanya.

Aku masih lagi buntu....

"Nak buat apa ni, ya ALLAH... takkan nak lari.... dia kan suami aku..." bisik dalam hatiku lagi.

Sejak dari siang tadi aku tak berani memandang wajahnya apatah lagi matanya. Berbicara dengannya pun aku masih lagi rasa kekok dan menunduk. Perasaan malu aku sangat tebal bagai lautan yang tak bertepi.

Lamunanku tentang peristiwa siang tadi terhenti bila aku mendengar daun pintu bilikku ditutup. Perasaan maluku bercampur debar. Jantungku berdegup dengan sangat kencang.

"Boleh tak ana nak panggil Ija sebagai Sayang atau ada cadangan lain?" tiba2 aku tersentak dengan pertanyaan itu. Meremang tubuhku. Aku bagai berada didalam sebuah mimpi.

"Macam mana nak cakap ea... tunggu jap... nak fikir kejap...." balasku pendek. Lalu, aku duduk disisi katil sambil mengerutkan dahiku.

Hatiku berbisik; "aku paling benci perkataan sayang... apa nak buat ni.... tak kan aku tak benarkan dia panggil aku; sayang.... dia kan suami aku... kesian la pulak... aduhai.... peningnya kepala aku... ya ALLAH...."

Selang beberapa minit aku pun berkata; "Uhhhmm.... cincai lah... nak panggil sayang pun boleh.... tak kisah".

"OK" balasnya sambil tersenyum lebar.

"Errr... Ija nak panggil akhi apa ye? Kalau "abang" je boleh tak?" tanyaku.

"Boleh je nak panggil abang" balasnya pantas.

"Ok..." balasku tanda pasrah.

Aku dipanggil dengan gelaran "Sayang" sejak malam itu.

Aku dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh abang. Abang selalu membacakanku ayat2 dari al quran dan hadis. Abang selalu bisikkan doa2 yang baik ditelingaku. "Moga sayang jadi isteri abang yang solehah".... Itulah ucapan yang kerap diulanginya.

Itulah peristiwa yang tak mampu aku lupakan. Terima kasih sebab abang mengajarkan pada sayang erti sebuah cinta, sabar dan sefahaman. Moga ALLAH mudahkan jalan sayang untuk seorang isteri yang solehah buat abang.

Sayang saaayang abang....

Wallahu a'lam


nur2dlihat
RMC UTM
1229, 120709

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...