Sekadar hendak membuat sedikit hebahan kepada semua. Program Mahligai Impian 2 akan diadakan tidak lama lagi. Jadi saya dengan besar hati ingin menjemput semua yang berusia 18 tahun ke atas untuk sama-sama menimba ilmu rumah tangga sebagai panduan dan bekalan hidup kita insya Allah..
Ni bukan untuk orang yang dah kahwin or nak kahwin ye. sesiapa pun boleh tau..huhu.. sebagai anak pun, tak salah mendengar slot kekeluargaan macam ni..
Apa?
Rasa tak sedia nak gi ke?
Kenapa risau?
Ke ngilu nak dengar bab-bab jiwang camni? huhu...
insya Allah slot yang disediakan menarik(bab jiwang n menyentuh hati..mau x menarik) hehe. Flyer program boleh jeling-jeling dekat bawah ni, nak tengok website HALUAN dekat sebelah kanan tu ada Link dia juga. Biasa ada dekat list senarai program yang berlangsung setiap bulan.
(muka depan flyer)
(isi dalam flyer)
Dekat dalam flyer tu takde tunjuk pelan lokasi. memandangkan teknologi yang semakin canggih dan maju, jadi anda semua boleh guna Google Earth ye untuk cari lokasi program. UTHM, Batu Pahat, jOHOR.
Nak buat testimoni sikit la.
"Pengalaman saya pergi ke program Mahligai Impian 1 yang lepas, betul2 mengajar saya tentang kehidupan sebenar dalam rumah tangga. kisah realiti yang terjadi pada masa kini turut dikupas dan cara penyelesaian juga ada diterangkan. Jujur saya katakan, tidak semestinya orang yang dah berumahtangga atau bakal berumah tangga yang sesuai sertai. Kupasan yang dibuat menyuluruh dan membantu saya membina 'Mahligai Impian' saya bersama mak, abah dan adik beradik saya. Jadi saya amat menggalakkan kepada semua supaya sertai program ini dalam rangka kita membina sebuah keluarga yang harmoni berteraskan nilai-nilai yang Allah dan Rasul tumjukkan kepada kita"- Cik Besi
Jadi, mai ramai-ramai kita join program ni. Penceramah pun best, insya Allah anda mesti suka. yang paling penting ilmu di dada makin bertambah. Kita anjakkan sedikit paradigma kita maju selangkah ke arah membina rumah tangga muslim dan mukmin seluruh ahlinya.
Pagi-pagi saya online dan merewang diQB saya rupanya di 'tagged' kan. Jazakillah ye ukhti Humayra'..huhu..cuti ni kita langsung tak jumpa pun kan..akak fikir nak buat peach cobbler or main masak-masak dengan anti, asyik tak dapat je..insya Allah, next time semoga kita ada masa ye untuk habiskan bersama Jadi..ni la benda 'tagged' tu.. rules dia mudah je.
1.Copy the picture below, and paste it on your post(or copy the whole post) 2. Tag 10 friends and asked them to do same
nak pilih yang susah ni. tak ramai kenalan katakan(alam cyber)..huhu..jadi saya pilih secara rawak dan rambang je la ye. insya Allah kepada siapa yang saya tagged tu, sama-sama kita rasai izzah dan syu'urnye amal islami dalam diri kita insya Allah. Semoga Allah pandu kita ke jalan yang betul.
Anggap la ni sebagai satu komitmen kita kepada umat Islam bak kata humayra' "there.. i've done the tag.. and not just any tag.. 100% amal islami.. a tag promising commitment.. will I be up to it? Insya Allah, I'll try my best. For this is a commitment I know which will, insyaAllah, gain Jannah. and a commitment i meant to live by anyways. So pray for me, that I may do my best and commit, no matter what obstacles arise along the way..."
hati saya tersentap dan mata saya bergenang air mata di saat saya membaca petikan di bawah ini:
” Kalau aku jadi jadi Muhammad, aku tak kan lagi turun ke bumi setelah sampai ke Sidratul Muntaha”
~ Syair IQBAL
Namun Muhammad turun juga! Kerana apa? Kerana nyalaan CINTA nya pada dakwah. Pada Ummah. Pada kita! Maka kita lah penyambung cinta dakwah itu. Erti Cinta seorang da’i adalah memberi dan terus memberi …
~ Jalan para nabi kita adalah jalan CINTA Kita adalah anak anak CINTA Dan CINTA adalah Ibu kita
~ Apabila ada cinta dihati yang satu, pastinya ada cinta pada hati yang lain …
~ Syair Jalaluddin ArRumi
dan...saya takkan berputus asa dan menyerah kalah. saya akan terus sambung perjuangan ini dengan bersungguh-sungguh. untuk adik2 yang akk sayangi, sama2 kita betulkan diri kita kerana Allah ya
Bila ditanya pada saya, antara belajar, bersukan, bekerja, dan memasak, mana satu yang paling saya suka? Kalau saya, semua saya suka..hehe..betul, saya suka buat semua yang disebutkan tu. Mungkin belajar dan memasak, perkara yang saya agak suka pada waktu ini. Saya seronok bergelar pelajar.Banyak kelebihan semasa kita pegang “title” belajar. Contohnya, kalau kita buat salah, orang tidak akan terus menghukum kita..”ala.. tak mengapa la.. dia kan budak lagi, baru nak belajar” betul tak? Setuju tak dengan saya?
Kalau kita perhatikan dan fikirkan semula, anda setuju tak jika saya katakana bahawa pelajar adalah golongan muda yang TERPILIH dan mempunyai POTENSI yang besar. Justeru itu, golongan pelajar ini perlu diprogramkan agar mereka dapat berperanan seperti yang sepatutnya. Anda setuju? Baik, cuba kita fikirkan sekali lagi. Apa yang akan terjadi kepada masa depan Islam apabila pelajar yang ada pada hari ini sudah rosak serba serbinya?? Tidak perlu tengok jauh sangat, tengok diri kita dahulu, tengok adik-adik kita yang ada di sekolah sekarang, bagaimana?? Agak-agak, sudah nampak ke belum masa depan Islam? Ke masih kabur-kabur kelabu asap? Ataupun cerah gemilang dan bergemerlapan?
Anda kenal dengan pejuang-pejuang Islam masa lampau? Mereka yang sama-sama hidup pada zaman Rasulullah dulu. Mereka adalah pemuda yang sentiasa menegakkan kebenaran Islam. Tidak ketinggalan juga pejuang-pejuang Islam di abad ini. Imam Hassan Al-Banna, Mujahid Fathi Yakan, Abu A’la Al-Maududi, As-Syahid Syd Qutbtelah menunjukkan kesungguhan mereka sebagaipejuang Islam sejak dari muda lagi, bahkan mereka mereka merupakan pejuang-pejuang yang sentiasa meniupkan roh Islam dan jihad kepada pelajar-pelajar Islam.
Pelajar muslim perlu dididik dan diproses serta diberi tumpuan terutamanya dari kalangan mereka yang berada di institusi pengajian tinggi agar mereka mamiliki haluan yang betul, serta mampu melaksanakan misi dan visi yang betul seperti yang terkandung dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an yang bermaksud;
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan Ku yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa”(Surah Ai-An’am:153)
Saya masih lagi seorang pelajar (pelajar tua..huhu), mungkin kamu juga masih lagi belajar. Baik, saya tanya kamu beberapa soalan, kes buang bayi yang berlaku baru-baru ini di Kuantan, siapa yang lakukan? Cek semula surat khabar ya.. seterusnya, pusat serenti di serata negara kebanyakannya dihuni oleh siapa ya? Saya yakin kamu lagi arif tentang hal ini. Kamu yang mengharungi dunia pelajar, kamu lebih tahu.
Masalah pelajar Islam hari ini mendapat liputan hebat media massa. Boleh dikatakan setiap hari terpampang di dada-dada akhbar memaparkan gejala social dikalangan remaja sekolah dan anak-anak muda. Pelbagai pihak memberi maklum balas dan sama-sama membantu kea rah penyelesaian. Sehingga kini pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah tersebut, akan tetapi ianya kian menjadi-jadi seolah-olah kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
Mengapa? Pernah Tanya soalan ni? Sudah jumpa jawapan?
Hakikatnya para pelajar Islam pada hari ini sebenarnya tidak mempunyai matlamat yang betul dalam kehidupan mereka. Mereka membuat sesuatu di atas dasar pilihan nafsu dan keseronokan semata-mata. Mereka juga hilang identity sebagai pelajar muslim. Ok, kita buat sedikit kaji selidik dalam diri kita sendiri ya.. adakah kita sudah layak digelar pelajar muslim?
Adakah kita mampu memantulkan nilai Islam kepada kawan-kawan kita apabila mereka melihat kita?
Adakah kita sendiri sudah mengambil nilai-nilai yang telah digariskan oleh Allah secara sempurna?
Sudah ada jawapan?
Jika jawapan untuk di atas tadi ‘TIDAK’ maka jiwa kita sebenarnya masih kosong dari keimanan yang sebenarnya. Jiwa kita juga telah dihinggapi pelbagai penyakit yang menyebabkan kita terjebak dengan gejala maksiat dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Dalam hal ini kita sebenarnya perlu memberi kesedaran dan kefahaman yang betul pada diri kita agar kita (pelajar) memahami erti, peranan dan haluan hidup kita di dunia ini.
Kepada yang menjawab ‘YA’. Alhamdulillah.. Tahniah ya, anda bijak. Anda faham akan peranan anda yang sebenarnya..
Kepada yang main-main tu, Allah tahu ya.. jaga-jaga..
Langkah seterusnya, Apa yang patut kita buat? Bagaimana baru kita boleh bergelar pelajar Muslim yang sebenar? Disini, saya bagi 3 points tentang Haluan Pelajar Islam.
1.Memahami Konsep Hidup yang betul.
Para pelajar sekelian, memahami konsep hidup yang betul adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan setiap individu muslim. Tanpanya seseorang itu akanmenjalani kehidupan yang salah dan menyeleweng serta menyimpang jauh dari landasan Islam yang sebenar. Hidup seorang muslim itu sebenarnya;
HIDUP UNTUK IBADAH IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT
HIDUP UNTUK ISLAM IAITU BERJUANG DAN MENEGAKKAN ISLAM DALAM SELURUH ASPEK KEHIDUPAN DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia supaya mereka mengabdikan diri kepada Ku”(Surah Az-Zariyat: 56)
Ini bermakna kehidupan yang betul adalah kehidupan yang mengabdikan diri kepada Allah, kehidupan yang berdasarkan petunjuk dan panduan Allah, formula Allah serta nilai-nilai Allah SWT, bukan selain apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, konsep hidup yang lain adalah sesat dan tidak ada authority untuk mengambil tempat Allah kerana yang lain itu lemah dan tidak mampu menjadi formula hidup manuasia.
“Sesungguhnya added di sisi Allah ialah Islam” (Surah Ali Imran:19)
“Apakah mereka mencari Deen yang lain daripada Deen Allah padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang dilangit dan dibumi baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka akan dikembalikan”(Surah Ali-Imran:83)
“Dan sesiapa yang mencari Deen selain dari Islam maka tidaklah akan diterima darinya dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi”(Surah Ali Imran:85)
Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawasanya para pelajar mestilah mempunyai haluan yang betul iaitu mengambil Islamsebagai cara hidup dan perlu mempunyai pandangan yang jelas dan jauh serta menetapi apa yang terkandung dalam wahyu Allah iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah Rasulullah SAW.
2.Objektif yang betul dalam menuntut ilmu
Tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi merupakan jalan untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyah kepada Allah. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah dimana menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat”
Antara tujuan lain menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para pelajar kerana merekalah bakal pemimpin pada masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya. Menuntut ilmu di dalam Islam bukanlah sekadar mencari habuan dunia, wang ringgit dan harta benda tetapi ianya merupakan suatu usaha untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah dimuka bumi ini.
3.Berperanan menegakkan Deen Allah dan mengembalikan kekuasaan ditangan Islam.
Para pelajar Islam mestilah memahami bahawa mereka wajib memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan keamanan sejagat iaitu dengan cara mengembalikan system Islam memerintah ala mini. Para pelajar Islam juga perlu berusaha sedaya upaya mungkin menjadikan diri mereka sebagai pekerja Islam dan penda’wah kearah melahirkan ummah Islam yang iltizam dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Firman Allah dalam Al-Qur’an yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keselutuhannya....” (Surah Al-Baqarah: 208)
Para pelajar Islam sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu adalah menegakkan yang ma’ruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah dan mencegah kemungkaran, melarang manusia dari melakukan larangan Allah dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklan ia cegah denagn tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu, cegahlah dengan lisan, seandainya tidak mampu juga, cegahlah dengan hati, itu yang paling lemah imannya”
Sehubungan dengan itu, Allah berfirman yang bermaksud;
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya, maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Surah Al-Maidah:67)
Bagaimana?
Sudah ada matlamat yang jelas sebagai seorang pelajar muslim?
Untuk entry akan datang, saya akan kongsikan tentang pelan tindakan untuk menjadi seorang pelajar muslim yang cemerlang pada abad ini.Insya Allah... doakan saya ya
By:Besi the heartless
Rujukan:Siri Abdullah Akhili dan Azizan Ahmad. Motivasi Pelajar Muslim: HALACARA PELAJAR MUSLIM ABAD KE 21. Istiqamah Enterprise, 1998
Pengembaraan kali ni merupakan pengembaraan yang paling panjang masanya yang pernah saya lalui. Dan disepanjang tempoh kembara ini juga, saya mencari semula diri saya yang hampir hilang nilai Islamnya. Bohong sekiranya saya katakana yang saya langsung tidak terkesan dengan dunia. Saya telah melampaui batas dengan menghirup madu dunia secara berlebihan. Dan akibatnya, hati saya lalai dari mengingati Allah. Hati saya menjadi beku kerana merasa tidak nikmat bila melakukan ibadah. Memang saya sedari, sesungguhnya nikmat Islam dan Iman itu hanya segelintir sahaja yang dapat merasai. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat mencicip kemanisan Islam. Saya tak nak menjadi orang yang rugi dengan menolak iman dan Islam.
Iman ibarat segelas air masak. Cuba kita bayangkan, segelas air masak yang kita sengaja dibiarkan berminggu-minggu diatas meja, apa yang akan terjadi pada air itu?? Keruh bukan? Kita pun jadi tak selera nak meminumnya lantaran habuk yang semakin memenuhi air tersebut. Begitu juga iman kita, jika kita menyangka bahawa kita ini sudah cukup beriman, tanpa perlu dihaga dengan rapi iman itu, tanpa ada pertambahan dan pembaikan yang kita lakukan,maka lama kelamaan iman kita akan menjadi lusuh. Alangkah ruginya diri kita sekiranya itu yang terjadi.
Jadi dalam rangka untuk menjernihkan kembali ‘air iman’ saya, maka saya menjalankan misi ‘kembara mencari iman’. Saya bermusafir di serata tanah air untuk membetulkan semula ketetapan hati saya. Saya menzirahi sahabat akrab saya untuk mengukuhkan lagi simpulan ukhuwah. Disamping itu, saya juga dapat mengenali beberapa orang sahabat baru. Dengan mengikat dan mengukuhkan tali ukhuwah, saya mendapat kekuatan tambahan untuk terus bersemangat menentang arus perdana dunia.
Sepanjang tempoh kembara, saya belajar erti bersyukur dengan lebih dalam lagi. Saya berkenalan dengan Kak Amiyang baik. Kak Ami seorang gadis Sarawak yang membuka mata hati saya untuk menghargai apa yang ada di sekeliling saya. Kak Ami mengajar saya tentang keazaman memburu Redha Allah dan menjaga hati semata-mata kerana Allah. Dan saya sangat terharu bila Kak Ami menceritakan detik-detik perubahan dalam hidup dia. Detik Kak Ami ingin berkenalan dengan Tuhan. Detik Kak Ami ingin mencari kebenaran. Dan akhirnya Kak Ami berjaya menemuihidayah Allah. Alhamdulillah...Kak Ami menggenggam dengan kejapnya Hidayah itu!! Masya Allah!!
Selain Kak Ami, saya bertemu dengan Kak Nina di negeri bersejarah. Melihat Kak Nina, saya belajar erti cekal dan tabah. Kak Nina yang tenang sentiasa tersenyum ceria. Berkat perkongsian pengalaman, saya belajar banyak hikmah tentang sabar dan istiqomah. Disebalik pengalaman hidup Kak Nina terselit kejayaan besar yang Allah berikan berkat usaha, keazaman, ketabahan serta kesabaran Kak Nina dalam usaha menjadi seorang muslimah yang solehah. Dan itu menguatkan hati saya untuk terus kekal memajukan diri dan bersabar.
Saya berpeluang menjadi co-pilot kepada Mak Cik Mid semasa mengembara ke Wilayah Tengah. Mak Cik Mid, yang saya sangka serius pada awalnya, merupakan seorang pemberi nasihat yang baik. Disaat saya berseronok bercerita tentang dunia dan keindahannya, Mak Cik Mid sentiasa mengingatkan saya tentang Allah. Ada sahaja ingatan-ingatan yang diberikan kepada saya. Ada sahaja pesanan-pesanan yang diturunkan untuk saya. Banyak juga persoalan-persoalan yang saya ajukan terjawab. Dan yang penting, Mak Cik Mid sentiasa ingatkan saya supaya sentiasa kembali kepada Allah untuk setiap apa yangterjadi dan merasai betapa nikmatnya beribadah kepada Allah.
Saya juga berkesempatan bertemu dengan sahabat yang dikasihi , Ude dan Dija. Ude dan Dija walaupun sibuk dengan bebanan kerja di kota metropolitan yang tidak pernah ada penghujungnya sempat juga menyediakan masa untuk saya. Kembara rohani bersama Ude disebahagian negeri yang mengamalkan ada Perpatih membuka mata dan minda saya tentang apa yang terjadi kepada system kehidupan pada hari ini. Ude, pada pandangan mata saya seorang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk orang lain. Ude mendahulukan kepentingan orang lain melebihi kepentingan dirinya sendiri. Saya belajar tentang erti hidup pada memberi daripada Ude. Dalam arus jahiliyah yang pekat beserta tekanan tempat kerja yang menggila, Ude masih setia dengan proses membaiki diri dan mengisi hati. Itu yang saya sangat kagum dengan Ude. Saya akan sentiasa merendahkan hati saya untuk membaiki dan membuang segala ego.
Begitu juga dengan Dija, teman kongsi cerita luar dan dalam samada di alam nyata mahupun alam cyber. Dija antara yang memahami. Dija yang sentiasa beri sokongan. Dija menjadi antara asbab untuk saya sentiasa berfikiran positif dan tegar atas jalan yang ditaburi duri yang terpacak ini. Saya belajar tentang pentingnya menjaga hati dari dicemari sebarang titik hitam dari Dija. Dija mengajar tentang buruknya maksiat jika tidak dijirus dengan air taubat. Saya selalu berkongsi idea dan pandangan dengan Dija. Saya dan Dija sentiasa bersama-sama menjaga antara satu sama lain dan menjaga kawan-kawan kami yang lain juga. Persamaan sifat semulajadi antara saya dan Dija menyebabkan kami selesa bersama. Ujian ukhuwah yang pernah kami lalui mengeratkan lagi simpulan kasih sayang antara kami. Saya belajar erti sayang kepada semua orang dari Dija. Terima Kasih teman.
Peluang mengenali Ummu di Pantai Timur membuka peluang kepada saya belajar tentang sopan santun dan lemah lambut. Dua sifat yang masih jauh untuk saya gapai. Ummu,adik yang manis dan solehah. Ummu yang sabar penuh dengan kelembutan dan kesopanan. Bersama Ummu, menjadikan hati saya cemburu. Cemburu kerana Ummu berjaya lembutkan hati saya dengan sifat lembut dan penyantun. Sifat segan saya semakin membesar saat bersama Ummu. Ummu yang ringan tulang member bantuan pada sesiapa yang memerlukan. Ummu yang sabar dan tenang. Saya ingin tanam sifat santun dan lembut dalam diri saya, walau tidak sebaik Ummu, sekurang-kurangnya saya lebih baik dari diri saya yang dulu. Insya Allah.
Itu antara isi pelajaran yang saya dapat dan suka untuk saya kongsikan bersama disepanjang tempoh kembara. Kembara masih belum tamat, ada banyak lagi yang perlu saya cungkil dan berusaha untuk mengimplimentasikan segala yang saya dapat dalam diri dan kehidupan saya. Insya Allah saya akan kongsi pelajaran yang saya dapat dari murobbi-murobbi tetap saya. Tanpa mereka, besi bukan besi yang kental seperti sekarang. Untuk mereka yang pernah, yang sedang, yang akan, membantu saya mencorakkan peribadi saya, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Saya sayangkan kalian. Sayang sangat-sangat..